Teo Nie Ching Ikrar Lawati Masjid
1. Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching difahamkan membuat ikrar bahawa beliau akan terus melawat masjid sekalipun dikritik hebat oleh media ekoran tindakan beliau sebelum ini memasuki surau dan membuat ucapan di dalamnya serta mengadakan senamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya .
2. Saya mengalu - alukan ikrar sedemikian sekaligus menunjukkan Teo Nie Ching telah mula tertambat hati dengan rumah Allah [ samaada surau atau masjid ] dalam keadaan ada sebahagian ummat Islam sendiri rasa tidak berminat untuk mengunjungi surau dan masjid apalagi untuk duduk bersimpuh di dalamnya demi mendalami agama atau i'tikaf mendekatkan diri kepada Allah swt.
3. Mudah - mudahan ikrar itu sebagai permulaan untuk beliau melihat dari dekat bagaimana akhlak dan cara hidup Islam yang murni serta menghakis saki baki rasa keliru terhadap agama Islam . Memahami Islam dari sumbernya yang betul adalah menyelamatkan seseorang daripada keliru setelah melihat sebahagian ummat Islam sendiri tidak mematuhi hukum hakam Islam .
4. Sementara penganjur atau Imam dan AJK masjid - masjid yang bakal dilawati oleh Teo nanti mestilah mengambil langkah pro aktif untuk memberi penjelasan dan gambaran yang tepat mengenai Islam kepada beliau. Bukan hanya kehadhiran Teo untuk menyelesaikan tugasan politik beliau sebagai wakil rakyat atau ahli parlimen tetapi juga sebahagian dari tugas beliau sebagai pemimpin ialah memahami agama dan budaya rakyat yang diwakilinya.
5.Masjid mestilah peka dan aktif menjadi sebuah institusi untuk menyampaikan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia samaada muslim atau non muslim .Justeru masjid bukan hanya tempat untuk mengerjakan solat tetapi mestilah menepati sebuah institusi ummah yang lengkap dengan aktiviti atau gerakkerja menyebarkan risalah suci agama Islam yang diwahyukan oleh Allah swt.
6. Malah masjid selayaknya menjadi pusat pengajian akademik , pusat rawatan , pusat kebajikan dan seumpamanya demi menjaga kemaslahatan dan kebaikan ummah. Menjauhkan orang dari masjid adalah suatu yang bertentangan dengan spirit penubuhan masjid itu sendiri . Wajarlah kita bersyukur kepada Allah swt dalam keadaan ramai orang menjauhkan diri daripada masjid tiba - tiba Yb Teo Nie Ching berikrar mahu terus mengunjungi masjid . Saya mengucapkan selamat datang kepada beliau .
7. Namun begitu suka saya tegaskan bahawa Teo Nie Ching pula wajarlah diberitahu beberapa perkara berkaitan adab dan akhlak atau moral yang perlu dipelihara sewaktu beliau melawat atau mengunjungi masjid. Kerana mengunjungi masjid sebagai rumah ibadah dan tempat suci ummat Islam tentunya berbeza dengan lawatan beliau ke pasar atau rumah - rumah kediaman biasa.
8. Antara yang mudah dan asas terlebih dahulu perlu diberi perhatian oleh Teo Nie Ching ialah memastikan tindak - tanduk serta penampilannya tidak mencetus rasa singgung hati dari kalangan ummat Islam seperti cara berpakaian . Selayaknya Teo tidak mengenakan pakaian yang ketat , sendat , singkat serta mendedahkan bahagian - bahagian tubuh kerana ia mencemarkan kemuliaan Islam. Jangan tiru pemakaian yang menjolok mata sekalipun ia dipakai oleh sebahagian ummat Islam . Kerana pakaian sedemikian dicela oleh Islam sekalipun pemakainya adalah orang Islam sendiri . Orang Islam yang memakai pakaian yang mendedahkan aurat apatah lagi menjolok mata akan dimurkai dan dilaknat oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia .
- Sebahagian adab yang perlu diberi perhatian juga ialah , hadhir ke masjid janganlah bermaksud mempersenda rumah Allah dengan perlakuan yang tidak layak dan sopan. Imam dan AJK masjid bertanggungjawab memastikan perkara seperti ini , namun jangan menyukarkan keadaan sehingga tertutup hati orang yang mahu mengunjung dan mendekati diri dengan masjid lantaran itu adalah peluang keemasan untuk pihak masjid berdakwah. Bukan senang nak dapat peluang orang nak datang ke masjid dalam keadaan dunia hari ini ramai pula yang mahu menjauhkan diri dari masjid.
[ kesemua adab atau etika mengunjungi masjid adalah terpakai kepada semua terutama orang Islam sendiri . Jika non muslim tidak boleh berpakaian menjolok mata dan berkelakuan tidak sopan ketika mengunjungi masjid maka demikian jugalah muslim/ah ]
9. Kesempatan ini saya juga mahu menegur pemimpin - pemimpin ummat Islam , tidak kira dari mana parti dia wakili [ terutama parti pemerintah kerana mereka pemimpin negara ] agar tidak mendedahkan aurat atau menjaga agar isteri dan anak - anak mereka tidak mendedahkan aurat serta menjebakkan diri dalam kancah maksiat dan mungkar. Barulah ia menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan orang ramai seperti Teo Nie Ching . Kalau isteri pemimpin negara sendiri tidak menutup aurat , maka bagaimanalah pemimpin itu mahu menegur Teo Nie Ching ? tentu ia suatu yang sangat memalukan .
10. Saya menyeru terutama kepada pimpinan pemuda PAS agar mula aktif dan untuk memberi penjelasan mengenai Islam kepada semua termasuk non muslim . Islam adalah untuk semua . Islam juga adalah penyelesaian kepada masaalah yang dihadapi oleh manusia . Tidak ada sebab manusia mahu menolak Islam agama yang diwahyukan oleh Alllah swt Tuhan yang mencipta manusia itu sendiri .
3 comments:
Nak tanya sikit...napa baru sekarang DAP nampak masjid...nape selepas pru12....?....nak dekat islam ke...takut hilang kuasa atau ikrar nak tambahkan kuasa...?....yg aku nampak bila pak janggut PAS claim kata DAP dah mula dapat hidayah....maka puak puak DAP belakang tabir pakat gelak sakan dgn komen pak janggut PAS....itu cina ...demi wang demi kuasa...apa saja dia boleh bikin wooo...tuhan dia pun dia boleh tipu...inikan pulak pas dan org melayu...ingat cina ingat tipu..kalau tak tipu maka itu bukan cina namanya....easy konsep bro...ingat la sampai bila bila....
Tahniah Ustaz..Berdakwahlah kepada agama Tuhanmu dengan berhikmah dan cara yang baik....
Andai anda dilahirkan sebagai Cina... :)
Post a Comment