Daei : Arahan & Peraturan dari Al Quran dan As Sunnah
Da’ie: Arahan & Peraturan dari al-Quran & as-Sunnah
Oleh : AL Fadhil Yb. Ustaz Saiful Bahri
Pesuruhjaya PAS Terengganu
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة
والسلام على خاتم الأنبياء والمرسلين ، المبعوث رحمة للعالمين، محمد وعلى آله
وصحبه أجمعين . أما بعد :
1.Muqaddimah
2. Antara Da’ie dengan al-Quran & as-Sunnah
i. Surah al-Baqarah : 208
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا
خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Wahai
orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi)
segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
ii. Surah Hud: 52 ,
ويَا
قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ
عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا
مُجْرِمِينَ
Dan wahai
kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya
Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di
samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan
seruanku dengan terus melakukan dosa!
iii. Surah Az Zumar: 8
وَإِذَا
مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ
Dan apabila
manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan
keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya;
3. Kewajipan sebagai Da’ie.
Surah Fussilat : 33
وَمَنْ
أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي
مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan
tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada
(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal
yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang
Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
4. Persiapan Du’at – Proses Tarbiyyah.
i.
Quwwah
قَالَ لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً أَوْ آوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ
Nabi Lut
berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat
bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong,
tentulah aku akan membinasakan kamu)".
Surah Hud : 80
ii.
Waqie
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ
مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ
الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا
Adakah patut
kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu
(ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan
serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh),
Surah Al Baqarah : 214
الَّذِينَ
يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ
وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Iaitu
orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan
orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara
yang baik;
Surah Aali Imran : 134
a. Mental
b. Fizikal
c. Spiritual
d. Mal
iii.
Ilmu
قالَ
إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ
وَالْجِسْمِ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ
وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Nabi
mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja
kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan
kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa
pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya
dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
Surah Al Baqarah : 247
5. Keutamaan Kepentingan Mad’u Dakwah.
Surah Hud: 52 ,
ويَا
قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ
عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا
مُجْرِمِينَ
Dan wahai
kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya
Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di
samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan
seruanku dengan terus melakukan dosa!
Surah Az Zumar: 8
وَإِذَا
مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ
Dan apabila
manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan
keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya;
6. Du’at & Qiyadah
i.
Fil bina’.
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ إِنْ
يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ وَإِنْ يَكُنْ
مِنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ
لَا يَفْقَهُونَ () الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنْكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ
ضَعْفًا فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ وَإِنْ
يَكُنْ مِنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ
الصَّابِرِينَ
Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk
berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat
menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di
antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari
golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak
mengerti.
Sekarang Allah
telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia
mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu
seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang;
dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua
ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang
sabar.
Surah Al Anfaal : Ayat 65 - 66
وَلَقَدْ
أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَبَعَثْنَا مِنْهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ
نَقِيبًا وَقَالَ اللَّهُ إِنِّي مَعَكُمْ
Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani
Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan
Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin
golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku
adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya).
Surah Al Maaidah : Ayat 12
ii.
Fatonah.
هُمُ الَّذِينَ يَقُولُونَ لَا تُنْفِقُوا عَلَى مَنْ عِنْدَ رَسُولِ
اللَّهِ حَتَّى يَنْفَضُّوا وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَفْقَهُونَ . يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى
الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ
وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Merekalah yang
mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan
orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada
orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai
(meninggalkannya)". Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan
bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian
melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak
memahami (hakikat yang sebenarnya).
Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke
Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat
(pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah
(pihak Islam)". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan
bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang
munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Surah
Al Munafiqun : 7 - 8
iii.
Thiqah
– pimpinan & janji Allah.
وَلَا
تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Dan janganlah kamu merasa
lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita
(terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang
tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang
yang (sungguh-sungguh) beriman.
Surah Al-Imran : 139
6. Penutup
0 comments:
Post a Comment