HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, October 18, 2014

Keperibadian Daei dan Tugas Utama

KEPERIBADIAN DAIE DAN TUGAS UTAMA

Oleh : Al Fadhil Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua DPP Malaysia

Muqaddimah

Da’wah adalah tugas yang sangat mulia kerana ianya adalah tugas para anbiya dan mursalin. Ianya adalah amalan yang sangat penting untuk mendekatkan diri kepada Allah. 

Siapakah Daie ?

Daie kepada ugama Allah ialah setiap individu Muslim samaada lelaki atau perempuan yang melaksanakan tugas anbiya a.s mengajak manusia supaya mengikut ugama Allah di dalam kehidupan di atas dunia ini. 
Daie yang pertama bagi umat ini ialah Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana firman Allah:

لِّكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا هُمْ نَاسِكُوهُ فَلَا يُنَازِعُنَّكَ فِي الْأَمْرِ وَادْعُ إِلَىٰ رَبِّكَ إِنَّكَ لَعَلَىٰ هُدًى مُّسْتَقِيمٍ

“ Dan ajaklah manusia kepada Tuhan kamu sesungguhnya kamu pasti berada di atas petunjuk jalan yang lurus “ ( Al-Hajj:67 )

Kenapa kita mesti berdakwah ?

1- Kerana ganjarannya sangat besar. Firman Allah:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“ Dan siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan dia berkata sesungguhnya aku adalah daripada orang Islam.” 
Fussilat : 33

Di dalam hadith juga disebut pahala penda’wah sama seperti orang yang mengikutnya. Sabda Nabi S.A.W; “ Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka baginya pahala seperti orang yang melakukan.” 

2- Kerana menyahut seruan Nabi S.A.W; sampaikan daripadaku walaupun satu ayat
3- Terlepas daripada bebanan di hadapan Allah 
4- Kesejahteraan di dunia dan di akhirat 
5- Untuk mengislahkan masyarakat 
6- Supaya manusia mendengar kebenaran dan kita tidak tergolong di kalangan orang yang senyap menyatakan kebenaran

Kelengkapan kepada Daie

Seorang Daie sekurang-kurangnya mestilah melengkapkan dirinya dengan perkara-perkara berikut:

Pertama: Kefahaman yang terperinci

Seorang Daie wajib mempunyai kefahaman yang terperinci dan menyeluruh kepada tajuk da’wah iaitu Islam yang mahu diseru manusia kepadanya. Ulama meletakkan satu kaedah yang sangat menarik فاقد الشيء لا يعطيه 

( Seseorang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikannya kepada orang lain ) 

Di atas dasar ini bagaimana seorang Daie mahu menerangkan tentang Islam jika sekiranya dia sendiri tidak memahaminya. 

Kedua: Keimanan yang mendalam

Seorang Daie mestilah meyakini bahawa Islam yang diserunya adalah ugama dan petunjuk Allah yang benar yang tidak ada selain daripadanya. Samaada dalam perkara yang berkait dengan aqidah, syariah ataupun akhlak dan moral. Dia mestilah meyakini bahawa Islamlah satu-satunya ugama yang boleh menyelamat dan menyelesaikan segala masalaah yang berlaku di dalam masyarakat manusia daripada dahulu, kini dan sehinggalah dunia ini ditamatkan oleh Allah.

Ketiga: Hubungan yang erat

Seorang Daie mestilah mempunyai hubungan yang erat dengan Allah kerana Dialah sahaja tempat bergantung dan memohon pertolongan dan Dialah sahaja yang boleh membuka pintu hati manusia untuk menerima ugamaNya. Seorang Daie hanya berusaha untuk menyampaikan ugama Allah adapun yang memberikan hidayah adalah Allah.

Saya mahu berda’wah tetapi …. ? 

Apabila soal da’wah dibicarakan seringkali persoalan-persoalan ini timbul di dalam diri Daie

Saya tidak layak untuk melaksanakan tanggungjawab ini  
Saya tidak mempunyai masa 
Saya segan
Saya tidak mempunyai ilmu

Keperibadian Daie

Seorang Daie mestilah mempunyai keperibadian Islam yang sejati yang diterangkan di dalam Al-Quran dan diperincikan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam Sunnahnya. Sekurang-kurangnya seorang Daie itu mestilah mempunyai akhlak seperti berikut:

Pertama: Benar
Kedua: Sabar
Ketiga: Rahmat
Keempat: Merendah diri

Keutamaan Da’wah di Zaman Kini

Zaman sekarang ini sangat mencabar kepada Daie kerana pertembungan antara Islam dan Kufur semakin getir. Di zaman Islam tidak mempunyai kerajaan dan pemerintahan; maka di sana terdapat beberapa aspek yang mesti diberikan keutamaan oleh Daie di dalam medan da’wah pada zaman sekarang, antaranya ialah:

1- Memperbetulkan aqidah 
2- Memberikan kefahaman yang betul dan tepat berkenaan dengan ajaran Islam
3- Menjawab syubhah dan kekeliruan terhadap Islam
4- Bicara dengan mad’u mengikut tahap pemikirannya
5- Menilai fiqh awwaliyyat dan fiqh muwazanah 

Penutup

Demikian ulasan serba ringkas kepada tajuk yang sangat penting ini. Mudah-mudahan ianya memberikan manfaat kepada kita bersama.

Akhukum fi al-Islam
Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


Rujukan:
Al-Quraan Al-Kareem
Sahih Al-Bukhari
Sahih Al-Muslim
Riyadhussalihiin
Usul Da’wah oleh Dr Abdul Kareem Zaidan

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive