HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, March 12, 2010

Tunai Amanah Jangan Khianat

1. Wakil rakyat samaada di peringkat parlimen mahupun dewan undangan negeri adalah pemegang amanah rakyat melalui mandat yang diberikan dalam pilihanraya . Selain mewakili parti yang didokong , ia juga mewakili rakyat untuk diperjuangkan hak dan masa depan mereka .

2. Tidak mudah untuk rakyat membuat keputusan lalu memberi undian atau sokongan majoriti kepada sesuatu parti dan wakilnya yang bertanding dalam pilihanraya melainkan ia adalah keputusan nekad penuh harapan dan kerpercayaan agar pemenangnya benar - benar memperjuangkan hak dan nasib mereka serta melakukan perubahan berasaskan manifesto parti yang diwakilinya .

3. Perbuatan meninggalkan parti yang diwakili setelah menang sebagai ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri ekoran mandat yang telah diberi oleh rakyat adalah merupakan satu tindakan yang mengkhianati amanah parti dan juga kepercayaan rakyat .

4. Parti telah memberikan amanahnya kepada seseorang sebagai wakil untuk turun bertanding di medan pilihanraya bagi meraihkan sokongan dan kepercayaan rakyat berasaskan prinsip perjuangan parti dan jua manifestonya . Seseorang yang diwakilkan itu pula diharapkan dapat membawa mesej dan risalah yang diperjuangkan oleh parti yang diwakili kepada rakyat dan melaksanakan hasrat parti tersebut jika menang ke parlimen ataupun dewan undangan negeri .

5. Justeru itu calon yang mewakili parti diberikan wathiqah sebagai kepercayaan parti kepadanya dan calon itu juga diminta untuk bersumpah [berjanji] taat setia kepada perjuangan parti agar dasar dan prinsip perjuangan parti yang suci tidak dikhianati . Khianat merupakan jenayah yang sukar untuk dimaafkan sementara sifat orang - orang yang beriman pula ialah mentaati perjanjian yang telah dimeterai .

إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها

Sesungguhnya Allah swt telah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada yang berhak [ ahlinya ] .

surah an Nisaa' : 58

يا أيها الذين آمنوا لا تخونوا الله و الرسول و تخونوا أمانتكم و أنتم تعلمون

Wahai orang - orang yang beriman , jangan kamu khinati Allah dan RasulNya dan jangan kamu khianati amanah - amanah kamu sedang kamu mengetahui .

Surah al Anfaal : 27

Mengkhianati amanah rakyat , parti dan perjuangan merupakan sebesar - besar jenayah dan dosa yang sukar untuk mendapat keampunan Allah swt melainkan menyesal , bertaubat dan memohon maaf dari rakyat dan parti yang diwakili .

Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive