2 Jam Setengah Bersama Pemuda. Vol 4
Melihat kesungguhan dan semangat anak muda bersama dengan perjuangan Islam ini sangatlah mengharukan . Mereka gigih dan tekun mendepan cabaran dan halangan guna membantu perjuangan Islam agar kelak berjaya mendaulatkan Islam dan syariatnya .
9 hb Mac 2010 saya bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang Perak Darul Ridzwan menggerakkan jentera Pemuda bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang . Ikrar dilafazkan dari hati yang ikhlas untuk mendepani apa jua cabaran guna melunaskan tanggungjawab perjuangan tanpa lagi memperdulikan rasa bosan dan jemu serta penat dan lelah malah mati syahid menjadi cita - cita perjuangan .
PAS melalui sayap pemudanya terbuka kepada pelbagai latar belakang asal sahaja mereka memahami matlamat dan objektif perjuangan PAS . PAS For All dan Orang Muda Geng Kita adalah slogan yang mewarnai pendekatan dan penampilan PAS masa kini tanpa meninggalkan aspek - aspek fundamental yang perlu dipertahankan demi prinsip dan asas perjuangan Islam yang tulen .
10 Mac 2010 , saya langsung bergegas ke Negeri Sembilan untuk bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau . Meskipun program agak ringkas namun objektif dapat dicapai dengan baik . Sejurus selesai sessi motivasi dan dialog bersama pemuda PAS Kawasan Rembau , aktiviti santai berorientasikan ukhuwwah fillah di kalangan pemuda juga mesra dan menepati objektif pertemuan .
Semoga ukhuwwah yang terjalin menjadikan saff pejuang - pejuang ini semakin kental dan mampu menangkis segala virus yang cuba merosakkan jamaah dari dalam dan luar . Ukhuwwah ini juga insyaallah akan menutup segala lubang prasangka dan fitnah yang akan melumpuhkan kekuatan dalaman jamaah ini .
Sahabat - sahabat pemuda dari Bukit gantang dan Rembau , semoga kita jumpa lagi insyaallah dan jangan lupa doakan saya agar terus tabah dan teguh pendirian untuk memikul beban amanah yang sangat berat ini .

1 comments:
Assalamu'alaikum.Ust! semoga terus diberi kekuatan oleh Allah,thabat dalam perjuangan,tabah menghadapi ujian... sama-sama kita teruskannya walau bumi kita berbeza.
Post a Comment