HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, June 9, 2009

Pemuda : Tenaga Buruh PAS

Islam
Memimpin Perubahan

103 point melakar gagasan politik PAS mendepani cabaran dewasa kini dengan membuat penegasan berani dan meyakinkan bahawa Islam Memimpin Perubahan .

Umum mengetahui bahawa Islam adalah dasar perjuangan PAS . Ianya adalah suatu yang bukan sahaja termaktub di dalam perlembagaan parti bahkan ia adalah merupakan asas kenapa PAS ditubuhkan .

Berdiri tegak di atas dasar inilah PAS berjuang , berdakwah dan berpolitik . Dasar ini jua menjadi platform kepada PAS untuk mendidik dan membina aqidah ummah serta fikrah dan syakhsiyah mereka . Bahkan dasar inilah yang membekalkan kekuatan dan menunjuk jalan kepada PAS untuk merubah landskap sosial dan politik tanahair agar tunduk dan patuh kepada wahyu Akllah swt .

Saya tegaskan di sini bahawa gagasan Islam Memimpin Perubahan memerlukan tenaga pekerja [ buruh kasar ] bagi memastikan perubahan dapat dilakukan dan Islam memimpin perubahan tersebut . Justeru sifat Islam ialah memimpin bukan dipimpin , mengarah bukan diarah dan diikut bukan mengikut . Tentu sahaja ungkapan ialah islam di atas dan yang lainnya di bawah .

Tentu sahaja bagi menjayakan gagasan besar dan penting ini , Pemuda PAS sedia menjadi buruh kasar sebagai [ Rijal at Taghyir .] Pejuang Islam yang akan melakukan perubahan tersebut .

Jika Dato' Seri Presiden bertanya kepada kita hari ini :

من أنصاري إلى الله

Siapakah pembantuku untuk memperjuangkan Agama Allah swt .

Insyaallah , Pemuda - pemuda PAS tegak dan segak berdiri : lalu berkata :


نحن أنصار الله

Kamilah pembantu - pembantu [ pejuang ] Agama Allah swt

Harapan Dato' Seri Presiden dalam ucapan dasar yang dibentang , harapan para saff pimpinan dan harapan para perwakilan terhadap pemuda , suka saya tegaskan bahawa terlebih dahulu Rasulullah saw telah meletakkan harapannya yang tinggi kepada pemuda apabila baginda bersabda :


حالفني الشباب و خالفني الشيوخ

Pemuda selalu mendokong perjuanganku
sementara aku sering disanggahi oleh orang - orang tua .

Kami Pemuda PAS akan mengulangi kenyataan Miqdad ibnu Amru Rha kepada Rasulullah saw ketika mereka [ Baginda Rasul saw dan para sahabat rhm ] berbincang untuk mengambil keputusan turun ke medan berjuang demi menegakkan agama Allah swt . :

يا رسول الله : إمض لما أمرك الله فنحن معك .
و الله لا نقول لك كما قالت بنوا اسرائيل لموسى :
إذهب أنت و ربك فقاتلا إنا ها هنا قاعدون
و لكن إذهب أنت و ربك فقاتلا إنا معاكما مقاتلون

Wahai Rasulullah saw : Berangkatlah ke medan juang sekira - kira Allah swt telah mengarahkanmu nescaya kami akan bersamu . Demi Allah ! kami tidak akan berkata sebagaimana kenyataan Bani Israel kepada Nabi Musa as. Pergilah kamu bersama Tuhanmu berperang sementara kami mahu kekal tinggal duduk di sini . Akan tetapi kami akan berkata , pergilah engkau bersama Tuhanmu berjuang sesungguhnya kami turut berjuang bersamamu.

Kami para Pemuda PAS berikrar :

  • Bahawa kami tidak akan menjatuhkan air muka Rasulullah saw .
  • Kami tidak akan mencemarkan wajah Al Mursyidul Am dan Presiden serta seluruh saf pimpinan .
  • Kami sekali - kali tidak akan menconteng arang kepada jamaah yang didokong ini .

Hari ini dalam sejarah apabila pemuda telah diberi " amanah Presiden " yang dinaskan dalam ucapan dasar agar :

Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan - kerajaan PAKATAN Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat .

Insyaallah pemuda [ DPPP ] akan terus memelihara ketulenan / keabsahan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong . Kita akan pastikan PAS akan kekal identiti dan jati diri PAS sebagai Harakah Islamiyah dari 3 orientasi utamanya iaitu Dakwah , Tarbiyyah , Siasah .


Sementara 3 identiti PAS turut dipertahankan :

Futuristik [ strategi dan persiapan PAS ]

Fundemental [ prinsip perjuangan yang sedang didokong ]

Kontemporary [ dalam pendekatan dan penampilan .]


Pemuda PAS juga insyaallah agar senantiasa segar dan tegar untuk menegur atau kritikan membina kepada saff pimpinan sebagaimana pemuda selamanya rendah diri senantiasa memerlukan tunjuk ajar daie , para ulamak dan saff kepimpinan .

24 comments:

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

Mekanismanya mana bro, sembang jer.

Mana Besh.

hambamu said...

kalo semua nak dedah kat blog mana boleh wak on the roof,,
zahirkan dakwah rahsiakan strategi,
kalo bro bersama PAS dan di bwah pemuda, dapat la bro tgk dan laksanakan mekanismanya,

ust din baru je dilantik, bagi la masa,
dari jadi pemerhati, baik bro jadi pelaksana,
mengkritik memang semudah ABC,

abukhalis said...

salam. Istilah memimpin perubahan amat sedap didengar dan kelihatan intelek utuk difikirkan. Namum sebelum itu, belajar untuk mengurus perubahan itu juga cantik untuk digagaskan. Saya kira, bagaimana PAS seharusnya mengurus perubahan yang berlaku setelah PRU12 amat perlu ditanggani secara bijak dan strategik. Ini penting sebelum kita mengapai untuk memimpin perubahan.

Unknown said...

Salam.

Saya sangat bersetuju dalam politik, strategi perlu dirahsiakan namun BUKAN MENGELIRUKAN.


Belajarlah dari pengalaman dan belajarlah dari org yg telah berjaya.

TGNA berjaya mempertahan Kelantan krn strategi genius beliau dalam politik bukannya strategi yg mengelirukan trmasuk ahli2 sendiri dan sahabat keliru dan bertelagah.
TGNA amat jelas dan tegas bilamana menjelaskan tentang sesuatu isu. Beliau sentiasa konsisten. Tiada 'kluk-klek'. Justeru ahli merasa aman dan yakin.

20 tahun lamanya TGNA terpaksa melayan kerenah dan mehnah Umno@BN menekan Kerajaan PAs Kelantan. Hampir 5 penggal, bukannya hanya sepenggal!!!

Kita boleh saja menggunakan kata2 dan ayat2 yg bombastik, namun rakyat sudah celik, kata2 sahaja tidak cukup.

Rakyat akan menilai, pemimpin mana yg hanya memanaskan kerusi, pemimpin mana yg turun padang, pemimpin mana yg benar2 'merakyat', pemimpin mana yg terpsesona dan syok dalam kelompok sendiri sahaja.

Pemimpin harus ingat, topeng apa pun yg digunakan utk menarik sokongan rakyat, ianya tidak akan berjaya jika hanya sekadar ulasan dan kata2.

Penilaian rakyat berdasarkan rekod dan prestaai lampau dan iltizam yg jelas dan konsisten sesebuah siasah membela rakyat.

Umno@BN 'diajar' oleh rakyat pd PRU12 krn rekod Umno@BN selama lebih 50 tahun amat buruk.

Yg baik kita jadikan tauladan dan yg buruk jadikan sempadan.

Unknown said...

Salam hormat buat Ustaz,

Saya yakin, pemuda-pemuda PAS yakin akan kepimpinan Ustaz.

Saya yakin dan percaya akan ramai yang mengkritik Ustaz.

itulah yang dialami oleh TGNA ketika mula-mula memerintah Kelantan.

Ustaz baru beberapa hari memegang jawatansebagi KP, pasti tidak dapat menonjolkan perubahan yang dijanjikan.

Sebal said...

Salam and tahniah dgn jawatan baru utz..ana masih nungu apa gerakerja perbelaaan olih pemuda pas keatas saudara islam nye yang telah d Dera..sila lihat akhbae harian metro..mana suara pemuda and muslimat pas..yang dah berbunyi cuma YB zulkigli nordin aje..ada kah pemuda and muslimat pas masih tidur?? and asik merenung dan berangan mau jadi YB..please bangkit utk menjadi pembela keadilan..ingat dulu bila ada seorg muslimah d hina oleh yahudi..bangkit org islam utk membela and berperang..tapi lani SITI HAJAR..d seksa macam binatang ..kenapa pemuda and muslimat diam..bangkit lah dari tidur mu

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

Buat Hambamu.
Terima Kasih.

Ya...WOTR setuju untuk menilai kita tidak dapat melihat keupayaan beliau dlm masa yg singkat. Penuh strategi,kaannaa. WOTR tunggu.

WOTR , mencadangkan kat beliau supaya menggunakan Website Rasmi Dewan Pemuda PAS Pusat atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda dlm memberi kenyataan dan sebagainya.

WOTR, menyeru kepada beliau membuat permohanan maaf secara terbuka melalui blog kepada Mantan Naib Presiden seisi 2007 ~ 2009 iaitu Dato' Husam Musa diatas artikel yg lepas " Dato' Husam Wajar Tanding Presiden " kerana WOTR beranggapan adalah tidak wajar menegur pimpinan paling kanan ketika itu secara terbuka. Memandangkan Bro Din berstatus Timbalan Ketua ketika itu.

Jangan lepas nie ada pemuda-pemuda dikawasan,cawangan ataupun ahli biasa pemuda . Menempelak anda dengan lebih dahsyat dan secara terbuka.

Syarat jika WOTR nak isi borang.

Jika telah melakukan permohanan maaf kepada Mantan Naib Presiden itu. Maafkan WOTR.

Tapi....dlm artikel mana ?

Anonymous said...

Salam Ustaz.

Untuk sesiapa yang memuja Pakatan Rakyat, bacalah link ini.

http://engagemalaysia.wordpress.com/2009/06/07/taxidriverstrikeback-three-wordpress-blogs-with-1500-well-researched-articles-gone-c4ed-by-the-barisan-government/

Saya rasa penulis nya sudah tentu kaum kafir (mungkin Cina atau India) sebab di taruhnya gambar 'babi' untuk disamakan dengan Melayu (tak kira UMNO atau PAS). Adakah sdra sdra PAS suka diperlakukan begini kerana hanya jawatan no. 2 tidak dimenangi oleh orang kuat Anwar?

Sedarlah wahai orang PAS, kamu semua diperkudakan oleh pengkhianat pengkhianat negara dan bangsa. Bukankah lebih baik kita bersatu sebagai Melayu dari diperkudakan begini? Inilah sebenarnya kelakuan mereka. Mereka TIDAK ikhlas. Disini, kesimpulannya adalah PAS MESTI ikut cakap DAP dan PKR. Sudahlah PAS, TINGGALKAN SAJA PAKATAN RAKYAT.....Tanpa PR, PAS juga mampu untuk BERJAYA.

Selamat sejahtera.

Unknown said...

Salam.

Unknown said...

Salam.

Tahniah saya ucapkn kpd ustaz berkenaan isu SIS.

Bagi saya ia satu permulaan yg baik. DPPP mengutarakan cadangan agar SIS ditukar nama kpd SIM-Sister in Malaysia bagi menggelakkan kekeliruan.

Ianya lebih menampakkan kematangan berbanding dgn usul semasa muktamar yg meminta SIS diharamkan terus.

Tahinah sekali lagi ustaz.

muslimat said...

salam,

saya rasa tiada yang tak kena dlm tulisan ustaz ttg ' dato' Husam wajar tanding presiden'....mengapa tidak ?? kalau Dato' Husam secara terbuka boleh membayangkan ada tak kena dgn halatuju pas maka dia juga wajar ditegur secara terbuka ttg kenyataannya itu....

berbanding tulisan ustaz yg bersifat muhasabah terhadap pribadi D.Husam, kenyataan Dato' Husam lagi 'tak manis' kerana ia membawa maksud meragui perjalanan perjuangan parti....sepertinya Pas sudah lari dari landasannya...jadi kalau perlu ada permohonan maaf, Datuk Husam terlebih dahulu patut memohon maaf pada Tuan Presiden atas kenyataannya itu....

kalau tulisan ustaz din mungkin menyinggung rasa dato husam, tapi kenyataan Dato Husam saya kira lebih mengguris rasa presiden pas dan keseluruhan jentera parti yang bertungkus lumus bekerja selama ini...

muslimat said...

salam,

bersemangat betul tulisan ustaz ini.
tapinya 'kekuatan pemuda' tidak dibangun atas semangat sahaja. kalau bab semangat ni saya lihat pemuda tak pernah kalah. Tengok saja dalam siri demonstrasi atau siri kempen & kerja pilihanraya, bersemangat sungguh...kalau bertakbir tu....terasa gegarannya.Kalau menjulang bendera dan mengenakan apa-apa lambang parti pada diri mereka, pemuda kita sanggup melakukan apa-apa saja..

Tapi, kita tidak mahu sekadar membina semangat sahaja di kalangan pemuda ...semangat yang cuma teruja tatkala adanya peristiwa. Semangat yg cuma berkobar-kobar bila turun ke medan pilihanraya bertarung dgn UMNO...Sebab cerita semangat ni sifatnya 'berhantu'...dia boleh naik tinggi dek pengaruh suasana. Sepertinya semangat penonton dalam petandingan bola sepak....yang kelihatan meriah dan gamat sekali, tetapi cuma seketika.

Kita mahukan pemuda yg tinggi semangat spiritualnya....seperti semangat tentera muhammad al fateh mahupun tentera salahuddin al ayubi. Harap pemuda2 kita dapat soroti bagaimana jiwa2 mereka itu di bangunkan. Ketikanya mereka digambarkan begitu bersemangat bertempur di medan jihad dgn hunusan pedang dan jeritan takbir yang menggegarkan musuh, mereka juga menjadi abid dan sangat khusyuk dlm munajat kepada Allah ketika waktu sanggang atau diluar perang ?

jika sifat ini tidak dimiliki pemuda-pemuda kita....cita-cita utk menumpaskan UMNO akan tinggal cita-cita semata, atau cita-cita membentuk daulah islamiyyah di negara kita menjadi mustahil utk digapai....

sejarah banyak meninggalkan kita panduan bagaimana tentera-tentera Islam mendapat kemenangan.

nooryus said...

Bacalah, hayatilah demi gagasan UMNO-Pas

Oleh: ZAINI HASSAN

SASTERAWAN Negara, Datuk Dr. Usman Awang (12 Julai 1929 - Ramadan 29 November 2001) mencoret sajak bertajuk Melayu dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Renungilah, hayatilah setiap patah ayat-ayat keramat bekas wartawan Utusan Melayu ini; yang segenap hidupnya dikorbankan demi berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

Allahyarham seorang penulis yang berani. Beliau menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang menimpa bangsanya, agamanya dan tanah airnya. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis apabila sudah berani menyatakan sikap.

“Kalau tak berani tak payah jadi penulis,” kata Tongkat Warrant.

Demi orang Melayu yang amat mengharapkan gagasan perpaduan UMNO-Pas - yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk apa yang dikenalinya sebagai ‘kerajaan perpaduan’ - sekali lagi, bacalah, hayatilah sajak ini...

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

-Usman Awang-

khalif13 said...

Salam ustaz, Soalan ini kalau ustaz nak jawabpun, jawablah selepas pilihanraya manik urai.

Adakah benar bahawa hujah yang mengatakan pimpinan tertinggi yang patut kita wala' adalah Mursyidul Am?

Bagaimana dengan teguran Dr Haron Din yang refer wala itu pada rais ataupun amir? Bukankah itu presiden?

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

WOTR tetap berpendirian Bro Din, harus memohon maaf kerana beliau iaitu Husam

1 - Bukan nak bertanding Presiden , cuma sikap prejudis Bro Din dalam menafsir ayat yg digunakan oleh Husam iaitu 'mempertimbangkan' nak terima ke tak Pencalonan Timbalan Presiden.

2- Hala Tuju Parti - Siapa yg sakit hati ? Bro Din saja over, yg lain ? Presiden senyap ja, takda kenyataan apa pon yg orang lain terasa lebih kenaper ? Pelik ? Tapi kalau Bro Din dapat misscall Presiden, saya tak tahu lah tu.
Yang Presiden tau pasai/lebih menekankan Isu UG. Taknak komen pasai UG.

3- Terasa Diri Lebih, Sampai Tak Ingat Kedudukan Hirarki.
Belajar la hormat orang yg lebih tua,seniority dalam Jemaah.
Di mana akhlak,ukhwah dan thiqah yg sering dilaung-laungkan dalam Harakah Islamiah terhapap pimpianan yg dipilih dalam muktamar yg seisi lalu. Teguran tu 'molek' sesuaikanlah dgn suasana.
Jgn macam WOTR nie tak kira suasana.

4-Adab
Dalam bab 'merton' pon ISLAM ajaq , lagu mana nak mula.Adab ketika 'merton' , nak londeh semua depan membar-membar ka. Bleh ka lagu tu ?
Mau ka ? Takmau noh, malu, segan, takut tk jd pahala. Aksi ekstrem lagu mana plak ? WOTR nak belajaq nie.

Apapon terpulanglah pada individu tesebut.

WOTR
Walaupun buruk mak/ayah/abah/walid/muslimat/tok guru/ustaz/penyanyi rock/tarzan dan sebagainya, WOTR sayang depa, walaupon abang tak hensem/kakak tak comey macam artis/sepupu segak dan sebagainya, WOTR sayang depa jugak.

TAPI......

Kalau 'dalam kelambu' selesaila 'dalam kelambu'. Kalau ahli keluarga walaupun tak hensem abg WOTR tadi , we are brothers in ISLAM too till he not 'rape' the ISLAMIC sensitivity'

Jangan ambil hati, makan hati ayam takpa.

muslimat said...

kita faham adab tak pa...maka kita boleh sembang cara adik beradik..

dalam hal ni sapa yang terlebih rasa ?
presiden tak kata apa..datuk husam pun tak minta permohonan maaf dari sesapa...

jadi yang dok berdegar-degar ni sapa ?..kita berdua je wak...
yang sarat sensitif ni sapa ??..kita berdua je juga wak..

pimpinan dah ambik jalan rapatkan saf dan susun kerja juang.Dato Husam kata walau tak menang dan tak de jawatan beliau tetap akan meneruskan kerja dan kukuhkan pakatan.

Tinggal lagi kita yang dok higligh isu yang yg tak datangkan keuntungan.Bacalah blog yg pro dato' Husam...mereka hidupkan budaya 'rumah siap pahat berbunyi'.

soalnya....
kalau betol nak jaga adab haraki dan hormatkan senior....tuan presiden patut dulu dihormati dan dijaga percakapan supaya tidak menjatukan nama baiknya...kerana dia paling senior dan hirarki lebih tinggi...

saya setuju dalam kelambu selesai dalam kelambu je....tapi siapa agaknya yang memula cuba nak londehkan kelambu kita ?? perati betol2...

apa2 pun kita org bawah tak patut lelebih....kita yg terlebih kecewa sedang org atas boleh bekerja dengan redha

wak...pemimpin2 kita insyaAllah besar jiwa. Terguris hati sendiri tak de nya epa nak berkira...tapi tertoreh maruah agama, berpancak silat la depa jawabnya...

udah le kita wak..

Unknown said...

Salam.

Ada satu usaha untuk menjatuhkan imej PAS dan kepimpinan ulama.

Sebelum pemilihan diwar-warkan tentang konsep kepimpinan Islam, bukan kopnsep kepimpinan Ulama.

Samapailah pemilihan....

Sebelum keputusan rasmi diumumkan, seawal-awal jam 8 pagi media-media pro-Anwar dan para blogger menyebar-nyebarkan keputusan tidak rasmi yang berpihak kepada Husam.

Dengan menyebarkan berita palsu ini, mereka bersedia dengan sebarang keputusan.

Sekiranya keputusan berpihak kepada mereka, maka pemenangnya akan dijulang dan disanjung tinggi.

Sekiranya keputusan tidak berpihak, maka proses kemenangan tersebut akan dipertikaikan.

Proses pemilihan akan dipertikai.

Pengerusi pemilihan akan dipertikaikan.

Justeru dengan cara ana, imej yang kalah akan disembunyikan sebaik mungkin.

Eksekutip said...

salam dan tahniah ustaz kerana menjadi Ketua Pemuda PAS

namun, "mohon derhaka" kerana ustaz telah menjadi ketua pemuda dan saya tidak dapat menerimanya.

takpe, mungkin hanya saya seorang yang tak suka Ustaz..

teruskan perjuangan... good luck.

Penulis Muda said...

GERAK Mahasiswa berlapang dada bersama-sama Sdr Ketua Pemuda PAS untuk memperjuangkan isu Rasuah dan Integriti.

Pengerusi GERAK Mahasiswa

Farhan Rais said...

Salam..

Mabruk pada Ust Din krn telah dilantik menjadi Ketua Pemuda yang baru..Takziah juga pada ust krn bakal menempuh dugaan dan cabaran yg bgitu tggi lagi..
Moga Ust Din terus tabah dan cekal menghadapi semua dugaan tersebut..
Ana selaku pelajar yang masih lagi berada di Bumi Tanta ni berbangga kerana pimpinan yang pertama Dewan Perwakilan Mahasiswa di sini iaitu Ust Din sendiri kini telah dilantik menjadi ketua pemuda..Ianya akan dijadika sebagai pebncetus semangat buat semua tantawiyun disini untuk bersama menjadikan ust Din sebagai idola pemuda dalam membantu Jemmah Islam di Malysia kelak insyaAllah..barakallahu fik ya ustaz ;)

Anonymous said...

hiya


Just saying hello while I read through the posts


hopefully this is just what im looking for, looks like i have a lot to read.

Anonymous said...

Just found this forum via google. Glad to join you. I came here to learn your language . thanks all.

Anonymous said...

Elo, I'm new. Thought I'd say hi.

Take care and Thank you

(apologise if the wrong place to post)

Anonymous said...

Thank You for being the member of this website. Please allow me to have the opportunity to express my satisfaction with HostGator web hosting. They have professional and fast support and they also offering many [url=http://www.aboutus.org/HostingHostGatorCoupons.com ]Hostgator coupon codes[/url].

I appreciate hostgator hosting, you will too.

http://www.adrenalin-wow.eu/smf/index.php?action=profile;u=503996

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive