HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, July 15, 2009

Pilihanraya Kecil vs Pilihanraya Umum

1. Pilihanraya yang berlaku di Negeri Kelantan sememangnya menarik untuk dikaji dan dipelajari . Kelantan yang terkenal dengan jolokan University Politik adalah bahan dan data yang hidup serta praktis untuk dikaji . Tidak kiralah , pilihanraya umum atau pilihanraya kecil , Kelantan adalah sebuah negeri yang unik .

2. Sebagai contoh , data atau statistik yang ada pada kita :


. Dun Pengkalan Pasir : PAS kalah dengan majoriti 134 undi dalam pilihanraya kecil Disember 2005. Namun dalam pilihanraya umum 2008, PAS menang dengan majoriti 2,348 undi.


. Dun Semerak : PAS kalah dengan majoriti 778 undi dalam pilihanraya kecil Ogos 1997 namun dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang dengam majoriti 1475.


. Dun Pulai Chondong : PAS menang dengam majoriti 118 undi dalam pilihanraya kecil 1996, tetapi dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang 2318.


3. Pun begitu , iktibar mesti diambil dan muhasabah mesti dilakukan oleh PAS setelah memenangi Pilihanraya kecil Manek Urai kelmarin dengan majoriti tipis . Itu realitinya sebagai sebuah parti politik yang dewasa dan matang . Tiadalah istilah kecewa dan putus asa .

5. Peringkat awal semua pimpinan PAS menjangkakan kemenangan PAS di Manek Urai dan sebahagiannya menganggarkan kemenangan yang lebih besar . Biarpun anggaran sebahagian pimpinan PAS itu meleset tetapi alhamdulillah jangkaan semua pimpinan PAS itu tercapai .

6. Kemenangan biarpun kecil atau tipis majoritinya tetap akan menjadi tanggungjawab bukan sahaja kepada calon yang menang tetapi juga kepada parti [ PAS ] yang bertanding . Bertolak dari natijah kepada muhasabah [ post mortem ] yang bakal dilakukan kelak , rata - rata mengharapkan PAS dapat melakukan sesuatu yang lebih berkesan . Saya yakin PAS akan melakukan sesuatu dan komitmen ini turut melibatkan Dewan Pemuda PAS .

7. Kini jentera parti mesti bersiap untuk mendepani pilihanraya umum . Sebagaimana saya sebut sebelum ini , mudah - mudahan keputusan pilihanraya kecil Manek Urai ini akan merubah banyak perkara untuk PAS kembali mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya umum kelak .

8. Tidak kita nafi betapa UMNO dan BN mengumpul seluruh kekuatan dalam usaha memulihkan reputasi mereka yang tercalar teruk sepanjang sessi ini , pula jutaan ringgit ditawar dan dijanjikan kepada penduduk Manek Urai menjadi satu dari faktor menurunnya majoriti kemenangan PAS .

9. Tetapi PAS tidak boleh berpada dengan alasan tersebut kerana PAS perlu melihat ke "dalam" bagi memastikan kemenangan akan datang dengan majoriti yang lebih besar . Banyak perkara yang perlu dilihat . Pendekatan , cara kempen , ukhuwwah , pengorbanan , sikap dan 1001 perkara yang perlu diperbaiki .

10. Berbanding keputusan pilihanraya umum di Manek Urai yang lalu , undi yang diperolehi oleh al marhum Pak Su Weil [ PAS ] ialah 5746 . Ertinya PAS kehilangan 398 undi berbanding undi yang PAS perolehi dalam pilihanraya kecil kelmarin ialah 5348 . Tanpa memandang rendah kepada peningkatan undi BN tetapi saya tidak terkilan dengan kehilangan hanya 398 undi dalam pilihanraya kecil berbanding undi dalam pilihanraya umum lalu , setelah melihat cara BN turun berkempen . Pilihanraya umum akan datang , saya yakin PAS kembali mampu menang besar , dengan PAS mengambil langkah memperbaiki segala kelemahan . Lihat sahaja senario lalu .

6 comments:

Anonymous said...

Salam perjuangan . Semoga Allah lindungi saudara

Anonymous said...

Ustaz , apa dah jadi dgn Manek Urai ? kenapa kita kehilangan banyak sangat undi majoriti

Nasrudin said...

Kita Tunggu Muhasabah yang akan dibuat oleh pimpinan . Semoga Allah swt beri petunjuk kepada kita semua .

hary said...

TUAN. SEDARLAH SIKIT. APA PAS BUAT UNTUK MEMENUHI IMPIAN RAKYAT MU? SLOGAN SAHAJA? RETORIK ISLAM? CEMUHAN/CACIAN? WATAK PEMBANGKANG INIKAH YANG NAK DITONJOLKAN KEPADA MAYSYARAKAT? KALAU TAK BOLEH BAGI WANG RINGGIT, BAGI IKAN TAK PO.
BUAT PERANCANGAN SEGERA UNTUK MEMBERIKAN SEGALA HAJAT PEMUDA. JANGANKAN NAK BAGI... KERAJAAN ATAU PARTI MEMINTA/MENADAH KOPIAH ADA LEE. NIK KENA UBAH DAH... SUDAH SUDAH LAH... BINA KEKUATAN DENGAN PERBANYAK KEBAIKAN,. BUKAN DENGAN BANYAK TEGORAN SINIS SEPERTI NASIHAT,, TAPI BUNYI MACAM UMPATAN.. ENTAHLAH.. KAWAN NASIHAT INI KERANA TAK SEMUA PAS AKAN BETUL SOKMO. KAN?KAN? ENKAU FIKIRLAHHHH/.

Anonymous said...

bagi aku badan seperti SPRM PERLU MEMPUNYAI PELBAGAI KAEDAH UNTUK MENCAPAI MATLAMAT SIASATAN... INI ANDAIAN AKU: KALAU TEO BERSALAH... MAKA SELAMATLAH EXCO DAN LAIN LAIN YB. TEO SEBENARNYA JADI KAMBING HITAMLAH...
APA YANG PATUT KITA BUAT ,, BERDOA MOGA ROH DIA TIDAK MENGGANGGU KITA SEMUA.. BIAR DIA PI DENGAN AMAN....
KEPADA PEMBANGKANG: AKU TERASA PELIK SANGAT.. BILA MENGGUNAKAN ISU INI SEBAGAI ALAT MENEKAN KOMUNITI, ADALAH KAEDAH SANGAT TIDAK WAJAR.. SALURAN RUNDINGAN MASIH ADA, X PYH DEMO.

Anonymous said...

Kemenangan tipis PAS di manik urai seharusnya memberi iktibar iaitu ;

ADAKAH DENGAN MENGAMBIL PENDEKATAN YG LIBERAL ( DGN BERBAGAI JUSTIGIKASI ITU) MEMBUAT PAS MENDAPAT LEBIH SOKONGAN UMAT ISLAM ?

Apa yg berlaku menunjukkan masyarakat memandang PAS sama dgn UMNO.

Kini...tiada lagi kedengaran suara tegas dan jelas dalam PAS yg mahu menegakkan Daulah Islamiyyah dan menghancurkan thaghut dgn segala bentuknya.

Kini...yg kedengaran ialah negara "thaghut" yg lebih Islamik.

Negara "thaghut" yg lebih Islamik ?

Masyaallah !!!

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive