HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, November 10, 2009

Mengurus Persepsi . vol 2

Iktibar dari Sirah

1. Saya setuju betapa sebahagian persepsi mesti diambil kira , terutama apabila dilihat kepada kesan atau implikasi yang mengundang mudharat lebih umum .

2. Nabi kita Muhammad saw pernah menghalang Saidina Umar rha membunuh Abdullah bin Ubai [ sang munafiq ] kerana bimbang timbul satu persepsi bahawa Muhammad membunuh ummatnya sendiri ekoran Abdullah bin Ubai mengaku muslim malah solat di belakang Nabi saw.

3. Nabi saw tidak bertindak biarpun Abdullah bin Ubai layak dibunuh kerana menjadi musuh dalam selimut dan sering melancarkan gerakan sabotaj terhadap perjuangan baginda saw. Ini satu dari bentuk pengurusan persepsi yang telah dipraktis oleh Rasulullah saw untuk mengelak fitnah yang lebih mudharat berbanding membiarkan sang munafiq itu terus hidup .

4. Hidupnya sang munafiq itu satu mudharat besar kepada perjuangan Rasulullah tetapi persepsi yang bakal tercetus bahawa Muhammad membunuhnya ummatnya [ jika Abdullah bin Ubai dibunuh ] adalah fitnah yang bakal merentasi berpuluh generasi bahkan mungkin sampai kiamat persepsi negatif ini akan dimainkan oleh musuh - musuh Islam .

5. Saidina Umar rha juga pernah memarahi sepasang suami isteri yang berdua - duaan ditempat sunyi bimbang timbulnya persepsi negatif [ fitnah ] terhadap mereka sedang fitnah itu adalah suatu yang sungguh dahsyat akibatnya . الفتنة أشد من القتل

6. Peristiwa seperti ini menjadi contoh bagaimana sebahagian persepsi wajib diambil kira oleh kita , terutama apabila kesan dari persepsi itu mengundang mudharat yang lebih besar [ dan mungkin kekal ] berbanding mudharat yang terhasil dari perkara atau isu yang sedang dihadapi .

7. Namun dalam keadaan tertentu , persepsi diabaikan begitu sahaja terutama apabila persepsi itu negatif terhadap suatu yang bersifat prinsipal [ yang tiada tolak ansur ] . Sebagai contoh apabila Nabi saw pulang dari Isra' dan Mikraj , Baginda telah dinasihatkan oleh Ummu Hani [ sepupu baginda saw ] agar tidak menceritakan pengalaman baginda melalui Isra' dan Mikraj . Ummu Hani bimbang timbul satu persepsi negatif bahawa Muhammad saw adalah gila dan pembohong jika diceritakan kisah luar biasa itu .

8. Namun prinsip Rasulullah saw ialah tabligh [ menyampaikan ] , tidak mungkin Baginda saw menyembunyikan apa yang telah menjadi wahyu Allah untuk disampaikan kepada ummah . Peristiwa sepanjang Isra' dan Mikraj sebahagian dari wahyu Allah swt untuk mendidik manusia agar taat dan tunduk kepada Allah swt . Nabi saw akhirnya tidak memperdulikan apakah persepsi yang bakal terbentuk dikalangan masyarakat arab pada waktu itu lalu terus bertemu masyarakat dan menceritakan segala - galanya .

9. Ternyata persepsi buruk tercetus malah fitnah melanda ummat Islam pada waktu itu yang mula terpengaruh dengan persepsi yang dibentuk oleh Abu Jahal kononnya Muhammad adalah pembohong dan gila . Ianya bermula apabila Nabi saw menceritakan bahawa baginda naik ke langit dan pulang semula ke Makkah dalam tempoh satu malam . Nabi saw adalah pesuruh Allah dan mustahil nabi bersikap bodoh untuk sengaja menceritakan perkara luar biasa yang pastinya mengundang persepsi buruk masyarakat terhadap baginda saw. Tetapi ini prinsip ! biarpun bakal berdepan dengan persepsi yang negatif , Nabi saw tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang rasul iaitu menyampaikan wahyu Allah swt .

10. Mungkin sebahagian ahli politik hari ini tidak akan bertindak sebagaimana tindakan Nabi saw sekalipun ia berkait dengan prinsip kerana bimbangkan persepsi . Persepsi telah menjadi senjata yang paling tajam untuk membunuh . Membunuh sebuah perjuangan . Persepsilah yang melumpuhkan perjuangan Islam diseluruh dunia mutaakhir ini apabila pejuang - pejuangnya dilabelkan Taliban , al Qaedah , KMM , ekstrim , terorrist dan lainnya .

11. Sebagaimana Rasulullah saw yang sangat dipercayai oleh Kaum Quraisy sehingga digelar al Amin , tiba - tiba menerima persepsi yang sangat buruk yang akhirnya baginda digelar tukang sihir , gila dan pemecah belah masyarakat semata - mata kerana baginda saw konsisten menentang jahiliyyah dan memerangi kebathilan .

12. Malah hari pertama baginda membawa ajaran tauhid ini kepada masyarakat quraisy di atas bukit safa , baginda telah di ancam :

يا محمد هذا الأمر تكرهه الملوك و تحاربك العرب و العجم

Wahai Muhammad , apa yang kamu bawa ini adalah suatu yang sangat dibenci oleh para pembesar dan kelak kamu akan diperangi oleh orang - orang Arab dan bukan arab .

13. Biarpun persepsi masyarakat telah berubah terhadap baginda , namun demi prinsip perjuangan Islam ini , Nabi saw terus istiqamah dan thabat [ konsisten ] memacunya sehingga Nabi saw pernah bersabda kepada bapa saudaranya Abu Talib :

يا عمي و الله لو وضعوا الشمس في يميني و القمر في يساري على أن أترك هذا الأمر ما تركته أو أهلك دونه

Wahai bapa saudaraku , Demi Allah jika sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku supaya aku meninggalkan perjuangan ini , nescaya tidak akan ku tinggalkan [ sehingga Islam ini menang ] atau aku binasa kerananya [ syahid ] .


14. Ertinya Nabi saw tidak pragmatik untuk menukar haluan perjuangan atau memperlahankan rentak perjuangan semata - mata kerana mengambil kira persepsi masyarakat jahiliyyah pada waktu itu . Sebaliknya Nabi saw tegas dan berani mengambil risiko demi membawa misi menyelamatkan aqidah ummah .

15. Demikian persepsi diurus oleh nabi saw apabila berdepan prinsip perjuangan . Bukan sahaja Nabi saw mengabaikan persepsi tersebut tetapi Baginda saw tidak langsung terkesan dengan apa yang orang lain nak kata , apa yang penting ialah dasar dan prinsip perjuangan diteruskan malah digerakkan dengan lebih aktif.

10 comments:

Anonymous said...

Ketua Pemuda yang bagus untuk jadi ustaz, dan bukan pemimpin politik. Penerangan yang menjela, tapi kurang pintar dan berisi. Balik2 cerita persepsi, problem nya strategi ... unity government is a disaster, dan sekarang ketua pemuda ni nak jelaskan yang persepi tu salah, dan sanggup untuk berjihad membetulkan persepsi yang salah. explanation ketua pemuda ni macam dia berlagak jadi nabi saw. Sorry, this is a plotical forum bukan kelas ugama bang. Sayonara lah PAS.

::. Wan Yaakub Wan Abdullah .:: said...

Salam,

Penerangan yang jelas, dalil yang kuat..

bagi orang-orang yang berakal waras sahaja yang akan mengunakan kaedah Islam.

Taniah..

Jom berjuang dengan matlamat yang jelas..Quran dan Sunnah rujukan utama, bukan akal semata-mata...

Anonymous said...

perjuangan PAS THABAT, MURUNNAH , TAJARRUD..LILLAHITAALA...


ALLAHUAKBAR..

Anonymous said...

entah kenapa saya amat bersetuju dengan setiap perkataan di tulis oleh anon 11.18 sehingga saya tak tau apa nak tambah.

FZY said...

orang UMNO memang x suka pada agamanya sendiri sama seperti anon 10 November 2009 11:18..

Anonymous said...

Daripada awok duk mengulas panjang lebar pasal apa baik buruk persepsi dgn entah apa2 dalil yg tiada kaitan dgn masalah dalaman pas, elok lah awok plan daripada sekarang utk membina persepsi yg baik terhadap kepimpinan pas pada masa hadapan...persepsi tak boleh di ubah dalam sekelip mata, kerana ia terbina dalam tempoh masa yg sekian lama.

Mr Mutan said...

Salam.buat bro kat atas,berpolitik kena berpandukan agama,sebagaimana hang mati nanti segala materi(pahala) diperlukan untuk selamatkan hang.Materi tersebut kena proses waktu duk kat atas dunia ni,bermula hang baligh hingga hang mati.baca terjemahan doa qunut sekali,ada reti?

Editor said...

Pemikul dakwah islam mesti mencontohi Nabi.. Sedare pun nampak lagak Ustaz macam Nabi.. baguslah kalo ade lagak Nabi yang tersemai..

Sorry sedare.. Politik tak ke mana.. Agama juga yang undang redha Allah dan bawa ke syurga...

Anonymous said...

setuju dgn ilmu & hujah sedara.Tapi sedara sudah berada dlm bidang politik.
Memang betul ilmu sedara dlm bidang agama tinggi dan sesuai di dlm kuliah serta tazkirah.
Masalah sekarang sedara adalah ketua pemuda PAS.Ini parti politik.
Sila ikut cara nabi berpolitik.
Politik nabi terus ke khalayak.
Tapi saudara kurang menonjol di khalayak serta berpolitik secara terus dgn pemuda di luar sana.
Adakah saudara terikut-ikut seperti ketua saudara yg terlalu xlusif.

Wan Rosli Wan Sulaiman said...

Persepsi.........Fitnah Terhadap Perjuangan Islam.......... ekeleeh.semua tu mainan media..pimpinan Pas ta salah!!!hehehe..jangan pedaya orang laa..hujah berjela menegakkan benang basah je

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive