HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, November 29, 2009

Untuk Siapa Pembangunan Sebegini ?

1. Saya tidak tahu apakah Utusan Malaysia atau mana - mana akhbar berbahsa melayu berminat dengan apa yang mahu saya paparkan di sini setelah isu ini sebenarnya telah berlegar dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina .

2. Harap saya akan ada lah mana - mana akhbar berbahasa melayu sudi menyiarkannya . Paling tidak Utusan Malaysia , memandangkan Utusan Malaysia mempunyai minat tinggi untuk menyiarkan artikel saya mutaakhir ini .

3. Isu yang saya mahu bawa ke tengah ini ialah berkait dengan pembinaan sebuah lagi Pusat Konvensyen [ MATRADE ] dengan keluasan lebih kurang 90.000 meter persegi di atas sebidang tanah seluas 13.1 ekar yang terletak di Jalan Duta Kuala Lumpur . Projek ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 20 bilion tanpa tender terbuka .

4. Entah apa keperluannya Pusat Konvensyen mewah ini yang sememangnya telah mencetus kesangsian umum , sedang negara telah memiliki beberapa buah pusat yang serupa bertaraf antarabangsa sebelum ini iaitu KL Convention Centre , MINES , Putrajaya [ PICC ] dan juga di Langkawi . Lebih malang saya difahamkan semua pusat konvensyen ini gagal mencapai objektif dan menepati sasaran malah kerajaan pula terpaksa menanggung kerugian .

5. Contoh mudah untuk dilihat ialah bagaimana PICC yang tamat dibina tahun2003 dengan kos RM 600 juta telah menjadi beban kepada kerajaan apabila terpaksa menanggung kos penyelenggaraannya yang mencecah jutaan ringgit lantaran ia amat jarang digunakan . Hanya RM 2.5 juta setahun berjaya dipungut sedang sasarannya RM 3 juta setahun . Saya rasa 200 tahun lagi pun belum tentu kerajaan dapat pulangan modal membina PICC tersebut .

6. Ini sebenarnya satu lagi episod pembaziran dan salah urus kerajaan UMNO dan BN . Ini satu lagi projek kerajaan UMNO dan BN yang memperbodohkan rakyat dengan slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan .

7. Pusat Konvensyen dan Pameran milik MATRADE [ sebuah agensi kerajaan di bawah MITI ] telah dianugerahkan kepada kumpulan NAZA dan ianya telah diumumkan baru - baru ini . Projek ini [ Pusat Konvensyen di Jalan Duta ] jangka siap pada tahun 2013 . Ianya dianugerahkan kepada TTDI KL Metropolis yang juga merupakan anak syarikat kepada NAZA Group .

8. Persoalan yang timbul ialah :

a ] Kerajaan tidak membayar sesen pun kepada NAZA kerana satu deal telah dilakukan antara kerajaan dengan NAZA , dimana NAZA mesti membina Pusat konvensyen bernilai lebih kurang RM 628 juta untuk kerajaan dan sebagai balasannya tanpa perlu kerajaan membayar wang tetapi memberi sebidang tanah yang bernilai tinggi seluas 65.5 ekar pada kadar RM 72 per kaki persegi sama jumlah keseluruhannya ialah RM 197 juta . [ di sini kelihatan seolah - olah NAZA "memberi" kepada kerajaan sebanyak RM 341 juta . Munasabahnya , mana ada syarikat yang sanggup rugi sebanyak itu jika tiada pulangan yang lumayan kepada mereka ? Apakah di sana ada sesuatu yang cuba dirahsiakan dari pengetahuan umum ?

b ] Benarkah kerajaan perolehi untung sebannyak RM 341 juta apabila Pusat Konvensyen ini dibina ? benarkah NAZA hanya mendapat sebidang tanah dengan harga RM 197 juta [ RM 72 sekaki persegi ] ?

c ] Yb. Tony Phua mendedahkan bahawa tanah yang terletak di kawasan Mont Kiara dan Jalan Duta itu terlalu rendah jika dinilai dengan RM 72 sekaki persegi . Anggaran sebenar nilainya ialah RM 350 sekaki persegi dan harga keseluruhannya ialah RM 970 juta bagi tanah seluas 62.5 ekar tersebut . [ bahkan ada penilai yang menilai dengan kadar RM 500 sekaki persegi ]

d ] Ertinya Kerajaan membayar RM 970 juta kepada NAZA untuk projek bina Pusat Konvensyen yang bernilai RM 628 juta itu bukannya RM 197 juta . Ini bermakna NAZA untung RM 342 juta . Sekaligus menjelaskan bahawa Dato' Mustapha Mohamed berbohong apabila menyatakan bahawa kerajaan membina Pusat Konvensyen itu secara percuma . Walhal kerajaan rugi sebanyak RM 342 juta !

9. Ketelusan apakah yang dijanjikan oleh pemerintahan Dato' Najib jika projek sebesar ini dibuat tanpa tender terbuka ? atau di sana terdapat permainan atau skandal sumbang melibatkan kerajaan dengan NAZA yang sebelum ini telahpun mengaut keuntungan puluhan juta melalui penganugerahan AP yang diberi oleh MITI ???

10. Saat negara mengalami iklim ekonomi yang lembab basah , apakah rasionalnya sebuah lagi Pusat Konvensyen mewah dibina dengan kos yang sedemikian tinggi dan kelihatan jelas merugikan kerajaan dan rakyat ? persoalan besar dalam isu yang saya bangkit ini ialah dimana kedudukan rakyat yang didahulukan itu ? atau rakyat yang dikenakan dulu oleh kerajaan UMNO dan BN ??

apakah ada ruang yang memadai untuk artikel ini diakhbar berbahasa melayu ?

11 comments:

Anonymous said...

Pemimpin Malaysia semua nya syok sendiri manakala rakyat Malaysia sama ada bodoh ataupun penakut.
Kalau di biarkan tak lama lagi negara akan lingkup.
Marilah terus berusaha untuk menghapuskan UMNO dari bumi Malaysia ini.

kl-kk-ptrjaya said...

askum..
akhirnya sy ucapkan syabas kpd ust sebab dedahkan ttg cerita skandal membabitkan harta rakyat.Ni baru kira isu yg sepatutnya diperjuangkan oleh kp pusat..bukan isu remeh temeh..bongkar lg penyelewengan umnoputra ni sbb skrg mrk cuba tutup isu besar dgn isu pas yg remeh temeh...tp diperbesarkan!

Mohd Asraf Sharafi said...

Assalamualaikum

Saya ada 1 ptnyaan utk ustaz, saya baru shja melibatkan diri dgn jemaah dan saya telah memilih PAS sbg jmaah yang pd pndgn saya mampu mmbawa Islam trtegak semula di bumi Malaysia.
namun masalahnya ustaz, parents saya tidak merestui saya.
disni saya pohon jasa baik ustaz utk mmberikan pndapat
jazakallh ustaz.

fajridil adha said...

salam..

ustaz, sy yakin betul bhw utusan meloya ni xnak siarkan artikel ustaz ni. mana diorang nak siarkan artikel yg membuka pekong pemimpin baghal dan pendusta tu..
[my blog]

AnakKedah said...

ini baru nama pemuda...serang sahaja umno/bn dengan isu yg berlambak di muka bumi malaysia nie... jangan dok kesah sangat hal rumah tangga kita... so far rumahtangga kita nie ada medium lain nak pereloknya... gunakanlah mediaum tersebut... lanie lancarkan serangan...

kem aman said...

buat jangan tak buat.. buat bangunan banyak2.. lagi banyak lagi baik... nanti bila lapar tak de makanan, kita pakat 'kekoh' bangunan tu.

Anonymous said...

Allahuakbar!! dari mana ustaz dapat maklumat ni?? Patutlah Mustafa Mohamad dan UMNO bertubi-tubi menyerang TG Nik Aziz dan PAS. Rupanya mereka ingin menyembunyikan skandal besar ini. Kurang ajar punya Stops!! Berani suruh MB Kelantan letak jawatan, tapi tangan dia sendiri bergelumang taik.

Teruskan Ustaz pendedahan sebegini. Ana mohon untuk ana sebarkan ke alamat emel kawan2 dan blog2 terpilih. Tahniah sekali lagi.


AJK DPPK Kota Tinggi

Anonymous said...

Macam inilah standard Ketua Pemuda PAS sebenar. Bercakap dan mengulsa isu-isu yang lebih memberi manfaat kepada ummah. Jangan jadi pemuda pak turut yang penuh dengan sentimen semata-mata.

Tahniah Ustaz Nasrudin!! Teruskan permulaan yang baik ini. Rakyat di luar menagih pembelaan.

Anonymous said...

Macam inilah standard Ketua Pemuda PAS sebenar. Bercakap dan mengulsa isu-isu yang lebih memberi manfaat kepada ummah. Jangan jadi pemuda pak turut yang penuh dengan sentimen semata-mata.

Tahniah Ustaz Nasrudin!! Teruskan permulaan yang baik ini. Rakyat di luar menagih pembelaan.

Abu Faiq said...

Asalaamu 'alaikum, Sdr Nasrudin & Muslimin-Muslimat yang melayari blog ini,

Kita [umat Islam], sekalipun perasaan Islamnya kuat, namun masih rela kehidupan kita diatur dengan sistem KAPITALIS - sistem ekonomi ciptaan kufur Yahudi yng diusung oleh pemerintah sekular-demokrasi-kapitalis ini.

Hanya 2 puak yang mendapat untung besar daripada sistem busuk ini:
[i] Pemerintah/Penguasa dan [ii] kroni kepada pemerintah; iaitu golongan kapitalis [pemodal].

Benar 'rakyat didahulukan', tapi bukan 'didahulukan' untuk menikmati kekayaan negara mereka, sebaliknya 'didahulukan' untuk dirampas hak mereka, ditindas, dizalimi, dibohongi, dipermain dan dikecewakan. Itu saja yang mereka dapat. Selebihnya hanya sisa.

Masih berharapkah kepada sistem rosak ini, atau berpindah kepada sistem Islam?

Hanya dengan Daulah Khilafah segala kerja karut-marut yang menzalimi itu dapat dihapuskan.

Anonymous said...

SALAM USTAZ..
sy pkir mesti ada kebaikan juga disebalik pembangunan yang dibina kerajaan ini. takkan lah seratus peratus smuanya merugikan.

jadi,sy sangat menyokong sekiranya article ustaz ini dimasukkan ke dalm ruangan harakah sahaja kerana harakah adalah media massa yang sangat sempurna buat pas.

sy cabar ustaz siarkan kuburukan pakatan rakyat dlm harakah kalau betul ustaz pemimpin yg bersikp terbuka..

sbg cnth isu rasuah yang dilakukan oleh menantu nik aziz, sikp pmimpin dap yg biadap,kronisme dlm PR dan amalan rasuah oleh pemimpin parti keadilan..

sy perhatikn dalm akbar utusan sekalipun turut menyiarkn berita tgkapan rasuah pemimpin umno sperti Tan sri isa samad.walhal media tersebut dikuasai oleh krajaan..

tp pmimpin pas sentisa angkuh dan tak mahu nak mengaku salah.ini yg menyedihkan sy

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive