HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, January 8, 2010

2 Jam Setengah bersama Pemuda

2 Jam Setengah
Bersama Pemuda PAS
Kawasan Hulu Langat

1. Malam ini jadual saya 2 jam setengah bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat .

2. Majlis yang penuh mesra dan mahabbah ini turut diserikan dengan kehadhiran Yb. Dr. Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat dan juga Ybhg. Yang diPertua PAS Kawasan .

3. Hampir seratus orang pemuda yang terdiri daripada AJK Dewan Pemuda PAS Hulu Langat , Ketua Jawatankuasa Pemuda Cawangan dan aktivis - aktivis pemuda .

4. Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan tahniah kepada Sdr Mat Shah selaku ketua DPP Kawasan Hulu Langat dan rakan - rakannya kerana telah berjaya menganjurkan pertemuanini . Semoga semangat ukhuwwah yang terbina ini akan menjadi asas yang kuat dan kukuh untuk kita terus thabat dan istiqamah dalam perjuangan ini .

5. Aktiviti 2 jam setengah ini ringkas , padat dan bermanafaat . Kandungan aktiviti merangkumi Taklimat gerakkerja DPP Kawasan oleh Ketua DPP Kawasan , taujihat oleh Ketua DPP Pusat dan dialog atau soal jawab bersama seluruh anggota pemuda yang hadhir . Taujihat Ketua DPP Pusat menekankan beberapa aspek utama yang perlu diberi perhatian oleh semua anggota pemuda :

a] Memperkasakan Amal Tarbawi
b] Memperhebatkan Gerakkerja Dakwah
c] Mempertingkatkan kualiti ilmu dan prestasi amal
d] Menguasai dan menjuarai Isu
e] Pengurusan dan penjanaan organisasi
f] Menjayakan proses pembentukan Murabbi dan Murabitun
g] Melahirkan pemuda yang menepati pemuda Ansorullah

6. Pertemuan ini saya namakan sebagai [ 2 Jam Setengah : Ketua DPP Pusat bersama DPP Kawasan . ] Program ini akan membawa saya menjelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan semua anggota pemuda di peringkat kawasan dan cawangan . Insyaallah , 18 hb January ini di beberapa DPP kawasan dalam negeri Perlis dan 20 hb. January bersama DPP Kawasan Kuala Nerus Terengganu .

7. Sementara tumpuan istemewa pula buat Sabah pada 14 - 17 hb January dan Sarawak pada 4 - 7 February . Adapun 31 January kelak , seharian saya akan bersama DPP Negeri Perak dalam Himpunan Pemuda Perak [ HEMPAP ] setelah 23 dan 24 hb January nanti , saya bersama beberapa rakan dari Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan kembara berkeretapi dari Kuala Lumpur ke selatan tanahair .

8. Kembara ini akan menyaksi beberapa program menarik dilakukan . Setiap stesen yang kita singgah seperti di Seremban , Batang Melaka dan Johor kita akan mengadakan program khusus bersama pemuda dan masyarakat setempat dan sekitar stesen tersebut .

9. Program 2 jam setengah bersama pemuda akan terus disambung dengan memilih DPP Kawasan Bukit Katil Melaka sebagai tapak program pada 16 February dan 17 February pula program 2 jam setengah bersama DPP Kawasan Rompin Pahang .

Tentatif program 2 Jam Setengah : Ketua DPP Pusat bersama DPP Kawasan ialah seperti berikut :

Solat Maghrib berjamaah .
Al Mathurat dan Asmaul Husna
Taklimat Gerakkerja Amal islami DPP Kawasan
Taujihat Ketua DPP Pusat
Dialog
Solat Isyak berjamaah
Nasyid Taubah , solat hajat dan Munajat
BBQ

Jadual ini tertakluk kepada perubahan dan kesesuaian semasa kawasan penganjur .

10 . DPP Pusat juga telah memutuskan lawatan kerja DPP Pusat ke negeri - negeri dan sebelah malamnya dianjurkan Pentas Pemuda . Jadual lawatan kerja ini turut tertakluk kepada kesesuaian DPP negeri - negeri . Jadualnya seperti berikut :

20 February 2010 : Johor
21 February 2010 : Negeri Sembilan .
27 February 2010 : Pahang
28 Februray 2010 : Selangor
06 March 2010: Kelantan
07 March 2010 : Terengganu
20 March 2010 : Pulau Pinang .
21 March 2010 : Perak
27 March 2010 : Wilayah
28 March 2010 : Negeri Sembilan .
03 April 2010 : Kedah
04 April 2010 : Perlis

Insyaallah , harapan saya semoga Allah swt memberi keupayaan dan kekuatan bagi kita melaksanakan tugasan yang penting ini dan mendapat sokongan padu dari seluruh saff pemuda di semua peringkat .

4 comments:

aku dr amin said...

salam ustaz. saya gembira jika ustaz dapat memperbanyakkan gambar gambar menarik dalam artikel ustaz. agak menarik jadi kerana artikel ustaz selama ini agak panjang jugak. so andai diselang dengan gambar gambar pasti lebih mempesona. teruskan menulis ustaz. pemuda kelantan di perantauan

Anonymous said...

Good job Bro..

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

istiqamah ust!!semoga syahid dan menang...harapan blogger2 pemuda pas juga boleh salurkan maklumat ttg program tarbawi bagi menjadi contoh pada masyarakat dan semangat serta menjaga ikhlas.

C@H@Y@P3MBUK@@N said...

salam perjuangan..
subhanallah..
semoga ustaz terus istiqamah..
teruskan untuk bersama pemuda, mungkinjuga bukan sekadar pemuda PAS, tetapi pemuda diluar sana yang masih ketinggalan

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive