HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, January 2, 2010

Isu Penggunaan Kalimah Allah swt

1. Keputusan mahkamah yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan kalimah Allah swt telah mencetus polemik dikalangan masyarakat dalam negara kita . Keadaan kelihatan tegang antara penganut ajaran Kristian dan ummat Islam .

2. Saya mengharapkan semua pihak terlebih dahulu tidak mengambil tindakan terburu - buru dan diluar kawal dengan hanya berpandukan emosi khasnya kepada ummat Islam . Justeru , Islam adalah agama yang tetap benar dan utuh malah ia akan terus dipelihara dengan hujjah yang benar dan kuat .

3. Asalnya , agama Kristian [ Nasara ] , Yahudi dan Islam berkongsi Tuhan yang sama iaitu Allah swt. Tuhan yang satu dan Tuhan yang Maha Esa . Inilah jua yang termaktub di dalam Taurat dan Injil .

4. Namun Taurat dan Injil yang asal telah dipinda oleh para paderi dan pendita Yahudi sejak lama dulu sehingga menghasilkan Injil Barnaba , Injil Matthew dan sebagainya . Semenjak itu mereka menyengutukan [ mensyirikkan ] Allah swt Tuhan yang Maha Esa dengan menganggap ada tuhan lain selain Allah seperti tuhan anak , tuhan bapa dan tuhan ibu .

5. Konsep ketuhanan yang sedemikian adalah sangat bercanggah dengan Islam . Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Esa . Tuhan yang Satu dan tiada Tuhan yang lain selain Allah yang layak disembah .

6. Sementara mana - mana pihak mahu mengambil tuhan yang lain sebagai tuhan mereka untuk di sembah adalah terpulang kepada keyakinan mereka dan itu menjadi hak mereka dalam beragama . Tetapi mereka tidak boleh menggunakan Lafzul Jalaalah [ Allah ] sebagai Tuhan dan diletakkan di dalam rumah - rumah ibadah mereka untuk disekutukan , kerana ia disifatkan satu penghinaan kepada ummat Islam yang meletakkan Allah swt sebagai Tuhan yang Esa yang tidak sekali - kali layak disekutukan dengan segala apa jua .

7. Saya bersetuju bahawa kalimah Allah swt boleh digunakan oleh sesiapa jua tanpa ia menjadi milik ekslusif ummat Islam , kerana Allah swt adalah Tuhan kepada seluruh ummat manusia . Tetapi penggunaan kalimah Allah itu mestilah benar dan tepat dengan keesaan Allah swt . Seperti mereka mengatakan Allah adalah Tuhan yang mencipta Alam dan Tuhan yang mencipta manusia , maka itu adalah perkataan yang benar dan mereka dibenarkan untuk berkata demikian sekalipun mereka bukan muslim .

8. Menggunakan kalimah Allah swt secara benar dan betul adalah tidak mengapa . Sebagaimana yang disebut di dalam al Quran , bagaimana golongan musyrikin apabila ditanya : [ siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab Allah , maka mengapa mereka masih boleh dipalingkan daripada kebenaran .] Dalil ini bagi menegaskan tidak mengapa penggunaan kalimah Allah swt dengan maksud yang benar dan bertepatan dengan konsep ketuhanan Allah swt . tanpa mereka berpaling dari kebenaran itu .

9. Melalui pengamatan saya , aliran Kristian di negara - negara arab seperti Mesir meletakkan kalimah Allah di dalam gereja dan restoran - restoran mereka . Pengalaman saya dengan aliran Kristian di Mesir ini mendapati mereka sememangnya menganggap Allah swt adalah Tuhan yang menciptakan manusia dan memberi rezeki . Bahkan mereka menggunakan kalimah Allah swt sejak awal [ ribuan tahun ] yang lalu .

10. Situasi ini sangat berbeza dengan aliran Kristian yang lain seperti di barat mahupun di negara kita . Sejak awal mereka tidak pernah menggunakan kalimah Allah swt sebagai merujuk kepada tuhan yang mereka sembah di dalam upacara ibadat , penerbitan dan gereja - gereja mereka. Sebaliknya mereka sering menggunakan kalimah God sebagai tuhan mereka dan Jesus tatkala merujuk kepada Nabi Isa a.s .

11. Apabila timbul isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald , ia suatu yang sangat asing maka ia mencetus kesangsian dikalangan ummat Islam . Apakah motif penggunaan kalimah tersebut ? Jika untuk tujuan ibadah , tidak pernah pula mereka menggunakan kalimah tersebut sebelum daripada ini . Inilah persoalan yang mesti diberikan penjelasan yang jujur dari pihak terbabit .

12. Kebimbangan ummat Islam adalah berasas . Penggunaan kalimah Allah tanpa motif yang jelas menimbulkan pelbagai prasangka . Apakah ini strategi mereka untuk menimbulkan kekeliruan dikalangan ummat Islam lalu memurtadkan mereka ? atau ini satu siri provokasi untuk menilai sensitiviti ummat Islam . Prasangka ini akan terus bersarang dan berlegar dalam jiwa ummat Islam .

13. Sikap saya jelas , jika mereka guna kalimah Allah secara salah , pasti mereka akan berdepan dengan penentangan dan kemarahan ummat Islam yang tidak rela Allah swt dipersenda dan diperlekehkan . Tetapi jika mereka menggunakan kalimah Allah dengan betul dan benar seperti menyebut bahawa Allah adalah Tuhan yang mencipta langit dan bumi , Allah adalah Tuhan yang mencipta manusia , Allah adalah tuhan yang memberi rezeki dan seumpamanya , maka itu tidak mengapa dan saya boleh bersetuju sekalipun yang melafazkan itu bukan muslim .

14. Menghormati mahkamah , Kementerian Dalam Negeri berhak membuat rayuan segera bagi membolehkan mahkamah mengkaji dan menyemak semula keputusan yang telah dibuat . Saya juga mengharapkan selepas ini , hakim yang mengendalikan kes mestilah juga hakim yang memahami kedudukan agama Islam dan Kristian di Malaysia . Campurtangan pihak Raja - Raja Melayu juga mungkin boleh meredakan keadaan yang kini kian panas dan tegang .

15. Insyaallah , bagi pihak Pemuda PAS senantiasa bersedia untuk berdialog dan berdepan dengan pelbagai pihak bagi menyelesaikan masaalah secara hujjah , tenang dan damai tanpa mencetus pergolakan antara agama . Kita juga melahirkan rasa kesal terhadap sikap kerajaan UMNO dan BN yang selama ini terlalu banyak mendiamkan diri dalam kes - kes yang mempersendakan Islam dan ummatnya .


22 comments:

Anonymous said...

perkara ini terjadi adalah disebabkan sokongan melayu islam pas/pkr,sebelum ini tidak ada langsung isu isu sebegini.mereka semakin berani mengungkit ungkit hak org melayu islam dimalaysia ini.jadi saudara jangan lah nak salahkan kerajaan UMNO/BN.saudara cuba salahkan diri sendiri/parti saudara.sejak pas bersama PR.,Saya semakin hilang kepercayaan kepada parti anda.SEMOGA PARTI ANDA TEWAS PADA PILIHAN RAYA AKAN DATANG.

Anonymous said...

salam..
jgn d salah gunakn kalimah Allah sudhla..

Nasrudin said...

Pada hemat saya, umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka. Bagi aktivis yang bermatian-matian "memperjuangkan" isu ini di dalam peti televisyen, saya menjemput anda semua melihat beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini.

Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.

Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.

Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes Murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh Mahkamah. Soalnya dimana UMNO dan NGO "cabuk" perkakas UMNO ini? Adakah keputusan-keputusan Mahkamah ini baik dan harus diterima? Isu yang "substance" ini lebih utama dari hanya membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar agama Kristian ini. Adakah mereka mendesak Majlis Raja-Raja campurtangan, disaat aktivis agama, peguam-peguam dan pendokong serta pencinta Islam bertempiaran dikejar dan dihamburkan air berasid hadiah FRU?

Saya melihat isu kalimah Allah ini adalah rahmat kepada umat Islam keseluruhannya, kerana masyarakat ingin melihat lebih jauh dari itu. Maka di hadapan kita sebenarnya terbentang pelbagai "juadah" jijik yang telah disajikan kepada Islam di Mahkamah negara kita..Justeru, dimana kita?

albelurani said...

Salam.

Nampaknya kita semakin diCUBA oleh pihak2 yang ingin melihat Islam terus dicabar dan digugat oleh musuh2 islam semada dari dalam atau luar.

Langkah dan tindakan harus bijaksana. ana sokong Ust, jika UMNO tidak mahu ke hadapan dalam isu2 sebegini, PAS sudah tentu bersedia bila - bila masa kerana perjuangannya jelas.

Timbulnya isu2 sebegini, ana yakin maka akan terserlah watak2 sebagai mana Rasulullah SAW dan para sahabat ditekan dan ditindas pada ketika dahulu.

sudah semestinya semangat JIHAD dan HIJRAH ini akan mematangkan lagi umat Islam.

Allahuakbar..

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra NHT & semua yang melayari blog ini,

1 Orang-orang & jemaah yang kuat-kuat mempertahankan nama Allah tapi takut melaksanakan hukum-hukum Allah boleh saja membuat seberapa banyak protes di dalam isu ini.

2 Namun, akhirnya, kena diakui bahawa isu ini adalah isu perlembagaan/perundangan yg mesti diselesaikan cara perundngan juga.

3 Berkumpullah semua mantan para pemimpin yg besar & yg kecil bersama-sama jemaah & individu umat lslam utk memprotes keputusan mahkamah yang telah menghalalkan penggunaan kalimah Allah untuk kaum non-Muslim itu, namun suara penuh beremosi mereka itu tidak akan dapat melahirkan apa-apa keputusan baru; paling banyak itulah sahaja - tertampan pada rasa marah, sedih, kesal dan kecewa.

4 Selain itu, untuk satu bentuk penyelesaian once & fo all, yang kekal & utuh, agar tidak timbul pada kemudian hari, bukan sahaja isu 'aib spt ini, bahkan isu-isu lain yang dapat menampar wajah lslam di M'sia, apakah solusinya?

5 Jika benar isu ini ancaman kepada keamanan & kesejahteraan negara, bersidanglah badan legislatif, atas inisiatif segara oleh kepala kementerian yang telah gagal mempertahankan kesucian nama Allah di dalam kes ini sebelumnya. Buat akta baru. Tutup rapat segala legasi lubang busuk yang selama ini telah dan akan terus dieksploitasi untuk memperlekeh lslam & apa-apa yang berkaitan dengannya. Jika benar-benar mahu memartabatkan lslam sebagai ad-deen - pengatur bagi segala aspek kehidupan [nizam/ideologi] - sesuai
dengan tempatnya sebagai agama rasmi negara [dan lebih aripada itu kerana menyahut seruan Rabb-nya], legasi hodoh ini hendaklah didepani dengan sepenuh keberanian, dan sepenuh rasa takut akan laknat daripada Pencipta agama ini - Allah SWT - jika mengkhianati amanah.

6 Inilah saatnya berfungsi sebgai
da'i, kerana itulah takrif sebenar seorang politikus Muslim, dan kalaupun akan digagalkan, akan dimuliakan martabatnya seganding Saidina Hamzah ra. Apatah lagi, kerana sangat hina bagi seorang mukallaf tidak memasang niat untuk jihad. Maksud sabda Rasulullah SAW, "Penghulu segala syuhada' adalah Hamzah, dan sesiapa sahaja [lelaki] yng memuhasabah penguasa yang zalim, lalu [dia] mati [dibunuh] kerananya".

Namun, kepatuhan ke tahap yang sedemikian hanya disemai oleh ideologi Khilafah. Wallahu a'lam.

Sosialis Hijau said...

Adalah satu perkara yang amat luar biasa apabila UMMO begitu perihatin dengan isu Islam. Bila ianya menjadi satu perkara yang luar biasa maka sudah pastilah ada sesuatu yang tidak kena dengan isu ini.

Jika anda pernah melalui pilihanraya di sekirar sebelum tahun 2004 anda akan berjumpa dengan papan-papan tanda yang menhina hukum hudud yang di lukis dengan berbagai cara oleh parti MCA dan Gerakan. Ini adalah kerana untuk menakutkan pengundi bukan Islam agar tidak memberi undi kepada DAP yang kononya pada ketika itu DAP telah bersekongkol dengan PAS. Mesej mereka ialah mengundi DAP bererti mengundi Pas dan mengunidi Pas bermakna Hukum hudud akan di kenakan keatas orang ukan Islam.

Dengan kartun yang cukup menghina Islam di letakan di tepi-tepi jalan tidak langsung mendatangkan kemarahan kepada Umno. Sedangkan menghina hukum Hudud bererti menghina Allah Tuhan yang Umno pertahankan sekarang ini.

Hari ini tiba-tiba Umno melenting bila makamah membenarkan Nama Allah di gunakan oleh penganut kristian. Kononnya ianya satu penghinaan kepada Islam. Menghina hukum Islam tidak pula di katakan satu penghinaan terhadap Islam.

Sebenarnya perkara ini harus di lihat dari satu sudut yang tidak terlintas oleh kepala otak Ketua Pemuda Pas Batu Kawan yang satu haram tak reti apa tu. Perlu di ingatkan bahawa semua isu yang berlaku sejak dari kekalahan parti British Malaya sejak PRU yang lalu sentiasa berkaitan dengan bukan melayu dan bukan Islam.

Umno melalui team propaganda mereka telah cuba untuk membangkit kembali isu perkauman yang telah di runtukan pada PRU yang lalu. Walaupun yang di lihat menjadi mangsanya adalah orang bukan Islam dan bukan melayu namun sasaranya ialah untuk orang melayu.

Contohnya isu Teoh Beng Hock. Jika di lihat dari satu segi ianya di gunakan untuk membangkitkan kemarahan orang cina tetapi hakikatnya ialah untuk menimbulkan kemarahan orang melayu. Team propaganda ini mengharapkan apabila Isu Teoh ini di bangkitkan oleh orang cina ianya kan mendatangkan kemarahan pula kepada orang melayu terhadap orang cina.

Baca seterusnya di http://greensocialis.blogspot.com

Anonymous said...

Kenapa Kristian guna nama Allah sedangkan dalam bibble ada tulis nama seperti Eloh, Elohim.

Menjadi masalah dalam PAS sekarang. Kebanyakkan pimpinan PAS sekarang takut menyatakan kebenaran melainkan kalau kenyataan itu senada dengan apa yang disebut oleh TGNA.
Sekiranya kenyataan seseorang itu tidak senada dengan TGNA maka akan dicop sebagai UG.

Kemana hala tuju PAS sekarang. DiKelantan dikatakan 'jangan jadikan PAS parti keluarga. Apa bezanya dengan PAS pusat yang secara tidak langsung hanyalah suara TGNA.

INSAN KAMIL said...

Asalamualaikum Utz,

Saya bersetuju dengan pendapat utz dimana ornga Arab kristian di Arab menggunakan kalimah ALLAH, tanpa ada sebarang masalah. Senario di negara Arab berbeza utz, mereka berasal dari bangsa yang sama, berkonsi tradisi & budaya yang sama, menggunakan bahasa yang sama, warna kulit yang sama, mewarisi sejarah yang sama & memiliki pemikiran yang sama. DiMalaysia ni penganut agama kristian terdiri daripada orang2 cina, india dll.Kita tolak etnik Sabah & Sarawak yang dahulunya mengamalkan agama animalisma dan berasal daripada kepulauan Mulayu.
Bangsa cina dibawa oleh penjajah bermula sekitar 150 tahun sebelum merdeka. Mereka tergolong dikalangan 1. Golongan bangsawan 2. Golongan perompak penyamun. Golongan bangsawan ni, tak ramai pada ketika itu, mereka ditugaskan untuk mengawal & menyelia golongan ke2 tadi, hubungan mereka adalah akrab dgn penjajah, kebanyakan daripada mereka sudah memeluk agama kristian sejak dari awal lagi. Golongan yang ke2 ni terdiri daripada penganut agama buddha yang mana telah dididik untuk menghormati orang tempatan, setiap tindakan mereka didahului dengan izin daripada konon2nya roh orang yang mula2 buka kawasan tersebut melalui upacara sembahyang di tokong, Disebabkan bumi yang mereka pijak ni adalah Persekutuan Tanah Melayu jadi mereka sembahyang roh orang melayu yang sudah meninggal katanya. Melalui peredaran masa hari ni kita lihat golongan ke2 tadi sudah mula memeluk agama kristian. Tujuan penerangan ini adalah supaya kita kenal mereka ini supaya kita senang mengenal kelemahan mereka.
Golongan 1 berpewatakan lembut, mudah bergaul dan memikul agenda penjajah.Golongan ke2 pula berpewatakan kasar, pengotor, uncultured (kata org putih), dan tidak memikul agenda penjajah. Sehingga hari ni golongan pertama ini mendapat bantuan dari segi peluang pekerjaan & perniagaan daripada penjajah melalui gereja2 mereka di Singapura, tanpa di ketahui umum.
Jadi utz, memang pengguaan Kalimah ALLAH ni mempunyai agenda untuk orang2 melayu yang beragama islam majoritinya.Yang saya nampak mereka memang tak puas hati dengan perlembagaan kita yang tidak membenarkan agama lain menyebarkan agama mereka kepada orang2 Islam di Malaysia ini. Jadi dengan penggunaan Kalimah ALLAH dalam kitab mereka, bila orang tanya mereka kata ini kitab Islam, mereka mempunyai lebih banyak ruang di mahkamah dalam menangani kes2 murtad,anak luar nikah dsb. Jaganlah kita berengketa didalam hal sebegini.
Pada pendapat saya isu Kalimah ini bukan isu agama semata2, isu ini perlu dilihat dari sudut perbezaan kaum juga. Disini agama digunakan sebagai platform. Mungkin silap kita juga membuka pekong kita kat dia orang, sehingga dia orang boleh mengambil tindakan sedemikian rupa.Selama saya berkawan dengan mereka saya tak pernah dengar mereka mengutuk & mencela pemimpin & bangsa mereka. Tapi orang melayu UMNO biasa kutuk orang melayu PAS, dan orang melayu PAS biasa kutuk orang melayu UMNO dihadapan mereka.
Disini lah utz saya nampak kelemahan kita semua sehingga orang yang sembah dato moyang kita pun dah mula tak hormat kita,kalau hari ini mereka dah tak homat kita apatah lagi di zaman anak cucu kita, Na uzubillah.
Yang menguatkan saya cuma satu sahaja utz, mareka tolak Muhamad. Kita tak pernah tolak Isa, Nabi ALLAH Isa nabi kita juga.
Saya memohon maaf jika kata2 saya ini menyinggung utz @ mana2 pihak. Saya cuma sekadar memberi pendapat sahaja, Saya diperkenalkan ke blog ini pun melalui sahabat saya dari PAS PJS. Saya benar2 berharap isu ini dapat ditangani dengan segera.

Wasalam daripada saya,

INSAN KAMIL

Farid Albariti said...

Salam.

Hakikatnya, "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia'", An-Nas, 114:1.

Secara jelas menunjukkan yang kita tidak boleh mengatakan bahawa Islam ini milik kita apalagi mendakwa perkataan Maha Mulia "ALLAH" sebagai milik orang Islam, lebih pelik dari itu, ada yang mendakwa perkataan mulia "ALLAH" adalah milik orang melayu.

Najib pula ingin menjadi hero dengan memperjuangkan sungguh-sungguh isu ini dengan mengheret institusi Diraja ke dalam isu ini. Sekali lagi, menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa rakyat mengikut acuan pemikiran UMNO yang sangat merugikan.

Saya katakan rugi kerana, Najib sebagai orang No 1 di dalam 1 Malaysia ini gagal membawa perpaduan yang sebenar. Sewajarnya isu ini ditangani dengan penuh ilmiah dan akademik. Saya percaya, jika isu ini diperjelaskan oleh para alim ulama', orang-orang bukan Islam akan faham dan menerima secara akur dan sukarela terhadap pendirian dan kefahaman Islam.

Saya bersimpati kepada nasib seluruh masyarakat bukan Islam di Malaysia yang akhirnya gagal memahami Islam menurut pandangan yang jelas dan sebenar.

Wallahu 'Alam.

afif said...

UMNO lah punca perkara ini terjadi...
Apasal pi lantik orang bukan Islam jadi hakim?

jalanhitam said...

Dan mereka yang kafir berkata: (Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak. (88) (90) Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. (91) (Surah Maryam)

saya kecewa… ramai benar umat Islam bersungguh-sungguh pulak sokong umat Kristian guna nama Allah…

memang la Quran ada bgtau ada umat Kristian yang kata Allah tu yang jadikan ada anak dan jadikan langit bumi…

TAPI… ada ke Allah suruh umat kristian guna kalimah Allah?? Di akhir ayat… Allah menemplak mereka kerana berpura dan berdusta dengan nama Allah!!

Allah dah bagitau kata-kata mereka itu adalah salah... Langit, bumi dan gunung hampir hancur mendengarkan kata2 mereka… yang kaum muslim… kononnya ustaz pulak redha… apaaaalah!

mungkin saudara mahu jadi seperti Indonesia… tak lama lagi Gereja akan di panggil dengan BAITULLAH (RUMAH ALLAH)..

bahan penerbitan akan bertebaran… terutamanya bahan bacaan kanak-kanak yang mengambarkan Allah yg punyai anak.

Anonymous said...

memang benar kata anta dan isu ini perlu di lihat dalam kontek kita di malaysia apatah lagi di Sabah yang sudah lama dieksploitasi untuk kepentingan kristian.Bayangkan di Sabah injil versi Melayu Indonesia di baca oleh penganut Kristian bahkan ada diletakkan disesetengah hotel, ada pelajar saya dulu di Kudat membawanya kesekolah, kita boleh bayangkan bagaimana terededahnya orang Islam yang lemah penghayatan agamanya kepada diayah ini. Begitu juga di sabah penggunaan bin dan binti diguna oleh semua orang walau apa agama, benarlah bin dan binti tu cakap arab namun biah negara kita jika bin dan binti merujuk kepada orang islam tetapi di Sabah belum lagi bahkan anak murid saya dahlah pakai bin dan binti walaupun Kristian tetapi guna nama seakan orang islam biasa guna seperti abdul rahim, rohani dll yg suasana di Sabah boleh mengelirukan kerana umat islam yang dok di kawasan yg lemah beragama seperti jika kita berjalan ke Kudat, Pitas, kota Marudu. Saya boleh bayangkan bagaimana akan hebatlah diayah kristian yg mereka dah lama buat di Sabah nu.

humaizi said...

Assalamualaikum.
Saya setuju dengan ulasan ust nasrudin tentang isu penggunaan nama Allah, tetapi... sudah nama orang politik, anda tetap akan menghentam pihak2 yang bukan dari kalangan parti politik anda, ternyata anda lebih suka berpolitik berbanding mengajak semua umat islam bersatu.

Semoga Allah menjaga niat ikhlas anda untuk berdakwah, hanya kerana Allah, dan bukan untuk merendah2kan satu pihak, lalu menaikkan pihak anda sendiri.

Nasrudin said...

Buat Jalan hitam ... bahaya jalan yang sedara pilih :)

Saudara patut baca dengan kepala yang dingin dan bakal nampak apa maksud saya .

Saya dengan jelas sebut , JIKA non muslim sebut Allah Tuhan yang buat langit dan bumi maka tidak mengapa . kita boleh setuju TETAPI jika mereka kata Allah ada anak dan isteri bla bla .. maka kita tidak boleh bersetuju .

Ada yang tidak kena dengan kenyataan seperti itu .

Saya rasa , saya menulis dan memahami sama seperti yang sedara faham cuma saudara gagal memahami saya dan uslub saya menulis

Anonymous said...

Tahniah Ust, atas penerangan yang jelas ini. Ana kalau boleh mahu isu ini diperjelaskan oleh pemuda dengan sebaiknya. Pemuda PAS harus ada team yang khusus dan terkehadapan berbanding Pemuda UMNO yang berdemo tanpa tahu apa sebab mereka menentang penggunaan kalimah Allah oleh orang kristian. Harus juga di ingat Isu ini semata-mata dibesarkan bagi mengkalih pandangan masyarakat kepada isu yang lebih besar dalam negara iaitu kes kehilangan enjin jet pejuang yang hanya melibatkan pegawai berpangkat rendah dan isu kenaikan harga barang yang menjadi kemarahan golongan bawahan dari rakyat jelata.
Pemuda jangan terlalu terikut rentak UMNO hingga lupa menilai mana isu yang lebih utama untuk diperjuangkan.

Anonymous said...

Title: CHRISTIANS DEVIATED FROM THE TEACHINGS OF ISA9JESUS0, THE MESSENGER OF ALLAH.

The Muslims are taught that PRIOR to the advent of Muhammad, the Final Messenger of Allah, and the religion of Islam, there were earlier Messengers of ALLAH being sent to mankind, all with the same basic message, WORSHIP ALLAH and DO NOT ASSOCIATE OTHERS with Him.

The Quran mentioned at least 25 Messengers of ALLAH, including Adam, Noh(Noah), Yaakub(Jacob), Yusuf(Joseph), Daud(David), Sulaiman(Solomon), Ibrahim(Abraham), Ismail(Ishmael), Ishak(Isaac), Musa(Moses), Isa(Jesus) and Muhammad(Mohamad). They were sent at different period of time, to different tribes of mankind.

All above-mentioned Messengers of ALLAH were selected by ALLAH, to convey to manking TRUTHS about the Universe, including the knowledge of ALLAH as the Creator and Sustainer of the Universe, and ALLAH as the only God to be worshipped. And those who followed them, worshipped none other than ALLAH, even before the advent of Muhammad, the final Messenger of ALLAH.

During the lifetime of a particular Messenger of Allah, his followers would be following his teachings strictly. But, upon their demise, the followers tend to go back to their old ‘bad habit’ of worshipping ‘idols’ and FALSE GODS, or modify the teachings of the Messenger. When this happened, ALLAH would send another Messenger to bring back people to the right path.

Indeed, it was the same ALLAH who had appointed Isa(Jesus) as a MESSENGER OF ALLAH, to bring back the LOST SHEEP OF ISRAEL, who deviated from the earlier teachings of Musa(Moses), an earlier Messenger of Allah. However, after the elevation of Isa(Jesus) temporarily to heaven, as revealed to Muslims(as against the Christians belief that Jesus was crucified), the later Christians had OVER VENERATED Isa(Jesus), transforming him from a PERFECTLY NORMAL HUMAN BEING to be SON OF GOD. Worse still, the SON OF GOD was made a COMPONENT of TRINITY NGOD, beside the other component, the HOLY SPIRIT.

By doing that, the Christians had DEPARTED from the most fundamental teachings of earlier Messengers of ALLAH, to worship ALLAH alone, and not to bring any other element to be ASSOCIATES of the one and only God, ALLAH. Chriatians’ FABRICATION of Jesus and ‘Holy Spirit’ as the SECOND and THIRD components of God was/is their BIGGEST LIE to mankind. It made a MOCKERY of one and only true God, ALLAH. It lowers the GREATNESS of ALLAH, to a level fit to father a human being by the name of Isa(Jesus).

Muhammad, the Final Messenger of ALLAH was sent to put back mankind on the right path after bthe DEVIATION of the Christians from the original teachings of Isa(Jesus), the Messenger of ALLAH.

This is the fundamental difference between Christians understanding of God, and the Muslims understanding of God.

The Muslims do not want the one and only true God, ALLAH, be adopted as the name of God of the Christians, because the Christians have DEGRADED the only one true God, ALLAH, to the level of human being, by fathering the HUMAN BEING Isa(Jesus).

The Muslims are taught that ALLAH is the one and only God for all the Universe, and all within the Universe, including all human beings, Muslims and Christians included. But the muslims do not want the term ALLAH be used as God of the Christian sense, after the Christians had DEGRADED the GREATNESS of ALLAH, to the level of human.

Anonymous said...

Kalau orang kafir tidak boleh menyebut nama Allah, bagaimana mereka dibenarkan pula untuk membaca Al-Quran? Sedangkan al-Quran penuh dengan kalimah Allah. Hakikatnya, orang kafir boleh menyebut dan apa yang diterangkan oleh Ustaz adalah satu kupusan ilmiah yang cukup baik untuk sesiapa yang mahu memahami isu ini. Lagipun Ustaz berada di medan perjuangan. Bukan seperti kami yang mungkin sesetengahnya belajar dan hanya mengikuti perkembangan daripada media sahaja.

Jadi, mahu menggunakan kalimah Allah tidak mengapa tapi ia perlu dipantau oleh kerajaan dengan tidak memilih bulu politik dan tidak disalahguna. Saya juga berpendirian, jika ia ditulis dan dikaitkan oleh badan parti politik yang lain, tidak salah sama sekali kerana Islam sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan agama. Jadi, tidak timbul soal Ustaz hanya memperjuangkan politik PAS dengan menggunakan Islam.

Perlu tahu dan berfikiran terbuka, Masyarakat amat mandum dan cacai bab agama yang ada kaitan dengan politik. Mereka hanya tahu masalah agama dan cara penyelesaiannya sahaja tetapi tidak mampu untuk mengaitkannya dengan politik. Saya berpegang bahawasanya, tulisan ilmiah yang bagus, baik dan tepu pada masa kini adalah penulis mampu mengaitkan situasi politik dengan ilmiah disamping meletakkan sekali fakta-fakta yang berkaitan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Guna nama ALLAH,strategi dakyah Kristian?: http://www.thepeopleofthebook.org/strategy.html

Unknown said...

Malaysia Ingin Tahu...

Haleluyah!!!
Besar Kasih Allah pada kita..
Kepada orang2 yang dikasihi, orang2 yang melarang, orang2 yang tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah, Haleluyah!! Allah mengasihi kita.. ALLAH ADALAH KASIH... Namanya yang teragung dibumi dan disorga.. Apakah ini salah? Saya kata tidak untuk itu.. Allah tidak melarang sesiapapun umatnya menggunakan nama Allah. Kepada ulama2 yang budiman, Apakah anda tahu benar tentang Allah dan ajarannya? Kalau ya, katakan ya. Tapi kalau tidak jangan berkata itu dan ini. Takut2 nanti, kita pulak yang terpesong. Allah hanya mengajar kita supaya jangan terpedaya dengan tipu muslihat iblis. Harus mengasihi sesama manusia. Tidak mengira siapa pun dia. Hanya Iblis sahaja yang tidak boleh kita ikut. Benar ke tak, wahai kawan2 @ saudara2 sekalian...? Iblis kalau Iblis, sebaik manapun muslihatnya tetap jahat juga perbuatannya. Adakah ini adalah konsep satu Malaysia yang digembur-gemburkan sebelum ini? Kalau beginilah konsep satu Malaysia, Ini namanya yang boleh dikatakan satu Konsep 'PEMECAH RAKYAT'. Konsep ini boleh membawa kepada kehancuran. Dimana Rakyat agama Islam Malaysia dikira bagaikan ingin menghancurkan agama Kristen dengan menggunakan khidmat2 atau kekuasaan Raja2 dan Pemimpin2 Malaysia.. Wajarkah ini berlaku? Selidikilah perkara2 yang akan terjadi sebelum melakukan keputusan. Bagi saya Larangan kepada penggunaan kalimah Allah ini adalah tidak wajar dilakukan. Saya sayangkan negara.. Saya(Org2 yg tidak melarang pggunaan kalimah) rasa anda tidak (Org2 yg melarang). Saya nasihatkan (Kalau anda ingin mencari kebenaran dan Allah, anda akan mendapatnya kalau dengan hati yang sungguh2, CARILAH...). Terima Kasih

(LUN TAU RAT BAWANG TAU)

Anonymous said...

Nampaknya kita suka menyokong pihak yang menjadi institusi kepercayaan kita tanpa mengambil kira kepentingan orang lain. Isu penggunaan nama Allah telah dikaitkan dengan isu politik sehingga membuat andaian bahawa sesetengah orang berhak menjalankan tugas sebagai pemerintah dan pelaksana undang-undang manakala orang lain yang bukan dari institusi agama diri kita sebagai tidak layak. Kalau sikap ini berlaku, maka kita seolah mengenepikan kemungkinan bahawa kita boleh hidup bersama. Hidup bersama adalah berat sebelah jika sebuah pihak tunduk dan menyerah kepada nilai-nilai pihak yang lain. Mahu tak mahu kedua-dua belah pihak perlu menyerah secara bergilir atau mewujudkan senario sepakat. Tumpukan kepada nilai sejagat. Nilai-nilai yang bercanggah baiklah dinilai secara individu dan bukan menjadi jalan mewujudkan undang-undang mutlak sesebuah negara. Ini hanya akan menjaga kepentingan sebuah pihak sahaja.
Saya bersetuju nama Allah itu tidak patut disalahgunakan oleh mana-mana pihak. Namun memberhentikan mereka dari berbuat demikian adalah membatasi hal individu. Jika itu menyinggungkan, tidakkah pernah kita menyinggung mereka? Dalam banyak hal kedua buah agama ini telah menyinggung sesama sendiri. Masing-masing inginkan kuasa mutlak. Fokus kita adalah untuk hidup bersama. Jika kita tidak bersetuju dengan nilai-nilai rakan kita biarlah kita mengajar mereka secara individu dan dengan belas kasihan. Yang penting tidak ada sesiapa yang berkelahi kerana itu. Membuat undang-undang untuk menyekat mereka cuma akan mewujudkan perundangan yang berat sebelah. Tidak ada sesiapa menganggap agama mereka salah. Dengan itu menganggap agama orang lain salah dan mewujudkan satu undang-undang untuk membanterasnya adalah sesuatu yang menekan dan tidak adil. Itu akan membawa satu peperangan. Kita menganggap agama kita itu tidak mahu kekejaman. Sejauh manakah kita melaksanakan tuntutan itu? Tunjukanlah kebenaran yang kita percayai dengan kasih terhadap sesama sendiri. Lakukanlah kepada orang lain apa yang hendak diperlakukan kepada diri kita sendiri. Renungkan.

tenteraangin said...

kadang kadang perkara camni sengaja diada adakan oleh segolongan orang tertentu dalam melaga lagakan rakyat dengan menyentuh isu hal sensitif. Dek kerana sekelompok manusia yang pendek akal ni, perkara jadi besar dan tak terkawal

Latest Posting :-

rahsia huruf ba>

Anonymous said...

Soal Pengunaan Kalimah Allah.
Apa saja tuan-tuan perkatakan dapat diterima. Isu nya ialah pengunaan perkataan ALLAH yang tepat dan bersesuai dengan tempatnya bagi niat tertentu, Isu di sini ialah orang Kristian hendak gunakan kalimah ALLAH bagi penganti nama tuhan atau 'god', Kita harus faham bahawa ALLAH itu nama khusus Pencipta dan Tuhan orang ISLAM - yang Maha ESA atau SATU sahaja. Perkataan Tuhan dalam bahasa Arab adalah ILLAH. Kedua-dua perkataan ini iaitu ALLAH dan ILLAH terdapat dalam satu-satunya kalimah sahadah orang Islam ia itu - LA ILLAH HAIL ALLAH ia itu TIDAK ADA TUHAN SELAIN ALLAH. Maka sekiranya sesiapa hendak gunakan perkataan tuhan atau 'god' untuk di pertejemahkan kepada bahasa Melayu atau mana-mana bahasa adalah ILLAH. Hakikatnya tuhan yang bernama ALLAH SWT adalah Tuhan yang ESA ia itu SATU sahaja untuk seluruh semesta alam yang wajib disembah olem umat jin dan manusia didunia. Tuhan tidak ada TIGA - Trinity! Sekiranya orang Kristian gunakan juga maka ia tidak TEPAT pada kefahaman doktrin atau BIBLE mereka yang ada dalam gengaman mereka. Allahu Akbar.
Saya KHAIRUL BINAFSIH ALBANJARI

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive