HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, April 12, 2010

Meng"Kualiti"kan Anggota PAS

1. Anggota PAS terdiri dari ahli serta pemimpin dan ianya mempunyai peringkat atau marhalah yang berbeza dan pelbagai .

2. Sesuai sebagai anggota kepada sebuah Gerakan Islam , ahli dan pemimpinnya wajar memiliki :


  • aqidah perjuangan yang mantap,
  • fikrah Islamiyyah yang jelas
  • syakhsiyyah [ akhlak ] yang soleh .

Inilah tahap kualiti yang paling minima mesti dimiliki oleh seluruh anggota PAS .

3. Mencapai tahap dan nilai Kualiti anggota PAS yang diperlukan tidak semudah mencari kuantiti . Melalui projek Jom Sertai PAS , PAS For All dan Orang Muda Geng Kita , saya dapati kuantiti cukup mudah untuk dicapai . Setiap bulan pasti ada anggota baru yang akan diluluskan keanggotaan mereka sebagai ahli PAS , malah kini keanggotaan PAS telah mula mencecah sejuta .

4. Apa yang merisaukan saya mutaakhir ini ialah berkait tahap kualiti anggota berdepan dengan kuantiti yang semakin meningkat . Tentu sahaja kemasukan anggota baru adalah dari pelbagai latar belakang dan tidak juga dapat dinafikan betapa kita juga berdepan dengan kemasukan anggota yang mempunyai pelbagai tujuan [ objektif ] yang ingin mereka capai melalui penyertaan mereka dengan PAS .

5. Justeru itu Gerakan Islam membahaskan persoalan intima' [ penggabungan atau penglibatan dan penyertaan ] sebagaimana yang telah dikupas panjang lebar oleh al marhum Ustaz Said Hawwa di dalam kitabnya Jundullah . Intima' yang diterima dan layak untuk sebuah Gerakan Islam seperti PAS ialah intima' al Aqidi iaitu penyertaan berasaskan aqidah perjuangan.

6. Pun begitu sebagaimana yang telah saya katakan tadi bahawa PAS sebagai sebuah pertubuhan yang terbuka kini menerima pelbagai latar belakang penyertaan anggota sekalipun tidaklah berasaskan aqidah . Kemungkinan ..............

Ada yang menyertai PAS kerana terlalu marah dan bencikan UMNO dan BN .
Ada yang menyertai PAS kerana melihat PAS sudah mulai kuat dan menang .
Ada yang menyertai PAS kerana mahu menonjolkan diri sebagai pejuang yang hebat.
Ada yang menyertai PAS kerana nak jadi calon pilihanraya .
Ada yang menyertai PAS kerana kecenderungan hatinya yang minat kepada PAS
Ada yang menyertai PAS tanpa mengetahui apakah sebab dan kerananya .....

7. Maka kualiti yang kita harapkan bahkan kualiti yang Rasulullah saw tuntut ialah anggota yang menyertai Gerakan Perjuangan Islam ini hanya untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi yang dicipta oleh manusia . Samaada menang untuk mendaulatkan syariat dan syiar agama Allah swt ataupun mati sebagai syuhada' yang telah mempertaruhkan segala kepentingan diri , darah dan nyawanya untuk Islam .

8. Kita menerima dan mendekati semua orang sesuai dengan slogan kita PAS For All , namun setelah mereka menyertai PAS , kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap anggota PAS [ baru atau lama ] menjadi anggota yang berkualiti menepati piawaian sebuah Gerakan Islam dimana anggotanya ialah bertaraf Ansoorullah [ pejuang agama Allah ] . Justeru itu , proses memberi kefahaman , pentarbiyyahan dan pengkaderan menjadi tugas asas dan paling utama bagi PAS di sepanjang perjuangannya .

9. Lajnah Tarbiyyah , Lajnah Pemerkasaan Parti , Akademi Kepimpinan Pemuda dan seluruh lajnah serta jabatan yang wujud dalam PAS sewajarnya sibuk mengatur aktiviti masing - masing guna menepati objektif perjuangan suci ini serta melahirkan anggota yang berkualiti . Melahirkan anggota yang berkualiti tinggi adalah keutamaan kita berbanding meningkatkan rating kuantiti tanpa menafikan bahawa kita juga perlukan keanggotaan yang ramai .

10. Satu mekanisme yang boleh saya cadangkan di sini untuk memastikan usaha melahirkan anggota yang berkualiti dalam sistem keahlian terbuka ini bermula dengan mengemaskini sistem penyerahan sijil keanggotaan setelah ianya diluluskan oleh parti .

11. Sijil itu hendaklah dihantar kepada PAS kawasan dimana ia berdaftar dan pihak PAS kawasan pula hendaklah menganjurkan satu kursus induksi untuk menyerahkan sijil keanggotaan tersebut kepada yang berkenaan bersama stater kit yang mengandungi perlembagaan parti dan kertas - kertas dasar yang menjelaskan prisip perjuangan Islam yang didokong oleh PAS .

12. Kursus induksi tersebut pula bertujuan memahamkan anggota baru mengenai PAS dan risalah perjuangannya . Kursus seperti ini perlu ada lanjutan dan kesinambungannya walaupun anggota itu telah bergelar ahli lama mahupun pimpinan . Nokhtah inilah sewajarnya menjadi titik bermula tugas besar lajnah Tarbiyyah dan lainnya .

13. Kebimbangan saya berasaskan realiti masakini dan belum terlambat untuk kita semua lakukan sesuatu yang positif dan berkesan di semua peringkat di mana kita berada . Kita semua pastinya tidak mahu anggota PAS [ ahli dan pimpinannya ] rendah wibawa , hilang thiqah [ kepercayaan ] korupsi dan tidak ada beza akhlaknya dengan musuh - musuh Allah swt.

14. Sebagaimana kita tidak mahu ada ......

  • anggota bergelar pimpinan mendedahkan rahsia parti ,
  • ahli yang hilang taat serta thiqahnya pada jamaah dan pimpinan ,
  • wartawan lidah rasmi parti menghina pimpinan jamaah sendiri ,
  • ruang untuk musuh akses maklumat parti dari dalam ,
  • persaudaraan [ ukhuwwah ] antara kita retak dan belah ,
  • pimpinan yang mengabaikan tanggungjawab / amanah parti dan ummah,

lantaran itu semua tidak melambangkan kualiti Ansoorullah yang diinginkan .

15. Perlu dilihat juga kepada kesediaan anggota parti [ ahli atau pimpinan ] untuk merelakan diri mereka ditarbiyyah oleh PAS ke arah membina prestasi anggota yang baik dan berkualiti . Selayaknya keadaan diri mereka selepas menganggotai PAS menjadi jauh lebih baik dari sebelumnya .


11 comments:

Anonymous said...

kualiti ahli PAS je mahu?? kualiti pimpinan PAS pulak macam mane?? pimpinan penipu tu perlu dipertahankan ke???

menunggu jawapan Tontowi...

Abdur Raheem said...

Assalamualaikum,

Orang PAS ditempat saya sekarang sedang menjahanamkan PAS. Sebabnya ialah orang-orang PAS ini adalah orang-orang UMNO yang menjadi PAS selepas pilihanraya tempoh hari. Mereka bekerja atas nama PAS tetapi akhlak yang ditunjuk lebih teruk dari orang-orang UMNO yang ada.
Maka saya cadangkan kepada PAS supaya buatlah taklimat atau kursus supaya orang-orang sebegini jika ingin mengwar-warkan mereka ahli PAS di ajar adab sopan dan tingkah laku orang-orang PAS. Fikrah hal lain.

Saya penyokong PAS dan memerhatikan PAS sejak 1985.

MOOD JEMAAH NAN HIJAU said...

Assalammualaikum Ustaz,

Hati ini amat gembira dan bersyukur apabila membaca ulasan ustaz selaku Ketua Pemuda Pas Malaysia yang pada saya merupakan suatu seruan kepada semua ahli-ahli dan yang menyokong Gerakan Islam PAS.

Pada pandangan saya, ramai yang berbangga menjadi ahli PAS tetapi sekadar menjadi ahli sahaja...
Mereka ini kebanyakkkan nya ada ciri-ciri yang ustaz senaraikan kenapa Aku masuk Pas...saya tidak kata sesiapa tapi berdasarkan pengalaman sendiri pada peringkat awal sertai Pas...maklumkah saya di besarkan dalam suasana didikan Islam cara Umno...syukur Allah selamatkan islam saya.

Berjuang dalam Pas bukan lah bermusim , bersemangat kerana nak menang pilihanraya tapi bila kemenangan sudah didalam tangan maka tiada langsung pengisian dan seolah-olah berpuashati..pada saya ini cukup bahaya..
Ini adalah salah satu contoh dan saya pasti banyak lagi perkara yang perlu diambil perhatian...

yang Akhirnya saya harap agar ahli dapat ditarbiyahkan seperti program Tamrin, seminar kenapa saya masuk Pas dan sebagainya terutamanya kepada ahli-ahli Baru....Jadikan program USRAH adalah wajib dan mesti di tekankan..

Sekianlah pandangan ana...Takbirr

Wallahhualam..

nurilhakim said...

Salam ustaz..bila mahu kembali ke Sabah? Sabah masih mencari kuantiti,blum lagi dapat menyaring utk mndapatkan kualiti.

Bantu saudara Islam tertindas di Sabah di http://nurilhakim.blogspot.com

Abdur Raheem said...

Assalamualaikum,

Tuan,
Saya harap apa yang saya buat tidak salah.
Saya telah copy paste artikel ini dan mencetaknya dalam bentuk buku kecil tanpa mengubah apa pun.
Buku tersebut saya edarkan kepada ahli-ahli PAS ditempat saya yang belum mendapat tarbiah dari mana-mana bahagian PAS. Saya rasa perlu sangat mereka diberi buku kecil tersebut kerana tingkah laku yang tuan sebut dalam blog tuan adalah bertepatan dengan mereka.
Moga-moga dengan tindakan tersebut dapat mengubah mereka kepada yang lebih baik. Insya Allah.

Saya penyokong PAS sejak 1985.

Musafir Kelana said...

Itulah sebenarnya tugas Nabi saw, menyeru manusia kpd penyembahan/ubudiyah kpd Allah secara menyeluruh, mentarbiyah dan mendidik mereka. Ahli-ahli gerakan Islam perlu ditarbiyah dgn bersungguh2 dan perlu ditekankan sebelum mengajak ahli parti lain atau ahli agama lain utk menyukai dan menyokong Islam dan perjuangan Islam.

Role model akhlak yg baik amat perlu dari peringkat ahli sehingga ke peringkat pimpinan.

Sudilah ke artikel dibawah utk menambahkan ilmu.

1) http://catatanhamba.blogspot.com/2009/11/dakwah-tanpa-kasih-sayang.html

2)http://catatanhamba.blogspot.com/2009/11/jalan-dakwah-perlu-bekalan.html

3)http://catatanhamba.blogspot.com/2009/09/pendidikan-hati.html


catatanhamba.blogspot.com

Anonymous said...

well said...

Abu Khalid said...

Tahniah ustaz!

Teruskan usaha membina ummah!

nukilanbayangan said...

Salam persaudaraan..
dimana hilang roh perjuangan mengajak orang mentaati Allah dan menghapuskan Thooghut?

Yusof said...

Bismillahirrahmanirrohim.
Assalamualaikum warahmatullah..

Melihat kepada keterangan yang ustaz bicarakan, hebat..mencari kualiti. Inilah yg diutamakan suatu ketika dulu tetapi sehingga suatu masa hampir dipinggir kerana meraih kuantiti.

Apapun, izinkan saya mengemukakan beberapa hal kerana sekian lama saya bersama PAS sekalipun sbg ahli yg pernah melalui tarbiyyah.

1. PAS kena unggul memperjuangkan Aqidah sama ada pada diri pendokong jemaah ataupun dari sudut penilaian dan tanggapan umum.

2. PAS perlu meletakkan kefahaman aqidah ahlussunnah wal jamaah secara jelas dalam setiap gerak kerja dan pendirian demi menjamin kebenaran sebuah perjuangan.

3. PAS perlu sekali menilai dan menangani Faham Wahabi di kalangan anggota kerana tidak akan bercampur air dgn minyak, yg akhirnya merosak perjuangan secara total.

4. PAS sangat perlu meneliti dan mengkaji sebab musabab golongan agama pondok 'berbeza' pendapat dengan PAS kini kerana mereka juga golongan berilmu bukan kalangan jahil.

5. Tunjang perjuangan adalah aqidah. Kita boleh merencana pelbagai aktiviti dan pendekatan tetapi bila 'content' tidak menepati ilmu yang asal ianya tampak cantik tetapi isi rohani akan rapuh dalam syak/zhon dan waham. Hal agama lain sekali dgn ilmu kehidupan. Jika tidak tunggulah binasa sebuah perjuangan bilamana datangnya 'tunjukan' Ilahi. Kelalaian atau mengambil mudah dalam soal aqidah pasti tidak lahir kualiti.

sekian.
wallahu a'lam.

Yusof Mohamad

SmiLey said...

Tak ramai ahli PAS ikut usrah,tu yg jd caca merba pemikiran dan gerak kerjanya...

Usrah ni penting,utk mmbentuk fikrah,memantapkan ukhuwah dan sebagainya...

seruan kpd seluruh ahli PAS dari hamba yg hina ini,hadirlah ke usrah kwsn walau apa pun kesulitan. Shopping complex bleh pegi tp xkn kita tak mampu berusaha utk luangkn msa berusrah.. fikirkan kmbali dan bermuhasabahlah

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive