HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, May 18, 2010

Himpunan Besar 3 Julai

1. Membantah Lesen Judi Bola atau sukan yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan Pemuda PAS Pusat .

Pertama : Himpunan 3 Julai 2010

Himpunan Besaran - besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja - Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansukhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut .

Kedua : Himpunan 21 Mei 2010 [ jumaat ]

Himpunan besar - besaran yang mensasarkan penyertaan 5 ribu rakyat di setiap masjid negeri di seluruh negara pada 21 Mei 2010 untuk tujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap tindakan Kerajaan meluluskan Lesen Judi Bola dan sukan ini .

Ketiga : Memorandum kepada Mufti - Mufti Negeri [ tempoh 21 Mei hingga 30 June ]

Satu rally Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri akan menganjurkan satu siri penyerahan Memorandum Bantah Lesen Judi tersebut kepada mufti - mufti di setiap negeri sepanjang tempoh sebulan ini dari 21 Mei hingga 21 June 2010 . Mendesak agar mufti - mufti negeri membawa isu ini ke Majlis Mufti Kebangsaan lalu mendesak kerajaan agar menarik balik kelulusan Lesen Judi Bola yang telah dianugerahkan kepada Berjaya Group .

Keempat : Roadshow Mendidik rakyat [ sepanjang tempoih 21 Mei hingga 30 June ]

Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan mengadakan Roadshow ke seluruh negara dalam tempoh sebulan ini bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keburukan dan kesan negatif judi bola yang akan dilaksanakan ini sekaligus mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam perangkap judi yang diharamkan oleh semua agama .

Kelima : Edaran Risalah Hindari Judi

Risalah Hindari Judi [ Ya untuk Bola , Tidak untuk Judi ] akan diedarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri kepada semua khasnya peminat sukan bolasepak terutamanya di sepanjang musim FIFA WORLD CUP dan EPL pada musim depan .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan memanafaatkan segala ruang dan peluang yang wujud sepanjang tempoh itu untuk menganjurkan apa jua tindakan berkesan ke arah mendesak Kerajaan menarik balik lesen judi yang telas diluluskan itu . Dalam masa yang sama peranan besar Dewan Pemuda PAS Pusat ialah mendidik rakyat agar menyedari keburukan judi lantas menjauhkan diri daripadanya .

3. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan penyertaan semua warga prihatin termasuklah badan - badan bukan kerajaan dan juga golongan non muslim agar turut menjayakan hasrat rakyat yang insaf dan sedar tentang implikasi buruk dari angkara judi tersebut .

Keterangan lanjut boleh hubungi sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di talian : 03 269 25000




13 comments:

Anonymous said...

Salam.. apa ni sheikh piala dunia bulan jun, himpunan bulan julai..sempat lah org berjudi dulu... apa rasionalnya buat bulan julai..mohon penjelasan...

TQ

Anonymous said...

3 jula2010 ?

lambat sgt tue...

Anonymous said...

Bagus atas keprihatinan pemuda pusat atas isu ini.
Namun himpunan 3 julai rasanya dah tak relevan sebab kalau nak hantar memo dan berarak seharusnya sebelum 11 jun. Piala dunia bermula 11 jun - 11 julai. Kenapa tak kerah sahaja seluruh pemuda berhimpun sebelum 11 jun.lepas tu baru buat road show seluruh negara. Nampak pemuda macam tak serius je. 3 julai piala dunia dah nak habis bosss.

Anonymous said...

piala dunia start 11 jun
kenapa tak buat himpunan sebelum tu...?
tu la kelemahan org islam....

Anonymous said...

May 19, 2010
Tantawi kayu. Ulama Melayu....

Oleh : C++

Pemuda PAS Memang Kayu Bhai... ini yang gua nak marah sangat nih... biler gua dapat tau Pemuda PAS memang kayu.. Kalu Pemuda UMNO kayu tue.. memang gua tak heran.. tapi biler Pemuda PAS sendiri memang kayu... tue yang naik meruap marah gua nih.... Bodoh.. lembab... tak proaktif ... dan .... errr.. tak tau la nak tulis aper lagie...

Woi Pemuda PAS ... World Cup 2010 akan mula pada 11 Jun dan abis pada 11 Julai ....

Jadi... kalu nak buat bantahan besae-besaran ker... antar memo ker... aper kena tunggu sampai dah pertengahan musim World Cup 2010... bodoh ker aper... masa tue judi sukan nih dah pon jalan.... Aperla pasal bengap sangat nih... banyak makan semut nih... pasai tue la... lebih kayu dari Pemuda UMNO....

Atau ... Pemuda PAS dah diresapi oleh geng UG.. jadi terpaksalah menari ikut rentak UG (Kerajaan Perpaduang).... pundek la kalu camnie...

Kalu macam nih.. baik tak payah nak bantah... baik relakan sajer... atau geng-geng Pemuda PAS dah dapat syer dari Ascot Sport kot.... mana la tau.... (gua bukan nak fitnah aaa.... jangan jadi bodoh... baca out of context)...

http://adukataruna.blogspot.com/2010/05/tantawi-kayu-ulama-melayu.html

Anonymous said...

Assalamu'alaikum..mungkin pada acara penerangan tersebut ust boleh sertakan fakta² utk disalurkan kepada non muslim tentang buruk,bahaya dan ruginya judi,disamping kesan-kesan dari perbuatan itu.Bahkan perlu dititikberatkan isu aqidah kepada umat Islam tentang berkatnya hidup tanpa judi,tanpa ma'siat.Keimanan terhadap jaminan rezki dari Allah tanpa judi,tanpa jalan² yg haram perlu juga ditekankan...sekadar pendangan,semoga berjaya.

Anonymous said...

salam,
terlebih dahulu maaf krn komen tiada kena dgn tajuk perbahasan, xperlu siar, komen ini utk KP dan DPPP sj.

sy nak bangkit cadangan ukt tarik golongan muda dgn hiburan.
mutakhir ini Band Wali dr indonesia dilihat menarik perhatian ramai remaja dn pemuda.

sy lihat org yg xsolat pn amat tertarik kpd Band ini, sggp berkaraoke dgn lagu yg ingatkn mati. band nasyid yg kontemporari dn diterima ramai. isu muzik blh dibahaskan lagi.

cadangan utk DPPP jemput band ini dtg M'sia, buat konsert besar-besaran dgn adab Islam. cadangan jg utk tubuh 'fan club' Wali-DPPP.

Kos blh di bincang, sy cdg jualan tiket harga rendah. ini peluang DPPP terjun ke dlm arus kecenderungan anak muda, mengurus minat mrk kpd jln yg lbh baik.

harap dpt perhatian KP dn DPPP sewajarnya. TQ

zacharias said...

Ustaz salah eja ke 3 julai tu? ke 3 mei?

Anonymous said...

3 july baru nak demo? lembab betul! isu dah basi, org dh start tgk bola la bhai!

Anonymous said...

salam sahabat, buat tahun depan la, baru ada kemajuan dalam islam

Anonymous said...

Salam...

bodoh takleh diajar...
ape yang lambatnye?
demo ni bukan nak bantah lesen judi bola sepak je, beratus-ratus lagi lesen judi akan dikeluarkan lepas dari world cup ni. itu yang lebih utama untuk kita perjuangkan, untuk kita hentikan.

world cup hanyalah permulaan, saudara-saudara sekalian. Ust nasa dan seluruh kepimpinan pemuda mempunyai akal yang sama dengan saudara2, jangan suke2 je kutuk sebagai lembab dsb.

kutuk umno tu lagi baik, dosa xdapat, entah2 dapat pahala.

Allahu a'alam.

Anonymous said...

ak stuju,,,buat taon dpn pn okay gak,,,
aihhhh,,,tme 2 org da duk syok tgk bola la jong,,,
adoiiii,,,,
per ar,,,

Anonymous said...

Makluman kepada semua ..... Judi Sukan anjuran UMNO dan BN tidak hanya utk Piala Dunia tetapi juga untuk EPL musim depan dan tidak mustahil juga melibatkan Liga Malaysia kelak . Maklumat dari Berjaya Group bahawa mrk juga tdk sempat nak manage system judi utk Piala Dunia ni , fokus mrk utk buat duit ialah EPL musim dep...an . so 3 Julai 2010 tidak lewat .... kita ada 5 STEP utk sampai ke 3 Julai . Berarak ke Istana . More: http://www.facebook.com/pages/Nasrudin-Hassan

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive