HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, October 4, 2010

Album Ijtimak Tarbawi - 1

  
Sohibus Samahah Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ]
Merasmikan Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan kali Pertama
di Masjid Rusila Marang Terengganu Darul Iman .


Saf kepimpinan yang diiktiraf sebagai Murabbi kepada anak - anak muda yang menyertai Jamaah Islam ini . [ Tuan Guru Hj Abdul Hadi , Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim , Tuan Guru Hj Yahya Othman dan al Ustaz Abu Bakar Chik.


Ustaz Riduan Mohd Nor [ Orang kuat DPPP ] sedang mempengerusi Majlis Taklimat Ijtimak Tarbawi sebelum tirai Ijtimak dibuka dengan bacaan al Mathurat .


Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim sedang memberikan taujihatnya dalam slot Kuliah Haraki sementara menanti detik Majlis Perasmian Ijtimak Tarbawi .


Al Ustaz Abu Bakar Chik penuh tenaga membawa perbincangan mengenai Tarbiyah Jihadiyah yang perlu dihayati oleh setiap anggota parti .


Ustaz Riduan Mohd Nor terus konsisten memimpin majlis dan membuat arahan - arahan semasa demi kelancaran program .


Yb . Ustaz Mohd Nor Hamzah [ Ketua DPP Negeri Terengganu turut menyampaikan taujihatnya kepada peserta Ijtimak Tarbawi


Ustazah Nuridah Salleh melantangi suara membelah semangat anak - anak muda agar terus memacu perjuangan dan memperkasakan tarbiyyah .


Al Fadhil Ustaz Idris [ Ketua Penerangan PAS Pusat ] menyampaikan ucapan dan menjelaskan isu - isu semasa yang melanda negara .


Yb Dato' Mahfuz Omar [ Naib Presiden PAS ] menjawab satu persatu isu semasa ynag mencetus kekeliruan di kalangan masyarakat .


Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi selaku Pengarah Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 membacakan deklarasi Ijtimak .


  
Menyampaikan ucapan alu - aluan guna mengalu - alukan kehadhiran pimpinan dan peserta yang akan berkampung selama 3 hari Masjid Rusila .

Sohibus Samahah Tuan Guru Mursyidul Aam PAS memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang cukup mengesan di jiwa . Malah turut mencadangkan agar pemuda menganjurkan program [ wa Iz ] di masa akan datang .


Asy Syeikh Dr Abdul Maqsud Muhammad Askar Ahli Parlimen Mesir dari  Ikhwanul Muslimin Tanta turut di undang untuk memenuhi keperluan tarbawi dan membimbing peserta .


Tuan Guru Yahya Othman sedang dipimpin turun dari pentas Ijtimak . Beliau agak uzur kerana faktor usia namun masih bersemangat untuk melihat Tarbiyyah kembali marak .


Yb Dato' Seri Tuan Guru memimpin tafsir al Hujurat sehingga khatam dalam tempoh 4 jam .


Forum Tarbawi turut memuatkan pengalaman generasi terdahulu di dalam Dewan Pemuda PAS Pusat dan bagaimana mereka berjuang merentas segala masaalah dan cabaran .


Tuan Guru Mursyid tidak lekang membisikkan idea dan pandangan agar pemuda terus membangun bersama agenda tarbiyah meredah dunia jahiliyyah modern hari ini .


Sesekali Asy Syeikh Dr Maqsud memerlukan penterjemahan pada setiap kalimah yang diucapkan oleh pimpinan sewaktu menyampaikan Pidato Tarbawi di Ijtimak Tarbawi baru baru ini .


Antara penaja utama program Ijtimak tarbawi ini ialah TG4all . Kelihatan pihak TG4all turut menyumbang RM3,000.00 kepada Maahad darul Quran . [ Ustaz Nik Mohd Abduh - Anak Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Mohd Khalil - Anak Tok Guru Hj Hadi .]

 
TG4all Turut menyumbang kepada DPPP sebanyak RM1,000.00 . Alhamdulillah semoga bisnes maju dan boleh sumbang banyak lagi :)

15 comments:

Anonymous said...

buku tafsir surah al hujurat penuh dengan kesilapan baris dan ejaan dalam bahasa arab terutama hadith. Pihak penebit harus bertanggungjawab penuh, sbb penerbit cetakan lepas dikawal teliti oleh lajnah tarbiyah. Penerbit baru ni lansung tak teliti atau memang jahil bahasa arab.kuliti printing pun teruk..harap dapat diperbetulkan..setiap kali saya buka buku tu saya rasa terhina kerana penulisnya amat teliti dalam bab bahasa arab ni..

Anonymous said...

semua tuh sekadar gilakan glamour saja. tak lebih daripada tuh.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) said...

salam...tahniah ustaz...ijtima sangat berkesan.. cadangan... slot Dato Tuan Ibrahim, Ustaz Nasa, TG Nik Aziz, Uztaz Zawawi mungkin perlu di panjangkan... ia lebih menumpu tarbiah.

Ceramah umum, forum semasa mungkin boleh diganti program tarbiah khusus..

slot TGHH, ustaz yahya sangat bermanafaat. Perubahan jadual yang terlalu banyak sedikit mencacatkan program..

eden said...

Kekadang kesian terhadap diri kita sendiri dan aku lebih kesian kat orang yang rasa dirinya ulamak...

Anonymous said...

allahu akbar! allahu akbar! allahu akbar!

Anonymous said...

alhamdulillah,pengisian yg menyegarkan kembali tarbiah harakiah..bersetuju dgn anak sengat tentang tarbiah khusus...cthnya muhasabah untuk pejuang2...checlist amalan fardi dan jamaie..

Anonymous said...

Pengisian prog sgt mantap, terutama kesungguhan murabbi bdamping dgn peserta di msjid rusila. Seronok dpt btemu shbt bjauhan. Tahniah DPPP. Ini beza & keistimewaan jamaah kita.

Abu Fateh, KL

Anonymous said...

ustaz, saya hanya berkesempatan untuk hadir pada hari sabtu shj dan ketinggalan slot2 yg lain . terasa sgt rugi. ada x direkod dan dijual dalam bentuk cd?

taniah kpd Dewan Pemuda!

Anonymous said...

ustaz, saya smpt hadir hari sabtu shj, ruginya terasa ketinggalan slot2 bsama pimpinan besar yg lain. ada direkodkan dan dijual x keseluruhan ceramah dalam ijtimak ini?

tahniah kepada Dewan Pemuda atas usaha ini!

Anonymous said...

salam..
saya sedikit sebanyak menyokong pendapat tentang buku tafsir hujurat.
TGHH bentang memang sedap dan manfaat bagi kami peserta,tapi kitab tu teruk sangat,macam tergesa-gesa jah siapkan.semoga jadi muhasabbah atau ada tindakan.
program memang best.Alhamdulillah.
ana akan jalankan dakwah,insyaAllah.
titis air mata u.tuan Ibrahim tidak akan kami siakan.

sembang haroki said...

alhamdulillah, program telah selamat dijalankan. tasawur tarbiah islamiyyah harokiyyah perlu diperhalusi dalam program susulan peringkat negeri dan kawasan. kalau ambe boleh membantu ambe cadangkan buku manhajiyyah attarbiyyah addakwiyyah tulisan syeikh arrosyid sayugia ditekuni. mana2 pun ambe memahami proses tarbiah harokiyyah mengambil masa yang lama. semoga kita bermula menyempurnakan manhaj.

Unknown said...

salam...yg berbahgia ustaz ana tengok semasa tghh beri ucapan perasmian, ustaz(ada 2@3 orang saf pimpinan dppp) asyik dengan handpone...ramai dok tengok (mungkin ada benda mustahak)lebih molek masa tghh beri ucapan(atau sapa2) kita semua boleh bagi perhatian...maafkan ana ustaz..a'laa kullihal prgram ini memang baik "MURNIKAN PERJUANGAN MAKNAKAN KEMENANGAN"

Tukul Besi said...

Salam.tlg promot program ANAK Ahad ini di MBSA S.Alam.Lihat link

mhsiswakuin said...

Alhamdulillah,perbanyakkan lagi program berbentuk haraki macam ni. Kita nak tgk pemuda hebat di medan siasah dlm masa yg sama juga hebat dlm aspek tarbiah & itulah yg prlu diutamakan spya tidak melahirkan pimpinan yg gilakan kuasa,mengejar populariti,suka mencantas,tidak wala' & pelbagai penyakit hati lg sebagaimana kebiasaan yg brlaku pd pimpinan yg bukan dr aliran agma mcam UMNO & sekutu2 nya.. tahniah DPPP!

sembang haroki said...

ambe suka menekankan bahawa program tersebut memerlukan susulan. dalam amalan pas, tarbiah biasanya diwujudkan lajnah dan diketuai oleh samada timbalan presiden atau ketua ulama. memandangkan penjawat sibuk dengan berbagai kerja parti, seorang ketua atau pengarah tarbiah khusus untuk mentarbiah pemuda yang sepenuh masa suatu yang urgensi. ambe sangatlah mengharap Us Yahya Othman dilantik untuk jawatan sepenuh masa itu. lagi pun pusat tarbiah pemuda berada di kelantan membantu beliau yang sudah berumur. hanya orang yang jelas tentang tasawur tarbiah, mampu melaksanakan tarbiah. Faaqidu asysyai laa yu'thi..

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive