HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, October 8, 2010

Kecewa ! Budaya Mungkar Terus disuburkan

1. Kecewa ! Itulah yang boleh dilafazkan terhadap sikap tidak "tidak peduli" oleh pihak kerajaan yang masih mengizinkan konsert hiburan liar dianjurkan dalam negara ini. Terbaru , Adam Lambert dijangka akan "membinasa"kan akhlak masyarakat kita khasnya anak - anak muda di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober kelak .

2. Semua orang kenal dan tahu bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas . Seorang yang konsisten mempamerkan aksi liar , lucah dan melampau sehingga beliau turut ditolak oleh masyarakat barat .

3. Rancangan teleyisyen barat seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan . Sementelah Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseks tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.

4.Persoalannya , kenapa kerajaan yang baru sahaja bercadang mahu mengajar Amerika mengenai Islam agar masyarakat Amerika tidak lagi mengidap penyakit Islamophobia tiba - tiba boleh menerima konsert liar seperti ini ? atau kerajaan kita sendiri sebetulnya sedang mengidap penyakit yang sama ? [ Islamophobia ]

5. Saya difahamkan pada hari yang sama [ 14 Oktober ] satu lagi konsert hiburan yang menampilkan artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di Dewan MBSA . Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik jiwa tidak pula dihighlight oleh pihak kerajaan .

6. Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekaligus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah . Tidak cukup lagikah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini sehingga ia mahu ditambah lagi ?

7. Sudahlah baru - baru kita dikejutkan dengan kempen atau seruan "berzina tanpa mengandung" yang dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik menanggung beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi . Logiknya kempen itu kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi masih mengekalkan jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat yang bertamaddun . Justeru seks bebas hanya menyamatarafkan manusia dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab dan qabul dalam kehidupan mereka .

8. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar kerajaan dengarlah rayuan kami agar  segera membatalkan konsert seperti ini . Kami bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma - norma mulia orang timur .

9. Bagi pihak kami dan seluruh ummat Islam yang prihatin , insyaallah kami akan cubaya sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak - anak muda agar mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang cuba diterap masuk dalam negara kita secara halus guna merosakkan akhlak dan jati diri generasi kita hari ini .

10. Anak - anak muda tidak perlu gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert ke negara kita kerana kita mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah konsert Maher Zain yang boleh dimanafaatkan untuk berhibur dalam batas yang tidak keterlaluan . Selamatkan Negara .

12 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

apabila ISLAM x dijadikan pnduan dan cara hidup,maka unsur2 lain akan mnjadi raja dlm pnyelesai mslh umat..na'uzubillah..

Anonymous said...

JELAS UMNO MUNAFIQ...

Anonymous said...

Barangkali itulah salah satu projek yang dirancangkan dalam seminar 1st lady 10/10/2010!!

fajridil said...

Assalamualaikum..

Ustaz, memang memalukan apabila kerajaan membenarkan konsert tersebut diteruskan. kononnya mengamalkan ajaran islam dalam pemerintahan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.


[Kelengkapan Haji dan Umrah - Asral Enterprise]

MENULIS UNTUK BELAJAR said...

Berubah duhai rakyat jelata,

rakyat celik politik impian kita,

rakyat mempunyai maklumat semasa,

bijak memilih peneraju kepimpinan Negara



Rakyat...

Kalian ialah hati negara

Tanpa hati, tiada nyawalah negara

Kita rakyat beramai-ramai, mereka Cuma beberapa

Kenapa Seolah-olah gentar untuk bersuara

Kita memilih atau menyembah mereka?



Rakyat…

Satu keputusan tidak pernah dari sepenuh suara

Khilaf pendapat perkara biasa,

Memulau, nista, taksub budaya lama

Saling hormat teras nasional

Bersama tidak bermakna suka

Bercerai tidak beerti gembira



Rakyat...

Pemimpin adalah manusia

Dan mereka hanya manusia

Bukan senang bersemuka akan harta

pangkat datang di malam gelita

bolehkah mereka di percaya?



Dalam berdepan kiraan dan kuasa

Hanya Kuasa rakyat ketakutan mereka

Dilema..

kuasa rakyat menghancurkan segalanya



Rakyat...

kalian menetukan nasib agama

memilih takdir negara

tangan lembut dan tangan si tua

tersilap pangkah semua merana



Rakyat..

Disana kita kasih

Di situ kita cinta

Kedua-dua perlu ada

Agar keseimbangan terus terpelihara



Rakyat..

Semua yang ada harus bersatu bersuara

Rehatkan soal siapa,

Andai berbeza cari titik bersama

Seribu patah perkataan

Di akhiri satu noktah jua



Ayuh rakyat !!!

Bangunlah dari lena

Berubahlah…

Jangan hanya tahu menerima

Lantaran mereka pernah berjasa

Hak kita terus hilang kemana

Yang kekal benar, teruskan sahaja

Yang zalim, kita lampirkan di arkib negara

Kita suntik kembali darah satria

Agar terbela maruah bangsa

Demi tanah air tercinta

Agar kita kan rasai

Susah senang bersama

Hidup harmoni bahagia

Selama-lamanya…

http://angahtokku.blogspot.com/

MENULIS UNTUK BELAJAR said...

Berubah duhai rakyat jelata,

rakyat celik politik impian kita,

rakyat mempunyai maklumat semasa,

bijak memilih peneraju kepimpinan Negara

http://angahtokku.blogspot.com/

Anonymous said...

biasalaaaa bro kalau kerajaan korang yang buat semua betul laaa kan siap fatwa semua keluar ... korang jer betul orang lain semua tak betul .... layannn jer laaaa ...

ps: kalo tanya aku ... APA AKU KISAH BUKANNYA AKU DAPAT APA PUN DUDUK KAT NEGARA SENDIRI PUN MEREMPAT BAIK BN KER PAKATAN KER SAMA JER SEBOK POLITIK 24 JAM NAK TUNJUK HERA .... pi mampoihh laaa

MomTom said...

salam,

saya ingin menyentuh poin 5, yg berbunyi seperti berikut:
5. Saya difahamkan pada hari yang sama [ 14 Oktober ] satu lagi konsert hiburan yang menampilkan artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di Dewan MBSA . Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik jiwa tidak pula dihighlight oleh pihak kerajaan .

Frasa "Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik jiwa tidak pula dihighlight oleh pihak kerajaan" menimbulkan kekeliruan. Adakah kerajaan ada mempromosikan konsert Adam Lambert secara terang2an? Konsert Adam Lambert ini dibawakan oleh Marctensia dan TicketPro.

Anonymous said...

dua2 sama hipokrit...
asal politik...suma nak berkuasa...
p@s=umn@...

p@s kerja sama dgn dap..dap tolak islam...(terang2 lg thu..pas buat apa?tahu bidas kerajaan je la)

umn@ plak...bukan nak halang kalo ada konsert yg haram...buat bodoh je...alasan satu malaysia..

kesimpulan semua sama..propaganda hanyalah alat nak berkuasa...
this just sharing..pendapat persendirian...

Anonymous said...

tahniah di atas tindakan berani anda!

dap dan pengundi Cina pasti tidak senang apa yang anda lakukan.

demi Islam, anda melakukannya.

inilah wajah PAS yang dirindui umat Islam.

Anonymous said...

Astaghfirullah, saya selaku mahasiswa secara peribadinya menolak sepenuhnya program2 mungkar yang berlaku didalam negara ini

Rosman Omar said...

Berhibur tidak salah cuma kena dengan caranya. Jaga batas-batas dalam pergaulan dan tidak keterlaluan.

Biar apa yg kita lakukan bersederhana.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive