HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, March 4, 2009

Pemuda Kebanggaan Rasul saw.



Nabi saw pernah bersabda :


حالفني الشباب و خالفني الشيوخ

Aku didokong oleh para pemuda sementara Aku sering dicanggah oleh orang - orang tua .

Ungkapan Baginda saw jelas mengiktiraf fungsi pemuda dalam mendokong perjuangan yang diasaskan oleh Baginda saw.

Pemuda yang dimaksudkan pastinya pemuda yang beriman , bertaqwa dan berjihad untuk menegakkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah swt . Pemuda yang mewaqafkan diri dan bersedia untuk mengorbankan segala kepentingan diri dan duniawi demi memastikan syariat dan sunnah berjaya di daulatkan di atas tanahair ini khasnya dan di atas muka bumi ini amnya .

Pemuda yang berjiwa besar , mampu dan sanggup menggalas beban amanah pula mendepani mehnah guna melunaskan tanggungjawab dakwah dan tarbiyah . Pemuda yang memiliki aqidah yang benar , fikrah yang jelas dan menghiaskan diri dengan akhlak Islami yang indah .

Pemuda yang tentu tidak pernah mengaku kalah dengan segala ancaman atau tahaddiyat yang digerakkan oleh musuh untuk menghalang hasrat dan perjuangan murni mendaulatkan syariat dan sunnah .

Inilah pemuda harapan dan sandaran ummah bagi mengembalikan semula kegemilangan agama suci ini setelah sekian lama ia diinjak oleh musuh dan lebih malang ianya kini dipersiakan oleh penganutnya sendiri .

Inilah pemuda kebanggaan Rasulullah saw yang berani mencagarkan kebebasan hidup semata - mata ingin mengabadikan diri kepada perjuangan suci memartabatkan kembali izzah ummah setelah sekian lama ianya tercalar angkara kejahilan dan kebejadan .

Ringkasnya , pemuda seperti inilah yang diperlukan oleh PAS untuk memacu perjuangan di bumi bertuah ini agar Islam kembali bertapak dan cahaya keadilannya kembali menerangi ummah setelah berlalu tempoh kegelapan yang panjang menyelubungi kehidupan ummah .

Pemuda PAS sewajarnya menjadi duta penyelamat dan kasih sayang , membebaskan insan yang derita di sangkar jahiliyah . Biarpun diri terkorban justeru itulah sunnatullah bagi mujahid yang mendokong cita - cita besar perjuangan Islam .

Pemuda yang tidak mengenal istilah kalah melainkan menang atau syahid . Menang mendaulatkan syariat Allah swt atau menang mengatasi desahan nafsu yang memujuk agar meninggalkan perjuangan . Jika tidak , syahid di medan jihad fi sabilillah menjadi impian yang ingin dicapai .

Pemuda PAS sekali lagi ditegaskan , mestilah mempunyai keupayaan malah kesungguhan untuk mendalami urusan agama agar tahu dan faham berkait dengan "produk" [ Islam ] yang ingin di"pasar" [ dakwah ] kepada masyarakat .

Semangat semata - mata , jelas tidak memadai untuk memimpin perubahan dan membimbing kesedaran masyarakat hari ini yang rata - ratanya inginkan perubahan kepada keadaan yang lebih baik setelah lama terperangkap dalam kebodohan sistem yang mengasingkan dunia dan akhirat .

Era yang kita hadapi hari ini memerlukan kita selangkah lebih jauh ke depan berbanding kelicikan musuh yang tidak pernah rehat mengatur strategi dan konspirasi untuk memadam cahaya hidayah Allah swt . Malah kita mestilah selangkah lebih cepat bertindak berbanding musuh yang pintar dan menguasai pelbagai sarana penerangan bagi mengelirukan minda masyarakat .

Kesimpulannya , pemuda mestilah senantiasa dalam keadaan bersiap siaga . Bersedia bila diperlukan , hadhir bila dipanggil , bertindak bila diarah dan responsif terhadap situasi sekeliling terutama berhubung dengan keperluan parti [ jamaah ] dan tuntutan ummah tanpa lengah dan alasan yang tidak wajar dan layak .

2 comments:

Unknown said...

salam ustaz, ana nak minta ustaz post artikel mengenai wanita juga diperlukan dalam dakwah boleh dak? ka dah ada dalam blog ni, cuma ana tak perasaan...? ramai orang kata, wanita ni menyusahkan dalam dakwah, dan tak penting sangat pun n mendatangkan fitnah, blh ustaz huraikan sikit...

Anonymous said...

Salam,
Saya setuju dengan apa yang tuan tuliskan itu.
Kita kena tanamkan perasaan kasih sayang didalam jiwa kita. Selalu berprasangka baik terhadap sesiapa sahaja.Walau pun orang-orang itu tidak kita sukai.Selalu mendoakan akan kesejahteraan mereka. Semoga mereka mendapat petunjuk dan hidayah dari ALLAH dan kembali beriman.Jauhkan dari mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan perasaan orang lain.Jangan membuat tuduhan-tuduhan liar. Terutama sekali FITNAH.Jadi lah saksi kepada kebenaran. Walau pun kepada diri sendiri.
Bila ini semua ada didalam diri kita, maka kita akan menjadi lebih mudah untuk berdakwah dan berjihad. Segala-gala nya bermula dengan diri kita dahulu. Ini yang Nabi S.A.W lakukan bila mula-mula menerima wahyu dari ALLAH.
Semoga kita semua mencontohi Nabi S.A.W berdakwah dan berjihad. Penuh kasih sayang, berhikmah.
Ameen.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive