HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, March 8, 2009

Tindakan Polis Ala Yahudi. vol 1

Himpunan 100 ribu rakyat membantah
Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik
dalam Bahasa Inggeris.

Tepat jam 2.00 petang saya berada di Kompleks Sogo dan kemudian bergerak ke Masjid Negara untuk menyertai Himpunan 100 ribu rakyat bagi turut membantah PPSMI

Sejurus saya sampai ke Masjid Negara , seingat saya lebih 10 kali gas pemedih mata ke kawasan Masjid Negara . Keadaan menjadi kucar kacir akibat serangan polis ala Yahudi tersebut .

Saya yakin dan percaya , perhimpunan ini akan berlangsung secara aman dan tenteram tanpa gangguan dan provokasi dari pihak polis atau FRU .

Anggota Unit Amal sememangnya konsisten malah telah dikenali bagaimana disiplin mereka mengendalikan perhimpunan biarpun sebesar 100 ribu . Pengalaman Unit Amal yang sangat cemerlang sewaktu mengendali himpunan BERSIH diiktiraf oleh dunia .

Malang apabila pihak polis , yang saya percaya mereka bertindak pula atas arahan "orang atasan" bertindak bodoh dan ganas tanpa belas simpati menyimbah air asid dan menembak gas pemedih mata ke arah peserta himpunan yang awalnya berhimpun dan berarak secara aman penuh disiplin .

Andai pihak polis memberi kerjasama , memorundum dapat diserah dengan cara baik dan aman , perarakan berlalu dalam masa yang singkat dengan aman tanpa sebarang insiden yang mengancam keselamatan sesiapa .

Yang mencetus keganasan dan keadaan kucar kacir ialah pihak polis yang gagal memahami suara hati rakyat dalam isu PPSMI ini .

Sedang FRU adalah anggota keselamatan bagi mencegah rusuhan berlaku . Malangnya mereka pula yang mencetuskan situasi yang tidak selamat dan lebih parah mereka pula yang merusuh bukan rakyat .

Peserta tidak membawa senjata bahkan tidak membawa apa jua yang mengancam keselamatan awam atau harta benda . Kecuali mereka datang dengan hasrat nurani yang tulus mengiringi tokoh - tokoh dan pejuang bahasa bersama memeorundum membantah PPSMI yang ingin dipersembahkan kepada Tuanku Yang dipertuan Agong .

Persoalannya kenapa mereka tidak mahu mendengar suara hati rakyat dan kenapa mereka tidak layan rakyat mereka dengan baik ?

Ada orang berkata , kenapa perlu buat demonstrasi ?

jawabnya , apalagi yang boleh rakyat lakukan ? setelah sekian lama rakyat menegur dan membantah tetapi kerajaan pekak badak ini enggan mendengar suara rakyat !

Mereka hanya mahu mengadu pula kepada Yang diPertuan Agong . Himpunan 100 ribu rakyat ini menandakan bantahan ini bukan mewakili kelompok kecil dari rakyat sehingga suara mereka hanya layak diketepikan . Sebaliknya ini suara besar dari rakyat terbanyak .

Lebih menarik untuk dikaji ialah penglibatan tokoh - tokoh pejuang bahasa yang mendapat anugerah dari kerajaan sendiri sebelum ini . Kenapa suara mereka juga dipinggirkan ? kenapa bantahan mereka dipandang sepi ? mereka pakar bahasa dan pejuang bahasa , kemahiran mereka telah diiktiraf oleh kerajaan . Tetapi apabila mereka menegur kerajaan dalam isu PPSMI , apa yang membuatkan kerajaan degil dan angkuh ? .

Timbul pula tuduhan kononnya pakar bahasa ini diperalatkan oleh pembangkang . Isunya , apakah manusia secerdik pakar - pakar bahasa yang berderet dengan pelbagai anugerah dan gelaran seperti Prof Emeritus , Doktor Falsafah , Sasterawan Negara dan pelbagai anugerah nobel tiba - tiba menjadi bodoh lalu diperalat oleh pembangkang ?

Bagaimana pula sewaktu mereka berada bersama kerajaan dan bertugas pula di university dan lainnya , apakah mereka pada waktu itu diperalatkan oleh kerajaan pula ?

Mereka selayaknya tidak memperbodohkan tokoh - tokoh bahasa dengan segala kepakaran yang mereka miliki , sebaliknya kerajaan UMNO dan BN mesti mengakui kebodohan mereka sendiri .

Tragedi malang yang menimpa sistem demokrasi negara malah menimpa nasib rakyat dalam tanahair sendiri apabila kekasaran digunakan keatas rakyat marhain yang rata - ratanya lemah malah tidak bersenjata pun .

Al Fadhil Ustaz Ghani Abdul Rahman seperti dihujung nyawa apabila diserang air asid dan gas pemedih mata oleh pihak FRU . Sedang beliau hanya seorang ulamak yang hadhir dengan tangan kosong untuk memberi sokongan kepada pejuang bahasa . Bahasa kita !

Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi turut mengalami penderitaan akibat serangan "membuta babi" oleh pihak FRU .

Mengalami nasib serupa ialah Yb. Salahudin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga turun untuk menyatakan sokongan bagi memperjuangkan bahasa dan mempertahankannya agar ia terus menjadi bahasa ibunda yang dihormati dan diberi kepercayaan sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu . kenapa tidak ?

Peristiwa ala Yahudi menyerang Gazzah ini telah menimbulkan rasa marah , benci , kecewa dan putus harap rakyat terhadap kerajaan UMNO dan BN yang memerintah hari ini .

Perdana Menteri semalam akhirnya mengakui bahawa perlunya isu PPSMI ini diselesaikan segera agar tidak bangkit penentangan yang lebih besar dari pihak Ngo terhadap kerajaan .

Harapan saya , pihak kementerian mengambil serius padangan Perdana Menteri dan segera mengambil kira bantahan rakyat .

Tidak berbangkit kenapa selepas 6 tahun barulah rakyat bangkit membantah . Kerana bantahan ini telah dibuat sejak awal dulu oleh pelbagai pihak termasuk parti politik . Tetapi dikala itu kerajaan tidak memperdulikannya. Kini kesabaran rakyat telah berada ditahap sempadan akhir untuk mereka bertindak .


Kalau demontsrasi bukan cara untuk menyelesaikan masaalah sebagaimana yang dibangkitkan oleh ketua polis dan kerajaan , soalnya apakah keganasan pula cara yang sesuai untuk menyelesaikan masaalah ?

Mereka menghayun cota , melepaskan gas dan air asid kepada rakyat mereka sendiri tanpa sedikit pun simpati .

menambah kejam dan biadabnya mereka apabila rakyat yang berlindung di dalam Masjid Negara turut dibedil dengan gas pemedih mata .

Kemuliaan masjid tidak dipedulikan lagi oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan ini .

Gerakan Mansuhkan PPSMI turut disokong oleh bangsa selain melayu . Mereka menyokong berasaskan ianya adalah bahasa ibunda

Tak kan melayu tidak tersentuh jiwa dan hati kecil mereka , apabila bahasa ibunda mereka diperlekeh sedang bahasa melayu adalah bahasa besar di dunia yang berpotensi untuk menjadi bahasa ilmu dan membawa kemajuan kepada negara .


Keranda bahasa ! apakah ini juga simbolik bahawa bahasa ibunda kita akan terkubur 10 ke 20 tahun akan datang .

Hari ini ajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris . Kemudian satu masa kelak , geografi dan sejarah dunia pula perlu dibelajar dalam bahasa inggeris .

Alasannya tak kan kita nak maju dalam sains dan matematik sahaja ? kenapa tidak geografi juga ?

Tidak mustahil idea gila ini boleh dikemukakan kelak supaya mata pelajaran agama juga mesti dipelajari dalam bahasa inggeris atas nama kemajuan dan ingin bersaing dengan dunia luar .

Kenapa kita tidak berbangga dengan bahasa kita ? kenapa mesti bahasa inggeris ? tidak cukup lagi mata pelajaran bahasa inggeris tu sendiri ?

Bahasa jiwa bangsa !

21 comments:

Anonymous said...

nah, sudah terang lagi bersuluh, nampak sgt kejahilan serta kurangnya sikap profesional di kalangan pencacai-pencacai kerajaan yg bertopengkan polis dan FRU, awat la tak kerahkan tenaga sebegitu bagi menghapuskan mat rempit yang berlambak seperti sampah di Malaysia ini? aku da pening...

Anonymous said...

nah, sudah terang lagi bersuluh, nampak sgt kejahilan serta kurangnya sikap profesional di kalangan pencacai-pencacai kerajaan yg bertopengkan polis dan FRU, awat la tak kerahkan tenaga sebegitu bagi menghapuskan mat rempit yang berlambak seperti sampah di Malaysia ini? aku da pening...

Anonymous said...

expected....they are brained to.
polis memang tak boleh harap....ikut telunjuk 'depa' la nih....

meluatnya dgn keganasan polis.

Anonymous said...

bodoh pas!memperjuangkan bangsa konon,terang terang dah bermotifkan politik!!juboq la kalau cakap pas ni memperjuangkan bngsa!lucu betul tengok gelagat2 monkey pas konon nak mempertahankan melatu TAPI ikat tulisan arab kat kepala!kononya dizalimi macam rakyat palestine!podah!HAHAHAHAHAHAHA!

Anonymous said...

Walaupun bersimpati sehubungan dengan tuntutan yang dibuat, tetapi, di waktu yang sama merasa hairan dan ajaib pula dengan kesungguhan yang berlebih-lebihan yang dipamerkan.

Jika dibandingkan dengan kesungguhan untuk benar-benar menegakkan Agama yakni membawa Al-QUR'AN dan KENABIAN agar diterima oleh semua, maka hal itu nampaknya begitu kurang sambutan dan sensasinya. Banyak pertimbangan yang perlu diambilkira di segi publisiti, sensasinya serta sensitiviti lawan yang menyebabkan pembelaan terhadap sesuatu dibuat secara terpilih oleh makhluk-makhluk politik kepartian.

Jika pihak lawan dikatakan menggunakan RAJA, maka pihak yang berlawan pula menggunakan BAHASA MELAYU. Mereka semua bermati-matian, sesat-menyesatkan satu sama lain atas nama Parti dan Kepartian. Itupun tetap dilakukan secara terpilih juga. Sesetengahnya pula berlebih-lebihan pula dalam bersensasi. Tujuan dan tanggungjawab asas sentiasa terbiar.

Demikianlah akhir zaman, zaman yang begitu mengidolakan dajjal, kaedah dajjal dan pendajjalan.

TOKPAKIR

Anonymous said...

haha!!tu lah yang buat hairan bin ajaib tu!!besungguh sungguh plak pas eh 'memperjuangkan bahasa melayu'???HEHEHEHEHEHE

Anonymous said...

Mcammana jika sains dan metamatik diajar dalam bahasa arab?Rasanya boleh kot?sebab bahasa arab tak kacau bahasa melayu kan?yelah,yang macam cara ustaz and the geng cakap laaa..'ana'ante'(oohhh...sungguh memperjuangkan bahasa melayu..)

Anonymous said...

ustaz,
ada eloknya ustaz tapis juga komen yang masuk ke sini. Semua orang berhak mengkritik dan membuat teguran termasuk melepaskan kemarahan. tapi pasti ada batasannya.Komen yg menggunakan bahasa yang kotor tak payah release lah ustaz, memalukan..
kalau pun org yang menulisnya tak berasa malu tapi saya yakin ramai pembaca lain yg sangat-sangat merasa malu...

Anonymous said...

tok pakir...
terpulang le pada tok nak berprasangka apa-apa pun.Di sudut mana yg dikatakan berlebih-lebihan saya pun tak pasti, sebab bagi saya ini semua adalah kesungguhan.Bukanlah dalam isu ini saja yg ditunjukkan kesungguhan kerana ini bukanlah demo kali pertama.

Saya membaca blog tok tu, tak ada apa-apa kebaikan pada tindakan orang lain kerana pada tok semuanya dajjal.Selagi tidak bergerak atas gerakan khalifah maka semua perbuatan adalah dajal.Hatta sheikh muhammad Abduh tokoh gerakan Islah tu pun tok gelarkan laknatullah.Sekadar berpandukan tafsiran sejarah yang tafsirannya boleh lemah dan tidak tepat maka kita ringan lidah melaknat manusia.Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam 'perut' seseorang dan hanya Allah yg tahu kesudahan hidup seseorang.Jangan menyimpan keyakinan terhadap kemuliaan diri sendiri sehingga tergamak melaknat sesama muslim...hanya Allah yang berhak melaknat, seperti laknatnya Allah kepada Abu Lahab, Firaun, Qarun dan seumpamanya.Jangan melaknat manusia kerana kita tidak tahu penghujung nyawanya mungkin disudahi dgn kalimah Allah atau dia terpilih mendapat rahmat....Habuan kita belum pasti tok pakir...

saya tak hairan apa saja usaha pas semuanya negetif pada tok pakir....sebab selama ini pun tak pernah positif. Bawalah usaha sebaik mana sekalipun selagi bergerak atas pentas demokrasi maka ianya dajal dan sesat....

Anonymous said...

mana pula 'bahasa kotornya'??takde pun sesapa guna ayat ayat kotor kat dalam ni.Takkan tak boleh dibantah kot?Memang sah la PAS ni jenis yang suka dipuji diangkat saja,kalau dibantah mulalah cakap itu ini.
Apa tak betul ke jika kami cakap PAS tu 'mengada ngada' aje kononya memperjuangkan bangsa?Memang lucu la kan konon 'memperjuangkan bahasa melayu' tapi guna ayat ayat tulisan arab..Lucu sangat sangat..bodoh pun ada!

Anonymous said...

Faisal Rohban, teruknya kamu !

Nasrudin said...

Assalamualaikum

Tenang jgn ribut dan gaduh . Saya sedia terima teguran dan kritikan. cuma pilihlah teguran yang baik .

Kecuali anda adalah UMNO dan BN maka anda boleh guna apa sahaja kalimah utk saya .

Jika anda bukan UMNO , suka saya sebutkan bhw apa yg kita tentang dan desak supaya dimansukhkan ialah pengajaran dan pembelajaran Matematik dan sains dalam bahasa Inggeris .

Apa yang kita mahu ialah supaya ianya diajar dalam bahasa ibunda bagi membantu anak bangsa kita mudah memahami subjek tersebut dan kita perjuangkan bahasa ibunda kita menjadi bahasa ilmu . Sbb bahasa ibunda kita tidak kurang juga hebatnya di peringkat antarabangsa . yg ke 4 terbesar di dunia .

Ada untuk meningkat bahasa inggeris kita tidak tentang . boleh pertingkatkan pengajian dlm subjek bahasa inggeris . kita digalakkan belajar bahasa asing tapi jgn jadikan bhs asing itu sbg bahasa pengantar dan bahasa ilmu .

Adapun individu tertentu nak berkomunikasi dlm bahasa inggeris mahu pun arab , itu tidak kita bantah . yg kita bantah bila ianya mahu dijadikan bahasa ilmu dan bahasa pengantar .

lagipun usahlah diperkeciulkan bahasa arab , sekurang kurangnya ia bahasa al quran dan bahasa syurga , so kita ada alasan kukuh untuk bertutur dalam bahasa arab sebagai bahasa kedua dgn bahasa ibunda tetap bahasa pengantar .

bahasa inggeris tak ada kelas namun kita tridak prejudis terhadap bahasa inggeris . boleh menguasai bhs inggeris tu bagus dan kalau boleh lain lain bahasa . Tapi jgn paksakan ia sbg bahasa pengantar .

ok , saya saudara semua jelas isu yg kita perjuangkan . jika saudara bukan UMNO .

Kalau sdr UMNO , nak faham alhamdulillah tapi kalau tak nak faham pun saya sedia mengerti sebabnya .

Nasrudin said...

Adapun langkah cepat mendajjalkan pihak lain sangat dikesali . boleh saja saya melebelkan pula label yg serupa atau lebih teruk . tapi apa kesudahannya dan di mana kebaikkannya .

so , saya harap tidaklah kita sampaikan ke peringkat mendajjalkan pihak lain semata - mata mrk tidak sependapat dgn kita .

Kalau dah semua dajjal , siapa yg tidak dajjal ?

Kan tak manis kita cepat menuding dan mendajjalkan org lain . sebaliknya kita bimbing . kalau kita nak marah pun , kita boleh marah kpd mereka yg berhak kita marah setelah jelas kufur dan ingkarnya terhadap syariat dam sunnah .

namun ... jika hanya tidak sependapat sedang pihak lain juga punya yg jelas . usahlah dajjalkan mereka . tidak baik begitu .

Anonymous said...

terima kasih ustas atas jawapan dan saya BUKAN ORANG UMNO..cuma jawapan ustas tu nampak belum kukuh lagi..masih jelas lagi bahawa semasa demonstrasi beberapa hari lalu PAS lebih bermotifkan politik!Antara sedar atau tidak...Memanglah Seniman A.Samad said dan lain lain tidak mengakuinya dan mungkin juga 'tidak menyedarinya'..Mereka mungkin benar2 memperjuangkan bahasa dan bangsa TAPI PAS???adakah betul??Kalau betul nak memperjuangkan melayu dan Islam,kenapa masih nak bekerjasama dengan DAP??Adakah DAP itu menyokong islam dan melayu??Kita samada budak kecik atau orang besar memang dah tahu siapa itu DAP..Semoga ustas boleh menjawapnya soalan ini?Kenapa ustas menyokong DAP?Adakah kerana DAP musuh UMNO??

Anonymous said...

PAS dan PKR dalang kepada insiden rusuhan dan demonstrasi tunjuk perasaan mengenai bantahan PPSMI di ibu negara. Kelibat pemimpin pembangkang tidak dinafikan memainkan peranan dalam menyemarakkan kebencian kepada kerajaan.

Kita lupa atau sengaja buat-buat nyanyuk, di dalam sistem pendidikan kebangsaan beberapa subjek seperti sejarah, Geografi, Pendidikan Moral, Islam, Ekonomi, Perdagangan, Sastera, Kemahiran Hidup dan sebagainya masih menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Adakah ini belum CUKUP memadai untuk menjadikan 'warganegara' Malaysia tahu dan fasih berbahasa Melayu/Malaysia? Hanya subjek sains dan matematik sahaja hanya menggunakan BI, itupun masih dalam dwi-bahasa.


1. Tidak kira dasar apa-baik untuk negara dan rakyatnya, pembangkang hanya tahu 'anti' dengan dasar kerajaan. Pembangkang hanya bawa CELAKA sahaja.

Misalnya;

(A) PAS pernah membangkang dan menentang penggunaan internet dan komputer diperkenalkan secara meluas di Malaysia. Alasan, internet banyak memberi keburukan seperti penularan unsur seks tidak terkawal dan komputer akan mewujudkan jurang komunikasi antara desa dengan bandar.

Tetapi PAS tidak ada cara yang lebih baik mengemukakan usul- kalau tidak ada internet dan komputer, kita perlu guna apa?

Realitinya kini, PAS menjadikan internet sebagai dakyah untuk menyebarkan fitnah dan fahaman politik mereka kepada golongan muda bukannya menjadikan sebagai medan dakwah.


(B)Tahun 1980-an, PAS dan DAP (masa itu tidak ada PKR lagi) menentang dan menyindir kerajaan kerana memperkenalkan kereta Malaysia-proton Saga.

Kemudian, PAS menyifatkan kerajaan sebagai tidak tahu membina industri berat yang kini dikenali sebagai PROTON dan menganggapnya sebagai projek pembaziran.

Kemudian, kerajaan menyokong industri PRODUA iaitu melahirkan kereta kancil- yang dianggapnya tidak ada kualiti dan kereta tin biskut. Usaha kerajaan ini ditertawakan oleh pembangkang.

Namun kerajaan cekal -supaya semua orang dapat membeli kereta.


Patutlah pemimpin PAS tidak mahu menaiki kereta nasional, tetapi kena ingat, berlambak pengikut PAS yang semua tidak mampu membeli CAMRY atau BMW macam Tok Guru naik ulang alik dari Kota Darulnaim ke Kedai Lalat (rumahnya).
2. Kalau PPSMI telah menyebabkan bahasa Melayu terabai, kenapa PAS, DAP dan PKR menentang 'KETUANAN MELAYU'?

Apa guna Bahasa Melayu menjadi bahasa teragung Malaysia kalau penuturnya atau bangsa asalnya setaraf bangsa dari Bangla(desh) atau Nepal!!!


Pakatan anti Ketuanan Melayu sedangkan mereka sokong dasar bahasa Melayu. Hairan.


Ibarat basuh kencing, tapi berak tak basuh. Boleh bersih ke?


Biarlah ketuanan Melayu dan Ketuanan Bahasa Melayu (Malaysia) dijulang, bukannya menjulang Bahasa sedangkan bangsanya dicampak dan dihina.


3. Perarakan haram membantah PPSMI sebenarnya mencemarkan sambutan Maulidur Rasul yang disambut pada keesokan hari. PAS pentingkan Islam atau bahasa?

Kalau pentingkan bahasa, kenapa PAS mengeluarkan kenyataan 'bahasa jawi bukan bahasa Islam (seolah-olah Jawi tidak penting)' dan tidak menentang sebarang usaha dilakukan oleh DAP memartabatkan bahasa Mandarin danTamil dalam papan tanda.


Tanya Ibrahim Ali, PAS-bebas mengenai perjuangan PAS kini. Katanya, PAS sekarang hanya mengikut telunjuk DAP.

Bagi abe MIE, PAS lagi takut kepada keluarga Singh 'Kings' dan LIM daripada mewujudkan hukum hudud yang menjadi perjuangan selama ini.

Kalau Zaid Ibrahim membawa hudud ke mahkamah, PAS kata UMNO kafir sebab tolak hudud dan perlu diperangi habis-habisan, tetapi bila Zaid keluar UMNO, PAS ajaknya jadi ahli.

Perjuangan apa nie?

Kalau air kencing, tetap jadi najis, jadi kenapa air kencing boleh diminum kalau dalam 'cawan' berlogokan PAS pula!!!


4. Tanya dan buat kajian- adakah pelajar perubatan atau kejuruteraan (medical study or enggineer) menghadapi masalah untuk belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris!!!

Jangan tanya pelajar sastera atau jurusan agama. Mereka sudah tidak berminat dengan sains dan matematik.

Sama juga jangan tanya Samad Said atau tokoh bahasa. Tanyalah dekan perubatan di semua universiti di Malaysia atau seluruh dunia, adakah mereka susah belajar sains dan matematik dalam BI!!!

Apakah bahasa mereka gunapakai sehingga berjaya menyambung pengajian dalam bidang pakar atau PhD?


5. Mengapa perusuh jalanan perlu berarak ke bandar KL sedangkan mereka boleh terus berjumpa dan berarak ke jalan istana, melalui Kg. Attap untuk menyerahkan memo kepada Yang diPertua Agung.

Niat mereka hendak merusuh atau hendak membela bahasa Malaysia?


Adakah bahasa Melayu atau Malaysia-memberikan ciri-ciri- BIADAP DAN KURANG SOPAN kepada penuturnya sebagaimana dilakukan oleh HINDRAF yang menuntut hak sejuta poundsterling dari Britain?

Apa guna bahasa jiwa bangsa jika perjuangan perusuh jalanan ini dijadikan jiwa bangsa.


6. Tidak ada pakar bahasa atau tokoh sasterawan yang mengemukakan idea yang bernas, jitu dan 'berakal' bagaimana caranya hendak membela dan memelihara BM, kemudian dijulangnya di Malaysia.

Semua pakar asyik mengkritik bukannya memberi buah idea.

Jangan samakan pakar bahasa Malaysia dengan pakar Bahasa dari Jepun atau Jepun. Inovasi dari negara mereka, dan pakar kita hanya tahu mengulas inovasi berkenaan seolah-olah pakar kita yang ciptanya.


7. Kenapa mengaitkan pengajian sains dan matematik sebagai satu 'penjajahan'? Bahkan Bahasa Melayu sudah berkembang kerana mengambil nilai-nilai dan tatabahasa dari pelbagai bahasa seperti Inggeris, Arab, Yunani, Belanda, Cina, Perancis dan sebaganya untuk berkembang pesat!!!


Kita tidak memanggil komputer (pada asalnya dipanggil computer) sebagai 'kotak elektrik yang ada bayangan' atau 'kotak menulis macam televisyen'. Adakah dengan menyebut komputer;bahasa Melayu atau Malaysia sudah hapus, pupus, tercemar dan dimalukan?


8. Kini, PPSMI ditentang dikala masalah ekonomi melanda dunia. Sepatutnya kita menjadikan PPSMI sebagai cara memajukan sistem pendidikan negara walaupun kini menempa krisis kewangan global.


PPSMI sebenarnya platform untuk mengkayakan populariti pemimpin tertentu sahaja sedangkan mereka yang mahukan bangsa Melayu menjadi pengemis di negara sendiri.


9. Kita tidak akan terhakis Bangsa kalau berbahasa Inggeris atau Mandarin. Melayu tetap Melayu. Cina tetap Cina dan India tetap India walaupun mereka boleh berkomunikasi dalam bahasa Perancis atau Jepun.

Yang berbeza, kalau tidak mahir berbahasa Inggeris, orang Melayu akan jadi penyelia, India menjadi pegawai atau eksekutif dan Cina akan menjadi Pengurus walaupun ketiga-tiga bangsa itu kelulusan dari universiti atau kolej yang sama dan 'professornya' juga orang yang sama.


10. PPSMI sebenarnya Puak Pakatan Suka Merusuh Ini, bukannya untuk membela bahasa sedangkan dalam masa yang sama Islam pun diterkam dengan penggunaan Allah oleh semua agama dan disokong pembangkang, bangsa Melayu kini berpecah dan sanggup menjadi penderhaka serta tidak menunaikan janji pilihanraya....bukan berniat untuk membela anak bangsa.



PADA PANDANGAN ABE MIE, KALAU PPSMI DIKUBURKAN, KERAJAAN AKAN HADAPI SATU GELOMBANG KETIDAKADILAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN ANTARA GOLONGAN KAYA DENGAN MISKIN DAN MASYARAKAT DESA DENGAN BANDAR.
Satu boleh cakap Bahasa Melayu sahaja, dan satu kaum lagi (bandar) mahir berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Jepun.


FIKIRLAH SEBAB ANAK-ANAK PAKAR BAHASA MELAYU PUN TAK PERNAH CAKAP MELAYU WALAUPUN DI RUMAH, TETAPI KENAPA PAKAR TIDAK MAHU ANAK NELAYAN MISALNYA BOLEH BERBAHASA INGGERIS DENGAN BAIK!!

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Ustaz cadang saya ustaz matikan saja ruangan komen ni. Kalau ada yang nak komen... nak berhujah... dan hendak tidak bersetuju suruh diaorang buka blog diaorg sendiri. Yang dok pergi blog org buat onar buat apa ! Kalau dah hebat sangat berhujah tu luahkanlah dalam blog sendiri. Bukanlah nak menghalang pandangan orang dan tak boleh nak terima kritikan tapi golongan yang biadap dan tidak tahu menghormati orang ni tak mendatangkan faedah kepada sesiapa pun ! Lagi pulak golongan yang tukang sebar fitnah ni sekarang semakin melambak kat internet. Menempel di blog orang yang ramai pengunjungnya kemudian sebar fitnah sesuka hati.

Anonymous said...

kalau buat blog sendiri adakah kamu akan pergi tengok?Tak kan?sebab kamu akan cakap'aahhh malas nak tengok blog umno mesti penuh dengan fitnah'kan?kan?kan?
dab kalau kamu menyekat segala komen yang tidak bersetuju dengan pandangan ustaz apa bezanya kamu dengan media yang kamu anggap 'media umno'?yang buruk buruk ditapis yang sedap sedaaappp aje bole baca..dah nampak yang sebenarnya PAS itu pun lebih kurang juga.Mungkin kalau PAS dah memerintah negara nanti,asal dibantah bukan takat ISA aje silap2 hukum bunuh terus macam Taliban!kalau tak pun buat hukuman lain yang SAMA SAJA DENGAN ISA cuma bagi nama lain saja..Hehehe..

Anonymous said...

PAS is the worst Party with the worst ideology!!The Taliban ghugooo!!

Anonymous said...

Kalau kebodohan dan emosi itu lebih berharga daripada akal dan rasional begitulah jadinya. Kalau kamu berblog sendiri dan org tidak mahu baca apa yang kamu tulis, kenapa pula kamu nak marah ! Suka hati sesiapalah nak baca tulisan siapa pun ! Dan tolong jangan samakan blog peribadi dengan media, blog peribadi hak milik tuan punya blog, tempat dimana dia meluahkan pandangannya ! Kalau pun didalamnya mengandungi berita2 dan saranan yang menyeru kepada menyokong kepada sesuatu pihak ianya tetap blog peribadi ! Jadi jangan pulak kita menjadi bebal mengkucar-kacirkan blog orang lain hanya kerana kita tidak bersetuju. Jadilah matang ! Saya sendiri pun ada benda yang kekadang Ustaz tulis rasa mcm tidak bersetuju tetapi tidaklah saya jadi manusia tidak beradab dengan menghina tuan empunya blog kerana pandangannya berbeza dengan saya. Saya ingatkan setelah lebih 50 tahun merdeka kita ini semakin kehadapan dalam berfikir dan berpolitik rupanya tidak ! Masih ada segelintir kita yang mindanya masih lagi terkurung didalam tempurung ! Ustaz ! Teruskanlah Ustaz.... cerahkan hati, jiwa dan minda mereka2 yang bersedia untuk menerima dengan nur iman dan Islam ! Biarkanlah yang lainnya itu berterusan dengan sikap mereka dan kita berdoa semoga mereka juga akan bersama didalam perjuangan Islam Insyallah !

Anonymous said...

Huuaahhhh!!!huuaahhhh!!!!Huuuaaahhhh!!!!!!!!!jangan le mareee...kang kene jual...hehehe

Anonymous said...

kau lagi bodoh!!!Kau pikiq sendiri dengan kapla otak ko kalo tak mampi pikiaq pikiq guna kapla kotek hang!!Mana lagi elok?Buat kacau dalam blog2 atau melalak macam ANJING KOTOR YANG NYATA TAK TAU APA YANG DIBANTAH KAT TEPI TEPI JALAN TU??!!POOOODAAAAHHHHH!!!BODO PUNYA OLANG!!!

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive