Akademi Fantasia Kian Hanyut
Saya menerima beberapa e mail dari rakan - rakan yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap satu program realiti TV yang semakin hanyut jauh ke kancah maksiat .
Terdapat beberapa adegan berpeluk - pelukan antara pelajar lelaki dan guru perempuan sebaik sahaja peserta lelaki tersebut diisytihar keluar dari akademi tersebut .
Rangkul peluk dan bercium pipi ustaz ! begitulah ayat kawan saya lewat e mail yang dihantar .
Saya bukanlah anti hiburan justeru hiburan dibenarkan oleh syara' . Apa yang jadi masaalah ialah apabila hiburan dicemari oleh adegan dan aksi yang mengundang murka Allah swt .
Saya difahamkan ada pengkritik konsert akademi fantasia ini menyebut Alhamdulillah , syukur awak telah berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik sekali dan Alhamdulillah tarian awak juga cukup menghiburkan ! .........[ sedang penyanyi itu berpakaian seksi habis dan menari pula dengan gaya liuk lintuk mengiurkan ]
Saya hanya tersenyum membaca celoteh geram seorang kawan mengenai perkembangan Akademi Fantasia ini . Saya tidak sempat untuk mengikuti perkembangan akademi fantasia kecuali sekali semasa era Mawi menyertai akademi fantasia . Aura Mawi berjaya menarik perhatian saya untuk sesekali menonton persembahannya jika berkesempatan .
Sejak dulu lagi , Akademi fantasia telah ditegur oleh pihak Dewan Pemuda PAS Pusat agar tidak menampilkan aksi yang mengundang keruntuhan moral , juga teguran terhadap adegan pelajar dan guru berpelukan serta pergaulan bebas di dalam apartment akademi dan juga perlakuan di atas pentas .
Berhibur dan berseronok tidak salah tetapi mestilah mematuhi batasan agar tidak mengundang dosa dan murka Allah swt .
Seronoklah buat seketika di atas pentas . Tenggelam dibawah silau cahaya lampu dan hanyut dibuai fantasi serta teruja dek sorakan penonton yang menyokong . tapi .... bagaimana dengan pemerhatian Allah swt ? Saya tahu , sebahagian besar peserta akademi fantasia ini adalah beragama Islam malah sebahagiannya bertudung . Saya yakin mereka faham maksud saya apabila saya bercakap soal dosa dan batasan pergaulan serta penampilan dalam hiburan .
Mestikah untuk menjadi seorang penghibur maka mesti berpakaian seksi , dedah dan berpakaian ketat ? Mestikah juga membuat tarian menggiurkan sehingga merangsang syahwah penonton ? Mestikah lelaki dan perempuan bergaul sebebas itu sehingga berpelukan dan bersilang tangan untuk bergelar bintang pujaan ?
Penghibur yang baik mestilah mempunyai kreativiti tinggi untuk menghiburkan penonton tanpa perlu menjaja maruah dengan pendedahan aurat dan mempertaruhkan moral dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta melampaui batas yang dibenarkan oleh syara' .
Penghibur seperti ini sebenarnya bukan penghibur tetapi pemusnah masa depan diri dan masyarakat dengan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan murka Allah swt .
Saya benar - benar yakin , bahawa rakan - rakan artis yang beragama Islam khasnya sangat tahu nilai moral , akhlak dan batasan dosa dan pahala . Malang mereka gagal mengawal diri agar tidak terjebak . Mereka biar diri mereka menjadi korban nafsu yang hanya menanti azab kelak di akhirat .
Inilah masaalah kepada dunia artis . Dunia yang sangat jauh dan asing dengan ilmu agama dan petunjuk Allah swt . Mereka mempunyai dunia dan planet mereka sendiri yang sukar diselaraskan dengan kehendak agama .
Saya masih yakin , jika kerajaan ini adalah kerajaan Islam atau paling tidak kerajaan yang bermoral dan mesra agama , dunia hiburan negara masih boleh diselamatkan agar tidak keterlaluan meniru gaya dunia artis dari barat yang tidak bertuhan .
Sebagai contoh di akademi fantasia , penganjur boleh adakan slot solat berjamaah setiap waktu dan setiap kali selepas solat atau paling tidak selepas subuh dan maghrib adakan siri tazkirah dan kuliah agama oleh ustaz - ustaz yang berilmu . Agar lahir seorang penghibur atau penyanyi yang bukan sahaja tahu batas dosa pahala tetapi benar - benar memahami tanggungjawab mereka seorang muslim .
Sekurang - kurangnya , melalui tazkirah agama menjadikan mereka benar - benar bertanggungjawab dalam bidang hiburan bukan untuk menambah dosa dan memerangkap manusia dalam kepungan mungkar .
Memang kedengaran pelik untuk adakan tazkirah dan solat berjamaah di akademi fantasia , tetapi boleh dilakukan bahkan wajar dilaksanakan . Hebat manapun artis dan setinggi mana ia mendapat pujaan dan anugerah ia tetap makhluk Allah yang mesti solat mengabdikan diri kepada Allah swt . Sementara tazkirah itu satu peringatan agar tidak leka dan alpa sehingga melakukan sesuatu yang keterlaluan dan mengundang murka atau bala Allah swt .
Peraturan dan ketetapan boleh dibuat oleh pihak berkuasa dan ia mesti dipatuhi . Masaalah yang kita hadapi ialah pihak berkuasa sendiri tidak memiliki kesedaran yang dimaksudkan sebalik turut menggalakkan maksiat dan mungkar . Benarlah kata hukama' Manusia berada di atas cara hidup pemimpin mereka .
Hari ini ramai orang menganggap agama sebagai penghalang dan ini adalah salah sangka yang sengaja ditiupkan oleh musuh Islam dan golongan orientalis untuk menimbulkan fitnah dan rasa jelek masyarakat terhadap Islam . Padahal Islam tidak datang untuk menghalang tetapi mengislah atau memperbaiki keadaan agar menjadi baik .
Sebagai contoh , umum mengetahui betapa manusia perlukan hidup berpasangan . lelaki perlukan perempuan maka demikian sebaliknya . Maka kedatangan Islam bukan menghalang fitrah ini tetapi mengislahkannya dengan sedikit peraturan seperti ijab qabul agar tidak berlaku perlakuan zina , sumbang mahram , rogol , lesbian , homoseks dan pergaulan bebas kerana ia merosakkan jiwa dan membinasakan nasab keturunan .
Demikianlah jua dengan hiburan . islam datang tidak menghalang hiburan kerana memahami manusia perlukan hiburan. Tetapi Islam memulihkan keadaan hiburan agar tidak cemari oleh arak , dadah , pil ectasy , pergaulan bebas , pengabaian terhadap solat dan pendedahan aurat termasuklah lirik lagu yang tidak memuja nafsu atau mendorong ke arah penguasaan nafsu . Selebihnya berhiburlah dan ia dibenarkan oleh syara' .
Kalau kita dengar ucapan penyanyi sewaktu menerima anugerah atau pujian orang terhadap persembahan mereka , spontan mereka menjawab syukur alhamdulillah ! tanpa izin Allah , saya tidak akan sampai ke tahap ini ! .....[ biarpun sedang ia berucap dengan kalimah demikian , pakaiannya mendedahkan separuh dada dan kainnya terbelah ke paras pangkal paha dan bersilang tangan dengan teman lelaki .]
Ertinya mereka keliru dan masih memiliki aqidah biarpun sekelumit dan saya percaya mereka masih ada harapan untuk dididik dan diselamatkan . Cuma kerajaan atau pihak berwajib mesti adakan program kesedaran dan motivasi keagamaan yang berkesan dan bertyerusan untuk mereka .
Jangan hanya mereka tahu menyebut kalimah Alhamdulillah tetapi mereka mesti kenal siapa Allah swt dan bagaimana untuk bersyukur di atas nikmat yang dikur niakan Allah swt .
5 comments:
Mungkin artis kita berada dalam dunia fantasi. Mereka mungkin menyatakan itu sebagai memenuhi keperluan untuk menyampaikan sesuatu dalam lagu.
Mungkin pelajar AF merasakan itu rasa hormat kepada pengajar, tanpa segan silu memeluk pengajar mereka walaupun berbeza jantina.
Jadi segala perlakuan mungkin dianggap biasa kerana sikap penghormatan tersebut.
Sepatutnya Menteri JPN baru menyatakan sikapnya terhadap program yang melalaikan begini. Jangan syok dilantik jadi menteri dan MT. Sekian, wallahuaklam.
Kerana itu jugalah UM-no masih kekal sehingga kehari ini,tanpa golongan ini UM-no telah lama hancur.
Kerana itulah juga UM-no dan be END memupuk aktiviti sebegini demi survival politik mereka,kerana tanpa golongan yang suka kepada kemaksiatan ini tentu sahaja mereka umpama jasad tanpa nyawa,tanpa roh.
Saya masih tertanya-tanya apakah makanisma yang bakal/telah digunakan oleh PAS untuk menarik golongan ini hampir kepada Islam,sekiranya ada penerangan keakar umbi perlu digiatkan dari sekarang supaya pihak akar umbi dapat melaksanakannya,bukan sekadar mengeluh.
Tidak dapat dinafikan memang telah ada sebilangan artis yang hampir kepada PAS tetapi bilangan mereka terlalu sedikit.Mereka nak kepada Islam tetapi mereka takut kerana bila hampir kepada PAS maka peluang mereka dibidang yang mereka ceburi akan tipis,itu anggapan mereka.
Golongan kebanyakkan juga terlalu ramai yang meminati hiburan,buktinya bila ada konsert free seperti jom heboh maka berpusu-pusu kecik besar tua muda menyerbu.
Golongan inilah yang menjadi pengundi didalam sistem demokrasi,dan PAS perlu berbuat sesuatu bagi menarik golongan ini.
Sekadar pandangan yang saya tau ust sendiri sedar akan perkara ini.Harapan saya semuga ust dapat membawa perkara ini kepada perbincangan yang lebih atas.
mereka mengangggap guru guru mereka seperti mak ayah,sebab tu lah mereka xmalu nak peluk2..slogan guru guru sebagai ibu bapa yang kedua rasanya perlu dikecualikan dalam bab ni..
salam ustaz,
saya hanya tersenyum melihat entri ustaz kali ini. memang payah kadang2 nak sampaikan dakwah ni, harap2 artis2 muslim itu akan sedar batas2 yg perlu mereka jaga. tapi untungnya di malaysia ini, jikalau ada kelakuan melampau dari artis kita, pasti akan dengar berbagai teguran panas dari public dan ulama2 kita. tapi lihat lah di indonesia. kelakuan artis mereka dah tak terbendung walaupun beragama islam. malah islam dan agama lain di campur adukkan dek kerana kononnya berfahaman liberal... harap2 malaysia takkan jadi macam tu juga suatu hari nanti inshallah ameen..
nma pn akademi fantasia.. penuh la fantasia dlm tu..
tp ana mlihat akademi fantasia ni sbg kayu ukur bg mlihat thp ghuzul fikr dlm msyrkt..
kesimpulannya, agk parah...
mmg pening bla memikirkn drive force apa yg mnyebabkn pnonton2 berhabis dwet mngundi pserta2 feveret diorg..
hntr undi drma ke Bersamamu TV3 lg bayek..
Post a Comment