HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, April 16, 2009

Penerbangan Malaysia: Arak & Seksi

Air Asia sememangnya syarikat penerbangan tambang murah Malaysia dengan trade marknya everyone can fly .

Sungguh begitu , pengalaman saya menaiki Air Asia ini cukup tidak menyenangkan saya . Tambah pula penerbangan yang mengambil masa panjang lebih dari 12 jam .

Bukanlah saya nak komen pasal kualiti kapal terbang . Oleh kerana tambangnya murah , standardlah kualiti dan layanan begitu . Saya terima seadanya walaupun agak terkejut juga saya apabila minta air milo segelas kecil [ plastik ] harganya RM 4 . Kita orang yang tak banyak duit ni , duduk diam sahaja menunggu saat tiba ke destinasi . Lepas tidur bangun , lepas bangun tidur balik . Sesekali membaca dan menulis untuk melengkapkan waktu 12 jam lebih perjalanan .

Seksi

Komen saya di sini ialah masaalah pakaian pramugari Air Asia tu ! kalau ia pun tambang murah , tak kanlah sampai tak mampu nak beli tudung dan kain labuh sikit bagi menutup aurat pramugari . Sudahlah tidak bertudung , ketat dan singkat pula . [ Saudara yang belum pernah naik air asia boleh search dalam google untuk tengok bagaimana pakaian pramugarinya , tak payah lah saya postkan kat sini .]

Mereka yang biasa naik kapal terbang pasti sahaja tahu , pramugari ni bukan boleh duduk diam dalam kapal terbang tu . Dalam tempoh 12 jam 'terperangkap' kat situ saya ingat lebih 20 kali pramugari tu lalu dan melintas di depan saya .

Tidakkah seksa kita melihat pakaian pramugari yang seksi begitu . Ya ! Allah , pandang kanan pramugari , pandang kiri pramugari . Hanya sesekali pramugara melintas . Kita nak bergerak ke arah lain tidak bebas . Terasa macam kena gari dan kita bukan macam pramugari boleh pergi ke sana ke mari dalam kapal terbang tu .

Peliknya , pakaian pramugaranya elok pula boleh menutup aurat malah kemas dan lengkap berpakaian serba hitam berbanding pramugari yang berpakaian garang serba merah , ketat sendat dan singkat . Sudahlah sendat , semua pramugari membuka zip baju mereka ke paras separuh dada . Saya jangka mereka tidak boleh zip sebab baju mereka terlalu ketat dan kecil . Skirt pula hanya antara punggung dan paha . Lebih malang skirt yang sebegitu singkat pun dibelah lagi .

Ya Allah , sukarnya keadaan dan 12 jam perjalanan terasa macam 5 hari . Bila lah nak mendarat ?

Arak

Bertambah parah apabila penerbangan saya baru - baru ni dipenuhi dengan arak . Kiri kanan dan depan belakang penumpang air asia minum arak . Sekian lama saya di darat , agak sukar juga saya nak bertemu dengan orang minum arak kalau tidak ke kawasan bar dan kelab malam . Orang macam kita ni , bila lah nak menjengah ke kawasan sebegitu . Pendek kata memang payah nak tengok orang minum dan jual arak , tapi atas air asia , arak begitu mudah sehingga membuak dan merebak baunya ke seluruh ruang kapal terbang .

Kelihatan juga beberapa pasangan yang sudah mula mabuk dengan arak . Tidurnya membungkang tanpa menghiraukan penumpang yang lain . Rasa tidak selamat pula dalam suasana seperti itu . Ya .. lah , kalau dah mabuk pelbagai kemungkinan boleh berlaku ! Peliknya pihak pengurusan air asia tidak terlintas ke dalam kepala otak mereka kemungkinan yang sebegini ? atau hanya saya di serang rasa bimbang yang tidak bertempat ?

Entah lah , pada saya kalau sudah mabuk arak dan arak adalah ibu kepada segala maksiat , maka apa sahaja kemungkinan boleh berlaku . Begitulah biasanya penangan orang yang hilang aqal dan kewarasan . Tapi mereka ni boleh hujjah balik , bahawa selama ini tidak ada apa - apa pun yang berlaku ? habis tu .... nak tunggu sudah berlaku baru nak bertindak ?

Agaknya apalah yang sedang di fikirkan oleh Menteri yang jaga agama Kol. Mohd jamil Khir , Dr. Mashitah dan lain - lain ? Kalau nak harapkan Datuk Seri Najib , ermm , harap ada percaya tiada !!

Demikianlah hidup tanpa agama , sistem tanpa syariat dan negara tanpa petunjuk .

19 comments:

mosabit said...

tengok la siapa toke?...toke kapir..biasa la...yg kijer tu suka nak buat...takkan kita nak halang...depa suka makan ayam yg digoreng dlm kuali goreng babi nak diapakan??

ABE JO HIJA said...

Nak kata apa lagi ustaz... dahlah duk atas langit nun..kalau tuhan nak pelingkup dengan kita2 semua terkena.. itu sebagai pengalaman untuk menambah ilmu ustaz bagi kuliah..

Haikal Sulaiman said...

malu laa kat brunei , penerbangan negara dia mana ada arak..
kita meraikan kafir bukan meraikan agama Allah !!

fahmi said...

assalmualaikum.. Masya Allah... nama saja murah.. tp kualiti, pakaian sume x memuaskan hati..

Keylee Daud said...

mungkin cara bisnes ..hahaha didunia

muslimat said...

macam tu lah ustaz...kapalterbang tambang murah ni pramugari pun 'murahan' juga ler ....

lainkali naik kapal terbang air asia ustaz tido jer...berzikir banyak-banyak jangan dipandang pramugari yang lalu lalang...terpandang pun jangan...memandang lagi lah haram.
Pakai spek itam supaya suasana gelap dan buat rasa mengantok lalu terlena.Saya rasa dok dalam pesawat itu tido lagi baik dari terjaga...

errr..rasa-rasa, pramugari tu muslim ker ?....

Anonymous said...

Ek eleh,bodoh lagi bangang la kome semua ni..memang sah beno la PAS tu jenis Fun killer..awat la Anwar Ibrahim and the geng nak sangat kerja dengan kome semua..kalau tak nak tengok semua tu,pakai sampan aje laaa..

Anonymous said...

mu lagi satu ustas,apsal?Stim ke tengok pramugari2 tu pakai seksi?hisk,sampai macam tu sekali seksa dia?muahahaha..

LoLa said...

anonymous kt ats ni jnis ska usha pmpuan x ckup kain kot..
mlenting ja bla org tegur psl isu ni..
ye la, nnti bla tegoran ni diambil kira, pramugari akn pkai kain 'ckup'..
pstu xde la pramugari x ckup kain dia nk usha..
pstu xde la kuar cd pramugari terlampau lg...

Anonymous said...

haha!Pramugari pakai dressing macam tu pun jadi isu,adoi..adoi..Paaassss paasss...tak pueh hati naik ler pesawat lain,MAS ke..ehh..jap?pramugari MAS pakei purdah ke?hehehe..naik lagi pesawat lain..haaaa kali ni singapore airline..eeehhhh(Tarik handbrek)macam mana dressing pramugari sana eh?aaahhh...susah susah..suroh aje ustas ustas janggut dalam PAS jadi 'pramugari'..seedaaapp mata memandang ye ustaz??

muslimat said...

anonymous....
anda sungguh pengecut dan memiliki minda kelas kelima.Anda cuma mampu menulis tapi tidak berani menonjolkan nama. Mungkin kerana anda tahu 'mutu' dan tahap tulisan anda. Bukan saja rendah malah murah tanpa harga...jauh lebih murah dari pramugari air asia.

baiknya ustaz kerana membiarkan anda bebas bergerak diblognya sedangkan anda langsung tidak faham apa itu adat bertamu sebenarnya. saya kira orang dalam UMNO pun tidak sanggup memiliki minda berfikir seperti anda....terlalu rendah mutunya.Saya bimbang kerana terlalu emosi anda sanggup menghina agama dgn perasaan anda telah menghina orang yang mengamalkannya.

malaikat Allah menulis perbuatan kita semua, sekiranya anda seorang muslim, mudah-mudahan masih ada sisa-sisa rasa malu pada diri anda...

Astaghfirullah..

Anonymous said...

Gua BUKAN menghina islam wa SUKA ISLAM TAPI gua menghina KAMU PAS TALIBAN YANG KOLOT!huhuhu.

mat said...

Betul tu anonymus.kolot la pas ni.pakai seksi pun takleh.itu kan hak individu.kalau peramugari tu nak telanjang pun itu dia punya pasal la.lagi moden apa.kalau anonymus nak telanjang sekali pun patut takpelah.hak individu.kolot lah Allah Taala ni.nak seksi pun tak bagi.patutnya Allah taala kena ikut kehendak kita,bukan kita ikut kehendak dia.betul tak?anonymus jangan risau.teruskan sokongan anda terhadap peramugari seksi ni,dan juga arak2 dalam kapatobang ni.lagi bagus minum sekali arak2 tu.alaa,paling2 teruk pun masuk neraka je,bukan apa pun.kena panggang hidup2 je.pulak tu bukan lama pun,kekal selama2nya je.waktu tu jangan risau,pramugari seksi ni akan menemani anda,bukan saja seksi,bahkan telanjang bulat.tengokla dia puas2 sambil2 minum arak yang mendidih.waktu tu kalau anonymus tak puas ati,boleh komplen kat Allah sebab tak menghormati hak individu,kolot sangat.HIDUP ANONYMUS!

Anonymous said...

YA BETUL!Nak telanjang telanjang lah..kamu kan pejuang demokrasi??

Aku said...

salam,

ustaz, dari kita hanya bertekak di sini dengan orang2 yg tak faham, mungkinkah sapa sapa di dalam PAS (jikala benar benar mahu memperjuangkan islam) mengusulkan di parlimen di hadapan semua bukan Islam termasuk Lim Kit Siang and Da gang supaya syarikat airlines di malaysia diharamkan untuk menjamu arak serta pramugari2 menutup aurat atau sekurang-kurangnya tidak memakai pakaian menjolok mata sebagai imej negara yang menjadikan islam sebagai agama rasmi?

saya pasti mungkin ini akan dapat membuka mata orang Islam di Malaysia termasuk ahli ahli parlimen UMNO yang beragama Islam.

Anonymous said...

sdr boleh buka handsard parlimen dah berpuluh suara ahli parlimen dikemuka ke dewan parlimen tapi kerajaan umno buat pekak jer

LoLa said...

x sgka aku anonymous dgn mat said tu jahil thp gaban...
apa, dia igt hak individu lbih tggi dr hak Allah keatas hamba2-Nya..??!!!
ckp mcm bkn beragama islam ja, mndahului hak individu brbnding hak Allah..
nk tnya skit, pmpaun2 yg pkai seksi2 tu,'barang' diorg spa bg, spa cpta..??
ALLAH yg cpta, ALLAH yg bg..
sbg 'bonus' ibadat utk mreka yg slayaknya(suami yg sah)...
yg dok tyg x tntu hala, tmbh dosa..
dedah=dpt dosa
org yg tgk=dpt dosa klu sngaja
org yg ditgk=dpt dosa 2 kali ganda..

alouq said...

salam. si mat tu tulis ayat tersirat tu..bce 2-3 kali. ;)

Farhan said...

Salam Ustaz,

1. Macam tulah dunia sebenar di luar Malaysia Ustaz. Mungkin Ustaz tak biasa tinggal di negara di mana muslim adalah minoriti.

2. Penerbangan negara Arab seperti Emirates, Qatar, Etihad, Oman Air, Gulf Air semuanya menyajikan arak, wain dan minuman beralkohol lain. Negara-negara ini lebih 90% muslim kecuali UAE.

3. Hanya beberapa syarikat penerbangan sahaja seperti Saudi Arabian, Royal Brunei, Pakistan, Kuwait Airways yang tidak menyajikan alkohol. "dry airlines"

4. Pakaian pramugari kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia terutamanya di eropah memang seperti pakaian pamugari AirAsia.

5. Sebagai negara majoriti muslim, sewajarnya pakaian yang lebih sopan dipakai. Apa salahnya skirt yang lebih labuh digunakan. Pemakaian tudung boleh dicadangkan tetapi mungkin dilihat seperti terlalu ekstrim di mata golongan tertentu.

Sekian,

Wassalam

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive