HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, April 28, 2009

Penjelasan Ustaz Nik Abduh


Respon Saya Terhadap
Penjelasan Ustaz Nik Mohd Abduh

Seminggu dua ini saya terpaksa berehat . Rehat terpanjang dalam sejarah saya menyertai gerakan Islam PAS ini .

Saya mengalami masaalah gangguan ketara di bahagian peti suara sehingga menyukarkan saya untuk bercakap dan saya dinasihatkan supaya tidak menyampaikan ceramah atau kuliah dalam tempoh sebulan ini .

Banyaklah program saya terpaksa dibatalkan dan saya memohon berbanyak maaf atas kesulitan yang dialami oleh pihak penganjur ekoran pembatalan tersebut . Saya berjanji saya akan ganti dengan tarikh yang lain insyaallah .

Rehat membuatkan masa saya banyak terluang dan saya manafaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga setelah sekian lama mereka menanggung beban rindu lantaran sering berjauhan . Alhamdulillah , saya juga dapat menumpukan banyak masa untuk membaca kitab dan menulis kerana keduanya adalah kegemaran saya yang sering terabai kerana kesibukan di medan juang .

Sungguh saya rasakan keperitan apabila terpaksa gantung 'microfon' dalam tempoh yang panjang , namun saya yakin akan hikmah di atas ketentuan Allah swt dan saya terimanya sebagai ujian ke atas diri yang memerlukan saya insaf dan menganalisa diri .

Kesempatan ini saya ingin mengulas kenyataan atau tilisan sahabat saya Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh setelah saya perhatikan betapa tulisan beliau mendapat liputan luas bukan sahaja dikalangan blogger tetapi juga media cetak sehingga beberapa akhbar meletakkan tulisan Ustaz Nik Mohd Abduh di muka hadapan akhbar mereka .

Sebentar tadi Ustaz Nik Mohd Abduh telah membuat penjelasan lanjut setelah menerima hampir 200 komentar [ pro dan kontra ] dari blog beliau dan saudara boleh membacanya disini :

Saya tidak hanya membaca tulisan beliau bahkan saya segera menghubungi beliau sendiri untuk mendengar penjelasan langsung dan detail dari beliau berkait apa yang beliau tuliskan dalam blognya . 2 siri tulisan beliau dengan tajuk yang sama telah menaikkan suhu politik tanahair . Pihak blogger dan media cetak cepat mengulas dan mengambil manafaat dari tulisan Ustaz Nik Abduh .

Cara dan kaedah pengambilan manafaat yang saya maksudkan tadi juga mempunyai berbagai keadaan . Ada yang memancing , ada yang menceduk , ada yang tahan bubu dan ada yang menuba dari blog Ustaz Nik Mohd Abduh . Saya juga membaca komentar yang pelbagai . Ada yang pro lalu memuji tindakan Ustaz Nik Abduh dan ada yang kontra lalu menemplak tulisannya.

Saya berkawan lama dengan Ustaz Nik Mohd Abduh . Sejak tahun 94' melalui perkenalan pertama apabila beliau mengunjungi saya di rumah 10 Madinah An Nasr Kota Kaherah Mesir . Ketika itu beliau baru sampai ke Kaherah untuk menyambung pengajiannya setelah tamat pengajian di India .

Saya memahami bagaimana sikap , akhlak dan tahap penguasaan ilmunya dan agak rapat dengan beliau berbanding adik beradiknya yang lain walaupun sama - sama belajar di Mesir . Tentunya saya menyedari bahawa tidak mudah untuk Ustaz Nik Mohd Abduh membuat kenyataan seperti apa yang termaktub di dalam blog beliau .

Dalam situasi sebegini , saya berpandangan agar siapa jua yang mahu mengulas atau memberi komentar terhadap tulisan beliau tidaklah menambah rencah atau ajinomoto yang akhirnya akan mengubah rasa dari menu asalnya. Ada juga yang lebih - lebih menambah lada dan tak pasal - pasal rasa bertukar pedas dan hangat lalu mengganggu tumpuan cita rasa sebenar .

Siapa jua yang ingin membaca dan mengambil iktibar daripadanya hendaklah secara direct merujuk kepada tulisan beliau di blognya bukan membuat nilaian melalui kupasan dan ulasan pihak kedua atau ketiga . Kerana saya percaya , membaca dari tulisan asal pastinya tidak sama roh atau semangat yang diperolehi berbanding kita membaca dari sumbernya yang asal .

Tambahan pula saya melihat style media dan sebahagian blogger mengulas dengan cara melompat - lompat point serta mengulas kalimah tertentu tidak kepada seluruh kandungan tulisan beliau seperti memilih untuk mengulas perkataan 'mee celup' secara terpisah dari semangat perbahasan asal yang terdapat dalam tulisan tersebut . [ sehingga perbahasan 'mee celup' mengalih topik asal perbahasan sedang ia bukanlah fokusnya ]

Bagi penulis atau blogger yang ada tuhan dan beriman kepada tuhannya , ia sewajarnya bertanggungjawab atas setiap kalimah yang ditulis tambahan pula tulisan itu dipapar kepada umum . Bukan sahaja manusia atau masyarakat pembaca akan menilai tetapi juga Allah swt dan para malaikatNya turut menilai apa yang ditulis . Saya yakin Ustaz Nik Mohd Abduh sebagai manusia yang berada langsung dibawah tarbiyah ayahnya seorang ulama' tersohor tanahair lebih memahami prinsip ini .

Saya dapat merasakan betapa tulisannya yang terbaru [ kerja - kerja bodoh dalam PAS - vol 2 ] ditulis dengan begitu cermat dan berani . Saya telah mengingatkannya akan rasa kebertanggungjawaban terhadap tulisannya , dengan yakin beliau menegaskan bahawa beliau sangat sedar dan bertanggungjawab terhadap apa yang beliau tulis .Saya juga menekan soal pembuktian sebagai peringatan kepada beliau dan beliau nyata bersedia untuk mengambil tanggungjawab penuh atas tulisannya .

Isu pokok yang mesti difahami dan dihayati oleh semua pembaca dari tulisan beliau ialah tiada sebarang persengketaan antara dua tokoh ulama' terbilang itu dan wujudnya pihak yang mahu melihat berlakunya pertembungan antara keduanya .

Soal wujudnya pihak yang cuba melaga - lagakan 2 tok guru ini memang tiada siapa yang boleh menafikannya dan ianya diketahui oleh semua kerana ia diterjemah melalui tulisan , kenyataan dan perbahasan samaada dalam media cetak mahupun media baru [ blog dan web site ] .

Kalau saudara melayari blog dan web site [ tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya web site terbabit ] , nescaya saudara akan ketemui unsur - unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua - dua tok guru ini bukan lah ayah saya . Kalau mereka ayah saya , rasanya mungkin saya akan "mengamuk" lebih hebat dari Ustaz Nik Mohd Abduh , wallahua'lam .

Ustaz Nik Mohd Abduh mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan Presiden PAS [ sedang kedua - duanya adalah Tok Guru kesayangan ummah ] .

2 siri tulisan beliau adalah berasaskan motif ini , iaitu merungkai kekeliruan ahli PAS mengenai wujudnya fenomena yang menimbulkan krisis antara dua tokoh pimpinan PAS ini .

Ada orang tegur , kenapa Ustaz Nik Abduh dedah secara terbuka , kenapa tidak sebut dalam mesyuarat atau kemukakan direct kepada orang terlibat .

Saya melihat perkara ini dari step pertama dan saya selalu pastikan agar rakan - rakan blogger terutama dari pemuda tidak membawa perkara yang tidak sepatutnya ke muka umum . Tetapi dalam isu ini suka saya sebut bahawa bukan Ustaz Nik Abduh yang membuka gelanggang dan juga bukan beliau mengheret isu ini kepada umum .

Sebaliknya beliau hanya tampil untuk memberi penjelasan setelah gelanggang dibuka begitu luas melewati sempadan cyber sementara al Mursyidul Am dan Presiden PAS diperlakukan seperti ayam sabung yang di adu laga ditengah gelanggang tersebut . Sehingga ia menjadi tatapan umum dan mengelirukan ahli parti .

Sekian lama dibiarkan para blogger [ sebahagiannya dari blogger yang mengaku ahli PAS ]mengadu domba , entah mereka mengambil upah dari siapa atau berperanan untuk siapa , juga atas maksud dan motif apa mereka tergamak mencetus suasana keruh antara dua tok guru ini sehingga menimbulkan prasangka umum bahawa 2 tok guru ini memang bersengketa .

Orang bertanya pula , Ustaz ! apakah perkara ini hendak dibiarkan begitu sahaja ? sekian lama saya menjawab , sabarlah akhi ! suatu masa Allah akan mendedahkan perkara yang tidak betul ini . Sampai bila nak biarkan ustaz ? Ustaz boleh tengok ker Tok Guru kita difitnah dan diadu domba ?

Saya sendiri entah berapa kali menitis air mata melihat dan mendengar kata - kata kesat dilemparkan oleh ahli parti sendiri [ yang terpedaya dengan mainan kotor pihak tertentu yang saya sendiri pun tidak tahu siapa ] kepada kedua - dua tok guru tercinta . Saya bertahan sekian lama , tidak tahu apa yang patut saya buat kerana bimbang tersilap langkah .

Pernah saya dengar sendiri individu tertentu memperkecil Tok Guru Presiden sambil membandingnya dengan Tok Guru Murdyid Am dan al Marhum ustaz Fadhil Noor , sedang dia barulah setahun jagung menyertai perjuangan ini malah tidak pernah melalui jatuh bangun berjuang bersama kedua - dua Tok Guru ini .

Isu yang sering ditimbulkan masih lagi berkisar isu muqabalah dan terbaru unity goverment . Sentimen yang dibawa bersama pula ialah Tok Guru Hj. Hadi nak bawa masuk PAS ke dalam UMNO dan BN lalu mereka lagakan pula dengan kenyataan Tok Guru Mursyid Am yang menyatakan sikap tidak setuju terhadap kedua - dua isu tersebut dengan membawa sentimen bahawa Tok Guru Mursyid Am murka kepada Tok Guru Presiden .

Biarpun berapa kali dinafi oleh Tok Guru Presiden , bahawa tidak pernah berbangkit isu PAS masuk BN , namun penafian itu tidak pernah berkesan . [ Mereka cuba menunjuk rasa kasih kepada parti seolah - olah Tok Guru tidak sayang kepada parti kecuali mereka ] Seolah - olah mereka sengaja buat tidak faham , makin dinafi makin kuat fitnah mengatakan Tok Guru nak bawa PAS masuk BN dan tentu sekali mereka tidak tinggal kenyataan balas dari Tok Guru Mursyid Am untuk membidas Tok Guru Presiden bagi menampakkan pertembungan , lalu tercetus polemik dan kekeliruan yang disengajakan kepada anggota parti .

Inilah realitinya sebelum ustaz Nik Mohd Abduh tampil membuat penjelasan yang berisiko . Jika beliau benar , beliau mesti berani ambil risiko . Harapannya , dapat meredakan ketegangan dan kekeliruan dikalangan anggota . Mungkin sebahagiannya tidak dapat diredakan dengan kenyataan Ustaz Nik Mohd Abduh , apa boleh buat ! hanya bersabar dan memohon pertolongan dari Allah swt dengan solat saudara .

Sungguhpun begitu , saya percaya ramai dikalangan anggota parti yang terperangkap dalam kekeliruan yang dicipta ini akan menarik nafas lega dengan penjelasan dari Ustaz Nik Mohd Abduh .

Adapun berkait dengan dakwaan balas dari Ustaz Nik Mohd Abduh adalah dituju kepada pihak tertentu . Kepada yang tidak terlibat , usahlah rasa resah dan panas tidak semena - mena . Pendedahan atau penjelasan ustaz Nik Mohd Abduh bukan untuk saudara . Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya . Jika benar , ertinya beliau telah menegakkan yang hak dan Allah swt tahu ganjaran apa untuk beliau , demikianlah sebaliknya jika beliau salah dan sengaja mereka cerita dan dakwaan maka Allah swt pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah dari tulisan beliau . Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya .

Namun saya secara peribadi , setelah menilai isu yang dibawa dan dilihat kepada suasana dan keadaan yang dihadapi kini , pula mengukur maklumat yang ada pada saya dari pelbagai sumber , saya percaya Ustaz Nik Mohd Abduh berada di pihak yang benar dan saya berdoa agar beliau berada di pihak yang benar .

Harapan saya segala kekeliruan kini telah tersingkap dan pintu penyelesaian kini ditemui.

61 comments:

muslimat said...

salam ustaz,

dalam komen2 di blog 'penentang' ustaz nik Abduh, bukan nama ustaz nik saja yang depa tenyeh sesuka hati...saya nampak nama ustz din pun depa hangkut sekali....apa jenis spisis macam ni...

Jangan gundah gulana sangat ustaz, ini semua 'makanan' untuk sang pejuang.saya kira, ustaz nik dan ustaz Din sendiri dapat rasa akan 'kemanisannya'....

Sesiapa saja buruk hasratnya, maka buruk jugalah habuan Allah utk diri mereka....

meh kita pakat2 afundi ustaz din dan ustaz nik...ngeh..ngeh..

Bukan Ahli tapi Penyokong Je said...

Assalamualaikum ustaz,

Saya pun rimas jga dengan 'keterujaan' sebahagian bloggers ni yg mengulas sesuatu isu. Macam hebat sangat duk hentam sana sini, hentam tok guru dll, siap dengan perkataan kesat2. ada yang mengaku sebagai ahli Pas la, mcm2.

tapi ustaz, rasanya sejak pru12 ni memang Pas jadi tumpuan hangat betul lah. Hehehe, ada juga hikmahnya tu.

OK ustaz, jaga kesihatan elok-elok, jangan lupa makan madu, jangan sampai ada tonsil nanti susah nak ubat. kalau dah sembuh, jenguk-jenguk la sama kami kat Kemaman.

Nasrudin said...

Seperti yang selalu saya katakan bahawa kebenaran itu , berapa lama dan bagaimana pun ia ditutup ,kelak ia tetap akan terserlah kerana kebenaran adalah sangat gagah dan perkasa . Justeru apabila kita tahu dan yakin bahawa kita bersama kebenaran , maka teruskan perjuangan . ia pasti berjaya dan mendapat petunjuk

Anonymous said...

saya heran, benar2 heran...apabila sampai pada satu tahap...pengakuan dibuat dengan mengatakan, ËNTAH dr mana ahli ni datang, silap2 penyamarlah, silap2 diupah utk menjadi ahli PAS olh beberapa golongan tak bertanggungjawab utk meporakperandakan..."..

adakah ini benar ???.... ternyata, tiada kajian dan tiada penelitian akan kata2 ini...kalu zaman dulu, mulut org menyatakn ni, silap2 di gicih dengan lada !!!!..

fikir2kanlah...berapa sebanrnya ahli berdaftar PAS ?... cuba semak undi yg diperolehi ?... semak pulak nama2 ahli PAS yg tak mengundi dan tak bolh balik !!!

adakah sama dengan jumlah kemenangan tersebut ???

SAYA ULANGI...ADAKAH SAMA BILANGAN UNDI YG DIPEROLEHI !!!!

rata2 akan dijumpai...bilangan ahli berdaftar PAS adalah kecil drpd bilangan undi...maka dr mana undi tu datang ???>.. dari langit yg di buat olh malaikat JIBRAIL atau IZRAIL dengan berjalan ke pusat mengundi dan pangkah PAS ???..

buatlah kajian sebelum menuduh ada yg bukan ahli PAS mengaku sbg ahli PAS dan mendomba kalangan parti...

kenyataan ini..tak matang dan tak CERDIK !!!...nak komen...komen lah benda lain..tetapi jgn komen berkenaan pengundi yg mengundi PAS tetapi bukan ahli PAS...

SEDARLAH SIKIT akan komen tersebut..

saya akui, kalian semua pengajian ilmu agama amat tinggi...tetapi janganlah benda begini tidak membuat kajian terperinci...tak susah..kalian kata kalian ahli PAS...kan mudah mndpatkan daftar ahli dikwsn tu..HAH apa lagi...sukatlah dgn keputusan undi diperolehi..

org atau rakyat ada yg bagi komen tak suka UNITY...maknanya tak sukalah...bukan pasal adudomba...

BUKANKAH RENCAH PERJUANGAN SEBELUM INI...KALU BOLH LUMATKAN CALON BN DAN PASTIKAN MRK KALAH !!!..DAN MCM2 TOHMAHAN DITERIMA KPD SESIAPA YG DR MENYOKONG PAS..AHLI ATAU TAK....DAN SEKARANG KAMI DI CAP SEBAGAI PENGADU DOMBA !!!..

BERAT....BERAT...MCM BERBURU LAH, BAIK2 KEPUNG DAN LETIH TAK HABIS LAGI...BILA DAPAT...NAK DILEPASKAN PULAK...

Bakpe tak bagi tahu awal2...senang KITA TAK PAYAH MENGELUARKAN TENAGA dan BERSUSAH PAYAH atau membuat pengorbanan...

PERJUANGAN KPD PAS ni...KITA BAGI FREE JE TAU !!!!...jangan perabih dan penaya harapan kami...

KATAN NAK TENTANG...KITA TENTANGLAH...tiba2 nak KONAR balik selepas menguasai keadaan !!!

wadduhhhhh...MENGAJI TINGGI2 tap OTAK LETAK KAT BUNTUT !!!!! rasa nak lepas.,..lepas jeeee...tak fikir org keliling

ada kah patut !!!!

AZIZ

MS said...

Saudaraku Nasaruddin,Abduh dll....

Ada orang membaca dengan akal
Ada orang membaca dengan hati
Ada orang membaca dengan budi
Ada orang membaca dengan emosi

Dari situ kita kenal bagaimana
jengkal panjang akalnya,
dalam singkat hatinya,
cetek tinggi budinya,
luas sempit emosinya.

Ada orang menulis dengan tangan
ada orang menulis dengan kepala
ada orang menulis dengan kaki
ada orang menulis dengan mata

Dari situ kita kenal bagaimana
cacat sempurna tangannya,
berotak tidak kepalanya,
kuat lembik kakinya,
sinar suram matanya,

Cicit Mat Alam said...

Salam ustaz...

saya setuju dengan ustaz Nik Abduh. bagi saya tindakan dia betul untuk membetulkan keadaan dan membuat musuh melangkah setapak kebelakang kerana sudah ada manusia yang dapat menghidu perancanag mereka yang jahat..

lagi 1 ustaz.. pasal keahlian tu pun satu hal gak.. saya harap bila ustaz bagi kuliah atau ceramah tekankan kat pemuda dan ahli2 pasal solat jemaah dan usrah.. sekarang nie saya nampak ahli yang kosong pengisian..

Kalau betul ahli kita ramai.. dan tak tinggal solat jemaah saya rasa mau penuh juga saf-saf kat surau.. klu masjid tu rasa nya ruang utama mau separuh gak...

syaikhan ubaid said...

salam ukhuwah & salam mahabbah

buat kakanda ustNasrudin Tantawi

sy percaya masih byk perkara
yg menjadi misteri artikel dlm blog
ust Nik Abduh..

yg sedikit mase akan
terjemah ape maksud yg tersirat
yg sebenar..

artikel ke 2 ust Nik Abduh
membuka gelanggang pencak
ke 3 kupasan yg akan lebih
mencerminkan isu tersebut

sy kenal ust Nik Abduh,
dia merupakan Naqib usrah sy
di MADA puala Melaka dahlu

x tumpah cri penyampain ilmu
seperti ayahandanya sendiri

sy sokong tulisan Ust Nik Abduh

Anonymous said...

alam ustadz,

KEPADA SEMUA SAHABAT2 YANG SUDAH MEMBACA HATI NURANI DALAM BENAK USTADZ ABDUH..IA ADALAH BENAR SAMA SEKALI..

KALAU ANDA INGINKAN BUKTI..BUKALAH LINK BAWAH INI DAN LIHATLAH BAGAIMANA MEREKA2 INI MERANCANG DALAM MENJATUHKAN PERANAN DAN KUASA ULAMA’ PAS..

SEMOGA KITA DIHINDARI DARI GOLONGAN TERSEBUT!

http://erdoganmalaya.wordpress.com/misi-strategi/#comment-9

Orang Baru said...

UStaz,

Pemuda PAS tidak mengadakan demonstrasi isu akidah anak-anak yang ibu-bapa memeluk Islam?

Adakah semua sibuk dengan isu 'kerja-kerja bodoh dalam PAS' sehingga terabai isu akidah ini.

Ustaz tolong perbaiki keadaan ini. Saya semakin meluat dengan segelintir pimpinan PAS.

Pemuda Pusat @ Pemuda wilayah perlu adakan demonstrasi untuk isu akidah ini.

Biarkan Ustaz Nik Abduh dengan blognya. Biarkan.

Mari turun berdemonstrasi!

Hj Azwan Affendy Ahmad Zahidi said...

Harap Ustaz dapat klik coretan dalam blog saya yang kerdil ini demi menjaga kesatuan jemaah.

http://azwanfnd.blogspot.com/2009/04/demi-sirr-dan-hazar.html

Hj Azwan Affendy Ahmad Zahidi said...

Harap Ustaz dapat klik coretan dalam blog saya yang kerdil ini demi menjaga kesatuan jemaah.

http://azwanfnd.blogspot.com/2009/04/demi-sirr-dan-hazar.html

Anonymous said...

Terima kasih Ustaz atas penjelasan mengenai justifikasi Ustaz Abduh melontarkan pandangan 'Kerja Bodoh dalam PAS' secara terbuka melalui blog.

Ia meleraikan persoalan yang timbul dalam kepada saya.

achok sabah said...

maaf ustaz, sya tidak bersetuju dgn pandangan ustaz dan ustaz nik abduh..

1.kalaupun ustz nik abduh tertekan dgn tindakan pembantu-pembantu ayahnya, mengapa perlu didedahkan di blog2??sehingga memberikan tafsiran yg pelbagai terhadap media yg kita sedia maklum suka memutar belit??mengapa tidak pergi berjumpa dgn PEMBANTU2 tersebut secara direct???

2. kemudian ustz nik abduh telah memberikan tembakan rambang kepada pembantu2 ayahnya yg mana tidak mampu dibuktikan oleh siapa2..sudah tentu la org sekitar tok guru yg pernah membantu tok guru di pandang jelek dan hina oleh orang ramai sedangkan pada masa yg sama mereka tidak mendapat ruang untuk membela diri...

3. saya juga dengan rendah hatinya meminta para pimpinan agar tidak menggunakan blog sebagai medan melepaskan geram terhadap si anu dan si anu kerana dikhuatiti akan dijadikan modal musuh sebagai suara PAS..jangan cuba samakan blog pimpinan dgn ahli mahupun penyokong..sekiranya penyokong mengeluarkan kenyataan yg bangang tidak akan menjadi beban kepada pas berbanding kenyataan2 pimpinan.

tak perlu kamu semua tau nama aku... said...

sdr achok sabah...
nak buat macam mana, inilah dia pimpinan masa depan PAS..
nak kata bodoh karang, eh cerdik la, ijazah, ilmu agama tinggi2 belaka..
nak kata cerdik karang, eh apsal nampak macam bodoh sangat ni???
entah la...
nak tegur karang, dicop 'mee celup', tak tegur karang meluat..
argghhh bosan la..

Nasrudin said...

Saudara Achok , telah dikatakan bahawa bukan Ustaz Nik Abduh yang membuka gelanggang . Kenapa saudara tidak mengutuk blog - blog yg terang - terang melaga - lagakan pimpinan sehingga menimbulkan kekeliruan ahli .

Ustaz Nik Abduh hanya tampil memberi penjelasan setelah aktiviti melagakan pimpinan ini tak pernah berenti sejak sekian lama , malangnya dari blog mrk yang mengaku PAS sendiri .

Sudah puas saya sendiri menegur agar jgn lagakan pimpinan pula dlm blog secara terbuka . nampaknya tak berenti pun .

Ustaz Nik Abduh nak jelaskan bahawa tiada sengketa antara ayahnya dgn Presiden parti . Yang tidak terlibat seharusnya tidak terasa hati dan rasa kepanasan .

Jgn jadi mcm amerika . Semasa israel serang palestine mrk diam tidak berkata apa , tetapi apabila hamas bangkit menentang lalu mrk kata Hamas ganas atau terrorist.

Sewaktu pelbagai pihak dan blog hina pimpinan parti dan mengeluarkan kata - kata kesat , semua diam tidak berkata apa - apa . Tetapi apabila tampil ustaz Nik Abduh membuat keterangan dan mendedahkan apa yang patut , ooooo ini tindakan mendedahkan masaalah dalaman parti .

sebenarnya apa yang kita mahu ?

saya pun bosan dengan sikap sesetengah org yang salah sangka kepada pihak yang bertindak balas sedang mampu berbaik sangka dengan pihak yang memulakan serangan ....

ya ... saya bosan dgn hal ini

wan_jtk said...

Betul ustaz, saya setuju dengan istilah tersebut.

Bila kita tak menulis, ramailah penyokong Pas terutama yang baru menyokong dan mengundi terpedaya dengan taktik mereka mengheret Tuan Guru Nik Aziz kononnya dingin dengan idea-idea Presiden.

Selepas Ustaz Nik Abduh mendedahkan(pengorbanan seorang anak, mungkin akan retak hubungan mereka berdua), nampaknya keluarlah semua yang bertanggung jawab untuk membantai dan menghina segala ayat ustaz Nik Abduh.

Ini kerana aset besar (hasil haram) mereka sedang terjejas dan mungkin tidak bersama tipu daya mereka lagi. Tuan Guru Nik Aziz mungkin akan bersama beregunya balik.

wan_jtk said...

Kepada anonymous AZIZ, kenapa perlu merasa terhina? Terima kasih kerana mengundi Pas.

Kalau tak buat salah dan tak buat kerja menghancurkan perpaduan dalam Pas, kenapa merasa terlibat di persalahkan?

Ustaz Din hanya menegur perangai beberapa ahli yang memang terlebih sudu dari kuah. Bukannya menegur secara total.

Kalau saya sendiri terlibat sebagaimana yang ustaz Din khabarkan tu, barulah saya berasa. Insya Allah saya harap di sedarkan oleh Allah.

Anak Ayahnya said...

Utusan Malaysia Online pada hari ini banyak menceduk artikel daripada blog Ustaz Nik Abduh.

Yang paling menyakitkan hati ada menteri mengatakan TGNA gila jawatan dan tidak ikhlas semata-mata bersandarkan cakap-cakap di dapur 'Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS' dalam blog Ustaz Nik Abduh.

Khairy kata PAS sudah insaf.

Kasihan TGNA. Kerana anaknya beliau dituduh bermacam-macam.

Mungkin Ustaz Nik Abduh berpuas hati dengan keadaan ini.

Tahniah Ustaz Nik Abduh!

Anak Ayahnya said...

Ustaz, selama ini banyak blog yang cuba melaga-lagakan pimpinan PAS tapi orang dan media tak pernah ambil port.

Hari ini apabila seorang pimpinan Nik Abduh membuat entri sebegitu yang boleh menyebarluaskan fitnah, Utusan Malaysia cepat2 quote kan untuk dijadikan bahan berita.

Mungkin isu ini satu peluru terbaik UMNO untuk Penanti.

Tahniah u nik abduh

pemuda kota bharu said...

Bagi aku, Ust Nik Abduh hanya nak memberi sebab mengapa dia perlu dipilih sebagai Ketua pemuda kelantan kerana kalau dia jadi ketua pemuda kelantan,
dia boleh turut menjadi pembantu kepada ayahanda dia,
jadi dapatlah dia elakkan ayahanda dia diselewengkan oleh pembantu-pembantu sesat tu..

Kalu benarlah cerita dia, mengapa dia tak sebut perkara ni awal-awal lagi..Bakpe nak tunggu dekat muktamar baru nak keluarkan..Huh!

Dengan khabar, Ust Nik Abduh akan bertanding Timb. Ketua Pemuda Pusat regu dengan Ust Din yang akan bertanding Ketua..betul ke??

Rast said...

Oh Achok Sabah, kat sini pun ko ade??? Untuk pengetahuan Ustaz tantawi, Achok Sabah ni penyokong kuat Tulang Besi... diaorang ni lah geng2 yang nak tgk kedua2 TG bertelagah

Tahniah Nik Abduh said...

Hasrat Nik Aziz dialu-alukan

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
tarmizi.rahim@utusangroup.com.my


KUALA LUMPUR 28 April - Pas sepatutnya tidak meletakkan syarat tertentu jika ikhlas mahu merealisasikan kerjasama kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN).

Para pimpinan UMNO dan parti komponen BN berpendapat syarat yang ditetapkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seolah-olah parti itu mempunyai agenda tersembunyi dalam membantu membangunkan negara ini.

Mereka bagaimanapun pada asasnya mengalu-alukan kesediaan parti pembangkang itu untuk bekerjasama yang secara tidak langsung memperlihatkan kesedaran dan keinsafan untuk menggembeling tenaga memajukan negara bersama-sama dengan BN.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, pergerakan itu sendiri sedia mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan Pas bagi menjayakan kerjasama tersebut.

"Syarat kita, mereka perlu ikhlas dan jangan letakkan sebarang syarat, Pemuda sedia bertindak proaktif dan berbincang jika mereka jujur dan ikhlas.

''Pemuda juga sebenarnya gembira dengan situasi ini yang menunjukkan Pas telah sedar dan insaf," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Nik Abdul Aziz untuk menerima kerajaan perpaduan seperti dicadangkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan syarat BN memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dipetik dalam blog anaknya, Nik Abduh.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, titik persefahaman di antara Pas dan BN itu perlu diperkembangkan bagi mencapai persamaan yang lebih jitu dan konkrit.

"Bagi saya soal jawatan itu tidak begitu penting tetapi yang paling mustahak ialah duduk bersama dahulu dan berbincang bagi menerokai titik penamat kepada persefahaman itu," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MCA, Senator Datuk Wong Foon Meng pula mempertikaikan kejujuran Nik Abdul Aziz yang disifatkan lebih mementingkan jawatan dalam kerajaan daripada membantu rakyat dan negara.

Sepatutnya, kata beliau, apabila Pas sedia bekerjasama dengan BN bermakna mereka telah bersedia menyertai sebuah pasukan yang mana setiap keputusannya perlu diputuskan secara bersama dan bukannya secara individu.

"Inilah yang saya sangsi dengan hasrat Pas itu, ingin sertai kerajaan perpaduan tetapi sejak awal lagi mahukan jawatan-jawatan tertentu, apa agenda mereka sebenarnya," katanya.

Bagi Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan BN untuk mengkaji secara mendalam hasrat Menteri Besar Kelantan itu.

"Saya enggan komen lanjut kerana kita tidak tahu apa niat sebenar Nik Abdul Aziz, biarlah pucuk pimpinan kita membuat keputusan terbaik," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Huyyo, Tuan Guru Nik Aziz gila jawatan tu!!

Nik Abduh Sudah Glamour said...

‘Serangan terhadap pembantu ayahanda’

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


KOTA BHARU 28 April – Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan, tulisan beliau dalam blognya mengenai kerajaan perpaduan hanya untuk menyerang para pembantu bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini kerana kata beliau, pembantu-pembantu itu memberikan gambaran salah kepada bapanya yang juga Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan untuk melagakan-lagakan kepimpinan ulama dalam parti itu.

Menurut Nik Abduh, bapanya mempunyai ramai pembantu tetapi apa yang dimaksudkannya ialah di kalangan mereka yang memberi nasihat dalam isu politik.

Nik Abduh menyifatkan pembantu-pembantu politik itu sebagai ‘pejuang nafsu’ yang cuba melaga-lagakan ulama dalam Pas terutama antara bapanya dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mereka (pembantu politik) mungkin berpuluh-puluh, mereka adalah benar dan betul kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.

“Pekerjaan bodoh hanyalah satu dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Kerja bodoh bukan menolak kerajaan perpaduan, kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud tidak benar, dengan tujuan yang tidak benar di sisi agama.

“Mereka ini pejuang nafsu, saya tidak mahu katakan nafsu politik atau wang tetapi apabila disebut nafsu ia bertentangan dengan agama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisannya mengenai kesediaan Nik Abdul Aziz menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Abdul Hadi dengan syarat Barisan Nasional (BN) memberi jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Dalam tulisannya, Nik Abduh menyifatkan para pembantu bapanya memberi gambaran salah tentang situasi berlaku demi meraih keuntungan peribadi sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas.

Nik Abduh berkata, bapanya yang mengerjakan umrah telah menelefon dari Mekah dan memintanya memberi penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu bagi mengelakkan orang ramai terkeliru.

Katanya, biarpun ramai yang marah malah mengecamnya kerana tulisan tersebut, beliau terpaksa melakukannya kerana bimbang ‘pembantu-pembantu’ terbabit mengancam keutuhan parti tersebut yang dipimpin oleh ulama.

“Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan antara ulama. Inilah kerja bodoh! Saya maksudkan kerja seperti ini dan tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.

“Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua berasa tidak tenteram. Saya menyerang pada puncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya, anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan,” katanya.

Kata beliau, ungkapan perbualannya dengan bapanya mengenai kerajaan perpaduan yang ditulis dalam blog tersebut adalah untuk memberitahu umum jawapan sebenar bapanya mengenai perkara tersebut.

GPMS Minat Cadangan Nik Abduh said...

Rakyat tunggu kerjasama Pas-BN

KUALA LUMPUR 28 April - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengalu-alukan kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) yang akan membantu menjayakan gagasan Satu Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden GPMS, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, gagasan Satu Malaysia sukar untuk dicapai selagi dua parti utama Melayu, UMNO dan Pas tidak bersatu dan gagal menemui titik persefahaman bersama.

"Inilah sebenarnya yang diinginkan oleh rakyat kerana selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, rakyat tidak dihidangkan dengan juadah perpaduan dan kestabilan, sebaliknya lebih kepada politiking semata-mata," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu yang bersedia untuk menerima kerajaan perpaduan seperti dicadangkan oleh Presiden parti itu dengan syarat BN memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Reezal berkata, platform pertemuan dan perbincangan antara dua parti itu perlu dibuka seluas mungkin demi kemakmuran dan kestabilan negara, tanpa perlu dikenakan sebarang prasyarat tertentu.

"Syarat-syarat tertentu akan hanya mengehadkan titik persamaan dan persefahaman kerana ia akan menjadi hambatan utama kepada matlamat asalnya.

"Kerangka perbincangan perlu bersandarkan kepada keikhlasan kerana apabila ia menjadi pertaruhan utama, kami yakin dan pasti hasilnya kelak lebih lumayan daripada apa yang diidamkan pada peringkat awalnya," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

PAS Canggah Pendapat pulak said...

Pas canggah pendapat

KUALA LUMPUR 28 April - Pas mengakui wujud percanggahan dalaman berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) dan isu itu mungkin perlu diputuskan dalam muktamar parti Jun ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, terdapat sebahagian pemimpin dan ahli yang bersetuju dengan perkara itu dan sebilangan lagi sebaliknya.

Katanya, isu itu bagaimanapun bukan terletak di tangan kedua-dua pemimpin tertinggi parti iaitu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menentukan.

Sebaliknya, tambah beliau, isu itu hanya boleh ditentukan oleh para perwakilan dalam muktamar yang diadakan bulan depan, bukan oleh pihak tertentu saja.

"Ada pihak yang hendak masuk campur (menubuhkan kerajaan perpaduan), ada pihak yang tidak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penulisan blog anak Nik Aziz, Nik Abduh yang menyatakan wujud 'kerja-kerja bodoh' dalam Pas yang mahu melihat bapanya dan Abdul Hadi bergaduh satu sama lain.

Usaha itu dakwa Nik Abduh berhubung kait dengan persoalan menubuhkan kerajaan perpaduan antara Pas dengan BN.

Tindakan itu juga, katanya, didalangi pembantu-pembantu bapanya yang tidak mahu melihat kerajaan perpaduan menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Mohamed menambah, isu kerajaan perpaduan bukan wajib dibincangkan oleh para perwakilan tetapi tiada halangan untuk mereka berbuat demikian.

"Terpulanglah kepada perwakilan nanti," katanya.

Beliau menafikan wujud perpecahan antara Abdul Hadi dan Nik Aziz berhubung mana-mana isu dan kedua-dua pemimpin tidak terpengaruh dengan pihak-pihak lain dengan mudah.

Penulisan Nik Abduh pula kata beliau, adalah bersifat peribadi dan tidak mencerminkan situasi parti.

Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar bagaimanapun mahu Nik Aziz sendiri menjelaskan siapakah pembantu yang dikatakan mempengaruhi beliau dalam membuat keputusan berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Minta tuan guru yang boleh perbetulkan (perkara ini)," katanya.

Malah Mahfuz menegur Nik Abduh dengan berkata, jika beliau merasakan pembantu-pembantu Nik Abdul Aziz mempengaruhi bapanya itu, Nik Abduh sepatutnya memberitahu terus kepada bapanya.

"Siapa pembantu-pembantu yang dimaksudkan itu, harus diperjelaskan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Dewan Harian PAS berkata said...

Jangan buat Nik Aziz hilang kredibiliti

KOTA BHARU 28 April – Timbalan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dinasihatkan supaya tidak membuat kenyataan yang menjejaskan kewibawaan bapanya yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahli Dewan Harian Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron berkata, tulisan Nik Abduh dalam blog bahawa bapanya diberi maklumat tidak tepat oleh para pembantunya mengenai kerajaan perpaduan, memberi gambaran seolah-olah Nik Abdul Aziz tiada pemikiran sendiri dalam membuat keputusan politik.

“Sepatutnya sesiapa (ahli parti) yang menulis dalam blog atau apa saja berhati-hati dalam penulisan mereka. Sehingga hari ini rakyat beri kepercayaan penuh kepada tok guru.

“Jadi jangan buat sampai tok guru hilang kredibiliti. Apabila ditulis sedemikian seumpama tok guru tiada buah fikiran sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ditanya mengenai siapa yang mungkin dimaksudkan Nik Abduh, Abdul Fatah yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Negeri Kelantan berkata, semua rakyat dan ahli Pas adalah pembantu Nik Aziz.

“Pembantu ayahnya adalah semua orang. Nik Aziz apabila mendengar pandangan sama ada dalam parti atau kerajaan tidak pernah menerimanya bulat-bulat.

“Sebaliknya beliau akan mendengar semuanya dan akhir sekali melakukan solat istikharah memohon petunjuk daripada Allah sebelum membuat keputusan,” katanya.

Mengenai kenyataan Nik Abduh bahawa bapanya boleh menerima idea kerajaan perpaduan tetapi dengan bersyarat, Abdul Fatah berkata, itu adalah dialog yang berlaku secara peribadi antara kedua-duanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

Veteran UMNO pun berkata juga said...

Bebaskan diri cari titik pertemuan

KOTA BHARU 28 April – Majlis Veteran UMNO Kelantan (MVUK) berharap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak terus membiarkan dirinya dipengaruhi mereka yang berkepentingan dalam membuat pertimbangan terbaik demi umat Islam dan negara.

Pengerusinya, Datuk Rozali Isohak berkata, hanya dengan itu Nik Abdul Aziz dapat melihat kebenaran apa yang diusahakan bagi mencari ‘titik pertemuan’ UMNO dan Pas.

Katanya, jika benar Nik Abdul Aziz bersedia berbincang dengan Barisan Nasional (BN) berhubung cadangan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang, ia suatu permulaan yang baik.

“Jika suatu masa dulu, Nik Aziz pernah setuju bergabung tetapi mendakwa ditipu orang UMNO... sekarang jalan sebaik-baiknya tidak mengungkit kisah lalu. Sebaliknya perbincangan dengan ikhlas ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm

Aku Pula Berkata said...

Laku sungguh blog Nik Abduh. Melayau salin dan komen tak berhenti-henti. Ada can jadi Menteri Kewangan Unity Government ni.

Tahniah!

UMNO Setuju Wujud Ulama Mi Celup PAS said...

UMNO setuju wujud ulama ‘mi celup’ dalam Pas


SHAH ALAM – Pemimpin UMNO negeri bersetuju wujudnya golongan ulama ‘mi celup’ dalam Pas sehingga berlakunya perubahan dalam perjuangan asal parti itu yang dulunya diterajui golongan ulama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus (gambar) berkata, jumlah golongan ulama yang semakin berkurangan dalam parti tersebut menjadi faktor mengapa parti itu kini tersasar dari perjuangan Islam.

“Saya setuju terdapat golongan ulama ‘mi celup’ dalam Pas kerana dahulu memang Pas berlandaskan kepimpinan ulama namun sekarang golongan berkenaan makin berkurangan dan menjadikannya jauh tersasar daripada perjuangan Islam yang dibawa.

“Golongan berkenaan lebih mementingkan kuasa dan bukanya agama, saya tidak hairan jika Nik Abduh membuat kenyataan sedemikian kerana ia telah lama berlaku dalam kepimpinan Pas,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz terdapat golongan ulama ‘mi celup’ yang hanya menghafal istilah-istilah agama namun tidak diamalkan.

Abdul Shukur berkata, kenyataan Nik Abduh itu merupakan satu pengajaran kepada Pas kerana ditempelak oleh ahli parti sendiri yang mendedahkan kepincangan dalam parti.

Katanya, pemimpin Pas kini juga dilihat gemar mengambil pendekatan ‘menghalalkan cara’ bagi mendapat sokongan dan populariti dalam kala-ngan masyarakat khususnya yang beragama Islam.

“Kebelakangan ini Pas dilihat mengambil pendekatan ‘menghalalkan cara’ dengan mengizinkan perkara yang sepatutnya tidak boleh dilakukan bagi mendapatkan sokongan.

“Contohnya seperti berlaku di Bukit Gantang di mana mereka menganggap orang bukan Islam yang membaca ayat al-Quran dengan tidak betul sebutannya sebagai perkara yang baik untuk menarik golongan ini memeluk Islam sedangkan itu bukanlah caranya,” katanya.

Menurutnya, pemimpin Pas kini juga pandai mengaburi mata masyarakat melalui cara mereka berpakaian dan perwatakan ulama yang dibawa.

Katanya, golongan berkenaan juga gemar menunjuk-nunjuk kepada masyarakat bahawa mereka merupakan pemimpin Islam sedangkan sikap dan percakapan mereka jauh lebih kasar berbanding pemimpin UMNO.

“Orang Islam jangan tertipu dengan cara pakaian mereka yang berjubah dan berserban putih, hanya menghafal satu dua ayat al-Quran dalam ceramah yang diadakan sudah dianggap sebagai ulama.

“Kita tidak berpakaian sebegitu dan tidak menunjuk-nunjuk dengan mengadakan sembahyang hajat di padang mahupun stadium sedangkan terdapat masjid yang besar mampu memuatkan beribu-ribu orang, tindakan ini seolah-olah menunjukkan mereka lebih Islam,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story2709239.asp

Anonymous said...

Ustaz Nik Abduh kata tiada persengketaan antara 2 tok guru. Ustaz Nasrudin pun kata macam tu. YB Khalid pun kata benda yang sama. Setel! Semua sepakat lagi semuafakat. Apa lagi kecoh2 sampai tercurah dan terlimpah segala emosi? Kalau nak dramatik pun, patutnya semua berpeluk2kan sambil menangis kegembiraan kerana sia sekata dan sehati sejiwa.

Anonymous said...

taniah nik abduh, ust nasrudin ang geng, anda semua telah berjaya termakan dgn umno.

ana dan ramai ahli kurang "ilmu" ini amat berkecil hati dgn perbuatan kamu semua,jika pas lemah adalah ankara kamu semua, jelas dan nytata.

bersusah payah kami di bawah ini berentap dgn umno, mengajak kaum melayu islam yg tidak kenal pas megenali pas, mengajak kaum bukan melayu supaya tidak takut dgn pas.apa kamu buat???

Peluru Buat UMNO said...

Tahniah juga buat Ustaz Nik Abduh kerana membekalkan 'peluru' buat UMNO di Penanti. Peluru mahal ni. Kalah C4.

Tahniah sekali lagi.

muslimat said...

Tidak sangka ada orang yang sangat terasa dan ambil berat dengan tulisan di utusan meloya sedangkan kita cukup arif dgn cara mereka bekerja ....kalau sebelum ini setiap berita olahan mereka kita muntah kerana loya, kenapa kali ini kita hirup, sedut dan jilat sejilat-jilatnya.... sensitif tak kena gaya. kalau utusan meloya yg cuba membelit dan mensalah tafsirkan kata2 ustaz nik tu, tak de le kita rasa herannya, tapi kalo yang dikalangan kita pula terlebih sesat ketika cuba memahami makna, tak tau ler kita nak kata apa...hanya kepada Allah kita merayu dipimpin kita semula.

" wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan teman orang-orang yg diluar kalanganmu sebagai teman kepercayaanmu. Mereka tidak henti-hentinya menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sungguh telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih jahat. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat(kami) jika kamu mengerti. (al imran 118)

'Jika kamu memperolehi kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu tertimpa bencana, mereka bergembira kerananya.Jika kamu bersabar dan bertaqwa, tipu daya mereka tidak akan menyusahkan kamu sedikit pun.Sungguh Allah maha meliputi segala apa yang mereka kerjakan.( al imran 120)

Selamat berjuang untk ustaz nik dan seluruh pendokong dan penyokong jemaah yang ikhlas mencari Redha Allah dan rasulNya.
Semoga Allah menetapkan kaki-kaki kita di atas jalanNya ..... sekalipun jumlah kita terpaksa berdikit utk melaluinya.

Anonymous said...

Ana hairan kenapa Nik Abduh sanggup
mengata orang2 dalam Pas ni sangup membuat kerja2 bodoh?Ana bimbang yg
Nik Abduh jadi begini hasil daripda
produk "Kamunting".Cuba lihat salam
permulaan yang disampaikan olehnya di dalam blognya,bukannya "Salam Perjuangan" tetapi "Salam Kamunting".Ana memang kagum dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat tetapi tidak kepada Nik Abduh..

salam said...

salam..chat semua??alhamdulillah..

salam said...

salam semua

betul kata muslimatt..macam mana orang ahli pas boleh termakan lagi dgn utusan meloya,berita hairan dll..biasalah depa nak putar belit..tak kan itu pun kita nak hran..memang depa akan putar kenyataan,..so,jangan gelabah la kwn2..

emm,yang dok komen u nik n u din ni..ada masalah ka dgn kenyataan yg ditimbulkan..takkan tak caya kot..kita hidup kat dunia ni mana2 pun ada puak2 yg khianat..kerja kita kena hati2 ja..saya katakan dalam pas ada..awat takut plak nak kata?takut timbul perpecahan??
halo kawan soal tim bul perpecahan dari pa yg u nik katakan dah tak timbul..memang dah timbul pun prpecahan dikalangan ahli sjak ada momokan mengatakan ada 2 puak dalam pas..walaupun itu hanya spekulasi..tapi macam mana ahli2 bawahan??kemunkinan dalam kepala depa dah ada set benda2 gini..so penjelasan u nik abduh tak dikira timbulkan perpecahan melainkan perpecahan dikalangan orang yang buat kerja bodoh itu..samada dikalangan yg yg direct buat dan juga yg menyokong tindakan mereka..jadi lg penjelasan u nik itu membuatkan hilangnya kesamaran dan gundah gulana dikalangan ahli..

hampa duk kata u nik perlekehkan ayah dia..hampa tau mana?mana ada anak sanggup kata kat pak..yg sanggup kita ni pi kata kat pimpinan..

keluar cadangan dari TGHH dan berbeza pendapat dgn TGNA..apa yg kita kata!!??..oh TGNA tak bersefahaman dgn TGHH..depa duk kelai..depa saling tak setuju..tu masalah kita..mengaku saja pas,mengaku buat keja byk,mengaku diri kitalah yg paling byk berkorban,konon kita yg paling faham..betui ka kita faham..

kalu faham takkan lah boleh kita kata kat pimpinan..pimpinan buat silap ada medan tuk buat teguran..bukan buh hantam dalam blog..bajet best la tu blog hampa..

bila TGNA aziz tak etuju cdangan TGHH,adakah kita menilai dari sudut neraca adab khilaf dikalangan pimpinan.ulama..??kita dak pun..yang kita buat kita hantam salah sorang tok guru..kita sendiri pun tak faham adab..sampai la..masih lg duk buat perangai yg sama..sokong TGNA kita hantam TGHH..sokong TGHH kita hamtam TGNA..heyy,apa kejadahnya kita hilang adab ni!?

sedangkan kita patut menilai pandangan mereka pada sudut masing2..kalu berasa tak kena tegur dgn baikk..

TGHH menarik kembali cdngan UG dgn menngatakan yg masih ramai yg tak faham..memang betul..dan tok guru penah kata dulu kita dalam apa2 benda,bg faham dn jgn buat2 tak faham..maka adalah golongan yg mengatakan TGHH silap lalu mnghantam beliau..hantam!!hantam!!itulah keja orang bodoh..

sekarang timbul soal u nik perlekeh ayahnya..sedangkan perkara itu tak berlaku..macam mana soal kita hantam TGHH plak??tak dak kah orang nak kata kita kuang ajaq??ada tapi tak lah sehangat ini..

bg saya kita kena thiqah pd kedua2 tok guru..kedua2nya penting..alim..warak..zuhud.."tua atas jalan"..maksudnya umur duk habih atas jalan bejuang wat keja..tak berapa byk masa kat umah..kita camna??peh,koman no 1.buat keja habuk pun tarak..pastu mengaku sayang pas..ceh,buktikan la dgn tingkah laku...

jgn bila kita cenderung pada seorang kita buh seorang yg lain..kita tak faham adab dalam jemaah kalu camtu..

pastu kalu kita tak terlibat..yg duk berasa pasai pa cekk..jangan berasa lah..haiyy..payah!!

u nik bukan bercakap soal UG..tapi tentang unsur2 perlagaan dlm pas..awat?ingat tak dak ka?kalu yg duk pelaga tu hati perut busuk,memang ada la..kenapa tak percaya?/

buat apa nak dedah sapa org tu,sapa yg berasa mik cakna la..buat perubahan dalan diri..yg kita nak buka aib org sapa suruh..tak penting pun kita tau sapa..yg penting yg berasa diri tu kena atas pala,insaf..berenti lah..jgn kerana hadaf kita,kita sanggup buat onar..Allah tgk apa keja kita buat,tak kat dunia kat akhirat dapat balasan..tak gitu??

orang umno punya stail plak dlm hal ni mesti nak bg lagi panas..standard la..memang keja depa..macam tu jugak orang yg ada hati nk tengaok pepecahan dalam pas walaupun dia bukan umno..sapa depa??haha..lu pikir la sendiri..tobat cepat2..

orang mengatakan bahawa perkara ini telah menghertTGNA ke kancah yg teruk dan sbgnya..tetapi sedarkah kita bahawa ini adalah perkara biesa bg TGNA yg merupakan oorag yg dah biasa dgn keadaan ini..cumanya tinggal kita yg tak mampu kawal hati n perasaan..

em..dalam apa2 hal kita kena mu'tadil..berlaku adil..menimbang sesuatu dgn ilmu bukan dgn emosi yg merasakan kehendak kita terancam..pengomen yg menghantam u nik n u din n roslan sms adalah golongn yg tak mampu nak berpihak atau mendidik hatinya berasa IQNAK yakni berpuas hati dgn keDUA2 TOK GURU..didiklah diri n hati untuk kita THIQAH pada pimpinan..

pas bukan parti politik semata2..tetapi adalah gerakan Islam yg diterima sbg antara gerakan yg hebat di dunia malah diberi penghormtan oeh gerakan2 dunia yg lain..

kalu kita melihat pas adalah politik semata2,maka kita akan terkejar dengan adegan2nya seperti nak kuasa yg cepat,nak menang cepat,ada tujuan duniawi dan sbgnya..lalu menggadaikan prinsip2 Islam yg ditetapkan..

tetapi pas adalah gerakan dan fahamilah bahwa gerakan Islam penuh dgn disiplin dan kefahaman yg tinggi..

kepada u din n u nik abduh..maaf kalu terkasar bahasa
kepada yg lain juga..
mmoga enantiasa kita dalam rahmatNYA....amin

Lot 250 said...

http://www.khalidsamad.com/2009/04/mi-celup.html

Anonymous said...

ustaz...puak2 ni bila TGHH bagi idea maka melalaklah mereka macam kera kena belacan...maka dgn bangga nya mereka melabel TGHH tak pandai berpolitik lah, nak bawa pas masuk umno dll...mmg dangkal pemikiran puak2 ni...hingus masih meleleh dlm politik tp nak tunjuk semua tau...MUNAFIK!!!!TGHH seorang pejuang ISLAM TULEN bkn macam puak2 ni yg gila kuasa sggp memeprgunakan TGNA sbgai wakil mereka untuk melawan TGHH....tp bila ustaz nik abduh dedahkan yg TGNA boleh bersetuju dgn TGHH mula pecah tembelang puak2 ni....sekiranya tidak di banteras puak2 ni PAS akan hancur!!!!

Anonymous said...

Salam jemaah dari kejauhan.

Baarakallah.
Ana melihat ini satu petanda dari Allah untuk menyatukan lagi saff wala' kepada kepimpinan ulama' ummah.

Perasaan cinta dan kasih sayang terhadap 2 murabbi ummah,semakin segar dan terang bersuluh.

Ana rindukan kasih sayang 2 ulama' ini.TGHH dan TGNA umpama 2 pimpinan besar di Palestin,Sheikh Ahmad Yassen dan Abdul Aziz ar-Rantissi.

Perjuangan Hamas juga adalah umpama perjuangan PAS juga bukan...cuma waqi' dan cara pendekatannya yang berbeda menurut tuntutan masa dan keadaan.

Tulisan Ustaz dan tulisan Ustaz Nik Abduh cukup tajam.Teruskan usaha ustaz.

Semoga kepimpinan pemuda akan turus subur dengan dipandu kepimpinan ulama'.Kami mengikuti proses tarbiyah dari kejauhan.
Memohon dan mendamba doa untuk kemenangan semua pencinta2 islam.

Fastabiqul qairaaat,ya Ustaz.

Wassalam wbt.

Muslimat Jumud said...

Yang bernickname Muslimat ni muslimat PAS kah? Jika benar, memang kasihan. Naif sungguh muslimat PAS. Patutlah sentiasa mandom.

Memang ahli PAS tidak percaya dengan utusan tetapi bagaimana dengan orang atas pagar yang selama ini menyanjungi TGNA. Jangan lupa orang atas pagar juga adalah sasaran dakwah PAS. Oleh kerana tulisan nik abduh, TGNA dilabel gila jawatan, tidak ikhlas dll hanya kerana 'cakap-cakap di dapur' dalam Kerja-Kerja Bodoh PAS. Padahal TGNA adalah rujukan dan disegani setiap orang di Malaysia dari artis sehinggalah golongan profesional. Istilah Ulama Mi Celup juga digunakan oleh UMNO dalam Sinar Harian untuk membantai Ulama PAS. Tidak gilakah ini?

Juga mengapa Harakah langsung tidak menyiarkan isu ini padahal ia telah menjadi isu nasional yang cukup besar. Malaysiakini pun ulas. jangan salahkan ahli memetik dari sumber lain jika harakah terus mandom macam muslimat PAS. konon kebebasan bersuara tapi bila isu berkaitan batang hidung sendiri terus diam. Tak berkutik.

Jika muslimat tahu adab-adab berjemaah/berorganisasi, maka tindakan Nik Abduh ini adalah jelas sangat tidak berakhlak. Jika telah diputuskan oleh ahli mesyuarat (yang beliau adalah termasuk dalam ahli itu) untuk membatalkan/menangguhkan Unity Government, mengapa nik abduh masih menyebut isu ini di luar. secara terbuka pula. di saat TGNA tiada di Malaysia. Ikhlaskah itu?

Muslimat kena sertai usrah. baru dapat berbincang isu ini dengan baik dan rasional. Jika tidak akan terus jumud selamanya. Maaf kata saya lihat muslimat berhujah lebih kepada emosi bukan fakta.

Wan Abduh said...

Artikel Nik Abduh telah menyebarluaskan fitnah yang semakin dahsyat. Ada orang kata orang itu Mi Celup, ustaz sana As-syaitani, ustaz ini Mi Gorreng. Ish,ish, yang untung UMNO. Dapat peluru untuk PENANTI. Pastu masing-masing duk membayang dan meneka-neka siapa pembantu2 yang melakukan kerja-kerja bodoh itu.

Cakap-cakap di dapur rupanya menjadi isu negara. Tinggal Najib je blom komen.

Tahniah Nik Abduh. Future To Be Mursyidul Am.

UMNO FOR ALL said...

Aku salin ni dari komen blog Nik Abduh.

salam,

ramainya orang UMNO sokong artikel Nik Abduh ni…bagus sangat…
makin mudah PAS berpadu dgn UMNO..HIdup PAS!!! Hidup UMNO!!!
Kita hancurkan DAP & PKR…mereka kafir!!!! PAS & UMNO je ISLAM!!!
cayalah….

TAHNIAH N ABDUH!!!!

Lagu baru PASUMNO

Bersatulah Wahai PAS & UMNO
dgn semangat dan roh kebenaran
berjihadlah wahai PAS & UMNO
walau susah melawan erdogan

Bersatu kita bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

sekali lagi….tahniah N abduh

UMNO FOR ALL!!

Muslimat Selalu Emo said...

Salam,

Lembut tulisan ustaz kali ni..
Tak apa la…..dalam islam berbeza pendapat ni perkara biasa…..Sama aja boring jugak….tak da variasi.

Cuma, saya sedih sikit perkataan ustaz sebelum ni, perkataan “menyumpah seranah” dan beberapa lagi perkataan lain yg kurang manis. Sebab ustaz menujukan perkara ni secara umum, saya pasti ramai yang berkecil hari ustaz. Tanpa menyatakan nama, pasti akan ada orang terasa hati. Pasti.
Gunakan bahasa yang sesuai ustaz. Saya faham ustaz mahu melindungi TGNA. Tapi jangan tembak menabur sampai semua kena. Nak tembak seorang, fokus dekat seorang jer ustaz. Simpan peluru yang seterusnya untuk musuh yang utama.

Dalam Islam, orang yang menuduh mesti ada bukti, diikuti dengan tertuduh mesti ada alibi. Maaf kalau saya salah.
Jangan dengar kata orang.
Saya rasa saya kalah kalau nak berhujah dengan ustaz.

Moga semuanya selesai…….

Anonymous said...

kepada muslimat

kalau macam ini permikiran kamu ini, payahla.ada pulak kesitu dia.siapa pulak termakan dgn utusan dan sbgnya.ish ish cetek betul permikran.yg bagi bullet kat depa ni siapa? dan utusan dll siarkan utk siapa? ahli pas ke khalayak umum..ish entahla pening aku kalau ada ahli PAS macam ni..

taniahla nik abduh kalau itu la tujuan kamu,memecah belah kan kami semua...ust din amacam?

Ahmadkmz said...

utk org PAS, penjelasan Nik Abduh ibarat warm-up supaya minda mereka lebih terbuka dan sentiasa waspada dgn arus yg melencong...

buat lembu UMNO, ia ibarat rumput segar yg sebenarnya racun kerana ianya akan menguatkan lagi jemaah PAS.

Peluru Untuk UMNO said...

buat UMNO ia bukan racun, ia adalah peluru.

Tak baca ke orang duk kata TGNA gila jawatan, PAS sudah insaf, TGNA pentingkan diri.

Kita tengok berapa lama UMNO akan gunakan peluru yang dibekalkan oleh Nik Abduh

Ahmadkmz said...

Ustaz nik abduh dah keluar penjelasan no 2...

jadi peluru kapur jelah puak2 UMNO nih...

akhirnya lembu menjilat kembali rumput di tepi bibirnya...

Peluru Untuk UMNO said...

Artikel nombor 2 bukan penjelasan. Tapi pemengarutan. UMNO akan fokus isu nombor satu.

Duk belit-belit. tulisan sahaja panjang. isi tarak. Macam Mee Sanggul.

Ulama Mee Sanggul kot..

Presiden PAS masih membisu. Harakah langsung tak berkutik. Petanda kebebasan bersuara yang cukup jitu.

Perhatikan akhbar perdana UMNO seminggu dua ni ulasan depa ceduk dari nik abduh. tinggal najib je tak ulas lagi bai.huhu..

Hebat nik abduh. faisal tehrani pun dah kempen dia jadi ketua pemuda pas pusat. hancuss kita bai!!

wan said...

Teruskan Nik ABduh, orang yang sasau mempergunakan nama TGNA sebagai Backup samaran mereka memperlekehkan TGHH sudah didedahkan.

Pembaca Utusan Malaysia memang bodoh, kalau duk risau kat ahli baru atau atas pagar, baik semua pihak yang kutuk TGHH dari mula jangan mula perbalahan.

Muslimat jumud tu haram tak hormat presiden dan jahil dalam mengutip point dasar tulisan Nik Abduh.

Alahai Nik Abduh said...

Kalau Nik Abduh tak tulis artikel tu, kita sekarang sedang menyerang UMNO untuk Penanti.

Bukan sibuk bertelagah sesama sendiri.

sekoloh sejik said...

salam ust Din..

amboi, banyak benar seruan supaya didedahkan nama-nama pembantu yg menghasut...

Ust Din dan Ust Nik Abduh teruskan perjuangan. jangan dilayan kemuncup ditengah dalam perjuangan.

kalau Ust Nik Abduh dedahkan nama-nama tu, plan B diaorg akan menyusul dengan mengatakan Ust Nik Abduh tak beradab.

Bohemian Virtuoso. said...

jgn pening2 bgadoh. Rugi2.
Bincang leklok ye.

Ustaz, tompang lalu.
Nak promote lagu2 sy. haha
Sila layari blog sy, ade link2 kt situ. Tq.

Sian Tok Guru Nik Aziz, sy nak bantu die bersihkan dunia rock. Ini bukan liberalisme.

muslimat said...

salam ustaz,
blog ustaz ni pun panas nampaknya ...berasap
sikit masa lagi boleh menyala...sampai saya pun depa nak bakar sama...keh keh keh..

Kerana jumudlah saya tak baca cerita politik dalam utusan meloya...saya lebih senang menadahnya dari harakah dan di blog-blog 'ustaz kita'. Kalau ada ahli pas yang matang berfikiran luas dan terkesan dengan semua cerita utusan meloya....tu depa punya cerita lerrr

Ahli atas pagar,atas jambatan atau ahli dalam bakul sampah sekalipun rasanya cukup 'mahir' dgn putar belit berita.kalaulah berita boleh begitu senang mempengaruhi kita, rasanya dah berbakul cerita fitnah dan putar belit yang disajikan untuk kita tapi kita 'buat rock jer'...Kalau betol ramai org atas pagar yang jenis cepat telan berita surat khabar dan berita TV3.....PR tak mungkin menang p/raya....

meh kita tinggalkan orang fikiran matang utk terus bersedihan dgn berita utusan meloya dan berita di lain-lain media....kita macam biasa...buat rock je lerr..
Allah pasti beri 'kekuatan' pada kebenaran yang di bawa oleh sesiapa jua...itu yg kita belajar dari usrah kita..

Jika 'kejahatan' yang di bawa oleh anak MB kelantan kita tu, dia pasti tersungkur kerananya. Tapi jika 'kebajikan' yg diperjuangkannya, Allah pasti teguhkan dia sekali pun dia terpaksa berseorang berdiri kerananya....ini juga yg kita belajar dari usrah kita.

Ustaz,kita soroti kembali pesanan pemimpin ikhwan muslimin, Al Imam Hasan Al Banna

" wahai saudara,
kamu sekalian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan sekadar parti politik, juga bukan satu pertubuhan yg dibentuk untuk tujuan2 yg terbatas. Tapi kamu adalah satu jiwa(roh) baru yg mengalir di hati umat ini yg dihidupkan dgn Al quran. Kamu adalah satu cahaya baru yg bersinar, yg memusnahkan kegelapan kebendaan dgn mengenali Allah.
kamu adalah satu suara yg bergema tinggi melaungkan dakwah rasulullah saw.Adalah suatu hak yg tidak ada tandingnya kamu merasakan bahawa kamu membawa tanggungan ini setelah manusia membuang(tidak mahu membawanya).

Andai kamu ditanya, kepada apa kamu berdakwah ? katakanlah kami berdakwah kepada Islam yg dibawa oleh Muhammad saw dan kerajaan adalah sebahagian daripadanya serta kemerdekaan adalah satu dari kefardhuan.kalau kamu ditanya adakah ini politik, katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu. andai kamu ditanya, ini adalah politik.katakanlah, inilah dia Islam dan kami penyeru revolusi. kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian yg kami imani dan berbangga dgnnya.jika kamu mengacau kami dan menghalang dakwah kami, Allah membenarkan kami mempertahankan diri kami dan kamu adalah pengacau yg zalim. Andai kita ditanya, adakah kamu meminta bantuan dari org perseorangan dan pertubuhan, katakanlah kami hanya beriman kpd Allah sahaja dan kami kafirkan apa yg kamu persekutukan. Jika mereka berkeras mahu meneruskan permusuhan, maka katakanlah kami tidak mahu orang-orang yg bodoh."

muslimat said...

pesan Imam Hasan Al Banna

" berimanlah kepada Allah
perkokohkan mengenal dan bergantung padaNYa,
Janganlah kamu takut dan gerun selain daripadaNya,tunaikan segala kewajipannya dan jauhilah larangaNya.
Berakhlaklah kamu dgn akhlak yg mulia, jadilah kamu orang-orang yg kuat dgn akhlak, mulia dgn apa yg dikurniakan Allah kepada kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang2 yg bertaqwa lagi salihin.
Hadapilah AlQuran dgn mengkajinya dan terhadap sirah nabawiyyah kamu bermuzakarah. Kamu hendaklah menjadi orang yg praktikal bukan orang2 yg berhujjah saja, apabila Allah berikan sesuatu kaum itu hidayat, maka diberiNya ilham utk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat slps mendapat petunjuk kecuali org2 yg suka berhujjah.
Kasih mengasihilah diantara kamu dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu sebab dia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang kejayaan kamu. dan tetapkanlah diri kamu sehingga Allah buka diantara kamu kebenaran. Dia sebaik-baik pembuka.

Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu. dia lah siombol idea kamu dan bulatan penghubung antara kamu. Tunggulah selepas itu kemenangan dan sokongan Allah. Peluang tetap kunjung janganlah kamu ragu terhadapnya.

hambaAllah said...

salam........

Tak baca ke orang duk kata TGNA gila jawatan, PAS sudah insaf, TGNA pentingkan diri.

Artikel Nik Abduh telah menyebarluaskan fitnah yang semakin dahsyat. Ada orang kata orang itu Mi Celup, ustaz sana As-syaitani, ustaz ini Mi Gorreng. Ish,ish, yang untung UMNO. Dapat peluru untuk PENANTI.

Kalau Nik Abduh tak tulis artikel tu, kita sekarang sedang menyerang UMNO untuk Penanti.

ehem...ni semua adalah komen2 dari wan abduh..wan..peluru untuk umno...muslimat jumud..dan ada lglah kut yg lain tuu..

puak ni percaya cakap orgluar..takut lebih2 isu ni memberi kesan kat penanti..hishh..tak yah la takut sgt bab penanti tu..org bukan nak makan sgt hal ni..org zaman la cerdik dah..bodoh sgt ka sammpai boleh makan uusan punya dakyah..tak payah risau sgt..mnang la insyaAllah...

dan tohmahan yg dilempar kepada TGNA tuu..biasalah bg diri pejuang tambahan lg mcm TGNA..tu ibarat semut gigit ja...yg terasa panas lebih tu kita..tak gitu kawan??haha..

yg kita dok kutuk TGHH plak camna??ni keja buat orgkita beb...bukan utuan meloya..hah!!camna beb??

sayang semua tok guru kita..jgn pilih salah sorang..

nampka gaya lani bukan org pertahan TGNA pun..tapi embantu2 nya..hahaha

betui lah..yg u niksebut tu yg kat kelantan..rdr driver sampai timb mb..tup2 yg duk jauh kat shah alam nuh terasa..hahah.memg lawak..

kepada yg ada agenda sendiri dalam pas..insaflah,ubah niat..kalau tak boleh jauhkan diri dari pas dan jgn menjadi punca perpecahan..

kita hidup sbg muslim jgn takut sgt..Allah ada..

slmt semua...

Sayap Helang Putih said...

sememangnya ujian kemenangan lebih besar impaknya dari kekalahan..
sehinggakan wujud golongan2 yg laparkan pangkat dan jawatan ("pembantu-pembantu ayahanda") seperti mana kata-kata Ustaz Nik Abduh..golongan inilah yg memecah belahkan kesatuan jemaah yg sebelum ini sangat utuh dan padu..tindakan melaga-lagakan kedua-dua Tok Guru yg kita sayangi dan kagumi ini bukan sekadar boleh di klasifikasikan sebagai "bodoh" semata-mata malahan secara tepatnya adalah JAHAT dan SONGSANG!
saya pada awalnya sedikit terpengaruh dengan polemik yg mengatakan wujudnya "perang dingin" di antara TGNA dan TGHH berkaitan dgn unity government dan muzakarah PAS-BN..tapi setelah membaca pendedahan Ustaz Nik Abduh alhamduLillah akhirnya kekusutan dan kekeliruan saya terungkai dan berpenghujung.
Sememangnya kita di dalam jemaah Islam mesti dan pasti melalui "tapisan keikhlasan" yg di sukat timbang oleh Allah swt dan sekiranya kita ikhlas maka hasilnya adalah kejayaan dan keberkatan...tetapi jika sebaliknya maka teserlahlah kebatilan dan pekung di dada yg selama ini tersembunyi di sebalik perwatakan mulia...
saya bukanlah seorang yg tinggi ilmu agama malah saya akui masih jahil agama..jangan katakan nak jadi ulama'..nak jadi ulama' "mee celup" pun masih tak termampu dek saya..sekadar ahli marhein di dlm organisasi pemuda PAS yg penuh semangat dan keinginan bersama pencinta2 islam dlm memartabatkan Daulah Islamiyyah...yg sentiasa tunduk dan patuh kpd pimpinan selagimana ianya tidak tergelincir dari landasan Al-Quran dan As-Sunnah...teringat saya akan firman Allah yg di terangkan oleh Naqib Usrah saya di Kuantan..

[60]
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya"
[61]
"Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"
[62]
"Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman"

Surah Al-Anfal ayat 60~62

Tahniah buat Ustaz Nik Abduh..saya tetap berdiri bersama kebenaran yg di bawa..InsyaAllah...wassalam...jazakallah...TAKBIR!

-salam perjuangan buat Ustaz Nasarudin Tantawi..tahniah kerana membawa elemen perpaduan dlm konteks pengukuhan kerangka jemaah islam

Anonymous said...

Kalau adalah sebarang gelaran yang layak diberikan kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, maka ia pastinya 'Pemusnah Perpaduan Melayu dan Malaysia".

Selepas memecah belahkan UMNO, Anwar kini begitu ligan berusaha untuk menghancurkan Pas pula.

Hancur dalam erti kata lain, menjadikan Pas mengikut acuannya. Menghilangkan identiti Islam dalam parti itu.

Walaupun Lebah Kota penyokong setia UMNO dan Barisan Nasional (BN), namun sejak dahulu penulis sangat menghormati dan bangga dengan parti pembangkang bernama Pas ini.

Ini kerana, mereka sangat profesional. Sifat keislaman dalam parti itu menebal satu masa dahulu.

Bersifat penyabar dan memaafkan memang sebahagian daripada lambang dan identiti parti berkenaan.

Ketika Lebah Kota masih menjadi wartawan, ingat lagi bagaimana para petugas Pas melayan wartawan media arus perdana dengan begitu baik sekali di muktamar mereka walaupun penulisan kami jarang menyebelahi mereka.

Ini kerana Pas begitu mengutamakan ciri-ciri dan ajaran Islam dalam perlaksanaan banyak perkara.

Namun, semua sifat keislaman dalam Pas itu semakin hilang.

Dari sebuah parti yang menjadikan ketinggian syiar Islam sebagai hala perjuangannya, kini ia menjadikan kuasa pula sebagai hala tuju mutlak perjuangannya.

Semua ini bermula sejak Anwar mula mencampuri dan mencatur pergerakan parti itu secara perlahan-lahan.

Punya kuat pengaruh Anwar dalam Pas sampaikan organ rasmi parti itu, Harakah pun sedikit masa dahulu dilabel sebagai lidah rasmi Anwar. Asyik-asyik berita Anwar sahaja di muka hadapan.

Dan disebabkan Anwar inilah, hari ini Pas mendiamkan diri atas pelbagai perkara yang mungkin suatu masa dahulu merekalah di hadapan untuk menyanggahnya.

Ahli politik rendah moral yang membenarkan teman lelaki masuk ke rumah dan tidur bogel tidak salah di mata parti itu.

Seorang ahli politik Cina membaca al-Quran dengan salah dan dengan niat politik (bukan dengan niat untuk mendalami agama suci itu), dipuji oleh ahli-ahli Pas.

Semua ini bermula dengan penglibatan Anwar.

Anwar memang jahat. Dia tahu dia tidak akan mampu mencapai pengaruh ke atas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tetapi beliau berjaya mempengaruhi Datuk Husam Musa untuk menyertai pakatan jahatnya. Ini sebabnya wujud Deklarasi Dubai...Anwar bertemu Husam di sana untuk menjanjikan pelbagai jawatan apabila berjaya membentuk kerajaan kelak.

Husam memang diketahui mempunyai pengaruh yang sangat kuat ke atas Nik Aziz. Satu rahsia yang terbuka bahawa di Kelantan, semua kerja-kerja Menteri Besar dilaksanakan oleh Husam.

Memang betul lah jangkaan banyak pihak bahawa penulisan anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh terhadap tindakan-tindakan bodoh dalam Pas oleh pembantu ayah itu merujuk kepada Husam.

Husam berjaya mempengaruhi Nik Aziz untuk menolak kerajaan perpaduan dengan UMNO (kerana mengikut fahaman dan mungkin arahan Anwar).

Hari ini Pas berpecah belah pun kerana campur tangan Anwar. Yang menyedihkan, campurtangan munafik seekor ini membawa Pas ke arah Islam liberal.

Takut di bawah fahaman liberal ini kelak, Pas akan hancur terus dan tidak lagi menjadi menjadi parti Melayu yang memperjuangkan Islam. Ia akan hanya jadi parti Melayu yang memperjuangkan kuasa semata-mata.

Sekarang ini pun ramai yang kata bahawa anak didik Anwar dalam Pas iaitu Husam bakal menang jawatan Timbalan Presiden dalam muktamar parti Jun ini.

Bila kumpulan-kumpulan ini yang mula menang dan kumpulan ulamak dalam Pas tersisih, maka tidak hairanlah jika parti itu mula menuju ke arah kejahilan.

Seperti yang dikatakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi; Tidak boleh (bukan ulama memimpin). Kita kena ikut dasar agama, tengok sejarah zaman dulu Saidina Abu Bakar, Umar, Osman, Ali dan Muawiyah semuanya golongan ulama.

“Selepas itu, pemimpin jahil seperti Yazid Muawiyah mengambil alih kepimpinan, dia buat benda bertentangan dengan Islam sehingga menyebabkan negara menjadi kucar- kacir,”

Anwar sebenarnya sudah berjaya membentuk Melayu liberal yang menolak perkara-perkara seperti Islam itu adalah agam rasmi, bahasa Melayu bahasa rasmi dan beberapa kelebihan dan hak kecil yang masih dimiliki bumiputera.

Kedudukan bangsa sudah beliau musnahkan, agama pun sudah mula dimusnahkan, yang tinggal hanyalah kemusnahan negara ini pula.

Anwar menggangu keseimbangan sistem yang telah berpuluh tahun terbukti sebagai berkesan dalam sosio politik negara ini.

Bila munafik bergerak bebas dalam negara ini, maka kehancuranlah yang akan tiba tidak lama lagi.

Sumber: Malaysia-Instinct.com

achok sabah said...

ustaz tantawi kata begini

Saudara Achok , telah dikatakan bahawa bukan Ustaz Nik Abduh yang membuka gelanggang . Kenapa saudara tidak mengutuk blog - blog yg terang - terang melaga - lagakan pimpinan sehingga menimbulkan kekeliruan ahli
.......................................

1. ustaz tahu ke yg nik abduh ni pimpinan???kalaupun dia blogger,jangan nak samakan dia dengan blog tepi jalan seperti tulang besi,anti husam,erdogan malaya,penarik beca dll...

sebagai pimpinan, org akan melihat ucapan mereka sebagai lidah jemaah,ucapan mereka sebagai stand jemaah..kalau stakat blogger tepi jalan, wat apa nak ambik pot sangat dengan dorang tu???lagipun diantara blog2 tu, kita pun taktau siapa yg mulakan semua isu2 ni,ianya terlalu rumit,nak tuduh blog TB bersalah,blog anti husam lagi salah..nak tuduh blog penarik beca bersalah,blog erdoganmalaya lagi salah..so semua blog ni susah org nak percaya..tapi org akan percaya dengan blog2 pimpinan,

2. ustaz cuba membuat mantiq puak-puak yg ada didalam pas ni sebagai ISRAEL DAN HAMAS???fuh,ustaz,kalaupun ustaz berbeza pandangan dengan org lain,janganlah nak samakan rakan seperjuangan di dalam PAS ni sebagai israel ataupun amerika..israel dan amerika ni semuanya dah solid JAHAT...

achok sabah said...

ustaz tantawi berkata lagi :

Ustaz Nik Abduh hanya tampil memberi penjelasan setelah aktiviti melagakan pimpinan ini tak pernah berenti sejak sekian lama , malangnya dari blog mrk yang mengaku PAS sendiri .

.....................................

1.ustaz,kalaupun ustaz nik abduh nak buat kenyataan penjelasan..kenapa perlu menuduh pembantu2 tok guru sebagai dalang semua ini??kenapa tidak disebut secara UMUM??semua org tahu,org yg bisanya menasihati tok guru didalam bab2 politik adalah anual bakri dan husam,sudah pastilah semua akan memandang jelek pada mereka sekarang ini...

2. saya rasa ustaz rapat ngan ust nik abduh bukan..saya nak tanya, sudahkah nik abduh melaporkan kegiatan jahat pembantu2 tok guru pada majlis hisbah sebelum ni??ataupun majlis syura???kalau sudah, apakah majlis hisbah sudah mengesahkan hal ini???kalau ustaz nik abduh belum buat benda ni,bermakna dia sendiri tidak yakin dengan tuduhan yg dia buat,dia hanya berani mendedahkan di blog2 utk membuka aib jemaah kpd UMNO utk sesuatu perkara yg masih samar-samar..

achok sabah said...

ustaz tantowiii kata :

Namun saya secara peribadi , setelah menilai isu yang dibawa dan dilihat kepada suasana dan keadaan yang dihadapi kini , pula mengukur maklumat yang ada pada saya dari pelbagai sumber , saya percaya Ustaz Nik Mohd Abduh berada di pihak yang benar dan saya berdoa agar beliau berada di pihak yang benar .

...................................

kalau ustaz rasa nik abduh benar berdasarkan maklumat yg ada,kenapa tak bawa ke majlis hisbah???kami sabagai ahli biasa juga mahu menyingkirkan org yg melaga-lagakan tok guru..bawa semua bukti dan cerita yg ustaz kata benar tu..jangan hanya pandai kata isu tu benar ataupun salah di dalam blog ini..

tapi, bila nik abduh hanya berani bawa ke blog2, bermakna nik abduh sebenarnya nak melaga-lagakan ahli-ahli dan pimpinan jemaah sahaja disamping nak menjatuhkan saingan politik puak2 beliau..

Zawir Al-Hamidi said...

Saya bersetuju dengan pendapat ustaz, sudah tentulah Ustaz Nik Abduh akan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau tulisan kerana beliau adalah seorang anak Tok Guru yang sangat dihormati masyarakat. Dan beliau sendiri sudah mengakui bahawa beliau sedar dan bertanggungjawab di atas segala tulisannya itu. Lagipun perkara yang disampaikannya itu adalah untuk kebaikan parti juga.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive