HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, April 10, 2009

Takziah Buat Khairy

Saya menerima maklumat senarai kabinet Datuk Seri Najib sewaktu berada LCCT Sepang kelmarin . Jelas tiada apa yang mengejutkan saya dalam menanti bentuk transformasi yang dicanang sebelum ini .

Menepati jangkaan awal saya bahawa sekurang - kurangnya Khairy dan Azalina pasti akan disingkir dari pembentukan kabinet "transformasi" itu kelak .

Satu pihak cuba memperlihatkan ini adalah kebijakan Datuk Seri Najib yang tidak mahu kabinetnya dianggotai oleh mereka yang telah disabitkan rasuah .

Namun umum pula melihat bahawa ini bukan transformasi tetapi projek cleansing . Membersihkan kabinet dari saki baki pro Pak Lah .

Lebih malang buat Khairy selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tidak diberi peranan langsung dalam kabinet sebaliknya Timbalan beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri demikian juga Mukhriz Mahathir yang tewas dalam pertandingan merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO turut dilantik sebagai Timbalan Menteri membelakangkan Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO .

Secara kasarnya saya melihat Datuk Seri Najib membentuk kabinet berasaskan kroni bukan kredebiliti . Terpelantingnya Amirsham bekas orang kuat Maybank , Ir . Mohd Zin seorang Jurutera Profesional dan beberapa orang yang pernah dilantik oleh Pak Lah mengesahkan apa yang saya lihat .

Datuk Shahrir Abd Samad telah mempamerkan kecerdikannya dengan terlebih dahulu menghidu nasib yang bakal dialaminya di zaman pemerintahan Datuk Seri Najib . Beliau mengambil langkah meletakkan jawatan sebagai perhitungan maruah beliau . Pun begitu beliau telah membuat kenyataan ketika ditanya mengenai nasibnya di zaman Najib , beliau berkata ringkas " terpulang kepada Datuk Seri Najib " . Jelas Najib juga tidak bersedia melantik Datuk Shahrir .

5 comments:

penyokong PAS said...

Begitulah NAJIB menunaikan kata2nya untuk melakukan "pembersihan" dalam UMNO dan sekaligus memusatkan kekuasaannya dalam slogan baru "ONE MALAYSIA, ONE POWER, ONE EMPEROR".

Dengan adanya slogan baru ini maka terkuburlah slogan2 lalu seperti slogan ISLAM HADARI al-paklah badwi dan WAS-WAS AN 2020 al-che det.

Anonymous said...

Wawasan 2020 still on!!Tak salah nak teruskan wawasan tu..tidak semua dari Umno itu buruk dan tidak semua juga dari Pas itu bagus..

Keylee Daud said...

hehhehe..KJ strike back

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Mintak Saudara/ Abang,
mengambil masa untuk membaca column ini untuk cadangan kepada pas. No related dengan tajuk ini.

Untuk mengambil idea2 yang sesuai untuk perjuangan kita.

http://rausyanfikir.com/2009/04/kempen-taubatmalaysia.html

sekian terima kasih.

Anonymous said...

Salam dari UK ustaz.. moga selamat sampai dan terus berjuang. Doakan kami disini agar turut sama menjadi pejuang2 Allah.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive