VCD Sejarah 3 Masjid
VCD ini adalah pengkisahan [ dalam bahasa melayu ] 3 Masjid agung dalam Islam yang pernah disebut oleh Nabi saw sebagai 3 destinasi yang sangat digalakkan oleh Islam agar ummat menziarahinya :
1- Masjidil Haram
Mengisahkan bagaimana tapak Kaabah itu dipilih untuk pembinaannya . Ditunjukkan pembinaan Kaabah dari awal menggunakan teknik komputer .
Turut dikisahkan perjalanan hidup nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail a.s sehingga ke zaman lahirnya Nabi kita Muhammad saw , saat saat getir hijrah , pembukaan kota Makkah dan pembinaan Masjidil Haram di zaman modern ini .
2 - Masjidl Aqsa
Menjelaskan bagaimana permulaan Masjidil Aqsa dipilih menjadi kiblat pertama ummat Islam dan mendedahkan beberapa siri peperangan yang berlaku dalam kawasan Kota Baitul Maqdis . Bagaimana pembukaan Kota Al Aqsa oleh pemimpin ummat Islam turut dikisahkan dengan baik .
Keunikan seni reka dan bentuk ukiran yang terdapat di Masjid Al Aqsa dipemerkan dengan kehebatan segala tiang dan pintunya . Beberapa kali cubaan golongan kuffar untuk merobohkan Masjid Al Aqsa di dedahkan dalam VCD ini .
Bermula dengan bagaimana pemilihan kalimah Yathrib sebagai nama asal kepada Madinah dan merentetkan sejarah pembukaan Kota Yathrib sebelum dan selepas hijrah nabi dan perkembangan hingga ke zaman modern menjadikan VCD ini bertambah menarik dan perlu dimiliki oleh setiap dikalangan kita sebagai bahan ilmu dan mendekatkan kita kepada sejarah Islam .
Tapak Badar , Uhud dan lainnya turut ditunjukkan sebagai tauladan yang boleh dipelajari dengan baik tanpa kita perlu banyak masa untuk membaca tetapi hanya mendengar dan menonton dengan teliti kita boleh menguasai asas sejarah Islam berkait 3 buah Majid Agung dalam Islam ini .
Dapatkan VCD ini dari Akademi Ar Rasyidin dengan konsep Beli sambil Derma hanya dengan harga RM 15 sahaja .
Boleh membeli melalui pos dan jika mengalami kerosakan semasa penerimaan , pihak kami bersedia menukarkannya kepada yang baru . Segala urusan boleh hubungi : Nasrul : 013 973 9868 dan Fadhil : 013 965 6565 .
Semoga sumbangan saudara akan memantapkan lagi usaha dan aktiviti amal Islami di Pusat Pengajian Akademi Ar Rasyidin .
Bayaran atau sumbangan anda boleh dibuat terus ke :
Ar Rasyidin Enterprise
06010000016106 [ CIMB Islamic ]
0 comments:
Post a Comment