Angin yang Membinasakan
Semalam adalah hari yang cukup menakutkan bagi penduduk sekitar Kuantan khasnya kawasan perumahan di persisiran pantai Balok .
Banyak juga bangunan musnah diruntuh dan dilarikan angin ribut .
Kenderaan dihempap pokok besar yang tumbang . Suasana sungguh mengerikan dan membawa manusia segera ingat kepada Allah swt .
Bangunan yang besar dan pokok yang tegap akhirnya tumbang jua dilanda angin ribut yang kuat dan dahsyat .
Maasyaalah ! angin yang sebelum ini sangat mesra dengan hembusan yang nyaman dan mendamaikan , [ tambahan pula bagi kami yang tinggal di kawasan berhampiran pantai ] tiba - tiba bertukar menjadi ganas dan memusnahkan apa sahaja tanpa simpati . Subhaanallah !
Hebat sungguh angin yang melanda semalam . Beberapa batang pokok sebesar pemeluk tumbang dan sungkur menyembah bumi . Tidak mampu bertahan biarpun mempunyai akar tunjang yang kuat dan kukuh . Segalanya menjadi kerdil .
Angin Manusia
Bercakap pasal angin dan kesan dari penangannya , suka saya sebutkan di sini bahawa dalam tubuh manusia juga mempunyai angin . Selain angin pasang [ uluran ] atau angin busuk [ kentut ] yang ada dalam jasad manusia , ada sejenis angin yang sering terperangkap dalam jiwa manusia dan ia mempengaruhi tindakan .
Angin ini sering berubah , terkadang tenang dan terkadang membara dan bergelora . Ada orang panggil angin jenis ini sebagai mood atau emosi . Tapi orang kampung saya lebih suka guna istilah angin .
Seseorang akan tenang kalau anginnya sejuk dan pasti ia memencak dan meredah apa sahaja jika ia sudah naik angin . Namun begitu , manusia tentu sahaja memerlukan alasan untuk naik angin atau mesti ada sesuatu yang menaikkan anginnya . Kalau anginnya tahap ribut , habislah rosak binasa segala yang merintang dan menghalangnya .
Sebab itulah kita diajar agar jangan sesekali menaikan angin orang kerana kelak kita juga yang susah . Sementara anginnya sejuk dan nyaman , berinteraksilah dengan sebaik mungkin dan peliharalah adab susila agar keadaan sejahtera dan harmoni .
Pun begitu , ada juga jenis manusia yang tidak pasal - pasal naik angin . Tiada siapa cabar dia , tiada siapa kata nista kepadanya , tiada siapa yang menuduh sebarangan terhadap dirinya tetapi tiba - tiba sahaja dia naik angin lalu menyerang dan bertindak balas tanpa sebab dan alasan yang munasabah . Angin jenis ini dikenali sebagai angin tohor .
Orang yang memiliki angin tohor ini tidak memerlukan alasan atau sebab yang banyak untuk ia bertindak balas . Terkadang kecil punya kes menjadikan ia bertindak diluar kawal . Mengamuklah bahasa mudahnya .
Jika angin ribut dan taufan dengan pelbagai nama saintifik diurus langsung oleh Allah swt. maka manusia yang dianugerah oleh Allah akan aqal yang sempurna adalah berfungsi untuk menjadi pengurus kepada angin yang ada di dalam jiwanya , terutama angin tohor agar tidak bertindak diluar kawal dan melepasi tahap kewajaran .
Satu lagi jenis angin yang selalu menguasai diri manusia dan kali ini sering membuatkan orang lupa diri dan angkuh , berasa diri hebat berbanding orang lain . Dia mahu semua orang tunduk dan akur kepadanya , jika gagal berbuat demikian dia akan singkir atau paling tidak ia tidak lagi diperdulikan lagi . Angin yang saya maksudkan ialah angin besar atau sesetengah tempat mereka panggil angin tinggi .
Lebih parah jika seseorang itu lengkap memiliki angin tohor dan angin besar dalam susuk jiwa mereka .
Pengajian modern hari ini diajar supaya manusia mampu mengurus perasaan dan menguasai psikologi . Ini semua pasal angin dan kalau salah urus atau tidak mampu mengurusnya , kita boleh lihat kesannya . Rosak binasa ukhuwwah dan tali persaudaraan !
Tercetuslah fitnah , pra sangka atau tohmahan , pergaduhan atau krisis , pertembungan atau pergeseran sesama sendiri .
Justeru itu , saya nasihatkan semua sahabat - sahabat perjuangan agar berhati - hatilah dalam tindakan dan ehwal aktiviti kita .
Jangan sekali - kali kita berbuat sesuatu yang salah dan menyalahi peraturan , akhlak dan adab kita berjamaah serta berjuang . Contohnya , taatilah pimpinan selama mana mereka benar dijalan Allah swt dan hindarilah perilaku yang bersalahan dengan etika dan moral .
Jagalah air muka jamaah dan pimpinannya . Jangan amalkan politik laga dan politik adu domba dikalangan pimpinan dan anggota jamaah kerana kelak ia akan mencetus ketidakstabilan angin dikalangan kita .
Sekalipun berbeza pendapat , kendalikan ikhtilaf itu dengan prinsip dan tunjuk ajar wahyu . Dapatkan maklumat secara tepat dari sumbernya yang asal , bukan membawa berita dan ulasan dari pengulas - pengulas amatur atau pesara - pesara politik yang masih menggalang angin berpolitik .
Angin berbahas jangan disilang dengan angin sengketa . Berbahas dan berhujjah ada disiplinnya yang tersendiri agar tidak menghasilkan angin taufan yang membinasakan sehingga pecah perasaan , sakit hati , syak wasangka dan suasana tegang . Paling utama ialah kesahihan sumber maklumat dan keabsahan pembawa berita termasuklah kejujuran menganalisa serta menggarap berita .
Sebagai contoh dan latihan minda saudara , untuk melihat bagaimana angin kita semua , cuba saudara baca posting terbaru sahabat saya yang berjudul : sebelum anda dimamah fitnah .
kemudian beritahu saya , bagaimana angin saudara ? tapi ..... angin busuk saya tak nak !
harap juga saudara semua baca artikel yang ditulis sejak 8 bulan yang lalu oleh ustaz Nik Abduh : Islam , ulama' dan syura .
4 comments:
bagus jugak cerita angin dari ustaz ni.....tak tau le angin yang bertiup sekarang ni angin puting beliub atau angin pus pus...harap boleh reda nanti.
cuma kalo bab pompuan ni ada dua angin yang tak molek. Angin senggugut dan angin meroyan....angin meroyan lebih parah kerana yang diserang olehnya akan hilang waras dan tak siuman.Orang lain tak boleh pujuk dan tak boleh nak pi tahan. Masa ni 'malu' memang tak wujud langsung... Ada pun angin senggugut boleh telan 'penadol' je utk meredakannya.
bahaya penyakit angin ni.Sekali dia menggila....berterabur apa yang dilanda olehnya.
Kalaupun kita ni ada angin juga, harap setakat angin sepoi-sepoi bahasa je ler . lembut dan mendamaikan rasa ....ngeiiihh 3x
SAYA RASA…….
1. PERJUANGAN PAS TIDAK IKHLAS UNTUK MENDAULAT ISLAM
(Tiada langsung disebut dalam perlembagaan PAS, tapi … UMNO pulak dipersalahkan…..)
2. BERAPA JUTAKAH RAKYAT MALAYSIA YANG BELUM ISLAM DAPAT MENGUCAP 2 KALIMAH SAHADAH..
(Sepanjang PAS berkempen hanya yang ada ceramah politik dan bukannya untuk berdakwah, tapi UMNO pulak yang dipersalahkan….)
3. ada beratus lagi kelemahan PAS jika dilihat, ditinjau, dianalisis dan dikaji dari segi ILMIAH dan AKAL yang RASIONAL
–Jangan Marah–
daripada Mulut Celupar.
Minta tolong Ustaz ajar nik abduh adab2 berjemaah..nik abduh tu dengar cerita dapat tarbiah pure JIM..
Angin Nik abduh membinasakan jemaah. Sampai hari ni orang tak habis ulas lagi.
Nik Abduh bukan dapat tarbiah JIM. Tapi tarbiah kamunting
Post a Comment