HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, May 7, 2009

Hala Tuju PAS. vol 3

BAGAIMANA PAS
MENDEPANI PEMERINTAH .

Islam yang diperjuangkan oleh PAS ternyata mendapat tentangan sengit daripada UMNO & BN yang memerintah Negara ini.

Biarpun berulangkali al – Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan :

andainya UMNO melaksanakan Islam yang tulen ( bukan Islam Palsu ) PAS sanggup membubarkan partinya.” [1]

UMNO & BN terus berkeras dan berdegil . Bukan sahaja mereka tidak mengizinkan Islam berdaulat di atas tanahair ini bahkan mereka menggunakan kekerasan ( setelah tewas hujjah ) untuk mendepani PAS dan kebangkitan ummat Islam yang mahu melihat negara ini mendaulatkan Islam atau syariat Allah swt.

Penentangan ini tidaklah memeranjatkan PAS yang menyambung Risalah an nabawiyyah di zaman ini justeru ia pernah dihadapi oleh nabi saw malah turut dihadapi oleh pejuang – pejuang Islam di sepanjang zaman .

Inilah yang dilafazkan oleh orang – orang Quraisy tatkala nabi saw menyampaikan dakwahnya :

هذا الأمر الذي تدعونا إليه مما تكرهه الملوك

Apa yang engkau sampaikan kepada kami
ini adalah suatu yang dibenci oleh pemerintah

Tarikh Madinah Dimasyq . Juzuk 17 . Mukasurat 299
Oleh Abi al Qasim A’li bin al HasanIbnu Hibbatullah bin Abdullah asy Syafi’e ( w. 571 )

Firman Allah swt :

و اذ يمكر بك الذين كفروا ليثبتوك أو يقتلوك أو يخرجوك و يمكرون و يمكر الله والله خير الماكرين

Dan ingat bagaimana perancangan orang – orang kafir untuk memenjara , membunuh dan menghalau engkau ( keluar dari daerahmu ) , mereka merancang sedang Allah jua merancang dan Allah adalah sebaik – baik perancang .

Surah al Anfaal : Ayat 30

Sebenarnya inilah 3 tribulasi yang akan dihadapi oleh pejuang – pejuang Islam yang menyambung lidah perjuangan Nabi saw di sepanjang zaman .

Muwaajahah Silmiyyah . ( مواجهة سلمية / berdepan secara aman )

Biarpun PAS berdepan dengan sebuah pemerintahan yang kasar dan ganas terhadap perjuangan dan anggotanya , PAS masih konsisten menggunakan pendekatan مواجهة سلمية atau موجّهة بالسلم .

PAS yang mengambil pendekatan politik menyertai pilihanraya selama ini adalah untuk mengekalkan prinsip muwaajahah tersebut .

Sungguhpun ada pemimpin PAS yang ditembak mati oleh pemerintah seperti asy Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan – rakannya di Memali Kedah ……. Biarpun ada pemimpin PAS diseksa dan dikurung tanpa bicara melalui akta primitive ISA seperti Tuan Hj. Muhammad Sabu , Ustaz Abu Bakar Chik , Tuan Hj. Mahfuz Omar , al Marhum Ustaz Buniamin Yaacob dan lain – lain ....

PAS tetap dengan prinsipnya mendepani pemerintah yang tidak mendaulatkan Islam ini secara aman . PAS meletakkan dirinya di atas Manhaj an Nabawi sebagaimana yang diajar oleh baginda saw. melalui hadisnya yang diriwayatkan oleh at Tabarani:

أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ فَدُورُوا مع الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ أَلا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ فَلا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ أَلا إنه سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لأَنْفُسِهِمْ ما لا يَقْضُونَ لَكُمْ إن عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ قالوا يا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ نَصْنَعُ قال كما صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى بن مَرْيَمَ نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ وَحُمِلُوا على الْخَشَبِ مَوْتٌ في طَاعَةِ اللَّهِ خَيْرٌ من حَيَاةٍ في مَعْصِيَةِ اللَّهِ

Ketahuilah , sesungguhnya Islam bergerak dalam satu pusingan , maka berpusinglah bersama al kitab sekira – kira ia berpusing . Ketahuilah sesungguhnya al kitab dan pemerintah akan berpisah maka jangan kamu memisahkan al kitab , ketahuilah sesungguhnya akan berlaku ke atas kamu ( zaman kamu ) , pemimpin yang memutuskan ( sesuatu ketetapan ) untuk kepentingan diri mereka bukan untuk kamu . Jika kamu mengingkari mereka , mereka membunuh kamu dan jika kamu mentaati mereka , mereka menyesatkan kamu . Lalu mereka berkata

Ya Rasulallah , apakah ( sewajarnya ) kami lakukan ? Rasul saw menjawab : ( jadilah ) sebagaimana pengikut Nabi Isa ibnu Maryam as. , mereka dikelar dengan pengelar besi dan mereka disalib di atas palang kayu . Mati dalam mentaati Allah adalah lebih baik daripada hidup mendurhakai Allah swt.

Rujuk Majma’ az Zawaai’d. Juzuk 5 /muka surat 238
Oleh : Ali bin Abi Bakar al Haithami ( w. 807 )
Cetakan Darul Rayyan Lit Turath , Qaherah

PAS Tidak Mencari dan Memulakan Permusuhan .

Kehadhiran PAS hanya untuk membawa Islam ke mercunya dan memastikan tiada fitnah ( penentangan secara terbuka terhadap Islam ) dan perlecehan syariat Ilahi . Ianya berasaskan kepada apa yang difirmankan oleh Allah swt :

و قاتلوهم حتى لا تكون فتنة و يكون الدين لله فان انتهوا فلا عدوان إلا على الظالمين .

Dan perangilah olehmu akan mereka itu ( yang menyengutukan Allah ) sehingga tiada lagi fitnah ( penentangan terbuka terhadap Islam ) dan jadilah ( satu – satunya ) cara hidup milik Allah swt maka jika mereka berhenti , tiada lagi permusuhan kecuali terhadap orang – orang yang zalim .[2]

Surah al Baqarah : Ayat 193

Saksikanlah , bahawa yang dibunuh ialah pemimpin PAS sementara tiada seorang pun pemimpin UMNO & BN dibunuh oleh PAS , yang dipenjara ialah pemimpin dan aktivis PAS , sementara tiada seorang pun pemimpin UMNO dan BN dipenjara oleh PAS , yang diugut , diancam dan dibuang daerah ialah ahli – ahli PAS dan rakyat yang menyokong PAS sedang tiada seorang pun ahli – ahli UMNO ditindas dan dizalimi oleh PAS .

Dosa ” PAS hanya kerana memperjuangkan Islam dan mahu ianya didaulatkan . Sementara UMNO & BN sangat tidak bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh PAS , malah UMNO & BN membangkangnya dengan keras dan ganas .

Sekali lagi PAS mengambil pendekatan Manhaj an Nabawi sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasul saw.

أَيُّهَا الناس لَا تَتَمَنَّوْا لِقَاءَ الْعَدُوِّ وَسَألُوا اللَّهَ الْعَافِيَةَ فإذا لَقِيتُمُوهُمْ فَاصْبِرُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ ظِلَالِ السُّيُوفِ ثُمَّ قال اللهم مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عليهم

Wahai Manusia , Jangan kamu bercita – cita mencari musuh dan mohonlah kepada Allah akan kesejahteraan , jika kamu bertemu jua ( akan musuh ) maka bersabarlah dan ketahuilah sesungguhnya syurga itu berada dibawah kilatan mata pedang kemudian baginda berdoa :

Ya Allah , tuhan yang menurunkan al kitab , yang memperjalankan awan dan tuhan yang membinasakan tentera ahzab , hancurkanlah mereka ( musuh ) dan berilah kemenangan ke atas kami .

Sohih Bukhari Hadis No. 2804 Juz.3 / muka surat 1082Cetakan Darul Ibnu Kathir . Beirut
Sohih Muslim Hadis No.1742 Juz 3 / Muka surat 1362Cetakan Dar Ihya’ Turath al A’rabi. Beirut

UMNO & BN Pembangkang yang Degil .

Bumi ini milik Allah , malah segalanya dibawah kawalan Allah Jalla wa A’la . Selayaknya bumi ini amnya dan tanahair ini khasnya ditadbir dan diselia berasaskan peraturan dan perundangan ( syariat ) Ilahi .

Siapa kita untuk berkata “ tidak !” kepada Allah swt. Lantas PAS sejak awal penubuhannya ( biarpun melalui pelbagai kelemahan dan kekurangan ) terus mencadang supaya hukum Allah ditegakkan sebagaimana firman Allah swt :

و أن احكم بينهم بما انزل الله و لا تتبع اهواءهم و احذرهم ان يفتنوك عن بعض مآ انزل الله اليك فان تولوا فاعلم انما يريد الله ان يصيبهم ببعض ذنوبهم و ان كثيرا من الناس لفاسقون . أفحكم الجاهلية يبغون و من احسن من الله حكما لقوم يوقنون .

Dan hendaklah kamu berhukum diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut keinginan hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka jangan sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebahagian apa apa yang telah diturunkan Allah kepadamu .

Jika mereka berpaling ( dari hukum yang telah diturunkan oleh Allah ) maka ketahuilah sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada kepada mereka disebabkan sebahagian dosa – dosa mereka dan sungguh kebanyakkan manusia adalah orang – orang yang fasiq .

Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki ? Hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang – orang yang menyakini ( agamanya ) .

Surah al Maaidah : Ayat 49 - 50

Namun malang 1001 kali malang , ternyata UMNO & BN sangat degil dan merekalah pembangkang yang “ istiqamah ” dengan penentangannya terhadap Islam yang dicadangkan oleh PAS agar didaulatkan atas tanahair ini .

Sebenarnya tidak timbul siapakah yang akan mendaulatkan Islam , tetapi yang penting ialah Islam mesti didaulatkan . Jika UMNO bersedia mendaulatkan Islam dan melaksanakan syariat sebagaimana yang diajar oleh Nabi saw , PAS sangat bersedia untuk bekerjasama demi kedaulatan Islam .

Malang sekali lagi malang seperti slogan mereka , UMNO dulu , kini dan selamanya membangkang cadangan PAS agar Islam didaulatkan . Persoalannya , kalau PAS cadang nak laksanakan hukum Allah , mereka kata itu hukum PAS , hudud PAS atau Islam PAS lalu dimanakah hukum UMNO , hudud UMNO dan Islam UMNO setelah rakyat memberi mereka mandat yang besar dalam pilihanraya umum 2004 yang lalu dan sebelumnya . Kenapa mereka tidak melaksanakan Islam ?

Firman Allah swt :

الذين ان مكناهم في الأرض أقاموا الصلوة و اتوا الزكوة و امروا بالمعروف و نهوا عن المنكر و لله عاقبة الأمور .

Orang – orang yang jika kami berikan kedudukan ( kuasa ) di muka bumi , mereka mendirikan solat , mengeluarkan zakat dan menegakkan yang ma’ruf ( syariat ) serta mencegah kemungkaran dan kepada Allah kembali segala urusan .

Surah Al Hajj : Ayat 41

Saya tidak percaya mandat yang diberi untuk mereka memerintah adalah untuk mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah seperti arak , judi , kelab malam dan segala macam mungkar serta kezaliman . Apa yang rakyat mahu ialah keadilan dan kesejahteraan jua keamanan sedang segalanya itu ada bersama Islam . Laksanakanlah !

PAS Menegur dan Menasihati Pemerintah .

PAS berusaha keras dengan segala keringat , harta , tenaga malah mengorbankan darah dan nyawa untuk menghantar wakilnya ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri , agar PAS boleh bersuara melalui sistem yang ada pada hari ini guna memberi nasihat , tunjuk ajar , bimbingan dan teguran membina kepada kabinet dan jamaah menteri yang memerintah negara ini di tempat dan ruang dimana undang – undang negara digubal .

PAS juga telah menghantar ratusan memorundum sebagai nasihat bertulis kepada pihak kerajaan dan seluruh agensi mereka supaya melakukan pemulihan dan perubahan dalam perkara – perkara yang perlu .

Memorundum yang mengandungi plan bertindak sebagai cadangan dan bimbingan dari PAS untuk menangani gejala sosial telah dihantar oleh PAS kepada pihak berwajib seperti polis , Jabatan Agama , PLKN dan Pihak Berkuasa Tempatan .

Malah saya sendiri beberapa kali menghantar memorundum kepada Menteri Besar , Jabatan Agama Islam , Majlis Agama Islam , Polis , Mufti dan lainnya dalam pelbagai isu yang mengandungi teguran dan nasihat bertulis agar negeri dan negara tercinta ini tidak tersasar jauh dari rahmat Ilahi .

PAS juga menghantar memorundum kepada SUHAKAM sebagai aduan dan cadangan PAS bagaimana menangani isu Hak Asasi Manusia dan juga Hak Kebebasan Bersuara dan Berhimpun dalam negara ini .

Tidak sahaja PAS menegur dan menasihati kerajaan dan agensinya melalui memorundum tersebut tetapi juga PAS mengadakan dialog dan menegur mereka dengan lunak melalui prinsip engagement yang PAS amalkan .

Apa yang menarik , PAS tidak sahaja mendepani kerajaan dan agensinya tetapi PAS juga tampil menegur dan menasihati kuasa besar dunia melalui kedutaan mereka di sini melalui rundingan dan memorundum yang kita serahkan kepada mereka .

Malah kita turut “tunjukkan perasaan” kita , bagaimana terhiris dan terlukanya hati rakyat atau ummah ini terhadap kekejaman dan kezaliman mereka serta penghinaan yang mereka lakukan ke atas Islam dan penganutnya.

PAS turut bersama dalam menyertai majlis debat , dialog dan rundingan dalam apa jua bidang yang diberi ruang kepada PAS untuk bersuara bagi kita memberi pandangan jua nasihat dan tentunya Islam menjadi dasar pandangan dan nasihat kita .

Pendek kata PAS konsisten untuk mendidik dan membimbing serta menegur dan menasihati pemerintah agar mereka tidak menyeleweng daripada tanggungjawab dan amanah mereka .

PAS tidak pernah mengambil pendekatan ganas ( militan ) apatah lagi tindakan yang membawa kepada fitnah perpecahan solidariti ummah . Justeru itu PAS tidak boleh dicabar keabsahannya untuk bergerak sebagai sebuah badan yang sah , selamat dan berwibawa dalam negara ini .

Menganggap PAS sebagai bughah bukan sahaja tidak benar tetapi menunjukkan sikap tidak teliti dalam memahami nas dan istilah bughah .

Benarkah Pemerintah Tidak Boleh di Tegur Secara Terbuka .

Setelah diambil segala langkah yang didedahkan tadi , kedegilan UMNO & BN melenyapkan segalanya . Betapa terkilannya hati dan hancurnya perasaan menyaksikan UMNO & BN bagaikan berpesta setiap kali menolak cadangan dan nasihat dari PAS . UMNO & BN tidak sahaja menolak cadangan dan nasihat kerana ia datang dari PAS tetapi didorong oleh sikap anti Islam .

Sebagai contoh , kabinet kerajaan UMNO & BN pernah menolak mentah – mentah cadangan dan draf etika berkait dengan industri hiburan yang dikeluarkan oleh JAKIM supaya ianya menurut lunas – lunas Islam .

Fatwa mufti mengenai konsert – konsert dan road show artis yang tentunya tidak menepati tatatertib syara’ juga mengalami nasib yang sama . Bukan sahaja tidak diendahkan fatwa tersebut malah konsert tersebut diperhebat dan diperbanyakkan .

UMNO & BN sering menindas dan menyakiti PAS dengan pelbagai tohmahan melalui media massa yang mereka kuasai dan terus membohongi rakyat dan bersandiwara disebalik sikap hipokrit mereka .

UMNO & BN turut menggunakan polis dan FRU untuk membelasah pemimpin , ahli dan penyokong PAS yang tidak bersenjata .

UMNO & BN juga menggunakan ISA untuk mengurung musuh politiknya secara kejam tanpa peluang membela diri dan menyeksa diri dan keluarga tahanan.

UMNO & BN sering mendakwa bahawa negera ini negara demokrasi tetapi memimpin dan mentadbirnya secara autokrasi .

Segala tekanan , penderitaan dan kesengsaraan ini hanya dirasai oleh pejuang – pejuang Islam dan kebanyakkan mereka adalah ahli PAS . Apa yang boleh mereka lakukan untuk “menjawab” segala kekejaman dan kezaliman UMNO & BN ?

Allah berfirman :

اذن للذين يقاتلون بأنهم ظلموا و ان الله على نصرهم لقدير .

Diizinkan ( berperang ) bagi orang – orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka dizalimi dan sesungguhnya Allah Maha kuasa menolong mereka .

Surah al Hajj : Ayat 39

Firman Allah swt. lagi :

لا يحب الله الجهر بالسوء من القول الا من ظلم و كان الله سميعا عليما .

Allah tidak suka perkataan buruk ( yang diucapkan ) secara terbuka kecuali oleh mereka yang dizalimi . Allah adalah Tuhan Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Hukum Mendedahkan Kesalahan Pemimpin

Mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian samalah hukumnya dengan mengumpat.

Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang.

Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi[4] mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak. Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.

Kesimpulan

Hasil daripada 6 keadaan yang dibolehkan mengumpat ini, kita dapati bahawa mendedahkan kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah UMNO pada hari ini adalah dibenarkan oleh Syarak atas sebab-sebab berikut:

Pertama : Kemungkaran yang dilaksanakan oleh pemimpin UMNO pada hari ini seandainya tidak didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat akan tertipu dengan zahir kebaikan mereka lantas mereka akan memilih UMNO sebagai parti yang memerintah. Namun apabila penyelewengan pemimpin-pemimpin UNMO didedahkan kepada masyarakat, maka ia akan mendorong mereka untuk menggantikan pemimpin-pemimpin lain yang amanah terhadap Islam dan rakyat.

Ini bermakna tindakan mendedahkan kesalahan mereka adalah kerana ingin mengelakkan masyarakat daripada ditimpa oleh kejahatan mereka yang tidak mahu meletakkan Islam sebagai pemutus kepada setiap keputusan negara.

Al-Imam Al Nawawi menyatakan di dalam syarah Sohih Muslim contoh-contoh ghibah dan umpatan yang dibenarkan:

ومنها أن يكون له ولاية لا يقوم بها على وجهها لعدم أهليته أو لفسقه فيذكره لمن له عليه ولاية ليستدل به على حاله فلا يغتر به ويلزم الاستقامة

Maka kalaulah pada zaman Khilafah Islamiah, seseorang rakyat boleh mendedahkan kepada Khalifah keburukan para menteri yang berada dibawahnya yang tidak amanah dengan harapan khalifah dapat menegurnya ataupun menggantikannya dengan menteri yang baru, maka kita pada hari ini boleh untuk mendedahkan kepada rakyat kezaliman pemerintah dan tidak amanahnya mereka terhadap Allah dan rakyat kerana rakyat berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin seperti ini di dalam pilihanraya di bawah sistem demokrasi pada hari ini.

Kedua : Kemungkaran yang dibuat oleh pimpinan UMNO pada hari ini kebanyakannya dibuat secara terang-terangan. Maka ketika itu Islam tidak melarang mana-mana individu untuk mendedahkan kejahatan yang dilakukan secara zahir tersebut kepada rakyat dan orang awam.
Al Iman Al-Ghazali berkata:

وكانوا يقولون ثلاثة لا غيبة لهم الإمام الجائر والمبتدع والمجاهر بفسقه

Maka ini dengan jelas membuktikan bahawa pemerintah yang zalim, mendedahkan kezaliman mereka adalah dibenarkan agar masyarakat dapat selamat daripada kezaliman mereka. Pemerintah yang zalim juga telahpun membuat kezaliman tersebut secara terang-terangan.

Dari konsep kenegaraan pada hari ini, menyelamatkan masyarakat daripada kezaliman pemerintah adalah dengan cara tidak memberikan undian kepada mereka pada musim pilihanraya.

Ketiga : Pendedahan kejahatan para pemerintah pada hari kepada masyarakat adalah atas sebab kita ingin meminta bantuan masyarakat untuk mengubah kezaliman pemerintah dengan cara menjatuhkan mereka di dalam sistem demokrasi yang digariskan oleh perlembagaan Malaysia.

Penutup

Walaupun kita dibenarkan mendedahkan kepada rakyat kejahatan dan kezaliman para pemimpin yang zalim, namun keharusan ini hendaklah atas dasar ingin mencegah kemungkaran.
Namun, seandainya kemungkaran yang dilakukan oleh para pemimpin adalah kemungkaran tertutup yang hanya berkait antara dia dan Allah yang tidak melibatkan sebarang kezaliman kepada rakyat , maka haram hukumnya kita mendedahkan kejahatan yang disembunyikan oleh pemimpin tersebut kerana dengan menyebarkan kepada masyarakat umum, ini akan mendedahkan aib seseorang itu.

Selagi mana kemungkaran itu tidak dilakukan secara terang-terangan maka kita tidak boleh mendedahkannya kepada masyarakat.

[1] Ini adalah kerana pertembungan PAS & UMNO bukan kerana nafsu merebut kerusi dalam pilihanraya , tetapi melibatkan soal prinsip dan dasar iaitu Islam demi mendaulatkannya di Tanahair ini sementara UMNO membangkang usaha tersebut .

[2] Antara orang – orang yang zalim ialah mereka yang enggan melaksanakan hokum Allah swt sekalipun mereka telah memiliki mandat untuk berkuasa . Ianya berasaskan firman Allah swt : و من لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الظالمون . . Rujuk Surah al Maaidah : Ayat 45

[4] Nas Al-Imam Al-Nawawi dalam Syarah Muslim Bab Tahrim al Ghibah , adalah seperti berikut:

قال الإمام النووي في شرح مسلم باب تحريم الغيبة:
"والغيبة ذكر الانسان في غيبته بما يكره واصل البهت أن يقال له الباطل في وجهه وهما حرامان لكن تباح الغيبة لغرض شرعي وذلك لستة أسباب
أحدها التظلم فيجوز للمظلوم أن يتظلم الي السلطان والقاضي وغيرهما ممن له ولاية أو قدرة علي انصافه من ظالمه فيقول ظلمني فلان أو فعل بي كذا
الثاني الاستغاثة على تغيير المنكر ورد العاصي إلى الصواب فيقول لمن يرجو قدرته فلان يعمل كذا فازجره عنه ونحو ذلك
الثالث الاستفتاء بأن يقول للمفتي ظلمني فلان أو أبي أو أخي أو زوجي بكذا فهل له ذلك وما طريقي في الخلاص منه ودفع ظلمه عني
ونحو ذلك فهذا جائز للحاجة والاجود أن يقول في رجل أو زوج أو والد وولد كان من أمره كذا ومع ذلك فالتعيين جائز لحديث هند وقولها أن أبا سفيان رجل شحيح
الرابع تحذير المسلمين من الشر وذلك من وجوه
· منها جرح المجروحين من الرواة والشهود والمصنفين وذلك جائز بالاجماع بل واجب صونا للشريعة · ومنها الاخبار بعيبه عند المشاورة في مواصلته · ومنها اذا رأيت من يشتري شيئا معيبا أو عبدا سارقا أو زانيا أو شاربا أو نحو ذلك تذكره للمشتري اذا لم يعلمه نصيحة لا بقصد الايذاء والافساد · ومنها اذا رأيت متفقها يتردد إلى فاسق أو مبتدع يأخذ عنه علما وخفت عليه ضرره فعليك نصيحته ببيان حاله قاصدا النصيحة · ومنها أن يكون له ولاية لا يقوم بها على وجهها لعدم أهليته أو لفسقه فيذكره لمن له عليه ولاية ليستدل به على حاله فلا يغتر به ويلزم الاستقامة
الخامس أن يكون مجاهرا بفسقه أو بدعته كالخمر ومصادرة الناس وجباية المكوس وتولي الامور الباطلة فيجوز ذكره بما يجاهر به ولا يجوز بغيره الا بسبب آخر
السادس التعريف فاذا كان معروفا بلقب كالاعمش والاعرج والازرق والقصير والاعمى والاقطع ونحوها جاز تعريفه به ويحرم ذكره به تنقصا ولو أمكن التعريف بغيره كان أولى والله اعلم"

12 comments:

PersatuanMahasiswaFSSK said...

ya 'tantawi'..ana rasa enta kna cari identiti sendirilah..enta msti ckp cara enta brcramah skrg n anything else about yourself is truly yourself..but i think you lie..ana dpt rasakan enta sebagai seorang yang agak gilakan darjat dan pujian, populariti. enta cuba membentuk autoriti perwatakan..tapi yakinlah, autoriti perwatakan yang enta anuti itu tidak akan bertahan lama dan lebih penting..tidak akan membawa apa-apa manfaat untuk jihad fisablillah..ubahlah cara enta..enta bukan TG Hadi Awang..bahkan tidak layak pun walau sekadar bergelar TG Hadi Awang Jr. jauh panggang dari api. Bentuk identiti sendiri. Biar tergagap-gagap seperti Salehuddin Ayub..yang penting..dia ada identiti sendiri..Satu lagi..enta memakai gelaran tantawi?apa motif enta? enta orang pahang..bukan orang tanta..enta tidak malu ke..ke memang kulit muka enta sudah sedia tebal..dan ana tau..tantawi itu enta guna sebab hendak riak..ketahuilah, walau enta memakai gelaran nasrudin hassan tantawi, orang tidak akan menganggap enta yusuf tantawi..enta meniru 100% gaya TG Hadi Awang..orang tidak akan menganggap enta TG Hadi Awang pun..

Teguran Ikhlas dari orang yang tidak meminati dan mengagumi enta..tetapi meminati dan mengagumi Allah S.W.T..Wallahua'lam..

'tantawi'..ana nk enta jawab persoalan ini..jika enta ikhlas..jelaskan kepada ana..sudah beberapa kali ana komen hal ini dlm blog enta..tp enta membisu..-Bahrin, Lembah Palas, Changlun, Kedah.

Gorgon Kuning said...

Ustaz Din,

Dulu saya suka layari dan baca blog ustaz kerana blog ustaz bersifat waqie dan banyak mengulas isu. Sekarang saya lihat sebaliknya.

Sudah2lah pasal Hala Tuju PAS ni. Berjela-jela. Bosan nak bacanya. banyak lagi isu dalam negara kita yang tak selesai.

Saya cadangkan ustaz tulis pasal kes kerajaan Perak skang. Dapat juga input situasi itu dari pandangan ustaz. Itu yang kami nak baca. Menikmati ketajaman pemikiran ustaz.

Ni semua nik abduh punya pasal lah. Satu artikel dia sampai berminggu-minggu pimpinan dilaga-lagakan. Kata kat orang buat kerja bodoh dalam PAS. Padahal dia sendiri yang menjadi kepalanya.

Unknown said...

yela ustaz din cukupla,ana rasa org dah tak mau baca berjela jela, kalau yr target untuk org bukan pas then ok tapi ana rasa hanya ahli pas saja mengunji blog ustaz, so tak payahla nak damage control,cuba nasihat sahabat ustaz nik abduh, jgn buat kerja kerja bodoh lagi.

bila berbicara luaskan scop sikit, ahli pas ramai dan 90% bukan ustaz/ulama cuma semua matlamat sama.cukupla kami dah fedup, terus kan dakwah cara masinh2, jgn perkecilkan usaha dakwah ahli pas bukan ustaz.

cukuplah

Revera said...

Saya ahli biasa. Atas pagar pun ya jugak. Sokong PR kerana menentang kezaliman.
1.Hairan, kenapa nak sangat berbaik2 dengan UMNO tu? Ada habuan ke?
2. kenapa nik abduh tulis macam tu? melaga2kan pimpinan.Orang atas pagar macam saya pun rasa cam PAS pun nanti sama macam UMNO.
3. Mana setiakawan. Dah PAS dengan PR- kenapa nak adakan deal dengan UMNO lagi? TGNA kata kena pegang pada janji kan. Apa perasaan kita kalau team kita nampaknya lebih menyukai perpaduan/kerjasama dengan musuh. Tentu hilang kepercayaan kita. Sekarang PAS nak macam tu ke?; Hilang kepercayaan dari orang yang bukan ustaz ustazah ni? Ke PAS tu utk USTAZ2 yang perasan bagus sangat je? Bukan ke PAS for ALL.

4. TGNA pun dah tegur Nik ABduh. WAlaupun onar yang dia bawa rasanya membawa kepada perpecahan. Kenapa tak boleh bincang tertutup ke sampai semua (musuh) pun tahu. Kalau macam ni macamana Islam nak menang. Sebijik macam PERANG UHUD. Baru menang skit, dah eksyen. tak sedar diri. TERUS AKHIRNYA KALAH TERLENTANG. Agaknya diorang ni nak jadi macam tu la. Kata ustaz sangat tapi tak ambil pun iktibar.

khalif13 said...

Jangan layan orang yang nak baca benda yang mereka seronok sahaja.

Teruskan agenda tarbiyyah dan penerangan ustaz.

Sampai istilah tantawi pun nak kondem, busuk hati betul.

Saya dapati berlambak sudah isu pasal perak, saya akan baca blog ustaz setiap hari sebab penulisan ustaz ada nilai ilmiah dan menyampaikan.

Tapi saya tidak dapat bantah jika ada yang menegur kita untuk muhasabah, muhasabah adalah pemakanan dan keperluan.

muslimat said...

Interaksi di laman maya ni boleh macam-macam...maklumlah tidak berhadapan dan tidak kenal muka.
Orang UMNO boleh mengaku pas, orang pas mengaku UMNO, orang keadilan mengaku pas, orang pas mengaku DAP....boleh macam-macam.

Tak ramai orang pas yang komen diblog ustaz ni...yang ramai orang mengaku pas....

muktamar dah dekat, perang saraf dah bermula, kemungkinan serangan hebat dari pihak ketiga...yang tak dapat dikenalpasti dari kapal perang mana...

menarik juga perang camni ustaz, kalau tak hati-hati kita boleh tertembak sesama sendiri.

achoksabah said...

saya setuju ustaz mengulas sesuatu isu dengan hujjah dan nas..saya rasa byk juga yg kita boleh pelajari dari blog ustaz..teruskan usaha ustaz untuk menulis dan memberi input yg berguna

tapi, saya mahu tekankan bahawa, kita ni kenalah bersikap adil,jangan kita gunakan sesuatu nas untuk membela diri sendiri je,tapi bila kena org lain, maka dengan cepatnya kita menghentam mereka..

YUSSAINE YAHYA said...

Takda salahnya meniru org yg baik dan soleh. Para sahabat Nabi dulu pun tiru Rasulullah dalam banyak hal. Kita nak tiru pimpinan kita, di mana salahnya? Lebih baik tiru Tn Guru Haji Hadi dari tiru Anwar Ibrahim. Kalau tak puas hati berilah hujjah yg Anuar lebih baik dari Tg Hj Hadi. Kalai sekadar nak sambung fitnah yg dicedok dari mulut org baik tak payah.

Di mana yg kita boleh tahu isi hati org??. Malaikat yg kanan yg bertugas bawak amaln naik kpd Allah pun tak tahu apa isi hati seorang hamba apatah lagi status amalan, inikan pula kita nak tuduh org riak?. Nisbahkan diri kita dengan tempat yg mulia untuk mengambil keberkatan takda salahnya dalam agama.

Bila kita berhujjah guna nas agama, nanti ada pulak yg kata kita candukan agama utk kepentingan kita!

Us Din, takdak org yg boleh persoal keikhlasan enta selagi tiada bukti yg jelas. Kalau dah ada bukti lain pulak ceritanya.

Tak payah enta pedulikan kepala hotak UMNO yg ada dalam PAS sekarang ni. Teruskan kerja buat enta.

Org yg sibuk nak mamposkan UMNO pun kepala hotak mcm UMNO.

Unknown said...

yusaine

enta buat lawak apa ni,

muslimat said...

Bahrin lembah palas,

jangan ambik hak Allah. Benda 'dalam perut' adalah hak Allah. Mana anda tahu ustaz din riak ?? anda nampak dgn jelas.

Anda menyerang atas 'sangkaan' dan mustahil dapat anda buktikan dgn jelas.
Berhati-hati...jangan menyimpan niat utk menghina dan mengaibkan orang kerana Allah boleh menjadikan kita sgt hina dan singkap 'hijab' kita. Allah boleh aibkan kita semula.....takut nanti aib yang Allah uji untuk kita tidak tertanggung fizikal dan mental..

takutlah pada Allah yang Maha berkuasa, dan sangat keras balasanNya..

AnTi AljUbuRi said...

Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 5, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu kamu akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah kamu akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!

Anonymous said...

Apa masalahnya memakai Tantawi? Jika ada mana-mana Ustaz yang memakai istilah Al-Yamani atau mana-mana tmpt bljr yang lain, adakah mereka juga riak? Bagi ana, istilah yang digunakan sekadar untuk memuliakan tmpt di mana mereka bljr. Siapa anta nk menuduh seseorang itu riak?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive