Konsep Kepimpinan Ulama'
Soohibus Samaahah
al Ustaz Mohd Daud Al I'raaqi
dan Ybg Dato' Hj. Mustafa A'li
Soohibus Samaahah al ustaz Mohd Daud al I'raaqi Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat baru - baru ini telah menyuarakan pandangannya agar Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dikalangan ulama' .
Ybg Dato' Hj. Mustafa A'li Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga merupakan Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat turut menegaskan perkara yang sama ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kelmarin .
Dato' Mustafa Ali adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang bertanggungjawab menggagaskan Kepimpinan Ulama' dalam PAS pada tahun 1982 yang lalu . Saya kira beliau antara yang paling layak untuk mempertegaskan apakah yang dimaksudkan dengan konsep Kepimpinan Ulama' .
Beliau menyebut bahawa Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dikalangan ulama' sekaligus menyokong kenyataan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat yang baru - baru ini mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak termasuk sebahagian dari pemimpin parti sendiri .
Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan pandangan kedua - dua tokoh tersebut . Saya memohon maaf berbanyak maaf dari semua pihak agar tidaklah pula saya menjadi sasaran kritikan selepas ini kerana menyokong pandangan kedua - dua tokoh pimpinan tersebut . Saya menyokong dan menyebutnya disini sekadar untuk berhujjah sementara saya menghormati pandangan - pandangan pihak lain .
Melalui hujjah sokongan saya kelak , saya akan pastikan bahawa saya tidak akan menyentuh jauh sekali mempertikai dan mendedahkan keaiban peribadi sesiapa . Malah sememangnya sejak dulu saya sangat berhati - hati agar tulisan saya tidak secara terbuka mendedahkan keaiban individu - individu tertentu . Saya hanya akan mengkritik hujjah dengan maksud hujjah lawan hujjah atau pandangan dinilai dengan pandangan yang kedua .
Konsep Kepimpinan Ulama'
Benar saya sangat bersetuju bahawa tiada hitam putih dalam perlembagaan parti [ PAS ] yang menyebut mengenai kedudukan Presiden dan timbalannya mestilah dikalangan ulama' dan inilah yang menjadi hujjah sebahagian dikalangan kita untuk tidak bersetuju dengan pandangan Ketua Dewan Ulama' dan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat tadi .
Namun begitu , semangat Kepimpinan Ulama' telah diterjemah tanpa sebarang pertikaian sejak mula Konsep kepimpinan Ulama' ini diterima pakai dalam parti dengan meletakkan Presiden , Timbalan Presiden dan salah seorang dari Naib Presiden adalah dikalangan ulama' . Sekian lama parti mengatur gerakkerja , mengkader jentera pelapis , memantapkan aqidah dan fikrah perjuangan dengan begitu lancar tanpa sebarang halangan dan pertikaian dikalangan ahli .
Malah , menerusi konsep Kepimpinan Ulama' inilah [ yang turut menyaksikan gandingan hebat dan mantap golongan ulama' dan profesional ] PAS telah berjaya membawa pulang kemenangan demi kemenangan malah turut membawa PAS berwajah hebat dan gah di persada politik tanahair .
Cuma kini , setelah PAS berada di mercu kejayaan maka timbullah pertikaian betapa Presiden dan Timbalannya tidak semestinya dikalangan ulama' . Lahirlah kalimah kepimpinan islam , Kepimpinan bertaqwa dan sebagainya bagi menjelaskan bahawa Kepimpinan Ulama' tidak lagi relevan masa kini . Mereka cuba untuk menggantikan konsep kepimpinan ulama' tersebut .
Persoalannya kenapa sekarang timbul pertikaian ini ? kenapa sekarang konsep yang telah diterima pakai sejak sekian lama mahu dipertikai ?
[ Apakah sejarah ulama' sepanjang abad akan berulang dalam parti ini ? Kita tentu masih ingat bagaimana nasib para ulama' yang turun ke medan juang memimpin ummah dan menggerakkan jihad menentang penjajah dan musuh - musuh Allah swt. di seluruh dunia , tetapi akhirnya apabila penjajah berjaya dihalau keluar dari tanahair mereka , maka golongan sekular naik menjadi pemerintah .
Inilah yang berlaku kepada Tengku Dawud Beureueh di Indonesia [ beliau berjaya memimpin dan menggerak para ulama' dan pelajar pondok bangkit menentang penjajah ] , namun setelah berjaya menghalau Belanda , Tengku Dawud Beureueh dipenjara dan Sukarno yang naik memerintah negara sebagai Presiden .
Demikianlah nasib para ulama' di negara - negara lain , [ sekadar menyebut beberapa contoh seperti Omar Mokhtar di Libya , Said Badiuzzaman An Nursi di Turki ] termasuk negara kita . Perjuangan menetang penjajah dimula dan digerakkan oleh para ulama' seperti Tuan Guru Hj. Hassan bin Munas di Pasir Puteh dan Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu yang akhirnya mereka di bunuh dan dibuang daerah , sementara yang mencipta nama untuk memerdekakan negara ialah Tunku Abdul Rahman yang tidak pernah menitis walau setitik darah dibumi bertuah ini .]
Saya bimbang ulama' hanya dijadikan seperti penolak kereta buruk . Sewaktu kereta itu rosak dan tidak mampu dihidupkan enjinnya , maka ulama' dipanggil untuk menolak kereta tersebut agar dapat membantu menghidupkan enjinnya . Malangnya , sebaik sahaja enjin kereta itu hidup dan dapat meneruskan perjalanan , kereta dan pemandunya terus meluncur laju kehadapan tanpa menoleh kepada orang yang bantu menolak kereta tersebut . sebaliknya hanya ditinggalkan asap sahaja buat mereka jauh sekali mahu mendengar ucapan terima kasih .
Apakah setelah ulama' berjaya mengembeling tenaga dan para kadernya sejak sekian lama membangunkan parti [ sehingga berjaya ke tahap ini ] , sekali lagi mereka akan makan asap ? asap hitam pulak tuu .....
Terima Kepimpinan Ulama' ?
Mereka berhujjah bahawa mereka menerima kepimpinan ulama tetapi Presiden dan Timbalan Presiden tidak mesti Ulama' . Sebaliknya kepimpinan ulama' itu dirujuk kepada tertubuhnya Majlis Syura Ulama' . " Lagi pun , mana ada dalam perlembagaan PAS bahawa Presiden dan timbalannya mesti ulama' ! .." begitulah hujjah dikemukakan .
Pertama : Saya teringat hujjah popular yang digunakan oleh Al marhum Ustaz Buniyamin Yaacob apabila berdepan hujjah yang mengatakan , kenapalah PAS beria - ia benar mahu menegakkan negara Islam sedang Negara Islam tidak tercatat di dalam rukun Islam mahupun rukun Iman .
Benar , tiada disebut mengenai negara Islam dalam rukun Iman dan rukun Islam . Tetapi ia menjadi semangat atau ruh yang mesti diperjuangkan setelah kita menerima rukun Islam dan rukun Iman . Samalah seperti basuh berak kata Al marhum ustaz Buniyamin . Perbuatan basuh berak tidak disebut dalam mana - mana rukun Iman mahupun Islam . Tetapi kenapa kita basuh berak ? atau ada sesiapa yang tidak basuh berak ? semata - mata kerana ia tidak termaktub dalam rukun Iman dan Islam .
Maksud saya , walaupun ketetapan " Presiden dan Timbalannya mesti dikalangan ulama' " tidak termaktub di dalam perlembagaan parti , tetapi semangat dan ruh Kepimpinan Ulama' adalah begitu . Mesti Presiden dan Timbalannya adalah ulama' .
Bagaimana mereka mendakwa bahawa mereka menerima konsep kepimpinan Ulama' tetapi tidak bersetuju Presiden dan Timbalannya dikalangan ulama' ?
Konsep Kepimpinan Ulama' yang mereka faham itu bagaimana ? dimana mereka meletakkan ulama' dalam kepimpinan ini ? Apakah cukup sekadar ulama' berada di saf kepimpinan PAS pusat seperti yang lain ... Jika ini maksudnya , maka tidak perlulah konsep Kepimpinan Ulama' tersebut dipakai dalam parti . Sebab .... tanpa konsep ini pun ulama' memang sedia wujud di dalam saff kepimpinan PAS Pusat .
Tentunya penerimaan konsep Kepimpinan Ulama' meletakkan keistemewaan tersendiri kepada parti di mana ulama' mesti diberi diberi kepercayaan untuk memimpin parti di kerusi tertinggi seperti Presiden dan timbalannya .
Ini tidak pula bermakna parti menafikan sumbangan tenaga pihak lain seperti aktivis parti dan para profesional . Mereka tetap bernilai dan berharga tinggi kepada parti sebagai supporter group kepada kepimpinan ulama' .
Kedua : Kalau kepimpinan Ulama' itu bermaksud Majlis Syura Ulama' , maka ia juga tidak menafsirkan keistemewaan Konsep Kepimpinan Ulama' yang diterima pakai selama ini . kerana .....Majlis Syura Ulama' ditubuhkan berfungsi bukan sebagai satu badan yang mengarah dan memimpin tindakan politik parti . Sebaliknya berfungsi untuk mengawal matlamat dan objektif perjuangan parti agar tidak terseleweng dari landasan syarak dan sekaligus berfungsi sebagai pemutus polisi parti dalam menetapkan misi dan visi parti .
Kalau dirujuk kepada perlembagaan parti Fasal 7 perkara 3 (a) (b) (c) kita dapat memahami bagaimana Kepimpinan Ulama' tidak terhenti dengan penubuhan Majlis Syura Ulama' tetapi mestilah Ulama' memimpin tindakan politik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden .
Kuasa Majlis Syura Ulamak menurut
Perlembagaan PAS pindaan 2001 Fasal 7 3 (a) (b) (c)
(a) Menghurai , menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana - mana peruntukan di dalam perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya .
(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana -mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak - kehendak dalam perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan , gerakan dan pentadbiran PAS .
(c) Memelihara , menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik ahli - ahli jawatankuasa tatatertib PAS seperti yang diperuntukan dalam fasal 75 Perlembagaan ini .
Kenapa Timbalan Presiden juga mesti Ulama'
Timbalan adalah peganti kepada Presiden diwaktu ketiadaannya malah boleh dikatakan Timbalan Presidenlah bakal menggantikan Presiden pada masa yang akan datang secara tradisinya . Justeru itu , mereka yang mahu sampai ke kerusi Presiden juga mestilah ulama' . Saya tidak menyebut siapa ? apa namanya ? tetapi saya menyebut ulama' .
Asal hukum wudhu' tidaklah wajib , tetapi apabila mahu mendirikan solat sedang solat itu hukumnya wajib dan wajib pula bersih dari hadas maka wudhu' menjadi wajib . Teori atau kaedah yang sama boleh dimanafaatkan , Oleh kerana Presiden mesti dikalangan ulama' , sedang timbalannya akan mengambil tempat Presiden dikala ia tiada atau berkeuzuran , maka timbalan Presiden juga mestilah dikalangan ulama' .
Ulama' yang saya maksudkan
Ulama' yang tinggi ilmunya , beriman , bertaqwa dan beramal dengan ilmunya . Ulama' yang turun ke medan berjuang menegakkan agama Allah swt disamping itu , ulama' ini berkeupayaan menggerakkan jentera dan organisasi . Mengurus gerakkerja dan mengatur pentadbiran parti .
Insyaallah , ulama' seperti ini ramai di dalam parti .
Wajar dan syari'enya ulama' memimpin kerana ilmu dan taqwa yang mereka miliki . [ ertinya ulama' yang tidak bertaqwa atau ulama' as suu' ( jahat ) terkeluar dari perbahasan ini walau ia alim .]
Ulama' ni banyak jenis . baru - baru ni heboh satu Malaysia marahkan sahabat saya ustaz Nik Mohd Abduh menyebut pasal Ulama' Mee Celup . Ada pula seorang mufti segera menyampuk bahawa tiada dalam Islam gelaran Ulama' Mee Celup . [ teringat saya pada seorang kawan saya yang digelar Wan mee Celup ]
Islam melalui al quran dan sunnah nabiNya saw banyak tempat menyebut perihal ulama' yang jahat atau juhala' yang mengaku alim .[ saya tidak sempat membawa dalil naqli - jika perlu saya postkan kemudian insyaallah ]
Ada ulama' bisu , ada ulama' suu' [ jahat ] . Tok Guru Nik Aziz sendiri pernah menyebut Ulama' Terompah Kayu dan saya selalu guna Ulama' Kuda Kepang . Ertinya ulama' yang berilmu tetapi mudahnya mereka tidak beramal dengan ilmu yang ada pada mereka . Menyembunyikan kebenaran dan menggunakan ilmu hanya kerana kepentingan periuk nasi , yang ini saya kata Ulama' Rice Cooker .
Ustaz Nik Mohd Abduh sebut Ulama' Mee Celup tu untuk menggambarkan mereka yang jahil tetapi mengaku atau berlagak alim , akhirnya banyaklah salah dan silapnya dalam membawa kefahaman kepada ummah . Jika dia memang alim dan tahu Islam maka dia bukan Ulama' Mee Celup ..... usahlah gusar .
30 comments:
salam
ana amat jelas dengan tulisan us Din kali ni, syukran us!
ASYIK MENYOKONG JE STATEMENT ORANG LAIN. APA BARANG ULAMA.
salam ustaz,sy just nak tau bukankah ikhwanul muslimin dipimpin oleh golongan profesional tetapi tarbiyyah mereka memungkin mereka utk mendapat pelajaran agama yg tinggi shg mungkin boleh dikatakan bertaraf ulama' ulumul islamiyyah?jd, apakah tuntutan utk pres n timb pres dp glgn ulama' sdh tertutup bg glgn profesional?sy hanya nak tau ye ustaz. sy mmg bersetuju dgn kepimpinan ulama' tp adakah ulama' hanya terdiri dp glgn yg belajar khusus dlm agama shj?ustaz, tlg jelaskan agar sy faham. sy hanya nak tahu dan bukan berdebat. hanya nak tahu.
kalo ust din terus menyokong
husam lawan presiden...
saya akan sokong 200 %
ust Nik abduh lawan ketua pemuda
PAS pusat dgn ust Din
Assalamualaikum
Ulama' ertinya yang beriman , berilmu , bertaqwa dan beramal dengan ilmunya .
Siapa sahaja boleh menjadi ulama' jika ia telah memiliki ilmu Islam yang tinggi , beriman dan bertaqwa serta beramal dengan ilmunya .
salam, gue mau ketawa utz...lepas nibanyak utz akan jadi penarik beca aje..sebab tak bolih pimpin pas lagi..apasal kemaruk jawatan ni...serah ajelah dekat ahli pas..kenapa utz pobia ke bila Mat Sabu and Husam mau lawan Utz NASA,,,biar ajelah...and serah ajelah dekat ahli pas...ni daa..belum apa-apa dah kempen utz NASA...bila kato hanya ulama aje jadi no1 and no 2...tu kempen lah nama nye. utz secara tak lansung kempen utk utz NASA..anyway utz NASA ni ulama ke..atau hanya lulusan agama aje....lepas muktamar ni...
Ust Nasha
Bahawa komen Ust ni. Mendekati aqidah Syiah. Syiah aje yang ada konsep memutlakkan kepimpinan kepada golongan berpendidikan agama formal. Dalam Sunnah, agak umum, iaitu konsep Al-Quwwah wal Amanah sahaja. Adakah Ust cuba mengambil acuan Syiah. Tetapi di Iran pun, Pres dia pun boleh bukan Ulamak. Maknanya tafsiran Kepimpinan Ulamak Ust Nasha lebih ekstrim daripada kepimpinan Ulamak Syiah. Kalau geng Salafi Saudi atau mufti Saudi tahu ustaz buat tafsiran macam ni. Mesti diorang mengkafirkan Ustaz punya.
Sejarah Islam, selepas khulafak rasyidin, ramai khalifah orang biasa tetapi berbakat dan berkebolehan. Sementara mempunyai semangat jihad dan amanah yang kuat. Itulah dia kepimpinan Islam.
saya bukan nak pertahan spa2...cuma,bagi saya,us din tulis dan kemukan ni sebab ada pimpinan pas dan ahli pas yg tak faham konsep dalam jamaah...bila otak dah campur dgn profesional ni susah skit..
klu shabat2 kaji blog2 pimpinan pas atau ahli2 pas,yg pro ulama dan professional ni...lihat sapa yg mula dulu isu yg pelik2..saya nampak u din cukup berhikmah dalam berbahasa,tapi takkan byk kali dijelaskan,org asyik main kasar,buat tak faham...kene lah jelas sejelas2 nya...biar kene atas butir tu ...
saya bukan penyokong ustaz nasha.
saya berpendapat bengong jika TG haji hadi nak bawa PAS masuk dalam BN. Ada orang guna isu ini sebab nak jatuhkan TG Haji Hadi.
Dulu pelbagai istilah pelik yang TG Nik aziz gunakan (barua, tuhan samseng dll), berjaya kita neutral dengan hujah. cadangan kerajaan perpaduan juga kita boleh neutralkan. permasalahan ada orang berkepentingan.
Saya sendiri akan rosak undi atau jatuhkan TG Haji Hadi atau Cikgu Pa jika mereka bawa masuk PAS ke dalam BN tanpa alasan munasabah dan suasana sekarang.
Puak berkem mee celup bukan main mengagungkan TG Fadzil Nor. Tapi kita kena cari sebab kenapa TG Fadzil Nor membawa masuk ustaz nasha ke dalam badan tertinggi PAS?.
saya bukan berkem ulama, mee celup, erdogan, muzakarah, erbakan atau kerajaan perpaduan. Tetapi saya anti sifat bertuankan anwar yang ada dalam PAS.
selagi ulama bertaqwa, kita sokong ulama.
saya bukan penyokong ustaz nasha.
saya berpendapat bengong jika TG haji hadi nak bawa PAS masuk dalam BN. Ada orang guna isu ini sebab nak jatuhkan TG Haji Hadi.
Dulu pelbagai istilah pelik yang TG Nik aziz gunakan (barua, tuhan samseng dll), berjaya kita neutral dengan hujah. cadangan kerajaan perpaduan juga kita boleh neutralkan. permasalahan ada orang berkepentingan.
Saya sendiri akan rosak undi atau jatuhkan TG Haji Hadi atau Cikgu Pa jika mereka bawa masuk PAS ke dalam BN tanpa alasan munasabah dan suasana sekarang.
Puak berkem mee celup bukan main mengagungkan TG Fadzil Nor. Tapi kita kena cari sebab kenapa TG Fadzil Nor membawa masuk ustaz nasha ke dalam badan tertinggi PAS?.
saya bukan berkem ulama, mee celup, erdogan, muzakarah, erbakan atau kerajaan perpaduan. Tetapi saya anti sifat bertuankan anwar yang ada dalam PAS.
selagi ulama bertaqwa, kita sokong ulama.
wan ziarahsufi
Salam
Saya setuju dengan El-Misriy. Kemutlakkan kepimpinan ulamak bagi saya adalah memutlakkan kepimpinan kepada mereka yang ada degree FPI. Sebab itu, saya lebih selesa menggelarkan kepimpinan degree FPI. Kerana ulamak ini sangat tinggi nilainya. Tidak semua orang ada degree FPI itu ulamak. Tidak semua orang ada degree FPI itu soleh.
Kalau kepimpinan ulamak itu ditafsirkan dengan orang nombor satu mesti ada degree FPI, maka UMNO ketika zaman Pak Lah Badawi adalah kepimpinan Ulamak, sebab Pak Lah Badawi ada degree FPI daripada UM. Pak LAh Badawi keturunan Ulamak. Kan pening takrifan itu.
yang penting adalah kepimpinan Islam yang ada AL-Quwwah wal Amanah.
Salam
Bagi saya, konsep kepimpinan Ulamak yang diuar-uarkan sekarang adalah berpunca daripada politik tidak jujur sebahagian golongan berdegree FPI. Mereka suka pada Ust Nasa Mat Isa, maka mereka cari ayat quran dan dalil untuk mewajibkan orang secara hukmi untuk menyokong calon favourite mereka.
Taktik kempen mereka.
1. Apabila Ust nasha lawan Ust Hasan Shukri dan Ust haron Taib, disebabkan puak ini sokong Ust Haan Shukri dan Haron Taib masa tu, nak cakap Ust Nasha ni bukan ulamak, masalahnya ust nasha ada degree FPI, jadi mereka kata Ust nasha adalah ulamak liberal dan Ust Ulamak Haron Taib adalah ulamak yang sebenar
2. Apabila geng ni sokong ust nasha pulak, apabila yang lawan Ust Nasha tak ada degree FPI, maka mudahlah kata, nak lawan kepimpinan ulamak.
3. Cuba kita letak Dr Mujahid untuk bertanding Timbalan Presiden, apa pulak hujah puak ni. Nak kata lawan kepimpinan Ulamak? Dr Mujahid ada Phd FPI. mesti guna hujah JIM pulak.
Point dia, slogan kepimpinan ulamak hanyalah ilusi optik untuk mengaburi mata perwakilan dan menyembunyikan kelemahan pimpinan yang tidak reti buat kerja dan ada hati nak bergabung dengan UMNO. Samalah macam One Malayisa Najib
apalah dr yunus ni membebel...dr dah ni...malu aku
apalah dr yunus ni membebel...dr dah ni...malu aku
salam juang ust..
barakallahufiik atas perkongsian ini..
smg Allah mudahkan segala urusan dan niat murni kita..
kita sentiasa husnuzzon pd semua..uter
salam juang ust..
barakallahufiik atas perkongsian ini..
smg Allah mudahkan segala urusan dan niat murni kita..
kita sentiasa husnuzzon pd semua..
Salam..
Us.. saya amat menokong kepimpinan ulama.. Tapi di dalam perjuangan ini saya amat berharap sama ada golongan Ulama atau Profesional hendaklah saling bekerjasama berganding bahu seperti di zaman para sahabat.. Dengan itu sekiranya Ulama di zaman ini menitik beratkan sangat tentang mesti mempunyai Izajah dalam ilmu Islam maka wajibkanlah setiap pimpinan untuk memiliki ijazah tersebut...
Namun bagi saya ilmu itu seharusnya seseorang itu bergurulah dengan seorang guru yang alim seperti yang dilakukan dipondok-pondok...
tidak semestinya ijazah itu ilmunya tinggi
Kepada orang yang menyokong Professional sebagai pimpinan utama kerana sebab pimpinan ikhwanul muslimin atau jemaah lain tak syaratkan pun ulama memimpin............. Mereka haruslah bandingkan pemimpin professional mereka dengan ulama dari sejarah proses tarbiyyah yang telah dialami oleh individu-individu ini.
Saya yakin, ramai pimpinan ulama dalam pimpinan Pas pusat telah lebih mendalami tarbiyyah dari ikhwanul muslimin ketika mereka belajar di mesir dan jordan.
Cukup ker kalau idea bernas, tapi tarbiyyah dan disiplin jemaah tak pernah ikut silibus gerakan?
Macam mana nak tunjuk contoh pada ahli kebanyakan?
Kepada Ziarah Sufi
Lebih baik bertuankan Anwar Ibrahim daripada bertuankan Pak Lah Badawi dan Najib Tun Razak. Anwar Ibrahim secara terbuka di hadapan DAP declare bahwa dia akan laksanakan hudud selepas PR memerintah semasa berkempen di Terengganu. Jadi isu pilihanraya statement dia tu. Mana nak sorok point ni. Husam pun declare secara terbuka bahawa beliau akan bawak hudud selepas PAS memerintah masa debat dengan Khairi. Nak apa lagi???
Sedangkan UMNO, saman hudud lagi ada. UMNO yang perangai buruk macam ni, Ust Nasha nak rapat, sampaikan retak hubungan dalam Pakatan Rakyat.
Ulamak, Ulamak, Ulamak!!!!!
Pewaris Nabi
(Tak malu bagi title kat diri sendiri ulamak.)
Tahun 2003, Dato Mustapha Ali telah bertanding merebut kerusi Timbalan presiden PAS dengan Ust Hassan Shukri.
Adakah dengan perlawanan tersebut dato' Mustapha ali juga telah mebgiktiraf dirinya sebagai ulama'? (kerana mengikut kenyataannya Presiden & Timbalan Presiden mesti seorang ulama').
Salam
Jangan perleceh Ilmu orang lain hanya semata-mata dia tak ada degree FPI. Rendahkan diri. Di mana sifat tawaduk, merendah diri, dan bersangka buruk kepada orang lain termasuk golongan Profesional di dalam PAS. Bukankah semua itu ada diajar di dalam usrah kita selama ini???
Jangan cakap profesional dalam PAS tidak ada ilmu agama agama. Orang yang menggelarkan diri sendiri sebagai ulamak dalam PAS pun, ramai yang tidak boleh bahasa Arab. Berapa banyak buku ilmiah yang diiktiraf oleh ulamak sedunia yang dihasilkan geng Muzakarah. Alih-alih Zaharuddin Abd Rahman yang PAS buang juga yang diiktirafnya di peringkat antarabangsa.
Husam Musa, adalah anak kepada arwah Tuan Guru Haji Musa Salor. Dari segi tarbiyyah Islamiyyah dan agama, beliau telah dididik oleh ayahnya secara terus. Lebih baik lagi daripada secara formal di sekolah kerajaan dan universiti. Boleh berbahasa Arab. Boleh membaca kitab Arab. Ana fikir, dalam beberapa perkara, beliau lebih alim daripada beberapa Ustaz Mi Goreng di dalam PAS. Seorang merendah diri. tidak pernah mengungkit tentang keturunan ayahnya yang juga seorang ulamak. Dibandingkan dengan beberapa orang yang sering kali mengungkit faktor keturunan untuk mendapatkan kuasa.
Ana fikir, kalau nak dikira Ulama', Husam Musa juga seorang tokoh bertaraf Ulamak.
Hah , kalau husam bertaraf ulamak maka benarlah ostad din sokong dia , sbb dia ulama' boleh lah jadi presiden
YANG PENTING NIK ABDUH WAJIB LETAK JAWATAN DULU!
NIK ABDUH ULAMA PAS YANG SEDANG DIPUJA UMNO SEKARANG.
HAHAHA..
pertahan kepimpinan Ulama' ... bila golongan "ular dalam semak" mula menyemak, kita sepak-sepak sampai mereka nampak cari pikir pakai otak....
maaf la ustaz,, ayat saya ni kurang ajar sikit sebab nak ajar orang yang kurang ajar memang kene pakai ayat yang kurang ajar, barulah mereka boleh belajar dengan cara yang kurang ajar.kalo tidak sampai bila mereka tak belajar. kita jar dia ustaz dengan ayat yang kurang ajar.
ustaz tantawii kata :
Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan pandangan kedua - dua tokoh tersebut . Saya memohon maaf berbanyak maaf dari semua pihak agar tidaklah pula saya menjadi sasaran kritikan selepas ini kerana menyokong pandangan kedua - dua tokoh pimpinan tersebut . Saya menyokong dan menyebutnya disini sekadar untuk berhujjah sementara saya menghormati pandangan - pandangan pihak lain .
...................................
kalau ustaz tak nak atau takut jadi sasaran kritikan selepas ini, baik jangan buat sebarang komen maupun sokongan..baik ustaz duk diam je dirumah..
sebagai seorang pimpinan sepatutnya tidak perlu berkata sebegini, pimpinan sepatutnya berjiwa besar,bukan sekadar suka mendengar pujian,malahan lebih suka mendengar kritikan..
salam, pas jangnla berbalah psl ulama dan professionel smpai brpecah belah, berhujahlah secara ilmiah kerana ia hanyalah prkara konsep.jgn trpengaruh sgt dgan media, ingat dasar, tujuan dan matlamat parti. media mmg suka kacau, dulu ustaz harun jadi ulama, ust nasa jd professional, sekarang ustaz nasa jd ulma plk, husam pula jd professional, kalau dato harun din plak tanding, apa plak gelaran dia nk bagi.
Tenang Akhi muhtaram Achok
Bila pula saya takut dikritik . Kan saya buka ruang kritikan. Saya tak delete pun .
Cuma saya kata : .. agar saya tidaklah jadi sasaran kritikan ...
Maksudnya harapan saya [ agar ] tidak dikritik , tapi kalau saudara achok nak kritik , silakan , saya positif dengan kritikan . Malah buat pengetahuan achok , setiap kritikan , pedas ker , pahit ker masam ker semuanya saya baca dan ambil kira .
Saya akan mengakui kebenaran jika pandangan saya salah saya akan mengakuinya .
Saya dengar semua perkataan kemudiannya kita ambil yang terbaik , kan itu sifat org beriman yang diajar Allah swt dalam al quran
Sepanjang tulisan saya , jika saudara teliti dengan baik patah kalimah demi kalimah , saya akan mengelak diri dari mencerca peribadi , mendedahkan keaiban dan mengutuk nista walau saya berbeda pandangan dengannya .
Saya hanya berhujjah lawan hujjah dan mungkin hujjah saya yang salah dan silap . cuma saya bertanggungjawab dgn hujjah saya .
kadang - kadang susah juga kita nak tulis bagi memahamkan semua org dengan tulisan . so di sini kita kena diskus secara lisan . boleh hubungi saya di 019 916 8182.
insyaallah saya tidak takut untuk ditegur , dikritik atau dimarahi kerana ia saya anggap sebagai satu dari bahan untuk proses tumbesar saya sebagai seorang muslim yg mewaqafkan diri dengan gerakan Islam ini .
maaf ustat kalau terganggu..cuma saya nak tekan kan bahawa mengapa ustat tak mahu jadi sasaran kritikan??itukan seolah-olah tak mahu dikritik..
maaf sekiranya terkasar bahasa..
antara strategi yang sangat jahat puak erdogan ialah mengaitkan kemasukan kedalam BN setiap kali disebut kerajaan perpaduan. lembu pun tahu untuk tidak sentiasa menanduk ketika berlaga. barangkali lembu lebih cerdik, atau ada perancangan dari luar dalam menentukan langskap politik negara?
Post a Comment