HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, May 28, 2009

Mogok Lapar : vol 2 [ akhir ]

Mogok Lapar :
Bagaimana Kita Menanganinya

Pendapat 2 :
Hujjah yang membenarkan

Saya melihat isu ini turut dibahas dari aspek yang berbeza dan sekaligus membenarkan mogok lapar dilakukan .

Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel . al Qaradhawi menjawab :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka !

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka !

Mereka yang berpendapat mogok lapar dibenarkan turut melampirkan kenyataan Saidina Abu Bakar rha ketika mana ia sangat tertekan menahan kerisauannya terhadap Rasulullah saw setelah mereka diserang oleh kuffar Quraisy sehingga Abu Bakar pengsan . Sejurus bangun sedar dari pengsannya , Abu Bakar rha berkata kepada ibunya yang menghidang makanan untuknya :

فإن لله علي أن لا أذوق طعاما و لا أشرب شرابا أو آتي رسول الله صلى الله عليه وسلم

Demi sesungguhnya kerana Allah Aku bertegas ke atas diriku bahawa Aku tidak akan mengambil [ makan ] sebarang makanan dan tidak akan minum sebarang minuman sehinggalah aku menemui Rasulullah saw .

Hayatus Sahabah [ Syeikh Muhammad Yusuf al Kandahlawi ]
Jilid Pertama : Bab Tahammul Asy Syadaaid fillah .

Pandangan saya .

Pertama : Fatwa al Qaradhawi adalah jawapan kepada soalan yang dikemukakan kepada beliau atau mengulas situasi yang disebutkan oleh mereka yang bertanya iaitu mengenai tahanan ummat Islam Palestin di penjara Israel . Justeru itu perlu dilihat bagaimana keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya . Mogok lapar mungkin satu - satunya pilihan yang ada padanya dan fatwa al Qaradhawi membenarkan mogok lapar dalam situasi seperti itu .

Tahanan itu berada di dalam penjara , maka apalah pilihan yang ada pada mereka bagi mendesak Israel agar membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia akan kekejaman Israel alihi laknatullah . Situasi ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di dalam negara kita .

Kedua : Sirah yang menjelaskan sikap Abu Bakar rha mengeluarkan kenyataan untuk tidak makan dan minum perlu dilihat kepada beberapa keadaan :

1. Peristiwa itu berlaku diperingkat awal Islam bertapak di Makkah dan aqidah serta syariat belum sempurna . Marhalah Nabi saw pada waktu itu hanyalah diperingkat dakwah dan pemantapan aqidah . Marhalah ini pernah menyaksikan Nabi saw meminta para sahabat meninggalkan Makkah berhijrah ke Habsyah sebagai usaha menyelamatkan aqidah justeru aqidah mereka masih diperingkat tunas .

2. Kisah itu tidak menunjukkan tindakan Abu Bakar mogok , tetapi hanya sekadar ucapan tegas Abu Bakar kepada Ibunya [ Ummu Khair - belum Islam pada waktu itu ] , sebagai ugutan agar ibunya segera bertemu Ummu Jamil rha [ saudara perempuan Saidina Umar al Khattab ] untuk mendapatkan kepastian keselamatan Nabi saw sejurus sedar dari pengsan setelah Abu Bakar dan Rasulullah saw bersama sahabat yang lain diserang oleh kuffar Quraisy .

Ummu Jamil akhirnya membawa Abu Bakar rha. ke rumah Arqam abi Arqam untuk bertemu dengan Rasulullah saw yang berlindung di rumah tersebut . Pertemuan itu juga membawa Ummu Khair memeluk ajaran Islam .

Mogok dan Puasa Sunat

Tanpa ada keadaan yang dhorurah untuk mengharuskan suatu yang diharamkan maka mogok lapar adalah salah disisi syara' bagi ummat Islam . Sementelah pula keadaan yang tidak mendesak atau memaksa dengan maksud kita masih mempunyai waktu yang luas dan ruang yang lebar untuk merangka tindakan yang tidak hanya membinasakan diri tanpa memberi kesan yang besar kepada pemerintah yang zalim .

Kepada golongan bukan Islam mungkin mereka menggunakan mogok lapar sebagai hak mereka untuk bertindak tetapi tidak untuk ummat Islam kerana kita mesti berpegang kepada kaedah matlamat tidak menghalalkan cara .

Sebagai muslim , dalam menghadapi kezaliman pemerintah tidak menjadikan kita buntu dan hilang pedoman . Kita ada Allah swt dan kita diajar agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat . [ واستعينوا بالصبر و الصلاة ] al Baqarah 45 .

Ibnu Kathir di dalam tafsirnya menyebut bahawa maksud sabar di dalam ayat 45 surah al baqarah ini juga diertikan sebagai puasa . Al Qurtubi dan lainnya menyebut , inilah sebabnya Ramadhan dikenali sebagai bulan sabar .

فأما الصبر فقيل انه الصيام . نص عليه مجاهد

Tafsir Ibnu Kathir

Puasa adalah pilihan muslim untuk bermunajat kepada Allah swt agar kezaliman dihancurkan . Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita .

10 comments:

Unknown said...

Terang dan jelas Ustaz. Selama dua tiga hari ini saya konpius, pikiran celaru tatkala keluar kata - kata dari segelintir ahli PAS untuk menggantikan mogok lapar dengan berpuasa. Dlm kepala saya bertanya - tanya, boleh ke berpuasa sbb nak sokong mogok lapar. Sedangkan puasa itu ibadat. Ibadat pula mesti kerana Allah. Jika sesuatu perkara dibuat bukan kerana Allah, haramkan Ustaz?

Lagi satu, bagaimana pula hukum bagi seseorang yang menyokong tindakan orang kafir seperti turut serta dalam mogok lapar(ambil contoh kedaan semasa)?

muslimat said...

terima kasih ustaz,

Pengiktibaran supaya kita lebih teliti dan berhati-hati dalam tindakan.

Lagi satu...kalau nak puasa pun biarlah kita jelas matlamat yg hendak dicapai dari puasa tersebut.Puasa adalah ibadat yang disukai oleh Allah, tetapi ada syarat2 tertentu yang menjadikan ianya ibadat dan menepati sunnah Rasulullah saw.

Semoga Allah.

muslimat said...

semoga Allah memberi keuatan dan pimpinan

Nama: Khairul Azmi Ismail Al-Muqry said...

a kum. Tahniah atas artikel ini. ana sgt bersetuju dgn kesimpulan anta.

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Assalamu 'Alaiku ustaz!
Kalau tak silap fahaman saya, ustaz menang tidak bertanding sebagai Ketua Pemuda Pusat.
Syukur dan tahniah saya kepada ustaz. Semoga diperkukuhkan iman dan diperkuatkan semangat oleh Allah.

buka_pintu88 said...

salam us, maaf sangat2..

saya masih tidak memahami keadaan semasa sebenarnya..

kalau mengikut kefahaman saya dalam mogok lapar vol 1 dan 2, Mogok lapar memang diharamkan dan Dr Al-Qardawi membenarkan kerana HANYA itu sahaja pilihan yg mereka ada dan perbuatan sydina Abu Bakar itu pula tidak blh dijadikan hujah kerana Islam masih belum sempurna.

ustaz juga menjelaskan mogok TIDAK BOLEH dibuat di Malaysia kerana kita MASIH ADA PELUANG DAN CARA.. so, macam mana situasi sekarang? Bukan ke PAS nak buat mogok lapar TAPI dijelaskan oleh Us Ahmad Awang(kalau tak silap saya) sebagai PUASA SUNAT plak.. macam ada kekeliruan di situ.. saya kurang JELAS..
minta jasa baik us utk jelaskan kepada saya, supaya GERAK kerja saya atas KEFAHAMAN bukan atas IKUT-IKUTan..

jazakallah khairan kathiroo. ^_^

Nasrudin said...

Assalamualaikum

Saya telah membuat kesimpulan .

Pendapat yang mengatakan haram adalah lebih jelas kerana ia [ mogok lapar ] memudharatkan dan membinasakan diri.[ lihat hujjah saya di mogok lapar . vol 1 ]

sementara pendapat yg kata boleh tu tidak mutlak .

1. melihatkan kepada keadaan seperti tahanan palestine yg terpenjara , so tiada pilihan bg dirinya melainkan mogok .Maka Qaradhawi fatwakan boleh untuk situasi begitu.

2. Kisah Abu Bakar tu bukan Abu Bakar mogok , cuma dia mengugut ibunya agar segera bawakan beliau kpd Rasulullah saw. Kata - kata sahabat [ athar ] itu tidak menunjukkan Abu Bakar telah benar - benar mogok lapar . tambahan pula itu adalah hari awal islam , syariat belum sempurna dan demikian juga aqidah .

So . pilihan yang ada bagi seorang muslim untuk menentang kezaliman ialah puasa bukan mogok lapar . Lihat kesimpulan saya .

nooryus said...

Ustaz,

Saya bersyukur kerana ada pemimpin muda spt Ustaz yang masih waras.

Tolonglah nasihatkan Dato' Nizar supaya bertaubat. Sepatutnya beliau tidak tunduk dgn desakan kuffar utk mogok lapar.

Kalau nak berpuasa pun, kena la betul niatnya. Berpuasa kerana Allah, bukan kerana kuasa.

akhisalman said...

salam. Ramai ulama sedunia yg membenarkan mogok lapar tapi bersyarat. sila lahat dlm artikel terbaru http://akhisalman.blogspot.com/

nooryus said...

Persoalannya, adakah syarat2 itu boleh digunapakai di Perak?

ps: Dato' Nizar, bertaubatlah sebelum terlambat.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive