al Qiadah : Takliif Laa Tasyriif
TAKLIF LAA TASYRIF
Salam perjuangan buat semua. Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi.
Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia ( PAS ).
Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.
Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara' , berpandukan petunjuk Al - Quran dan As - Sunnah.
Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ).
عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.
Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
(Riwayat Muslim)
Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .
Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.
عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام
"إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه
Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari'e.
Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang muktamar yang ada pemilihan ) tetapi lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.
Memberi laluan kepada yang layak memimpin dalam keadaan kita adalah calon popular adalah jauh lebih bermaruah daripada kita terus menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan bukanlah bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam dan parti yang memperjuangkannya.
Demikian juga mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli dan jamaah adalah mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada kesungguhan berjuang dan himmah yang berwibawa.
Muktamar parti adalah medan untuk bermuhasabah , mengatur strategi , memperkasakan dalaman parti , membina kader dan memberi amanah kepada yang berhak dan layak . Muktamar jangan sekali kali dijadikan papan percaturan politik peribadi dan kelompok yang sangat dinilai hina oleh syara' .
Perwakilan semestinya matang menilai dan memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti mengharungi badai perjuangan membelah episod cabaran baru dunia global hari ini.
Tidak didorong oleh sebarang sentimen yang asing [ klik ] dari apa yang kita pelajari melalui skima pentarbiyyahan parti , yang kita timba selama ini melalui usrah dan kuliah haraki di pelbagai peringkat.
Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih dengan pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan keupayaan dan kelayakkan sebenar. Justeru ia hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan dirinya sendiri.
عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها
Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)
Semoga muktamar PAS tahun ini , yang akan berlansung di Taman Melewar Gombak dan Shah Alam Selangor akan menjanjikan satu muktamar yang bukan sahaja meriah pada sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan perkasa menggarap perjalanan parti .
Selamat berjuang dan bermuktamar .
12 comments:
Salam,
Tahniah la pasai menang..
Tapi izinkan saya bagi pendapat sikit..
Saya rasa Tuan kena ubah stail sikit..
Pasai imej tak berapa betui..
Sekali tengok mcm extremist..
Tak elok untuk kertas undi PAS..
adios..
Assalamualaikum..
Ustaz jangan layan saudara puyu tuh. Tak faham apa yang dimaksudkan dengan ekstreme..
Tahniah ustaz. Pemuda PAS tunjukan kematangan kepada pimpinan-pimpinan lain!
Saya harap pimpinan yang akan naik masa muktamar nanti adalah orang yang dapat mengimbangi geng muqabalah yang senantiasa menanti peluang nak suruh PAS masuk UMNO.
Kita jangan lupa kejahatan UMNO.
APA VIRUS YANG MENYERANG PAS ?
6/02/2009
Salam,
VIRUS MENYERANG PAS
APAKAH UNTUK MENERUSKAN AGINDA TASK FORCE ?
Kerja keras Pengurusi Jawatankuasa Pemilihan pucuk pimpinn PAS Pusat Dato' Mustafa Ali (Che gu Pa) mempengaruhi Ustaz Aizan juga Menteri Besar Kedah supaya mempengaruhi YDP PAS Kawasan memilih Ustaz Azizan kekal sebagai Timbalan Presiden PAS Pusat dan mempengaruhi juga Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah supaya menarik diri bagi membolehkan adiknya (Dr Asiah Ali) menggantikan jawatan Ketua Muslimat PAS Pusat adalah suatu yang khianat dan perbuatan yang tidak bermoral dan dia juga tidak layak berada di dalam Jama'ah PAS, andainya berita ini saheh maka Mustafa Ali ini adalah seorang yang telah mengkhianati tugas yang di amanahkan kepadanya
JIKA BENAR perkara ini telah berlaku maka Ustaz Azizan dan Ustazah Nuraidah perlu bersikap terbuka bagi mendedahkan kerja yang terkutuk ini, andainya mereka tidak mampu mendedahkan berita ini maka mereka juga di cop sebagai bersubahat dengan orang yang tidak bermoral dan beramanah, di tengkok mereka terletak suatu amanah untuk menerangkan segala-gala yang berlaku demi untuk membersihkan diri dari di cemari oleh orang-orang yang melakukan kerosakan moral, desas desus sebelum ini kedengaran yang bukan saja PAS dan Mustafa Ali yang bersikap demikian akan tetapi mungkin juga mereka memohon SOS kepada pehak media untuk tujuan kempen jawatan di dalam PAS bagi membolehkan cita-cita mereka berjaya
Pada pandangan Pak Karamu kerja ini tidak ada bezanya dengan kerja rasuah politik
Salam,
Warning untuk para perwakilan..PAS AKAN KALAH PRU 13!
Tolong baca pengamatan yang baik.. http://perakexpress.com/www/?p=4046
salam...
mubarak ust din..moga terus semangat juang di lapangan baru..
moga pemuda terus gagah...
Allahu Akbar!
Salam ustaz.. bahasa arab boleh jadikan format jpeg ka... sebab tak keluar sambungan ayatnya... Tak semestinya semua pc ada font arab.. saya pengguna apple. SALAM ZIARAH.
salam ustaz ...beberapa persoalan yang timbul dibenak fikiran ana adakah betul bangsa islam itu adalah bangsa bukan ummat, iaitu kumpulan pelbagai kaum yang menerima konsep hidup islam yang terdiri daripada orang islam dan ahli zimmah ? ataupun ia dikatakan sebagai rakyat negara Islam...sekiranya kita menghidupkan kembali tagline rakyat itu dari kacamata islam ia tentu boleh menyepadukan rakyat yang pelbagai kaum dinegara kita..oleh azizursyuhada@gmail.com...
www.persatuaninsaniah.blogspot.com
salam ustaz ...beberapa persoalan yang timbul dibenak fikiran ana adakah betul bangsa islam itu adalah bangsa bukan ummat, iaitu kumpulan pelbagai kaum yang menerima konsep hidup islam yang terdiri daripada orang islam dan ahli zimmah ? ataupun ia dikatakan sebagai rakyat negara Islam...sekiranya kita menghidupkan kembali tagline rakyat itu dari kacamata islam ia tentu boleh menyepadukan rakyat yang pelbagai kaum dinegara kita..oleh azizursyuhada@gmail.com...
www.persatuaninsaniah.blogspot.com
salam,
Tahniah ustaz Din... Ana Sentiasa jadikan Anta model seorang pemimpin masakini.
Salam.
Syukurlah muktamar hampir selesai.
Segala 'misteri' pemilihan telah terurai.
Tahniah kpd yg berjaya. Kpd yg kalah, harap dpt teruskan perjuangan.
Cuma jiwa rasa tercuit dgn gelagat2 para perwakilan yg berkempen utk calon pilihan meeka.
Ada yg berkempen secara terang2an dan nyata, kempen secara sihat.
Namun ada juga yg berkempen 'cara gelap', kempen kurang sihat.
Ustza selalu mengingatkan bahawa maklamat tak menghalalkan cara.
Justeru itu saya juga ingin berpesan kpd diri saya dan 'pejuang2' sekalian....cakap mesti setupa bikin!!!!
Saya malu alah bila didekati dgn 'ustaz' yg cuba berkempen dgn cara yg kurang menyenangkan. Malu alah campur terkejut!!! Ustaz tak sepatutnya berkempen dgn cara 'keterlaluan', walaupun dgn hujah ingin membela Islam. Apakah pemimpin PAs lain yg menawar diri utk bertanding kurang ke-Islam-mannya???
Tak tahu lah jika selepas calon pilihan menang, tukang kempen bersedia meminta maaf kpd calon yg kalah.
Dosa fitnah dan memburukkan peribadi besar dosanya.
Ulama seharusnya lebih maklum tentang hukum ini.
Maaf jika ada yg tersinggung.
salam.
saya mohon perhatian ustaz untuk menyegerakan peneranagn mengenai kerajaan perpaduan atau mhn pimpinan kita untuk menghentikn terus untuk berbincang mengenai unity goverment ini buat masa ini.
apa yg saya risau kan ialah apabila PAS kembali seperti PRU ke 11.
saya kira UMNO telah memainkan perang saraf agar kerjasama PAS dalam PR goyah. respon segera yang diberikan oleh khairi jamaluddin dan PM mengenai isu ini menunjukan mereka telah cuba untuk mencucuk jarum dalam PR.
harap ustaz ambil perhatian.
Post a Comment