HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, June 11, 2009

Amanat Naib Presiden

Oleh Al Fadhil Tuan Guru
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Muktamar PAS ke 55 baru berakhir, kenikmatan berjamaah masih terasa, bagaimana pertemuan para pejuang Islam di satukan sebentar dalam muktamar indah bagi yang tidak pernah menjadi matlamat menyertai PAS.

Amanah besar yang sangat ana bimbangi, dan terus terang siang malam ana berdoa agar ana tidak dibebani dengan am,anah besar ini, setelah ana tidak upaya menolak pencalunan yang besar dari perwakilan.

Kini ana sering munajat doa sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Saidina Umar “ Ya Allah, Engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka ringankanlah bebananku di akhirat.”Muktamar telah berlalu, kepimpinan telah dipilih. Marilah kita menyatukan saf perjuangan bagi menghadapi musuh kita yang satu.

Muktamar bagi menyatakan pandangan dan kritikan, kita telah lalui, penjelasan dari pimpinan telah pun di buat, mungkin ada yang berpuas hati, dan mungkin ada yang belum berpuas hati dengan jawapan; bahkan pemilihan pun mungkin ada yang sedih dan ada yang gembira.

Terkadang penyokong lebih bersedih daripada yang bertanding. Namun Islam mengajar kita agar menerima keputusan dengan dada yang terbuka, jamaah telah buat keputusan. Rasulullah bersabda “ Umatku tidak akan sepakat dalam perkara kesalahan’, dan “ Pertolongan Allah akan datang dengan jamaah”.

Selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecahkan kita, kita harus faham sepak terajang media musush, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh.

Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan HARAKAH sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh.

Kita punya tanggungjawab sebagai gerakan dakwah bagi menyelamatkan rakyat dari kemurkaan Allah, ruang dakwah menyebabkan kita mesti menarik mereka kepada Islam, kita tidak seharusnya menutupi ruang dakwah ini.

Kita mempunyai penyokong yang berjuta orang, tetapi sebahagian mereka hanya menjadi pemerhati kepada perjuangan, kita mesti menarik mereka, agar bersama dalam perjuangan Islam. Kita juga mesti membetulkan system yang berjalan dalam Negara.

UMNO mampu mempertahankan kejayaan kerana system yang tidak betul ini ujud. Kita berusaha kea rah tersebut. Namun saya tegaskan bahawa kikta tidak akan biarkan jamaah kita menjadi kuda tunggangan UMNO/BN. Kita punyai masa depan gemilang dalam Pakatan Rakyat, kita diterima oleh bukan Islam untuk bersama dengan PAS bukan parti lain.

Ini keyakinan yang perlu kita bina. Kita mestilah mampu mengambil alih kepimpinan melayu dari UMNO dan membawa mereka kepada landasan Islam. Perjuangan kita bukan sekadar menyelamatkan mereka di dunia, tetapi lebih jauh nasib mereka di akhirat; bilamana mereka bertahun-tahun meredai kemungkaran tajaan UMNO/BN samada secara sedar atau tidak.. Negara dipimpin oleh pimpinan yang korup, kita perlu menggantikan dengan kepimpnan yang soleh dan bertaqwa.

Yakinlah para pimpinan mengenali siapa UMNO lebih dari kita. Pimpinan kita meyedari tipu helah UMNO dalam perjuangan mereka yang lama dari kita. Adalah malang seandainya ahli merasa ragu-ragu dengan Presiden dan Timbalan Presiden.

Semua dasar parti di kawal oleh syura, dan semua perkara pokok akan diputus dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat. Andai ada yang cuba membawa jamaah kearah bertentangan, yakinlah mereka tidak akan dapat bertahan lama dalam jamaah, samada jamaah akan meyingkirkannya atau Allah akan mengeluarkan mereka dari jamaah ini-insyaAllah.

Berilah keyakinan dan wala’ pada pimpinan, dan awasilah perangkap musuh yang ada dikeliling kita , dan jangan kita menjadi juru cakap musuh dalam jamaah bagi melihat berpecahkan jamaah ini.

Tingkatkanlah hubungan dengan Allah, jadilah sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas dalam perjuangan ini dan bersabarlah di atas perbezaan pandangan, dan hargailah pandangan yang berbeza yang lahir dari hati yang ikhlas. Rapatilah saf perjuangan, dan gunalah sedikit masa tengah malam dan awal pagi untuk memohon kekuatan dari Allah.

Salam perjuangan.
Akhukum FiLLahTuan Ibrahim Tuan Man

27 comments:

Atuk Banjar Masin said...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

k-one said...

salam saudara seislam saya buat tuan. tidak di nafikan imej pas tercalar teruk.

Kan ke presiden uda tarik balik psal UG hari tu napa ada perwakilan timbulkan isu krjn perpaduan ni dlm muktamar?

patutnya ahli bantu presiden . Malangnya ada pemimpin yg bagi signal yg salah dan tak paham hasrat akar umbi.

akar umbi xmau krjn perpaduan , presiden uda tarik balik krn sygkan parti tp ada perwakilan p memuji melangit krjn perpaduan tu apasal?

kerja pemimpin sebagai penghubung akar umbi dgn atasan . walaupun idea "kjrn perpaduan' mungkin baik tp akar umbi tak mau. uda d putuskan x mau, dan x nak awat bangkitkan lg dlm muktamar.

lg 1, pemimpin boleh saja suruh org bwh wala' kpd pemimpin tp org bwh juga mahu pemimpin wala pd pemimpin . Tok Guru Niz Aziz adalah pemimpin paling tinggi dlm PAS. tolong lah wala' kpdnya .

salam.

k-one said...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat
-----------------------------------

salam saudara, saudara berckp seolah2 tak akan ada lg pilihanraya akan dtg . tibe2 kuasa politik melayu / islam terhakis. Sebelum pilihanraya 8 Mac 2008 xpulak ckp mcm ni .

apa yg terhakis? tolong kira Ahli Parlimen Melayu / Islam skrg . kalo tak salah saya jumlah nya lebih banyak sebelum pilihanraya 2008. jadi terhkis apanya? yg terhakis ni BN . even UMNO pun masih banyak kerusinya di perlimen.

saudara, Melayu Islam bukan mcm dulu boleh d perbodoh2 kan.

k-one said...

salam ustaz , setuju tak dgn pandapat ana bhw imej PAS uda tercalar skrg?

subulus salam said...

layari
http://penasuasa.blogspot.com

islam said...

salam,

dan rasulullah itu bekerja untuk menyatupadukan seluruh ummat baginda dengan jalan hikmah..bukan memecah belahkan umat dengan jalan bodoh yang memusnahkan kekuatan umat islam..

Muhammad said...

Semoga ALLAH Taala menguatkan lagi saf jemaah kita, amin...

MS said...

Teruskan mendidik pemimpin dan ahli.

Ibnu Ali said...

Utusan Melaporkan:

TGNA mengatakan sapa sebut kerajaan perpaduan tu "boneka UMNO".

Nampaknya agak melampau apa yang disebut oleh TGNA. Langsung sket pun tak boleh dengan pasal Perpaduan nih.

Nampaknya kerja pimpinan baru, nampak sukar. Kena selalu jumpa TGNA.

Kesimpulanya:

TGNA kata TGHH boneka UMNO (buruk benar bunyinya! Nau'zubillahi min zalik)

tempe said...

salam hari jumaat utk semua....

Betul apa yg TGNA cakap tu... yg dok gatal nak UG tu kenapa? kenapa seblom muktamar dah tarik... bila dah selamat bertahta tunjuk taring... tak ke boneka tu? menari ikut gendang ameno? sekarang ahli peringkat akar umbi jadi malu kat bukan ahli dan bukan muslim, cakap org pas dah mungkir janji, dulu masa nak PRU bersatu ngan pakatan rakyat bila dah menang nak bersatu dgn UBN plak... tidakkah menunjukkan orang Islam ni suka memungkir janji? kena ingat semua ahli pas ni ISLAM... hmmmm renungkanlah apa yang dah dilaku oleh 2-3 boneka ameno yg dok menari kut gendang tu... kalo ahli bawahan takper lah juga tapi ini peringkat atasan... letih ahli bawahan ni nak memperbetulkan keadaan... dan ingat juga yang banyak berkempen adalah ahli bawahan, bukan pimpinan atasan. jangan yg atasan berak merata dan yang kena cuci ahli bawahan.... hentikan lah jadi BONEKA AMENO tu....

Che Din said...

Awat Ust tarik diri dari sembang pimpinan DAP & PKR? Kalau Ust guna atas alasan pimpinan mintak hentikan isu kerajaan perpaduan, saya rasa itu adalah alasan yang bodoh dan tidak tepat. Ust adalah pimpinan,ketua pemuda pas pusat,bertaraf naib presiden. Pada debat itulah Ust berpeluang untuk memberi hujjag Ust tentang kerajaan perpaduan yang Ust duk sokong 2. Kalau guna alasan itu, nampak sangat ust mcm pimpinan UMNO yang asyik tarik diri daripada debat!

muslimat said...

salam,

menyedihkan, idea UG ini yg paling kuat menentang sepatutnya UMNO kerana kalau betol dilaksanakan 'tak lama lagi org malaysia boleh bye bye kat UMNO...

org pr menentang hanya kerana mereka tak boleh faham...dan memang tak faham tapi terlebih perasaan..

sedikit lontaran pandangan TGHH ttg UG "

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

````````````````````````````
tapi memandangkan keadaan jadi tegang dan agak celaru terutama dlm pakatan sendiri, lebih baik kita diam dan biarkan suasana tenang...

benda kebaikan akan timbul sendiri juga akhirnya. Bak kata presiden pas lagi

Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri.

`````````````````````````````````
rupanya tulisan ini ada dlm harakah pada bulan april lagi...sayangnya, saya pun tak perasan.

Unknown said...

Salam.

Saya cenderung bahawa apa2 yg dputus oleh pimpinan adalah utk kebaikan parti.

Namun ruang utk memberi dan mendengar pendapat juga harus dibuka. Samada pro atau kontra.

Idea UG ini rasanya tidak akan menimbulkan 'keributan' jika ianya difahami oleh ahli. Persoalannya, adakah ahli benar2 mendapat penerangan dr pimpinan?

'Curiga' kpd idea UG ini bukan timbul secara tiba2. Ianya adalah drpd rentetan siri2 'penerangan' yg mengelirukan sejak awal lagi.

Apa yg dinafikan pd awalnya rupanya benar2 berlaku pertemuan dgn Umno. Siapa yg menafikan? Pimpinan kita. Ini jelas dan tak perlu diulas lg disini.

Beberapa hari lalu, Dato' Mustapha Ali menyarankan agar isu ini tidak dibicarakan lg. Ini satu usaha yg bagi saya adalah terbaik. Namun kita perlu ingat, alangkah baiknya jika isu ini tidak diheret lagi pasca muktamar tahun lepas yg sudah pun membuat ketetapan. TGNA berkali-kali mengingatkan agar kita semua menghormati apa yg telah diputuskan dlm muktamar itu.

Namun isu ini masih berlanjutan. Kenapa? Kerana ia masih diulang sebut oleh beberapa pimpinan... TANPA PENERANGAN YG KUKUH DAN MENYAKINKAN.

Lantaran itu agak sukar bagi ahli mendiamkan diri seperti saranan Dato' Mustapha Ali. TGNA sendiri menyedari hal ini.

Saya tidak suka menggunakan istilah boneka Umno, tapi jika tiada penerangan khusus dan jelas diberikan, istilah inilah yg popular dan menjadi 'kepercayaan' ahli dan rakyat Malaysia.

Cadangan saya ialah, pimpinan tidak boleh terlalu lama berdiam diri. Ahli dan rakyat ternanti-nanti satu penjelasan yg menyakinkan. Maksud saya benar-benar menyakinkan. Bukannya sekadar menjawab pendek dlm sidang akhbar atau suara rasmi parti-Harakah. Kerana isu ini membabitkan juga rakyat Malaysia, yg memberi kepercayaan dan undi kpd PAS.

Semakin lama isu ini didiamkan, rakyat akan beranggapan bahawa idea UG ini tercetus bagai 'melepaskan batuk di tangga', tiada homework.

Amat malang bagi PAS jika ini berlaku krn rakyat menaruh harapan yg tinggi agar PAS bersama PR dpt mengambil-alih pemerintahan negara.

ruhmalaysia said...

Sesiapa pun boleh mencetus idea baru. Tapi kalau ia datang dari Presiden atau CEO maka ianya dilihat sebagai arahtuju pemimpin tersebut dan juga sebagai objektif utama pertubuhan yang dipimpin oleh Presiden itu.Tidak salah mencetus idea kerajaan perpaduan. Tapi yang salah nya prosedur atau cara gagasan tersebut diumumkan pada masyarakat umum. PAS sekarang bukan macam PAS dahulu, PAS ada rakan kongsi patutnya bisiklah dulu dalam bilik tertutup,kerana gagasan itu bukan satu yang kecil dan remeh,ia suatu yang besar yang menentu hala tuju negara. Kalau mahu uji cadangan itu boleh diterima atau tidak Presiden jangan umum cari-lah seekor kambing yang mahu disembelih,misalnya Timbalan Presiden atau mana-mana yang mahu kehadapan dengan idea terkini.Kalau hasinya macam sekarang ini bolehlah Presiden perbetulkan. Tapi kalau ianya datang dari Presiden, apa akan jadi- polemiklah. Satu yang saya ingin ingatkan kembali kepada seluruh pemimpin PAS yang bertanggung jawab memilih pucuk pimpinan tentang satu SLOGAN yang pernah diwarwarkan semasa PRU 12,"Melayu,Cina,India dan Siam Rakyat Ambo Belaka" Adakah PAS IKHLAS dengan slogan ini? Adakah ini untuk Kelantan sahaja ?Presiden PAS perlu jelaskan ini. Kalau tidak Polemik ini tidak akan reda. Kenyataan dari selain Presiden tidak akan diterima kerana Presiden yang cetus kembali istilah Kerajaan Perpaduan setelah muktamar di IPOH. Setakat ini hanya TGNA yang konsisten dalam mempertahankan TEMA ini. Lupakan kuasa politik Melayu/Islam tapi kuasakan Islam/Melayu,Cina,India,Siam Dll.Untuk ini rencana jangka panjang perlu ada dalam diri setiap pemimpin dan perwakilan PAS. PAS jangan jadi UMNO, pemimpin tidak boleh di tegur.Pengundi sekarang sedang menilai pemikiran dan peribadi pemimpin baru PAS.

ruhmalaysia said...

Sesiapa pun boleh mencetus idea baru. Tapi kalau ia datang dari Presiden atau CEO maka ianya dilihat sebagai arahtuju pemimpin tersebut dan juga sebagai objektif utama pertubuhan yang dipimpin oleh Presiden itu.Tidak salah mencetus idea kerajaan perpaduan. Tapi yang salah nya prosedur atau cara gagasan tersebut diumumkan pada masyarakat umum. PAS sekarang bukan macam PAS dahulu, PAS ada rakan kongsi patutnya bisiklah dulu dalam bilik tertutup,kerana gagasan itu bukan satu yang kecil dan remeh,ia suatu yang besar yang menentu hala tuju negara. Kalau mahu uji cadangan itu boleh diterima atau tidak Presiden jangan umum cari-lah seekor kambing yang mahu disembelih,misalnya Timbalan Presiden atau mana-mana yang mahu kehadapan dengan idea terkini.Kalau hasinya macam sekarang ini bolehlah Presiden perbetulkan. Tapi kalau ianya datang dari Presiden, apa akan jadi- polemiklah. Satu yang saya ingin ingatkan kembali kepada seluruh pemimpin PAS yang bertanggung jawab memilih pucuk pimpinan tentang satu SLOGAN yang pernah diwarwarkan semasa PRU 12,"Melayu,Cina,India dan Siam Rakyat Ambo Belaka" Adakah PAS IKHLAS dengan slogan ini? Adakah ini untuk Kelantan sahaja ?Presiden PAS perlu jelaskan ini. Kalau tidak Polemik ini tidak akan reda. Kenyataan dari selain Presiden tidak akan diterima kerana Presiden yang cetus kembali istilah Kerajaan Perpaduan setelah muktamar di IPOH. Setakat ini hanya TGNA yang konsisten dalam mempertahankan TEMA ini. Lupakan kuasa politik Melayu/Islam tapi kuasakan Islam/Melayu,Cina,India,Siam Dll.Untuk ini rencana jangka panjang perlu ada dalam diri setiap pemimpin dan perwakilan PAS. PAS jangan jadi UMNO, pemimpin tidak boleh di tegur.Pengundi sekarang sedang menilai pemikiran dan peribadi pemimpin baru PAS.

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

WOTR lagi setuju kalau idea 'UG' ini dibawa ke Terenganu dulu.Praktik kan disana.
Kita lihat penerimaannya dan sebagainya.

P sembang dgn Ahmad Said , tambah la isu 'stadium runtuh' tanya la dia pasai pa runtuh dan sebagainya.
Kita nak selesai lagu mana.Nyanyi negaraku, naik balik ka stadium tu.
Kira dia buat la didalam rumah sendiri dulu. Baru bleh laksana di Malaysia.

nooryus said...

Kerajaan perpaduan: Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti

Minda Dr.Maza

Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang Muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama Muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat. Orang yang enggan melihat sesama Muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama Muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya) “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Sila baca selanjutnya di sini

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm

nooryus said...
This comment has been removed by the author.
mUHamMaD nASirUdDIn FaIz biN iLiaS said...

celaru & keliru sye dok pikir psl kerjaan perpaduan nih, snanye mane 1 pendirian pimpinan PAS?? tlg jelaskan...takut bnde nih pecah belah pasti lak...

al kedahan said...

Dari Mantan Ketua DPP Kedah

http://arisawang.blogspot.com/

Mohon Sembah Derhaka!!!


Jangan Main Dengan Api..... Akan Terbakar Nanti
Tuhan Yang Maha Mengetahui

Niat seorang manusia tiada manusia lain yang tahu, walaupun berbual bertentangan mata.

Apa yang dinilai dan ditanggapi ialah percakapan dan tingkah lakunya.

Begitu juga, PAS sebagai sebuah Gerakan dan Parti Islam, kenyataan dan tingkah laku amat memain peranan untuk dinilai dan ditanggapi oleh masyarakat dan yang lebih penting ialah pengundi setia.

Ketika, UMNO/BN dibenci oleh rakyat, tiba-tiba kenyataan dan tingkahlaku menunjukkan PAS ingin bekerjasama dengan UMNO/BN.... sebutlah dengan nama apa sekali pun dengan penuh ikhlas untuk kebaikkan rakyat. Rakyat tidak akan nampak, kerana telah terlekat dalam pemikiran rakyat, pemimpin UMNO/BN rasuah, menindas rakyat, diskriminasi, kroni, penting diri, zalim, menolak syariat Islam, salah guna kuasa, jahat, penipu, cakap tak serupa bikin, tiada akhlak..... (sila tambah sendiri).

Sebutlah berulang kali........ PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO/BN, "Niat kami bukan begitu", tetapi apabila sebaik selesai muktamar ia diulang kembali dan lebih malang apabila bekas Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang pula menyebut bahawa beliau pernah ditelefon oleh salah seorang pemimpin PAS supaya membentuk kerajaan bersama UMNO/BN di Perak selepas pilihanraya umum yang lalu. Maka pemimpin tidak boleh memarahi ahli bawahan dan rakyat dari berbagai kalangan yang meragui keikhlasan PAS dan mungkin selepas ini menolak PAS (Na'uzubilLah).

.....boleh buka blog....

nooryus said...

Saudara Al Kedahan,

Sudah2 la tu. Jangan terlalu emotional. Perasaan benci tu datangnya dpd siapa? Apa kata halakan perasaan benci tu kpd DAP yang terang2an menolak Islam. Bak kata Karpal, "Langkah mayat saya dulu".

Sebenarnya orang2 Melayu/Islam suka bermusuh2an sesama sendiri. Yg untungnya siapa? Kita belajar la dr sejarah yg mana kerajaan Melayu/Islam jatuh kerana pergaduhan sesama umat.

Lain pulak si kuffar ni. Dia baik sesama sendiri walaupun berlainan fahaman politik. Fikir2 kan la.

al kedahan said...

Nooryus...

Terima kasih atas teguran....
Mana Allah & Rasul redza....Bangsa Atau agama....
Letakkan Agama Islam dulu...Melayu tu hanya suku/bangsa...

Yang kata tu bukan DAP tapi Karpal..kita tak boleh menghukum satu organisasi kerana seseorang maksudnya kita tak boleh berdakwah/berkawan dgn ahli2 DAP kerana statement Karpal....

Lagi pun saya bersetuju pandangan Ann Wang Seng "Kita dah lebih 50 tahun hanya menumpukan berdakwah dgn umno/bn yg melayu...mengapa kita tak tumoukan pula pada Cina atau india atau pribumi lain di sabah & sarawak...lebih mudah mengePAS kan mereka..."

Kita kena Faham Kafir Harbi & Zimmi..

Selepas Nizar jadi MB...ramai nonmuslim & muslim menghormati Islam & PAS...ada kajian mengenainya....

Pesan saya dengar dulu pendapat orang, kemudian kaji (study)..get the facts...then baru buat keputusan...
Wallahuklam...

al kedahan said...

Mana nak Pilih: TGNA vs dr MAZA


Saya tetap dengan pendirian: Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya berhubung mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang dicadangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Abdul Aziz berkata, mereka yang mempertahankan cadangan tersebut dianggap sebagai ‘boneka UMNO’.

Dalam situasi sekarang pemimpin dan penyokong Pas berkenaan bukan sahaja didakwa tidak mendengar nasihat dan teguran berhubung isu itu, malah cuba membelakangi kuasanya sebagai Mursyidul Am parti itu.

“Untuk wujudkan kerajaan perpaduan ini saya panggil adalah ‘boneka UMNO’. Itu nasihat saya, saya ada hujah kukuh. Tapi saya tak nak panjangkan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew di pejabatnya, di Kota Darul Naim, dekat sini, semalam.

Ketika diminta mengulas mengenai ketegangan yang berlaku di kalangan pucuk pimpinan Pas ekoran isu tersebut sehingga ada yang tidak menghiraukan teguran dan nasihat yang diberikan, Nik Abdul Aziz berkata, itu adalah lumrah dan perkara itu akan diselesaikan secara baik.

“Tidak ada manusia yang tidak buat salah. Isteri boleh buat salah kepada suami, suami ada salah dengan isteri. Ada peraturannya. Anak ada salah dengan bapa. Ketua boleh jadi salah dengan orang bawah. Ada kaedahnya. Jadi kaedah yang saya gunakan ialah nasihat,” katanya.

Jumaat lepas Nik Abdul Aziz membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Abdul Hadi untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai ‘boneka UMNO’.

Katanya, beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin Pas dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan perpaduan tersebut.

Beliau dalam kenyataan berkata, dia tidak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu. Keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

nooryus said...
This comment has been removed by the author.
nooryus said...

Al Kedahan,

Apa kata Lim Kit Siang dan anaknya ttg negara Islam? Bagaimana pula dgn Ngeh dan cousinnya Ngor. Boleh menuturkan ayat2 Al-Quran tidak bermakna mereka beriman kpdnya.

Begitu juga dgn Ann yg hanya pandai berkata2. Mengapa tidak memeluk Islam setelah sekian lama menyokong PAS?

Atau adakah mereka2 ini berpura2 spt yahudi di zaman Rasulullah? Bila tiba masanya, good bye PAS. We want Malaysian Malaysia, kata mereka.

Pada masa itu, Islam is no longer the official religion. No more Syariah Courts as all matters pertaining to law will be heard by the common court. Even Khalid Samad is agreeing to this move as reported by The Insider (see http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/25283-pas-man-wants-common-court-for-religious-disputes). What is your take on this?

About Nizar, I think he is a disgrace. Even Nasharudin is surprised by his (unintelligent and childish) action at the Parliament. This comes after asking us to mogok lapar ala Hindus. If you are close to him, pls3x ask him to repent and to redeem his dignity.

OMT, do not confuse support to PAS/PR with hatred to UMNO/BN. I think most Malaysians are the latter. But I have no hard data to back this up. We'll see at Manek Urai if PAS can retain the seat.

al kedahan said...

Nooryus....

Itulah saya kata & nasihat...sebelum tulis, kaji & selidik dulu, Sdr Ann Wan Seng dah lama Islam...

Adakah salah Ngeh & Ngo atau man2 bukan Islam menuturkan alquran...saya belajar di US dima ada satu uni di sana Temple Uni, lecturer pengajian Islam ramai belum Islam & Yahudi..some of them hafal alquran...Hamid Othman ambil phD pun dgn orang bukan Islam...

Jgn main sembrono...berdosa....

nooryus said...

Al Kedahan,

Alhamdulillah Ann Wan Seng sudah jadi Muslim. Kebiasaannya, nama Muslim ikut Arab tapi tak salah kalau nak kekalkan nama asal. Yg penting iman. Ramai juga yg bernama spt Muslim tapi perangai lagi jahat dpt kuffar.

Dan... tak salah bagi kuffar untuk menuturkan ayat2 Al-Quran. Yg dipersoalkan ialah motifnya. Ramai kuffar yg belajar ttg Islam hanya utk cari jalan memusnahkannya. Waspadalah (jangan pula berbangga) kerana mereka2 ini telah wujud sejak berzaman lagi. Kita janganlah ulangi kesilapan umat2 terdahulu.

Oh ya! Anda belum jawab pertanyaan saya berkenaan pembentukan negara Islam. Selain Karpal (dan anaknya Gobin), apa pandangan pemimpin DAP yg lain? Anwar PKR pula bagaimana?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive