HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, June 29, 2009

Atasi kadar Pengganguran


Kerajaan Mesti Serius
Menangani dan mengatasi Masaalah Pengangguran

1. December tahun lepas , Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia [ MIER ] telah menegaskan bagaimana Kadar pengangguran tahun depan [ 2009 ] mungkin meningkat kepada 4.5 peratus berbanding kira-kira 3.5 peratus tahun ini [ 2008 ]akibat kelembapan ekonomi dunia sekarang .

2. Pengarah eksekutifnya Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, dalam suku ketiga tahun ini [ 2008 ] , rakyat Malaysia yang menganggur berjumlah 12,000 orang.

3. Semalam Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Maznah Mazlan mendedahkan 30,111 pekerja diberhentikan . [ samaada diberhentikan atau pemberhentian biasa dan berhenti secara sukarela ]

4. Kadar pekerja yang diberhentikan kerja ini dibimbangi akan menyumbang kepada kadar pengangguran di kalangan rakyat negara kita . Tambahan pula 75% dari mereka yang kehilangan kerja itu adalah terdiri dari kalangan rakyat Malaysia sebagaimana yang ditegaskan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia .

5. Peningkatan kadar pengangguran di dalam negara kita antara punca yang menyebabkan kadar jenayah dan gejala sosial meningkat secara drastik . Perkembangan ini meletakkan rakyat dalam keadaan tidak aman dan bimbang keselamatan harta benda dan nyawa mereka serta ahli keluarga .

6. Kerajaan mesti peka dalam isu seperti ini kerana ia turut membabitkan soal kestabilan dan keamanan negara.

7. Kerajaan juga berkewajipan menjaga kebajikan rakyat kerana itu adalah tanggungjawab asas sebuah kerajaan . Kegagalan memberi kebajikan kepada rakyat adalah suatu yang sangat dikesali sekaligus memperlihatkan kegagalan kerajaan mentadbir dan mengurus sumber manusia dengan baik .

8. Alasan kelembapan ekonomi yang kini dirasai oleh seluruh dunia mestilah ditangani secara bijak dan jujur oleh kerajaan . Jangan hanya menjadikan ia sebagai alasan untuk menafikan kebajikan kepada rakyat dan membiarkan kadar pengganguran terus meningkat .

9. Menghentikan projek - projek mega dan mewah serta tidak memberi pulangan besar kepada rakyat terbanyak adalah wajar dilakukan segera oleh kerajaan sebaliknya menumpukan kepada projek membangunkan ekonomi rakyat kebanyakan khusus masyarakat luar bandar yang hanya dekat dengan sektor pertanian .

10. Kerajaan mesti jujur membangunkan negara dengan meletakkan setiap individu rakyat adalah "negara" yang perlu dibangunkan . Bukan hanya meletakkan golongan korporat atau konglemerat sebagai "negara" yang dibangunkan .

11. Kelembapan ekonomi dunia yang dirasai hari ini boleh di atasi oleh kerajaan jika langkah jimat cermat di ambil secara berkesan dan serius . Pembaziranlah yang mengheret kita terus tertekan dalam kelembapan kitaran ekonomi hari ini .

12. Sementara penyelesaian serius perlu dilakukan dalam mengatasi perkara ini , kerajaan juga sepatutnya seimbang dalam membangunkan negara . Negara tidak boleh dibangunkan dengan asas bata , simen dan pasir semata - mata tetapi juga mesti dibangunkan dengan nilai spiritual atau asas kerohanian yang tinggi .

1 comments:

MemaLI said...

saya kira kerajaan sudah makin buntu dan sangat terdesak. Akan tiba saat kejatuhan dan kehancuran bagi mereka yang masih sombong dan enggan kembali kepada Allah..

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive