HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, June 22, 2009

Bagaimana Nasib Ibrahim Ali ?

1. Ibrahim Ali semakin lantang dan lancang mengkritik PAS dan pemimpinnya . Malah bertambah galak dan liar ia bertindak . Sungguh melulu tanpa lagi memperdulikan akhlak dan adab . Apalagi mengenangkan PAS adalah parti yang pernah memberi tempat dan peluang untuk ia kembali bernafas di pentas politik .

2. Ibrahim Ali secara terang - terangan membelasah pemimpin PAS tanpa sedikit pun simpati . Sebelumnya , sewaktu beliau aktif bersama UMNO dan BN begitulah aksi keras dan kasarnya terhadap PAS .

3. Kemudian Ibrahim Ali ditendang keluar dari UMNO dan BN , PAS menyambutnya walau sebahagian ahli sangat tidak bersetuju . Ibrahim Ali bukan sahaja diberi peluang tetapi dimanjakan oleh PAS dengan memberikan kerusi kepada beliau untuk bertanding di Pasir Mas sehingga seorang tokoh PAS terpaksa berundur untuk memberi laluan kepada anak angkat PAS ini .

4. Setelah mendapat tempat dan menang pilihanraya serta menjawat jawatan sebagai ahli Parlimen , Ibrahim Ali kembali kepada watak asalnya dan langsung tidak mengenang budi orang yang memanjakannya selama ini .

5. Ibrahim Ali masih bergelar ahli Parlimen PAS walau beliau selalu mendakwa bahawa beliau adalah ahli Parlimen Bebas justeru beliau bertanding di atas tiket PAS bukan Bebas .

6. Kini Ibrahim Ali sekali lagi memperlekeh kepimpinan PAS dan mempertikai kewibawaan pemimpin PAS kononnya pemimpin PAS takut kepada pemimpin PAKATAN Rakyat yang lain . Ibrahim Ali terus mempermainkan pemimpin PAS .

7. Dulu saya telah mencadang dan mendesak PAS terutamanya PAS kelantan supaya mengambil tindakan ke atas Ibrahim Ali dan mendesak supaya beliau meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Pasir Mas . Rujuk [ link ]

8. Tapi , apakah nasib Ibrahim Ali lebih baik dari yang lain ?

43 comments:

Anonymous said...

Ibrahim Ali patutnya bersyukur diberi tiket PAS..harap pimpinan dapat mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali...

Eksekutip said...

manusia yang tak kenang budi..
TGNA perlu terlebih dulu menyingkirkan dia sebelum isu Nasha ni.

semua org kenal dia sape... ahli katak, itu pun masih ada org hairan dan tak percaya.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum
Saudara Tantawi,

Walaupun mungkin ada kebenaran pandangan saudara itu terhadap Ibrahim Ali, tetapi, jika didasarkan dengan permainan siasah kepartian ala-demokrasi yang sememangnya kotor dan jijik maka kritik dan strategi mengambing-hitam tidak sepatutnya dihalakan kepadanya sahaja. Ibarat pepatah Melayu, menepuk air di dulang...

Sehubungan penyifatan sebahagian pimpinan PAS yang dikira sebagai 'penakut' oleh Ibrahim Ali, saya cadang agar PAS bermuhasabah puncanya.

Maaf, pemerhatian saya dalam hal penakut ini mungkin benar jika dilihat secara amnya. Ketakutan boleh disebabkan oleh beberapa faktor dan ada jenis-jenisnya. Ketakutan yang mungkin dirujuk ini mungkin berlaku kerana rasa rendah-diri yang tidak bertempat akibat kurangnya penyelidikan serta keghairahan untuk mengikuti orang luar sehingga orang dalam dibiarkan atau disekat dari berpendapat. Seolah-olahnya ada satu kesakitan inferioriti kompleks dalam PAS di saat ini. Manusia yang kurang maklumat juga mungkin dijangkiti penyakit takut. Keberanian bermula dengan ilmu dan maklumat yang memberi keyakinan.

Gejala ini perlu diubati segera supaya kita dapat berdikari dan bertawakkal yang sempurna tanpa mengharapkan orang lain untuk menentukan jalan.

Caranya, penyelidikan yang mantap yang dapat menyuluh sebarang isu-isu dan respons yang pantas tetapi teguh dan solid. Dengan begitu maka akan terserlahlah ketinggian harga-diri dalam mempertahankan haq dan kuranglah ketakutan.

Apa yang saya nyatakan ini hanyalah pandangan orang luar demokrasi yang melihat dari luaran sahaja.

WabiLlahitawfiq wasalam'alaikum,
TokPakir

ibnu sidek said...

Takut takada dalam kamus pejuang dalam Pas tapi kami hanya takut Kepada Allah SWT sahaja kalau tidak mana mungkin kita nak berdepan dengan kerajaan. Tentang Ibrahim Ali ini bolehlah diumpamakan dengan pepatah melayu iaitu Melepaskan anjing yang tersepit. Anjing yang begitu lama dalam Umno dan terhina dan menagih simpati Pas dan beliau menghentam balik tuannya, jenis anjing yang tk mengenang budi,...

Al Sunnah said...
This comment has been removed by the author.
Al Sunnah said...

Salaam.Ibrahim Ali,sudah terkenal dengan gelaran suka melompat dan telah diketahui akan sifat oportunisnya, maka kita tidak sepatutnya hairan dengan aksinya.Bila ditolak, dia mencari org lain.bila naik org lain,dia tebal muka balik ke pangkuan golongan yg menolaknya.ini bukan kali pertama dilakukan olehnya dan org lain bahkan dah banyak kali.Persoalannya mengapa Pas mengambil bekas2 anggota parti lain walaupun sudah mengetahui akan sifat mereka yg tak selari dengan perjuangan Pas? Mahathir, Ibrahim Ali..

Ibnu Ali said...

Lebih baik 10 MP yang lepas.. buat desakan di Parlimen supaya Brahim Ali letak jawatan.. baru bagus!!

han said...

Ibrahim Ali berguna pada ketika dia bertanding. Itu sahaja.

Sila telusuri "pemikiran strategik" untuk memahaminya.

Ia dipanggil necessary damage.

R'zley theshoots said...

salam KP baru....
aku rasa kita silap sakan bab brahim ni.....SEPATUTNYA kita(PAS)belasah je anjing tu masa di tersepit kasi mampus(kasar sikit,tapi si katak lagi kasar pada kita)itulah kesilapan kita...

2.siapakah pemimpin yang mencadangkan brahim ali ni guna tiket PAS masa pru dulu.yang ni kena dahulukan cari puncanya,Kalau kita BOLEH marah pd yang berbisik dalam gelap bab U.G,Kenapa bab ini kita diam je.......aku agak ni pun ada kes bisik-bisik gak.
3.bab PENAKUT-Memang kita penakut!!!kalau berani kenapa bab SIS kita dah gelabah bila kawan PR GERTAK SIKIT dah gelabah beruk,PERTAHAN USUL YANG DI TERIMA ITU.jangan terus mengalah,KITA berani hanya dengan sesama kita sahaja.berbeza pandangan je..GEGAK GEMPITA SELURUH ALAM,MEMBURUKAN SESAMA SENDIRI,MUSUH LIHAT DENGAN GEMBIRA..

Bulan Penuh 2012 said...

Salam ziarah,

ketika orang2 bukan Islam berpasuk-pasuk ke Kelantan untuk menzahirkan kekaguman dan penghargaan kepada tok Guru yang memerintah dengan adil dan saksama, Ibrahim Ali memilih untuk membelit Tok Guru.

Kesimpulan= Ibrahim Ali berada di jurang kebinasaan, lebih kurang macam Rais Yatim juga. Dua-dua makhluk ini lebih teruk dari orang2 bukan Islam kerana mereka bersusahpayah melawan Islam sedangkan mereka mengaku Islam.

Bulan Penuh 2012

sembang haroki said...

hingga kini tiada hujah syarak dari TGNA mengapa pilih brahim, sedangkan Parlimen Pasir Mas milik wakil pas us ismail noh. kalau Brahim guna tiket pas bertanding kawasan umno pertahan kerusi, itu cerita lain. bumi yang telah di buka sebagai bumi islam, adalah dikira bumi islam.jika dijajah, wajib diistiharkan jihad untuk ambil semula. misalnya selatan thai dan palastein. ataukah TGNA guna kaedah fekah mazhab husami? maaf terkasar. dah jelak dengan seorang tok guru yang lebih sayang dsai (dari parti kapir) DARI US NASHA, SEORANG PIMPINAN JAMAAH ISLAM. ATAUKAH TGNA KENA BELAJAR SEMULA ABC AMAL ISLAMI?

Amir said...

Kan NIK AZIZ pernah MINTA ibrahim ali letak jawatan beberapa bulan lalu. Korang ni BUTA ke? ke ni alasan untuk belasah Nik Aziz? Dah tak hormat Nik Aziz dah. Siapa korang banding dengan Nik Aziz?

Cuba semak balik akhbar2 lepas.
NIK AZIZ PERNAH MINTA IBRAHIM LETAK JAWATAN MP PASIR MAS!

Hai Ustaz selaku ketua pemuda PAS pun nak putar belit jugak ke? nak hina Nik Aziz?

Pemuda PAS Kijal said...

Assalamualaikum

Kepada semua pejuang Islam jangan cepat melatah. Seharusnya kita berlapang dada dalam soal apa pun. Ada masa kita tegas dan ada masa kita lembut. Berkenaan Ibrahim Ali ni, mungkin TGNA nampak dia ikhlas masa dia jumpa TGNA sebab tu TGNA terima. Dan soal selepas dia dapat jawatan dan memburukkan PAS maka itu kita kena hentam Ibrahim Ali yang tidak mengenang budi. Tunggulah balasan dari Allah di akhirat nanti kalau dia tidak bertaubat dan memohon maaf.

han said...

Saya, dalam meneliti tulisan ini, nampak bahawa KP Baru dari Tanta ini secara halus cuba membela Nasha (bukan Nasha Aziz model tu) Mat Isa yang telah ditolak timbang kati oleh rakyat Bachok itu, kali ini dengan mengaitkan nama Ibrahim Ali Al-Kubangi yang dikeji.

Seperti pukul kucing, sindir itik.

Tidak perlulah dibuat begitu. Menepuk air di dulang perinya.

Ibrahim Ali sebenarnya dijadikan galang keperluan taktikal semasa selepas PRU12 setelah keadaan genting post-Pengkalan Pasir adalah difahami.

Ia memaknakan bahawa Parti tidak boleh take chance, dalam kata lain memakai prinsip "take no chance, leave no prisoner, and ensure victory in every seat". I di-designed untuk memenangi semua kerusi di Pasir Mas. Pemilihan calon adalah keperluan taktikal. Itulah sebabnya Pak Su Wel diambil semula sebagai calon untuk PRU13.

TGNA pun sudah minta Ibrahim Ali resign beberapa bulan lalu. Tak puas hati lagi ?

Apakah Ustaz Tanta tidak membaca dan mengambil tahu perkembangan semasa?

Che' Pirate, tentang SIS, kenyataan pembetulan oleh MP Shah Alam dibuat pada hari yang sama. Sila check dengan Malaysian Insider. Ia BUKAN dibuat setelah keluar pandangan2 dari rakan2 dalam PR. Sila teliti hujahan anda sebelum ia kelihatan mahu menempelak sesiapa tanpa usul periksa. Sila periksa sebelum usul.

Sdr "Sembang haroki", kalau masih bertanya kaedah fiqh yg mana, alamat nampaknya saudara kena belajar lagi.

han said...

typographical errata: - pak su well diambil semual untuk PRU12, seleppas N41 Manik Urai terlepas kepada UMNO dlm PRU11 apabila calon lain digunakan. Ia, dengan prinsip yang sama, dibuat bagi meningkatkan kebarangkalian menang.

Skuad Peninjau said...

Bagaimana nasib Ibrahim Ali?

Dia tak tertakluk kepada perlembagaan Pas, kerana dia bukan ahli Pas.
TGNA dah suruh dia letak jawatan, apa lagi yg TGNA boleh buat?

Lain kali, jangan kita percaya lagi kat Ibrahim Ali ni. Cakap je lebih.

Darah dia masih darah keris.
Hukum minum racun pun tak jadi apa dia ni.

Tapi dari satu sudut, dia nak melompat membawa diri sendiri, dia tak drag orang lain sekali, jadi damagenya tidak besar mana.

Ustaz try la da'wah dia. Mana tau terbuka hati dia?

fajridil adha said...

Salam..

Ustaz, sy dr dulu mmg kurang gemar dgn Ibrahim Ali ni. Dia bertindak seolah-olah dia lah yg paling hebat. Dia tak sedar diri dia tu bukan siapa2. dah menang atas tiket PAS,tp xnak mgakuinya. Apa jenis org pun sy xtau la ngan dia ni. Mmg patutla didesak agar dia letakkan jwtn
[my blog]

zahidyusof said...

Hanizar sedap mulutnya kamu..berkumur ke belum lagi tu...kau cakap Ust Nasha di tolak timbang kati di Bachok???? sapa cakap?? kau percaya pada kain rentang yang di buat oleh UMNO tu ke...cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar....

Masa TGNA suruh Ibrahim Ali letak jawatan tu..ada tak di akata Ibrahim Ali Sampah??!!! ada???... kenapa tidak ada kenyataan dari orang yang bawak berahim tu (HUSAM) certitala apa strateginya...apa faedahnya kepada PAS..jangka panjang dan jangka pendek....berlagak....kenapa tak suruh 10 budak hitam tu buat sidang akhbar...desak berahim letak jawatan...

Jangan berani bila tahu Ust Nasha tak balas...memang Ust Nasha Tak balas...kalau balas nanti keruh lagi dalam jemaah....kau ingat tak ada orang ke yang di belakang Ust Nasha..tentu ada...tapi kepentingan jemaah di depan itu aje..
lain kali gosok gigi dan makan ubat bila nak cakap..nanti orang kata kita sasau

ruhmalaysia said...

Usah sensitif sangat dengan Ibrahim Ali. Dia sekarang MP Bebas atas tiket PAS.Bukan Ahli PAS. Apa yang Ibrahim Ali buat bukan terpalit pada PAS kerana orang tahu kaki lompat. Ustaz Nasha lain. Apa yang dia cakap dan buat akan membabit PAS secara langsung, kerana dia orng nombor dua yang berpengaruh atas hala tuju PAS. Status USt Nasha jauh beza dengan Beghehim ali. TGNA betul.

Anonymous said...

dah,usah bergaduh...sape kita..??kita bukan nya pimpinan,harap semua dapat berlapang dada...rilek-rilek sudeh

Gedung Akal said...

Tuan,
Ibrahim Ali inlah yang bagi cadangan agar anak-anak Melayu makan roti + telur separuh masak agar jadi pandai seperti cina.
Setakat itu sahaja akal ibrahim ali, maka apalah patut dilayan sangat. Tunggulah tatkala hampir PRU 13 maka Ibrahim Ali akan ubah kelaku puji PAS pula.
Tak percaya tunggulah! Itu sahaja akal terbaik yan Ibrahim Ali ada setakat ini.

muslimat said...

salam,

saya orang pasir mas.Ada beberapa kali bertanya ttg berahin ali bila balik kampung.
Tanya orang pasir mas ttg Ibrahim Ali. Dia ni 'sifat bermasyarakatnya cukup tinggi dan agak ke depan dalam membela nasib org pasir mas.Saya dengar org p.mas cukup sayang dgn berahim Ali sebab sifat murah hati dan suka membantu...lagi satu dia ni tak sayang duit kalau ada yg pergi minta tolong...wallahuallam !

cuma saya rasa yg cacatnya dia ni tak de jemaah...dia buat tindakan ikut kepala dia sorang.Tidak ditegur sesiapa maupun dipimpin oleh sesiapa. Apatah lagi sekarang bergerak atas tiket bebas maka dia rasa dia bebas buat apa saja....
org yang tiada jemaah ni tiada tali pengikat, dan tidak tahu tanggungjawab untk 'taat'....
saya rasa tak payah gelisah sangat sebab dia tak ramai peminat, UMNO pun dah meluat ....jadi anggap saja karier politiknya dah nak sampai garis penamat...

ustaz,
ustaz tulis apa pun mesti ada yang buruk sangka dgn ustaz.Entah depa ni membaca dgn deria yg ke berapa sebab yg jelas dan nyata depa tak dapat 'lihat'...depa lebih minat mencari sesuatu yg tersirat yang belum tentu tepat...

DR 1221 said...

APAKAH PARTI PAS DAN PEMIMPINNYA LEBIH2 LAGI TGNA ITU MAKSUM. TIDAK BOLEH DIKRITIK. TIDAK PERNAH MELAKUKAN DOSA ?

APAKAH PERBEZAAN PERJUANGAN MENENTANG KERAJAAN BN YG TELAH MENYEDIAKAN KEMUDAHAN BERIBADAT SECUKUPNYA DENGAN PERJUANGAN MENENTANG KARPAL SINGH YG TERANG2 MENOLAK ISLAM ?

han said...

Sdr Zahid Yusof,

Memang dia tak kata Ibrahim tu sampah. Dia misalkan Ibrahim Ali tu lebih teruk dari lembu. Tak baca ? Nak ikut ustaz Tanta yg tak mengikuti perkembangan semasa ?

"Siapa cakap" kau kata ?

Bewok mu nih.. Mu gi la 'Bachok singgah kedai2 kopi dengar 'gapo ahli-ahli di peringkat bawah dok 'kecek..

Kalu tak rajing sapa 'Bachok, jange dok tebeng wat panda.

Unknown said...

Salam.

Tidak sukar untuk menelah 'siapa' yg cuba 'ditempelak' oleh ustaz dari artikel ini.

Ustaz, ikhlas saya katakan, sikap begini mengapa ustaz tidak ubah2 lagi?

Sikap yg bersarang sekian lama ini tidak mampu ustaz hindari hatta tiap malam bicara pasal wala'dan jamaah dlm kuliah dan usrah. Adakah kita terkecuali?

Ustaz sendiri ada dlm perjumpaan petang td bersama pimpinan kanan PAS.

Ustaz sendiri mendengar dgn mata dan kepala ustaz sendiri bagaimna 'besarnya jiwa' dan bersikap lapang dada apabila Tok Guru Nik Aziz menarik balik segala 'teguran keras' terhadap Timbalan Presiden.

Justeru saya rasa tidak prlu artikel seperti 'telunjuk lurus kelingking berkait ' ini ustaz siarkan.

Semua sudah maklum akan perangai Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, sepertimana rakyat dan ahli PAS juga sedia maklum tentang betapa Umno itu pun tidak boleh di buat kawan.

Jangan la ustaz bermain-main dgn isu yg tidak memberi manfaat. Ibarat tiada beban batu digalas.

Harap ustaz belek2 diary, harap tiada lagi keuzuran jika ada jamaah dr surau buruk menjemput ustaz untuk memberi tazkirah.

Kariah di kampung mungkin tidak betah membuat majlis ala2 hi-tea yg boleh mengutip dana lumayan.

Apa yg mampu kami sediakan akan kami sediakan seadanya walau hanya teh kosong dgn biskut kering.

Ada yg masih dan sudah lama menunggu ustaz di sana.

Nasrudin said...

Salam saya buat semua .

Buat sdr Raja , boleh hubungi saya di 019 916 8182 untuk kuliah atau ceramah di surau "buruk" yang dimaksudkan . [ mungkin saya terlepas pandang ]

Cuma sebelum ini pun , sepanjang saya melibatkan diri secara aktif dalam kerja kerja dakwah [ 1988 hingga kini ] masjid dan surau buruklah yang lebih mesra mengundang saya dan saya hadhir dengan penuh komitmen .

berbanding masjid dan surau yang hebat dan besar , kebanyakkannya tidak berani pun untuk mengundang saya kerana saya terlibat dengan politik pembangkang kata mereka .[ kecuali satu dua surau dan masjid yg boleh dihitung dengan hanya jari sebelah tangan ]

Namun mungkin terlepas pandang atau mungkin tiada undangan , harap hubungilah saya . Kepada mereka yang mengenali saya sebenarnya Tidak sukar untuk mendapatkan tarikh dari saya .

insyaallah , saya cuba penuhi undangan biarpun saya terpaksa mengorbankan lebih banyak masa saya bersama keluarga .

Unknown said...

pada

1. sembang haroki
2.KP baru

meh sini wa nak ajar lu jap...

luu nak tibai Nik Ajis? dlm dunia terbuka, nohal beb..tapi hujah lu terlalu dangkal beb...

KP punya hujah lagi bodoh yang wa sangkakan..cmmana ali pas pilih KP ni..bebal nak maposss...

hujah kawe:

1.berahim katak tu saper di banding dgn nasha...nasha adalah tim press..kerosakan yang si nasha buat, impact dia adalah jauh lebih hebat/dasyat dri kerosakan yang berahim buat..berahim duk melalut sore2 jah..saper nak dengar dia membebel..kerosakan hnya sekitar Pasir MAs sahja...bukan negara beb...tpi jika si nasha buat hal,seluruh ahli Pas + pengundi PAs+pengundi Pakatan Rakyat akan terjejas la bro...lu takde otak nak pk ke...lu oarang tau tak,kenapa berahim dpat kusi tu..kalau tak tau jgn sedap2 je tuduh tuk guru di putar belit..lu sapa...nik ajis sape? lgpun, kberadaan berahim di Pmas pada ketika itu adalah 1 strategi yg paling berkesan menewaskan UMNO/BN di Pmas. Dgn culaan Pas akan melutut di Kelantan, apakah salah letak Berahim KAtak di PmAs...wa tau lu punya otak semua lagi kemotot dari apa MSO tulis...hehhee...bodoh alang punya ulamak...benda tu pun xleh pk...

2. lu nak dalil syarak kenapa tok guru pilh berahim?..wakaka...kesian pada ahli Pas sore ni..bodoh melantun-lantun..lu baik jilat taik ayam la lagi bagus...otak lu kasi beruk/anjing makan...bodoh sebodohnya...abis tu lu tau tak apa dalil syarak pas tahalluf dgn PKR n DAP?....wakaakaka...strategi ma..benda ni lu nak bikin ribut mtk dalil syarak gak ke...hehehe..patut pas masih gagal merintah pun,..kusi ciput dapt 20++ je...mentaliti KP dan ahli cikai sgt...tahap2 sembang kedai kopi je ni...

3. dah jelak dengan seorang tok guru yang lebih sayang dsai (dari parti kapir) DARI US NASHA, SEORANG PIMPINAN JAMAAH ISLAM. ATAUKAH TGNA KENA BELAJAR SEMULA ABC AMAL ISLAMI?....kalau nik ajis yang terbukti menakhoda Pas as a state govt pun lu nak suruhh belajar ABC gak...lu mmmg tolol nak mampusss....track rekod dah ada spjg 20thn..lu nak apa lagi..sbg manusia biasa mmg nik ajis xmaksum..mesti ada mistake ma...so lu nak cungkil 1 kisah yg lu anggap mistake pastu duk heboh nik ajis kena ngaji ABC smula...lu tak tgk ke 20 kejayaan dia memimpin Kelantan?..sbb tu wak kata lu mmg bodoh..keahlian PAs lu tu xvalid...w

ore kelate said...

Salam..

SAudara sbgai ketua pemuda patut lebih berhati2 dlm menulis artikel. 1 isu peringkat nasional dh setel, jgn di tmbh isu lg..
Berbalikla smula kpd kronologi pemilihan Ibrahim Ali sbgai MP. Sdh byk tulisan yg di buat berkenaan alsn pemilihan Brahim Ali sbgai MP.
Rsnya saudara blh igt smula bagaimana serangan UMNO terhdp PAS Kelantan smsa PRU12. Malah ianya merupakan agenda utama BN utk melanyak trs PAS dr bumi Kelantan. PAS pd ketika itu nyawa2 ikan di kerjakan UMNO-BN. Ini di tmbh lg dgn kekalahan PAS pd PRK 1 dun dibwh parlimen pasir mas (alor pasir klu tk slp sy).
Melihatkan situasi spti ini, PAS memerlukan strategi spya tidak tenggelam trs. Ibrahim Ali yg di pecat seumur hdp oleh UMNO mempunyai pengaruh yg masih kuat di pasir mas.
Sy pendekkan cerita, sblm pemilihan di buat, tok guru tlh bbrp kali berjumpa dgn brahim utk btl2 memastikan yg brahim tkkan berpaling tadah. Malah Brahim juga tlh berjanji dgn Tok Guru utk menyokong PAS. Inilah yg membuatkan PAS memilih Brahim.
W'pn Brahim Ali memungkiri janji, tp PAS Kelantan tidak sdkt pn tergugat.
Bagaimana nk mendesak Brahim Ali meletak jwtn sdgkan beliau bkn ahli PAS. PAS Kelantan sememangnya sdh menuntut agr Brahim Ali meletak jwtn ahli parlimen tp di tolak dgn alsn, jikalau beliau ltk jwtn, beliau tkkan ade peluang bertanding selama 5thn trmsk PRU13.
So, nk tknk kita terpaksa pekak kn telinga buat sementara waktu dgn karenah Brahim Ali. Tggu PRU13.
Kpd Saudara KP, bknkah lg elok saudara tumpukan tgs menawan negeri2 yg masih lg tidak berjy di twn oleh PAS w'pn berlakunya tsunami politik terutamanya di Ganu. Buat strategi, lancarkan kempen, kenal pasti kenapa rkyt Ganu menolak PAS sdgkan mereka menerima PAS pd PRU11. Rsnya itu lebih baik. Biarlah PAS Kelantan yg mengendalikan isu Brahim Ali dgn sewajarnnya. Jgn api yg hampir padam, kita pulak simbah dgn myk petrol. Sekdar teguran ikhlas dari saya..
Wassalam..

evolusi cicit sagor said...

Salam,
Aku ahli PAS yg tak boleh undi dalam muktamar, coz cara PAS ngan umno sama, perwakilan je yg bole undi, tu pasal dapat KP cam nie, sama je tarafnye ngan hisham auuu..... sepatutnya KP agresif, ni tak cam pondanje, hancur le pemuda PAS kalu ni gaya pimpinannye. KP nie ngajar ngaji le boleh,lain2 jgn tanya, nanti boleh bodo jadinye kite..... Apa pun malu le skit kat dewan muslimat, brani nyatakan samaada sokong / tak kat UG tu. Lg satu, beza brahim ali ngan nasa pun tak nampak, betul juga le telahan aku ttg KP yg baru. Kaki ampu je dia nie, telur tak de....

ore kelate said...

Saya sambung skit lg...

Sy hrp saudara boleh menumpukan kpda agenda Nasional PAS drp menumpu kpda isu yg tdk seberapa ini. Jgn pulak kita ketinggalan di belakang di kala PKR n DAP memenangi lebih byk kerusi pd PRU13. Tumpukan usaha di kwsn2 yg PAS kalah. Kita boleh mng jika kita lebih berusaha di peringkat nasional. Wassalam

Gorgon Kuning said...

Aku pun tak faham dengan KP baru sorang nie. Please la jangan nampak sangat berpihak. Fungsi pemuda adalah pengimbang. Ni nampak sangat taksub aliran terangganu.

Tulisan ni setaraf dengan tulisan yang Tantawi tulis pasal suruh husam tanding presiden.

P/s;Tolong berubah sebelum aku kuar pemuda join Nisa'.

Mat Nusantara said...

Ibrahim Ali terkenal dgn perjuangan bangsanya. 30% kuota bumiputra pun nak ditambahnya. mungkin ada bagusnya sebab ada org2 PAS pun menyokong dasar ni di muktamar. sapa yg bawa ye?

tapi kan... kalau tak de dasar bumiputra ni, ramai antara kita tak dapat scholarship masa study dulu. jangan kata nak gi UK, gi Jordan pun jauh sekali. apa akan jadi kalau scholarships diberikan ikut meritokrasi?

Anonymous said...

BODOH!!! korang semua nih rupenya... hehehehe

TGNA ngn Ust Nasha gelak ketawa jer time meeting korang plak dok bergaduh sesama sendiri...

oi korang ingat korang kutuk TGNA tuh berbekas ker kat dia? dia tak takut der pada org lain selain Allah... dia ada istiqamah dia sendiri TGHadi ada istiqamah dia sendiri dah duduk sama2 berbincang dah dapat kata sepakat dah pon... yang korang duk bergaduh lagi nih kenapa? BODOH!!!

TGNA dah tarik balik kenyataan dia kat Ust Nasha ustz nasha pon tak komen aper2... ko ingat depa nih (erdogan ngn pro UG) nih nak bebunuhan sama sendiri ker?

semuanya org PAS gak masing masing ada cara masing2 nak pelihara parti PAS nih... kalau terseliuh ker tersalah ker cepat2 la bawak berbincang... muzakarah sesama sendiri lagi baik la dari muzakarah ngn UMNO!

nampak tak aper dah UMNO buat pada PAS? sekarang dah berjaya la mereka tuh jadikan PAS ada dua kelompok macam diorg jugak berpuak puak... last last PAS tah kemana PR tah kemana... pilhan raya pon tah kemana la jawabnya kalau dah asyik nak bergaduh sesama sendiri...

aku nampak perangai org-org UMNO dah meresap dalam org-org PAS la sekarang nih... :( dulu kita kalah teruk pon relaks lagi sama2 satu padu bangkit balik... tapi skang dah macam perangai beruk UMNO pulak... mungkin sebab berkawan ngn PKR kot al maklumlah mereka nih saki baki UMNO gak...

cuba lah pikir camana nak kuat kan PR, nak dakwah PKR ngn DAP agar terima islam dan hudud... dakwah kepada PKR ndn DAP nih benda baru tau... banding dakwah kat UMNO... dah lebih 50 tahun tapi hrama jadah! masuk telinga kiri keluar pon telinga kiri gak!

Anonymous said...

lagi satu kepada KP baru nih nak kata anta bodoh rasanya anta lagi pandai dari ana nih... kalau tak takkan leh jadi KPDPPP... takkan leh ngjar agama...

tapi ana tak paham dgn sikap anta yang boleh berpuak dalam PAS... sedih sebenarnya ana nih tgok camnih jadinya PAS...

anta tak setuju TGNA hentam ust nasha... tapi anta sendiri pon hentam org PAS (Husam) kalau betullah husam tuh syg sgt ngn dsai ana cadang anta usulkan husam keluar PAS suh dia masuk PKR dak pon DAP...

sedih sebenarnya tgok ahli-ahli PAS dah dijangkiti perangai beruk ahli-ahli UMNO... skang nih PAS dah nampak lemah sgt... rakan2 PR pon dah mula tak percaya PAS... ahli dah berpuak-puak... UMNO pulak duk tunggu masa jer nak terminate PAS... salah langkah sikit lingkup lah PAS...

puas la cikgu pa, salahudin ayub, dan lain-lain pemimpin duk canang dalam media takde puak puak dalam PAS... tapi bila baca tulisan KP baru kita nih... terang lagi bersuluh dah berpuak rupanya PAS nih... :(

han said...

Sdr evolusi-cicit-sagor,

Saya bantah rujukan saudara tentang telur itu. Kalau tiada telur, masakan boleh kecut-telur.

Nuruddin,

camne nak kasi PKR&DAP paham ? Depa organise forum dgn PKR&DAP pun KP Baru kita tak nak datang. Takde wakil pulak tu. Apa AJK lain yang berbelas2 tak cukup daya intelek ke nak berforum ? Setakat kuliah subuh je ke ? Kalau tak berani, tai-chee je kat Nisa'.

Nuruddin,

Kriteria jadi KP atau Presiden, Timbalan senang je. Janji pakai serban atau ada degree Pengajian Islam (macam Pak Lah) serta ada janggut lebih 6cm, lepas tu jerit2 wala' (3X), insyaallah menang lah. Kemudian anjur kempen atas nama "konvensyen ulama'" serta tidak lupa juga kena mention bahawa jawatan X, Y, Z kena terdiri dari ulama'. Lepas tu control harakah. Kemudian buat term "kepimpinan ustaz2" denagn tafsiran sendiri. Hasilnya, jadi la macam sekarang ni.

Nabi dulu nak lantik Usamah bin Zaid head army, takde pulak dia mintak CV tanya belajar kat mana.

Xenan said...

boleh mintak kuruskan badan tak?

imej gemuk tak sesuai la dgn imej KP.

han said...

Portfolio/EXCO dah lantik belum c/w allocation tugas ? Takdak press statement apa-apa ka ?

Ni saya/ana kasi contoh press statement yang boleh dikeluarkan oleh Dewan Pemuda:

DPPP tidak menentang pembelajaran Bahasa Inggeris.

Malah warga Malaysia seharusnya dapat berucap, bercakap dan berhubung melalui lebih dari 2 bahasa. Dalam wilayah kita yang memiliki pelbagai bahasa ini warga Malaysia seharusnya merayakan kepelbagian itu.

DPPP menolak pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Cara untuk mengajar apa-apa sahaja BAHASA, BUKANlah melalui matematik atau sains.

Cara untuk mengajar BAHASA ialah melalui sastera.

Matematik dan sains mengajar fakta dan angka.

Sastera mengajar konsep, falsafah, nilai dan jalan bahasa.

DPPP suka memperingatkan agar pengenalan sebarang polisi selepas ini harus dibuat hanya selepas kajian menyeluruh dilakukan, supaya tiada berlaku sebarang pembaziran dan pemangsaan ke atas mana-mana golongan seperti yang telah terjadi.

Mat Nusantara said...

bab PPSMI ni, hanizar dll kena faham. selain belajar basic English, antara tujuan2nya:
1. forcing youngsters (adults dah jadi buluh --> keras) to take up English as a second language.
2. preparing students for university education, which happens to be in English even at UiTM.
3. encouraging pursue of knowledge beyond national boundaries because most technical (science and engineering NOT necessarily arts) papers are written in, or translated to, English.
4. disguising as a first step in reverting to English-based education just like pre-70s.
5. enhancing national competitiveness due to perceived imminent globalization effects.

there are pros and cons. tapi apa ada pada bahasa. la ni pun, BM banyak adopt bahasa2 lain spt Portugis, Belanda, Sanskrit (Indian classical language) dll termasukla English sekali. to me, bahasa kena la dynamic utk terus 'hidup'. kalau static, mati ditelan zaman.

tapi apsal lak kecoh2 pasal bahasa. PAS tak perlu perjuangkan bahasa ataupun bangsa. sebaliknya berjuang menegakkan Islam. dok gitu?

Anonymous said...

silap tuh!

bahasa melambangkan asal usul kita... jgn kata apa ada pada bahasa! melalui bahasa lah kita dan org luar akan kenal identiti kita...

Allah pon turunkan Al-Quran guna bahasa arab... tak guna bahasa inggeris atau melayu atau yang lain2...

bagi aku PPSMI nih menyusahkan rakyat sebab ia menekan pelajar2 kita terutama yang kat luar bandar tuh... cikgu2 sains ngn matematik pon nak cakap omputih berterabur lagi nak ajar murid dalam english mati la...

bagi aku sukatan bahasa inggeris tuh kena di perkasakan lagi... sistem dan isipadu pembelajarannya kena di perkuatkan bukannya main paksa org! mmg la nak melentur buluh kena dari rebung tapi... sebelum yang di lentur tu terlentur... berapa ramai anak2 kita yang akan ketinggalan bila fail sains ngn matematik? then bila tak lulus BI plak tak pas SPM... BM pon ada yang tak lulus ni kan BI!

adil ker kepada anak anak kita yang dalam kajian nih? musnahkan 10 ribu masa depan untuk 1 juta masa depan? ini diktator nama dia! patutnya semua kena adil... tingkatkan 10 ribu masa depan untuk cemerlangkan 1 juta masa depan! bukan musnahkan!

Mat Nusantara said...

apa asal-usul kita? Adam dan Hawa? apa bahasa yg mereka gunakan?

kalau ikut sejarah, org2 Melayu pernah beragama Hindu dan Buddha. selepas 1400 tahun masehi baru la menganut Islam.

ttg bahasa pula, BM ni evolves sentiasa. kalau kita semua dapat kembali ke zaman lampau melalui time-machine ke, saya guarantee kita tak faham apa yg dipertuturkan oleh org2 Melayu zaman tu.

pada zaman ni, org2 muda (Melayu baru?) dah anglicise BM. contohnya, aspiration=aspirasi (cita2, keinginan), information=informasi (maklumat), budget=bajet (belanjawan) walaupun ada translation dlm BM. bagi yg minat bola (ball), goal=gol, captain=kepten.

kalau kita boleh accept perkataan baru ni, kenapa susah sgt nak belajar Maths and Science in English. tak susah la. tak perlu expert dlm grammar pun.

contoh istilah Sains, methana=methane, ethana=ethane. sama je. sebuatan sedikit bebeza.

contoh istilah Mathematik, plus=tambah (+), minus=tolak (-), multiply=darab (x), divide=bahagi (/). apa yg susah?

apa yg belaku skg ni bukan disebabkan English or BM. tapi kurangnya galakan dpd parents utk anak2 belajar. mana tak nye, balik je kerja lepak kat warung kopi borak2 pasal politik. malam pulak gi surau/masjid. lepas solat, borak lagi. bila ada masa nak tengok anak2 belajar?

FYI, anak2 kita ni kalau belajar dlm Mandarin atau Tamil sekalipun akan pandai Science and Maths. caveat nye ialah kita sendiri kena bagi galakan dan peluang. pastikan ada masa utk gi meeting PIBG. pastikan anak2 siap homework. pastikan anak2 tidak berkawan dgn samseng atau budak2 yg suka ponteng sekolah, merokok, dgb.

Anonymous said...

banyak pendapat ttg bahasa nih tapi bagi aku... kita perlu stu medium yang boleh kita gunapakai untuk pelbagai perkara... antaranya bahasa...

mmg lah dulu ribuan tahun duluconfirm kita tak paham aper yang org melayu cakap tapi walau pon agama org dulu2 hindu tapi aku tak rasa yang mereka guna bahasa tamil! mungkin dari lengok bahasa sahaja yang berlainan... tapi intipati ttp sama... bahasa melayu! dan bahasa pon sama jugak ada evolusi sama ngn bahasa inggeris pon mengalami evolusi... banyak gak depa ambik dari bahasa greek, spain, arab, malah melayu pon ada! tapi tak pulak lah depa tuh tukar bahasa jadi bahasa lain...

bagi aku bahasa adalah identiti tak perlu bangga dgn identiti sebagai MELAYU tapi cukup sekadar kita sedar bahawa kita bangsa melayu... sebab macam nik aziz kata lah... berapa sen sgt harga bangsa kat padang mahsyar nanti...

kalau bagi org yang tak kisah ttg bahasa mmg lah aperla sgt isu nih... tapi kesian pada pejuang-pejuang bahasa kita... kena sembur kena maki kena kutuk.. sekurang2nya hormatlah mereka nih sedikit... apa yang mereka perjuangkan ada isi dan rasionalnya bukan berjuang bodoh semata mata...

Mat Nusantara said...

alangkah indahnya kalau semua manusia bercakap dlm satu bahasa. sesuatu yg sukar tapi not impossible. dulu pun BM jadi lingua franca di nusantara ni. ramai orang berdagang menggunakan BM.

la ni, BI dah jadi lingua franca. kita kena la belajar. tak payah la sibuk2 dgn grammar. dapat jawab apa yg pelancong tanya pun kira OK la.

Mat Nusantara said...

nak sambung sikit.

apsal nak kepoh2 dgn pejuang2 bahasa. mereka buat semua ni kerana takut periuk nasi mereka terjejas. mereka2 ni lebih kurang sama dgn pejuang2 bangsa. semuanya ada agenda yg tersembunyi.

kalau kita nak perjuangkan agama, kena la focus dan clear sikit. jangan disebabkan risau org tak undi, kita ubah pendirian macam lalang ditiup angin.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive