HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, June 24, 2009

Hentikan Penderaan

PEMBANTU RUMAH ISLAM
HANYA UNTUK
KELUARGA MUSLIM

1. Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa simpati terhadap nasib buruk yang dialami oleh Pembantu Rumah Indonesia , Siti Hajar berusia 33 tahun .

2. Kisahnya bukan sekadar penderaan fizikal dan mental tetapi, beliau juga telah dinafikan hak untuk mendapat layanan sebagai seorang Islam dengan dipaksa memakan nasi kosong berlaukkan daging babi.

3. Kisah seperti ini sudah lama diperkatakan. Terdapat segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab telah melayani Pembantu Rumah mereka seperti hamba abdi.

4. Mereka tidak dibenarkan solat, puasa, dipaksa memakan babi dan diberikan bebanan kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang diberi. Dalam kes Siti ini, majikkannya turut mengakui bahawa beliau tidak pernah membayar gajinya sejak tiga tahun lalu.

5. DPPP memandang serius kisah-kisah layanan buruk ini, begitu juga reaksi serius Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi Indonesia, Erman Suparno yang mencadangkan untuk menghentikan penghantaran Pembantu Rumah dari Indonesia buat sementara.

6. DPPP melihat bahawa kini sudah sampai masanya pihak Kerajaan Malaysia mengambil pandangan NGOs dan umat Islam dinegara ini yang sebelum ini sudah pernah mencadangkan agar Pembantu Rumah Islam dari Indonesia atau negara lain hanya dibenarkan bekerja bagi keluarga muslim. Manakala bagi keluarga bukan Islam mereka dibenarkan bagi mengambil Pembantu Rumah bukan Islam dari negara Indonesia, Thailand dan Filifina.

7. Pandangan itu haruslah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan bagi memastikan isu-isu penafian hak seperti dilarang bersolat, puasa, mendapatkan makanan halal selesai, tempat tinggal yang suci dari najis dan juga gaji yang berpatutan dapat diselesaikan.

8. Masalah ini jika tidak diselesaikan akan menimbulkan konflik agama dan juga antara negara khususnya Indonesia yang jelas merasa kecewa dengan layanan yang diberikan kepada rakyatnya.

9. Kerajaan Malaysia harus malu jika umat Islam dari Indonesia terus diperlakukan sedemikian buruk tanpa apa-apa tindakan yang serius diambil sekarang.

10. DPPP mendesak agar Kerajaan memberikan hukuman yang berat terhadap majikan yang cuai atau sengaja mendatangkan kecederaan fizikal, mental dan akidah kepada pembantu rumah mereka.

Hj Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ]

3 comments:

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

Tahniah.
Isu ini dah lama/banyak kali berlaku diberi 'nafas' baru.[ Kesan Penderaan ]

Teruslah Mendesak.
Mendesak isu ini dgn tulisan,kurang sikit responnya berbanding 'suara' di Parlimen tapi perlukan majoriti pulak.Camna nak buat yaa ? Demo/memorendum dan sebagainya ka?

Tingkatkan Dakwah Kat Non Muslim.
Apa kata p dakwah kat bos-bos pembantu rumah nie ? Mr. arr , ini macam tarak baik, kita sama-sama manusia ini bikin tarak bagus, ini macam ka itu 'Human Right' ?

Anonymous said...

nie la masalahnya kalau pembantu beragama islam kerja ngn majikan agama lain.

walaupon org islam pon ada buat camni kat pembantu mereka.. tapi kes nya tak lah sampai menganggu akidah...

nie sampai suh makan babi, tak kasi solat, tak leh baca quran... susah lah...

indonesia bukannya tak ramai yang kristian dan agama lain... rasa rasa aku lagi ramai dari rakyat agama islam di malaysia...

so kena desak kerajaan buat peraturan pembantu yang agama islam hanya utnuk keluarga org-org islam!

sembang haroki said...

keluhan, tangisan, rasa kepedihan, raungan, lolongan, berdukacita dan seumpama denganya tidak menyelesaikan masalah. penyelesaiannya mesti disegerakan pembinaan daulah islamiyyah. hanya melalui jalan dakwah.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive