HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, June 18, 2009

Kisah Mustaliq : Jadikan Iktibar. vol 2

Formula Atasi Salah Faham.


Bermula dari mukjizat nabi saw yang bertanyakan al Harith bin Dirar di manakah berbaki 2 ekor unta yang sepatutnya turut dibawa oleh Al Harith untuk menebus anaknya Juwairiyyah binti al Harith yang menjadi tahanan perang dalam peristiwa al Mustaliq ini .

al Harith benar - benarnya menyembunyikan 2 ekor unta tersebut kerana sayang kepada unta itu dan hanya membawa beberapa ekor unta yang lain .

Al Harith berasa hairan bagaimana nabi saw boleh mengetahuinya jika tidak kerana ini wahyu dari Allah swt , lalu al Harith memeluk Islam dan mengucap 2 kalimah syahadah . Malah seluruh anak - anaknya dan beberapa orang dari kaumnya turut memeluk Islam .

Nabi saw sendiri akhirnya berkahwin dengan anak perempuan al Harith dan menjadi salah seorang Ummahatul Mukminin yang berjasa besar serta berjuang disamping Rasulullah saw.

Akhirnya Bani Mustaliq memeluk ajaran Islam dan berada di bawah kerajaan Islam . Pada suatu hari Rasulullah saw menghantar al Walid bin U'qbah bin Abi Mu'it supaya mengupulkan harta zakat .

Apabila Bani Mustaliq mengetahui kedatangan utusan Rasulullah saw lalu mereka keluar beramai - ramai untuk menyambut kedatangannya tetapi malangnya utusan itu [ al walid bin Uqbah ] tersalah faham dengan menyangka bahawa mereka keluar beramai - ramai untuk memeranginya .

Utusan itu lantas pulang dan melaporkannya kepada Rasulullah saw. berita yang tidak betul itu , lalu Rasulullah saw mengerahkan bala tentera untuk pergi menyerang balas bani Mustaliq . Alhamdulillah , bala tentera Islam tidak gopoh menyerang sebaliknya menghantar pengintip untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku .

Apabila pengintip menghampiri kumpulan Bani Mustaliq , tiba - tiba didengari suara azan berkumandang untuk menunaikan solat fardhu dan keadaan itu menandakan mereka masih setia kepada Islam .

Setengah riwayat menyebut , Bani Mustaliq menghantar utusan bertemu Rasulullah saw lalu menceritakan perihal utusan Rasulullah saw yang melarikan diri itu .

Sempena salah faham inilah Allah swt menurunkan wahyunya :

يأ يها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبإ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين

Hai orang - orang yang beriman ! Jika datang kepada kamu orang fasiq yang membawa berita maka telitilah terlebih dahulu nanti kamu mengenakan sesuatu kaum secara jahil maka menyebabkan kamu menjadi orang yang menyesal .

Surah al Hujurat : Ayat 49

Peristiwa ini mengajar kita ummat Islam menghadapi kelemahan dari dalam berkait dengan kaedah menerima makumat yang perlu ditapis terlebih dahulu dan bagaimana mahu menghadapi musuh dalaman iaitu golongan munafiq serta menghadapi musuh luar yang licik dan bijak mengambil kesempatan sehinggalah kita [ Islam ] berjaya mengalahkan mereka dan memancarkan cahaya Islam sehingga mereka menjadi anggota Islam yang setia dan teguh .

bersambung ... vol 3

15 comments:

Zacharias said...

Bersangka baik dan berhati-hati

nooryus said...

Betul tu Zacharias. Saya hairan bagaimana seseorang yg bergelar Tok Guru boleh melenting sedemikian rupa. Kena hasut kot...? Atau dendam kesumat sampai kiamat...?

Unknown said...

ustaz

ana ahli pas yg spt kebanyakan yg lain2 bekerja bertungkus lumus utk pas tanpa henti.

cuba ustaz selami rakyat bawahan,bertemu dan sembang dgn mereka dan cuba tanya mereka tentang UG ini,dengar dan komen mereka dahulu.

ya ana bukan ustaz atau ulama, belajar di st micheal ipoh dan sambung luar negeri.tetapi percayala ramai org macam ana berikthiar sedaya upaya utk kenal dan mangamalkan islam sepenuhnya bukan ikut ikutan, lalu kami jadi ahli pas,ikut usrah dan sbgnya, hantar anak kat pasti dan bersekolah di sek agama atau al amin(ramai anak org pas).

mungkin ana salah betulkan.pada ana pas adalh parti politik berbentuk dakwah,mengajak manusia kenal dan praktik kan islam melalui jalan politik(kuasa).

cuma bila ana mengikuti perbahasan muktamar baru baru ini(dewan ulama dan pemuda), ana sendiri rasa gerun sebab spt kita mahu berperang sehingga ana terkejut dan beristigfar, ya allah kalau la ahli biasa,atas pagar dan terutama non muslim dgr, lari lintang pukang.pada ana dakwah bermaksud kenalkan,mengajak org mengenal islam.,bukan menakutkan mereka(level thinking)

tolongla ustaz kita menang kerana undi rakyat..dgn kuasa skr pas menguasai hampir semua masjid dan jkkk di semua negeri pakatan rakyat,itu kuasa pada ana, tidak semestinya jadi yb,exco atau mb.gunala sepenuhnya utk mengajak org ke arah kita,kalau kita gagal,salah siapa.

ramai kawan kawan ana ahli atau penyokong tanya boleh tak pas buat pendirian tetap kalau nak kalah lepas ini,tolong cakap jelas2 supaya mereka tak payah bersusah payah lagi.

terus terang ana tak berkenan cara ustaz dan team pemuda ustaz,lihat masa PC tentang ISA,ustaz sebut pemuda PAS akan mengetuai bersama sama ngo ngo berkenaan demo ISA.inila pertama kali ana dengar pemuda PAS cakap sebegitu.kalau dulu jika isu national spt bersih dan sbgnya melibat ketua pemuda pakatan atau BA(99/04).
apa perasaan mereka(saya dah baca blog che gu bard).

sorry ana tak berapa pandai tulis BM.tapi cuba jugak.i dont mind writting in english kalu ustaz benarkan lain kali.

ruhmalaysia said...

Assalamualaikum magn,

Saya ada komen tentang UG ni, saya memang setuju dengan tuan, PAS hendaklah berdakwah kepada bukan penyokong PAS dan bukan muslim lepas tu pada muslim sebab yang islam ni dah tak ada masaalah. Kita komen pasal UG kerana kita sayangkan PAS dan kita tidak faham kenapa pemimpin PAS mahu berkongsi dengan UMNO.

Ramai orang melayu tidak senang dengan DAP tapi sekarang dengan sokongan mereka PAS telah berkongsi kuasa di Selangor, Perak sekejap. PAS bebas berdakwah di P.Pinang. Dulu tak boleh. Guan telah kenal Khalifah Umar Abdul Aziz,ada cita-cita nak buat macam khalifah Umar buat berlaku adil. PAS bantulah dia bagaimana nak adil cara Islam. Itu peluang paling besar untuk PAS berdakwah dan buktikan yang Islam itu baik.

Tapi UMNO dia orang melayu dan Islam pula tapi mereka tak mahukan Islam.Untuk apa berbincang dengan mereka lagi.Tangguh lah dulu sehingga selesai PRU13, lepas tu kita ajak mereka nak kongsi kuasa.

UMNO tak perlu kepada PAS untuk terus berkuasa. Mereka cuma perlu berlaku adil dan buat apa yang Islam mahu ada jadualnya. Hudud buat kemudian, buat yang lain dulu, bagi pelajaran pada rakyat apa perbezaan Islamic Criminal Law dan Common Law sehingga rakyat betul-betul faham. Mahukah UMNO buat. Wallahhua'alam. Sehingga kini belum nampak bayangannya.

UG ni akan dapat tentangan melainkan UMNO memang ikhlas. Orang macam saya melihat UG ni adalan rentetan perbincangan dengan UMNO sebaik saja lepas PRU 12. Inilah yang bahaya pada PAS.

Sdr Magn, tolong klik ruhmalaysia,hanya ada satu posting tapi untuk berbincang secara ilmiah, fikiran terbuka saya rasa boleh.

Eksekutip said...

angguk setuju kata-kata magn.

diam kononnya berhikmah cara Ust. Tanta bukan menjernihkan keadaan, menambahkan seribu tanda-tanya dan syak wasangka.

beribu pemuda PAS bukannya lulusan sarjana Tanta, pelbagai syak dan pelbagai rasa.

segera pantas lah wahai at-Tantawi, biar terang, tulus dan tepat dalam menghuraikan sesuatu isu. puji cara anta membawakan kisah Nabi dan sahabat, tapi bukan dengan hanya tebalkan frasa ayat.

style kepimpinan baru nyata berbeza dengan yg lama...

Unknown said...

Ustaz yang dihormati,

Saya yakin dengan dasar yang ada pada PAS iaitu ISLAM.

Atas dasar ISLAMlah PAS dapat kekal dan terus releven sehingga ke hari ini.

perjuanagn P:AS tidak luntur atas turun naik undi PAS dalam pilihanraya.

Justeru itu, PAS meletakkan sasaran utama untuk menubuhkan kerajaan yang berpaksikan ISLAM kerana ISLAM adalah dasar keadilan yang terbaik.

Apa yang berlaku hari ini lantaran sikap sesetengah golongan yang tidak sabar-sabar untuk menang.

Lantas, isu-isu yang tidak sepatutnya digembar-gemburkan dari dalaman sendiri hingga samoai mempertikaikan kepimpinan.

Namun amat hairan, sekirannya perkara sama dilakuakan oleh pimpinan yang mereka sukai, tidak pula dipertikaikan.

Sekalipun TGHH berunding, ia tidak bermaksud membawa masuk PAS ke dalam BN/UMNO.

Apabila pemimpin lain yang mereka sukai berunding, tidak pula dikritik dan dicemuh!

Malah ada pamimpin yang mengajak menubuhkan kerajaan dengan cara jelik "MP melompat", pun tidak pula dikiritk.

Malah ia memberi idea pula kepada BN untjuk jatuhkan PR di Perak.

Amat malang sekali...

han said...

ustaz tanta,

boleh tak kuruskan badan ?

khalif13 said...

hanizar said...
ustaz tanta,

boleh tak kuruskan badan ?
..............................


Kuang.... kuang..... kuang...

Baca tu Ustaz, teguran untuk kuruskan badan lebih senang ikut dari baca kritikan puak yang bersangka buruk dengan presiden tu.

Ustaz, buat-buat lawak sikit kat presiden.

Cakap kat dia:
"Kalau ahli tak nak dengar cakap presiden, nak dengar cakap mahfuz dan 10 MP jer........ kerja tukang sapu kat pejabat agung tu masih vacancy lagi".

khalif13 said...

hanizar said...
ustaz tanta,

boleh tak kuruskan badan ?
..............................


Kuang.... kuang..... kuang...

Baca tu Ustaz, teguran untuk kuruskan badan lebih senang ikut dari baca kritikan puak yang bersangka buruk dengan presiden tu.

Ustaz, buat-buat lawak sikit kat presiden.

Cakap kat dia:
"Kalau ahli tak nak dengar cakap presiden, nak dengar cakap mahfuz dan 10 MP jer........ kerja tukang sapu kat pejabat agung tu masih vacancy lagi".

Anonymous said...

nooryus...

anta org kelantan ker?

kalau anta org kelantan bermakna anta bukan seorg anak jati kerana tidak peka apa yang dah terjadi selama hampir 20 tahun...

kami anak kelantan paham kenapa TGNA begitu marah dan melenting dgn isu ini... apa yang tidak dilakukan oleh UMNO untuk jatuhkan PAS di kelantan? segala macam benda dilakukan!

kewangan, peruntukan, subsidi, royalti, pembangunan, dan macam-macam lagi lah semuanya mereka sabotaj dan lebih parah lagi... anak TGNA pon mereka tahan dalam ISA walhal bukti tak jelas pon!!!

terenganu cuma merasai hanya sepenggal... itu pon dah bergegar satu malaysia... tapi kami di kelantan... biar aper pon UMNO buat kami sabar...

sekarang kesabaran kami dah sampai kekemuncak bila org yang selama ini aniya,tindas kami nak dibuat kawan... kalau ikhlas tak mengapa takkan TGNA tak terima org ikhlas
tapi ana nak tanya percaya kah anta semua yang UMNO tuh akan ikhlas???

Mat Nusantara said...

dpd penerangan nuruddin, nampaknya org2 PAS kelate ada dendam kesumat dgn UMNO. ini termasukla TGNA sampaikan terlepas marah kat Nash suruh masuk UMNO. mengucap la banyak2 semoga Allah putihkan kembali hati2 yg hitam itu.

kita manusia biasa ni banyak buat silap. sesama Muslim kita gaduh tapi dgn org kafir yg terang2 menolak Islam kita kawan. kenapa? gila kuasa dunia.

cuba fikirkan (guna akal bukan kapla lutut), PKR dan DAP akan benarkan kita tegakkan negara Islam ke? tgk di Selangor dah ler. kilang arak masih tak tutup. nak regulate penjualan arak pun dibantah. so, apa nak jadi ni. berdosa kita pada rakyat Selangor kerana tak tunaikan janji pilihanraya.

di Perak pula, apa yg Nizar buat utk tegakkan syiar Islam? tapi mungkin tak sempat kot sebab baru setahun memerintah. itu la kita kena hati2 pilih kawan. kalau pilih PKR, mereka2 ni gila kuasa, harta, pompuan dsb. kalau pilih DAP, mereka tak terima Islam sampai mati. pilih UMNO lak takut kena tikam lagi.

hish! dilema2. kalau sendirian cam ne? boleh dapat ke sokongan bukan Islam?

Anonymous said...

dendam kesumat tuh mungkin ada tapi bagai saya ia lebih kepada hati yang terluka bukan mudah nak di rawat...

kalau dakwah dgn UMNO dah capai 50 tahun kini PAS mula bertukar cara dakwah... bukan PAS tak tau dgn sikap DAP dan PKR... DAP sah sah la tolak negara islam PKR pulak sama jer macam UMNO sebab mereka ni bekas org2 UMNO.... tapi mendekati mereka lebih mudah dari mendekati UMNO yang mengaku Islam dan sebangsa...
melalui mereka dakwah islam tidak disekat2... kita sudah boleh menyebarkan dakwah dgn lancar... insyaAllah satu hari nanti DAP akan terbuka untuk menerima hudud! sekurang-kurangnya untuk org islam sahaja pon sudah mencukpi...

dari berdakwah dgn UMNO... dah 50 tahun tapi kita tetap ditindas... yang masuk ISA pon ramai malah yang kena bunuh pon ada (memali)...
so kalau bagi saya ini lah masanya kita beralih arah dalam cara berdakwah...

Mat Nusantara said...

dlm politik ni macam2 boleh berlaku. hari ni kita kawan, esok lusa gaduh. biasa la. apa2 pun jangan personal sgt.

la ni UMNO lemah, apa kata ambik kesempatan utk minta terima Islam. kalau tak dapat 100% pun, dapat 50% ok la sebagai permulaan. org kata, sikit2 lama2 jadi bukit. ni tak, belum apa2 lagi dah tolak. TGHH pun belum beri penerangan lagi. sabar la dulu.

pagi ni dgr cite, TGNA dah lembut sikit. mungkin dah solat isytikarah. syukur la. hopefully, pihak2 penghasut (yg sesat) tu tak mengaburi mata hatinya. apa kata PAS Kelate tolak personal feelings utk masa depan semua. cogan kata sekarang kita tukar kpd:

HIDUP ISLAM! HIDUP MELAYU! HIDUP SEMUA... Baru boleh bersatu dan maju. Kalau kita kuat, baru org bukan Islam hormat (bukan takut).

Anonymous said...

aku tolak HIDUP MELAYU!

aku tak pernah berjuang untuk bangsa MELAYU waalupon aku melayu!

nabi tak pernah ajar kita berjuang untuk bangsa kita!

yang nabi ajar untuk AGAMA kita iaitu ISLAM...

so HIDUP ISLAM! HIDUP SEMUA!

Mat Nusantara said...

takrif Melayu ni macam2. org2 Siam (Patanni, Narathiwat, Songkhla), org2 Indon (Jawa, Bugis, Riau, Batak, Minang, Acheh dll), org Filipina (Sulu, Mindanao) pun dikata Melayu. bak kata org tua2, sapa2 yg mengamalkan adat-resam Melayu, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan agama Islam dianggap Melayu. tiga kriteria2 ni digunakan oleh kerajaan utk iktiraf bangsa Melayu di Malaysia ni.

notis tak agama Islam tu ada dlm takrifan. mungkin ke bawah sikit sekarang ni sebab sifat2 nasionalisme masih tebal di kalangan org UMNO. mereka2 ni org Melayu yg beragama Islam. bukan Islam tak leh masuk UMNO.

sebab tu la saya cadangkan kita berkompromi. PAS perjuangkan Islam, so HIDUP ISLAM!. UMNO Hidup Melayu! tapi hak2 bangsa lain masih dihormati spt di perlembagaan (HIDUP SEMUA!). kalau siang2 lagi tolak HIDUP MELAYU! susah la nak satukan ummah.

org yg bijak mesti pandai ambil peluang yg terbuka luas sekarang ni. masa Nabi menyebarkan syiar Islam pun gitu. mula2 lembut. kemudian keras sikit walaupun Nabi banyak bertolak ansur.

yg penting, yg dikejar (org2 Sabah/Sarawak) dapat dan yg dikendong (org UMNO) tak keciciran. bak kata org, win-win at last.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive