Menjelaskan Kekeliruan SMS Harakah
RM 0.00 : Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan , umpamakan perbincangan PAS - UMNO itu satu usaha berdakwah Nabi Musa kepada Firaun , bukan bertujuan sertai UMNO - HRKH
Demikian nas sms dari Harakah yang difoward kepada pelanggannya seluruh negara . Ianya menimbulkan kekeliruan berikutan isu terkini yang sedang hangat dibicarakan .
Saya rasa tidak adil jika wawancara lebih sejam bersama wartawan malaysia kini hanya dirumus seringkas 4 atau 5 baris ayat sahaja .
Sebenarnya saya bukan bercakap soal perbincangan PAS - UMNO tetapi saya sedang bercakap mengenai prinsip dakwah yang dibawa oleh PAS .
Dakwah PAS mensasarkan semua madu'unya termasuk UMNO dan BN . Sekalipun UMNO dan BN adalah sesat dan zalim , kita tetap akan membawa Islam ini kepada mereka dengan pelbagai kaedah dan pendekatan .
Amalan yang paling afdhal ialah kalimah yang haq di hadapan pemimpin yang zalim , demikianlah penegasan yang pernah dibuat oleh Rasulullah saw. Justeru itu , biarlah sezalim mana pemerintah itu , kita akan pergi kepadanya untuk membawa Islam yang suci ini .
Sebagaimana Allah swt menghantar Nabi Allah Musa as. kepada Firaun raja yang zalim untuk menyampaikan Islam kepadanya.
panjang lagi wawancara itu . semoga penjelasan ini menyingkap kekeliruan
35 comments:
Patutkah di mulakan dakwah itu secara sembunyi sembunyi dari ahli Pas sendiri? termasuklah ulama ulama dan TGNA.
Salahkah jika ini yang di lakukan dan akhirnya ahli bersangka buruk?
Bukankah Islam menyuruh kita bercakap benar. Kenapa bila di tanya pada mulanya menapikan ada berjumpa sehingga Pak Lah mengaku akan perjumpaan tersebut.
Wahai ustaz ustaz yang berjumpa secara sorok sorok pada mulanya, bimbinglah kami ka jalan yang benar, tunjuk kan lah contoh akhlak yang baik supaya jadi ikutan kami.
Inilah yang disebut, membaca dengan fikiran pembaca. bukan untuk memahami fikiran penulis. Apapun, teruskan menulis.
Segala kekalutan yang melanda kini perlu diperjelaskan kepada ahli agar tidak memberi tanggapan yang tidak elok.
Assalam'alaikum
Saudara Tantawi,
AlhamduliLlah dan tahniah dengan setulusnya saya ucapkan kepada saudara dan mereka yang bersama-sama saudara yang mengambil jalan yang 'adil dan pertengahan ini.
Janganlah dijadikan perbezaan kepartian yang merupakan mainan Ad-Dajjal sebagai penghalang untuk berperanan sebagai penolongNya dan RasulNya dalam membawa Risalah kebenaran Agamanya terutamanya kepada kaum keluarga kita sendiri, yakni Bangsa Melayu yang telah terbuai mimpi yang lama dan panjang.
Walaupun kita berbeda pendapat dalam urusan demokrasi, pendekatan yang diambil itu pasti lebih bermanfaat dan insyaAllah lebih layak untuk mendapat pertimbangan pertolongan dariNya. Ini adalah sadaqah ingat-mengingati kepada mereka yang lebih utama menerimanya iaitu para ulil kurba yang begitu memerlukan. Semoga akan meriah cinta Agama dan Tuhan dengan ikhtiar itu.
Saya doa'akan istiqamah dan keteguhan dalam menghadapi rintangan dan celaan manusia yang suka mencela.
Salam,
TokPakir
@ Yes, kalau jumpa sorok-sorok pun kenapa?
Wahai Pemimpin-pemimpin Parti Islam Pimpinlah kami ke jalan yang benar.... agar mudah untuk kami menjawab di depan Allah. Wallahua'lam.
banyak dalih betul ler bakal Ketua Pengarah JAKIM kita ni...dakwah tak dakwah sekalipun, nape bila orang tanya dulu tak ngaku..Pak Lah yang zalim tu gak yang ngaku..adakah perlu berbohong dlm berdakwah??
Memang layak ler enta ni jadi Ketua Pengarah JAKIM dlm Kerajaan Perpaduan nanti..tak pun jadi S/U Parlimen Jab. Perdana Mentari dlm Hal Ehwal Agama...
Persoalannya, apakah selama ini kita tidak berdakwah kepada pemimpin UMNO?
1. Melalui ahli Parlimen di Parlimen.
2. Melalui ADUN di Dewan Undangan Negeri.
3. Melalui kuliah di masjid dan surau
4. Melalui ceramah di pentas ceramah.
5. Melalui sembang kedai kopi di kedai kopi.
6. Melalui ziarah rumah kerumah melalui kempen rumah kerumah.
7. Melalui forum di pentas-pentas forum.
8. Melalui debat dikaca TV.
9. Melalui pemerintahan di negeri Kelantan dan Terengganu sebelum ini dan sekarang Kedah, Selangor dan Perak.
10. Melalui akhbar Harakah
11. Melalui tingkah laku pemimpin PAS seperti Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz yang hidup sederhana walaupun ada peluang mengaut kekayaan.
12. Melalui ajak pergi dengar ceramah.
13. Melalui surat sebaran.
14. Melalui SMS
........ dan banyak lagi.
Adakah semua yang diatas tidak disebut sebagai dakwah seperti nabi Musa lakukan kepada Firaun?
Saya Aris Awang, menyokong tindakan yang dilakukan oleh Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat sepenuh hati demi menjaga keutuhan perjuangan PAS dan sama sekali tidak membenci mana-mana pemimpin yang mengaku kesilapan seperti Hj Mahfuz telah pernah lakukan, akibat getah nangka yang terpalit kepadanya.
Aris Awang.
Salam.
Saya ulangi, rakyat sudah masak dan faham sangat.
Apa yg tersirat sudah difahami lebih drpd apa yg tersurat (ter'sms').
Kadang2 kita lupa bahawa apa yg kita ucap, syarah dan bertindak baru2 ini mencerminkan sikap dan true colors kita yg sebenarnya.
Kurap boleh disorok di balik jubah.
Tapi amat sukar utk selamanya berlakon seperti 'tiada apa2 berlaku'.
Saya amat2 bersetuju dengan slogan Islam Memimpin Perubahan, tetapi perubahan mustahil berlaku jika pimpinan Islam lemah.
Renung2kan ustaz...
Saya ucapkan tahniah sbb ada posting dari diri ust. Nasa at-Tantawi sendiri yang cube menjernihkan keadaan. itulah yang baik..
tapi saya mengikut hujah daripada Aris Awang, masih tidak cukupkah kita berdepan dengan Firaun dengan pelbagai jenis saluran termasuk pilihanraya dan parlimen.
mungkin ada hujah tersendiri dr pihak at-Tantawi dan pro-muqabalah..melainkan kena juga duduk semeja membincangkan hal yang lebih dalam dr itu - membentuk kerajaan bersama?
kami segelintir pekerja PAS, atau mungkin ada ramai yang lain juga sama menolak kerajaan perpaduan melainkan apa yang disebut TG Nik Aziz. harap apa yang akan dibincangkan dalam retreat khas akan meredakan apa yang kusut.
sebagai pemimpin yang dipilih ahli, jagalah prinsip kita. jgn biar ahli bawahan terasa sakit hati dengan kita. jgn biarkan ahli rasa hilang hormat dengan pemimpin ynag ada. kami ahli bawahan tetap bersama tuan guru dato nik abdul aziz. mereka yang pandai nak merosakkan dan menjadi talibarut umno dalam pas lebih baik bermuhasabah
Kepada Ketua pemuda PAS,
Boleh lah kalau nak berdakwah kepada umno macam nabi musa berdakwah dengan Firaun. TAPI apa yang Nasa and cikgu Pa buat bukannya nak berdakwah ke UMNO ...kalau pun nak berdakwah ya USTAZ, orang tak main DALAM GELAP USTAZ OOOI ..biar logic lah sikit ...tak payah nak cover line lah ustaz...
alahai, kalau 'rundingan' sampai nak tubuh kerajaan sekali mcm di Selangor, dan sampai telefon ust ahmad awang untuk suruh bukak jalan tubuh kerajaan dengan UMNO di Perak, dakwah apa tu ustaz oiii???
"Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi." - awat ustaz tak pi berbincang / berdialog mengadap sultan perak pasai krisis perak hari tu??
ceh!.. cakap berdegaq degaq..
Forum dengan orang2 PR sendiri pun takut nak pergi.
Allah hantar nabi musa kat firaun untuk menyeru dia BERHENTI melakukan kekejaman & menyembah tuhan yg satu. Tak de pulak Allah hantar nabi musa untuk BERSATU dengan Firaun.
Nabi Musa jumpa firaun nak minta supaya bapak angkatnya memeluk Islam. Nasa jumpa najib nak minta jawatan menteri.
Nabi Musa jumpa Firaun diistana Firaun didepan pembesar-pembesar serta pendita-pendita Firaun - bukan dalam gelap, di luar negeri dan di tempat-tempat tersembunyi. Message yang dibawa olih Nabi Musa cukup terang dan jelas - bukan "melontarkan idea".
Nabi Musa benar-benar berdakwah tak ada cerita nak jadi menteri, timbalan menteri atau pun duta. Kalau "ulamak" seperti Hamid Othman, Yusuf Nor, Mufti Perak, Us.Firdaus AlHafiz, tak ketingalan Us.Naqai tak berjaya "berdakwah" kepada UMNO - apa jaminan Nasaruddin Mat Isa boleh berjaya?
Us.Nasaruddin AlPahangi,percayalah "berdakwah" itu hanyalah kata-kata manis dan "cover-up" kepada agenda yang lain. Anda baru memegang jawatan yang penting penuh amanah, jangan terseret bersama boneka-boneka UMNO ini.
Saya sarankan Ustaz serban besar ini pergi ke Putrajaya esok, ketok pintu Istana Najib dan terang-terang perjelaskan kepadanya segala perkara mungkar yang UMNO perlu henti lakukan. Dah buat itu semua baru datang balik dan buat kenyataan kepada media yang anda telah
pun berdakwah. Kalau tak berani buat demikian jangan cakap macam Pak Lebai sebarangan.
sebagai pemimpin....jagan biarkan rakyat bawahan meluat tegok muka kita....dan rasa benci pada kita...perlu bijak sana dalam melakukan sesuatu...pas adalah suatu jamaah...jadi...bila melibatkan keputusan yang besar perlu dibincang dalam semua peringkat...x boleh nak memandai mandai buat keputusan.....nanti rasa ketidakpuasan hati rakyat di bawah sana....
Bro, janganlah hurai seribu dalil pada apa yang secara umumnya tidak membawa maslahah pada keseluruhan. Jangan jadi ustaz 'madah berhelah'. Ikhlaskan perkataan, teguhkan perbuatan dan istiqomah dalam perjuangan.
Jangan jadi macam orang Mesir yang boleh hurai beribu persoalan, tapi dalam perbuatan, hampeh........ (memang jenis pandai cakap jer, buat nanti dulu).
Ustaz, depa nak ustaz nasha dan cikgu Pa berbincangdengan UMNO ala-ala debat perdana dan tayang dalam TV siaran langsung gitu.
Aku peduli haper, bincang dalam gelap ker cerah ker.... Aku yakin 100% depa jujur.
PENYAKIT Bersangka buruk terhadap presiden dan timbalan dimulai oleh Khalid Samad dan Husam.
Khalid Samad sempat cabut lari tukar warna, padahal dia yang join kunjungan gelap-gelap tu jugak.
Muhyiddin: Umno mahu perbincangan disegerakan
nih aper cerita nih? aduh betul ker pas nak join sekaki ngn UMNO?
tak per caya bukak la malaysiakini.com baca la sendiri...
terus terang saya cakap kalau PAS collaborate ngn UMNO kami nak piket suh TGNA buat parti lain!!!
masalahnya jujur tuh mmg la jujur.. tapi tak jelas...
bagi aku aku setuju dgn TGNA
saper yang nak collaborate ngn UMNO sila masuk UMNO jgn kacau PAS
ko ingat kalau collaborate ngn firaun ko dapat pekdah ker?
sebenarnya aku dah baca apa yang di maksudkan unity gov yang di tulis sendiri oleh TG Hadi... tapi bagi aku benda nih nampak sgt dari ust Nasha... smalah halnya korang nampak TGNA dipengaruhi oleh Husam... TG Hadi plak oleh Ust Nasha...
biol betul kalau nak unity gov kena libatkan semua parti kat malaysia nih bukan hanya PAS ngn UMNO tuh maksudnya campuran atau gabungan...
lagi satu bila di ketengahkan idea nih... ini jelas menunjukkan kebodohan pemimpin...
korang ingat PKR nak kerjasama ngn BN?
DAP nak kerjasama ngn BN?
pikir pakai otak la sikit...
salam,
harap ustaz boleh menjadi orang tengah menyelesaikan masalah dalaman PAS ini.yang orang tentang kerjasama dgn umno sebab kita semua benci umno.
nak salahkan siapa bila ramai orang benci umno.
dulu dan sampai hari ini pimpinan kita menyuruh kita menentang umno, barbagai dalil dan nas telah ahli PAS khatam. dan itulah menjadi hujah kita..
Sehinggakan sampai keluar fatwa, kenapa kita wajib menentang Umno.sehinggakan boleh terpesong aqidah kalu sokong mereka
dulu Arwah ustaz Fadhil selalu membaca ayat al-quran yg bermaksud,, janganlah kamu merasa cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, kelak kamu akan disambar oleh api neraka,,kemudian ustaz fadhil ulang lagi,, cenderung pun tak boleh, tambah nak sokong..
tapi sekarang.....
khalif33
kesian kamu..
cuba tanya org yg tahu kenapa YB khalid samad kena pergi,sure ustaz din pun tahukan? tanya dia.kalau tak tau jugak then pergila jumpa ustaz ahmad awang, kalau tak nak jugak tanya geng terenganu.
ana percaya kalau semua ahli PAS tahu cerita sebenar apa yg berlaku sejak bulan 12 2007.kita semua akan berebut akan sign macamna yb yg 10 tu buat dan berarak ke pej pas raja laut tuntut geng geng ni letak jawatan.
errr dapat siar ke komen ni.
ustaz din ana pasti enta tahu apa yg ana cerita ini kan?
Pemimpin Pas pun keliru, apatah lagi penyokong yang hanya baca dari fitnah blog.
Ustaz nasha cakap terima dengan hati terbukapun salah.
hanizar said...
ustaz tanta,
boleh tak kuruskan badan ?
..............................
Kuang.... kuang..... kuang...
Baca tu Ustaz, teguran untuk kuruskan badan lebih senang ikut dari baca kritikan puak yang bersangka buruk dengan presiden tu.
Ustaz, buat-buat lawak sikit kat presiden.
Cakap kat dia:
"Kalau ahli tak nak dengar cakap presiden, nak dengar cakap mahfuz dan 10 MP jer........ kerja tukang sapu kat pejabat agung tu masih vacancy lagi".
Sapa buat 'engagement'(konon) dlm gelap tuh? Sapa pun mereka baik mufarakah drp fahaman UG yg karut nih..tak kira Us. Nasha ker YB Khalid Samad ker Us. Tantawi ker, baik korang dengar kata TGNA dlm hal nih. Dakwah ker benda tuh? Pegi ler tarbiyah UMNO cara berdepan e.g. debat ker, ceramah ker forum ker. Rundingan UG apa tanpa wakil PKR, PSM & DAP? Nak tipu sapa nih? Rakyat bukan semua bodoh & tak dapat maklumat, malah ramai dah boleh read between the lines & peka politik semasa. Of course mmg kami syak nih semua angkara sekerat pemimipin PAS yg kemaruk nak jawatan dlm kerajaan & sanggup menderhaka TGNA...Hebat khianat tuh..SIAP ler sesiapa yg terlibat kalo terbukti betul syak sangkaan kami.
salam ustaz,
Bila kita mencari kemuliaan tuhan, kita sering kelihatan hina dimata manusia. Bagi yang tahan jiwanya akan dapat merasa inilah saatnya cinta Allah sedang singgah di hati kita.
Saya bersetuju atas pandangan untuk membuka jalan perbincangan dgn sesiapa jua, termasuk dengan UMNO. Kerana dlm UMNO bukan hanya ada Najib dan Rosmahnya, tapi dlm UMNO juga mungkin ada pak sedara, sepupu2 dan kaum keluarga kita ? lebih malang lagi jika dlm UMNO itu mungkin ada ibubapa kita. Tidakkah kita terasa ingin menyelamatkan mereka ? Tidak kita kita terasa ingin membawa mereka kepada Islam yg sebenarnya ?
Kita berdakwah atas kehendak Allah yang esa, bukan kehendak manusia. Allah meminta hal kebaikan/Islam ini diberi dan disampaikan kepada sesiapa sahaja muslimin atau kafir, Sebab itu dakwah kita tidak boleh terhad kpd orang-orang pas sahaja...dakwah kita juga mesti kpd semua yg ada di sekeliling kita termasuk PKR, UMNO, MIC, MCA dan sesiapa sahaja.Kita perlu guna apa saja cara yg terbaik utk islam ini bukan sekadar sampai kpd mereka bahkan islam boleh hidup dan dijelmakan dlm segala tindakan mereka.
Adalah tidak wajar kita menuntup jalan perbincangan dengan mana-mana pihak atas pengalaman lampau yg teruk dengan mereka.Memang kita boleh berhati-hati tapi kita tidak boleh serik.
Islam selain menyeru kita berhati-hati dan mengambil iktibar dari kesilapan lampau, tapi islam juga turut menekankan kpd kita hal kesabaran dan memaafkan kesilapan orang terutama ketika kita berkuasa utk membalas kesalahannya.
Jadi di sini, terserah kpd kematangan kita utk membuat pertimbangan dan memilih tindakan yg paling baik.
Pada saya, dakwah pas tidak berjalan hanya kerana kata2 TGHH....dakwah pas juga tidak terhenti dengan hanya ada saranan TGNA....tapi dakwah dalam pas berjalan kerana kemuliaan ajaran Islam yg tinggi, dan ia tidak bersandar pada kekuatan mana-mana pribadi. Adapun kedua tok guru ini disayangi dan dicintai...jua kerana perjuangan utk agama ini.
Dalam isu UG ini biarpun kita sedar ttg nilai kebaikan yg ada padanya , tapi dalam situasi kini, saya rasa memahami penegasan dari tok guru agar jangan diungkit tentang isu ini adalah lebih utama…...kita yakin ada asasnya tok guru begitu tegas sekali dan saya rasa tidak rugi untk kita diam seketika memberi ruang kepada semua pimpinan mendapatkan penjelasan/perincian sebelum ia di buka kpd umum.
mungkin benar ini bukan masa yang sesuai utk memperkatakannya, namun saya yakin suatu masa nanti seluruh pimpinan pas akan sebulat suara dan satu nada dlm menerima atau menolaknya.Memang kita perlu satu suara dan satu hati dlm hal ini....kerana di situ ukhwah kita dan ia adalah sumber kekuatan kita selama ini.Banyak pihak cuba meruntuhkannya, bahkan di blog ustaz ini lebih ramai pengunjung yg lebih suka melihat kita bercakaran dari bersatu.Lebih banyak komen utk 'memanaskan' bukan menyejuk dan mendamaikan.
Meneliti kerja2 Islam dlm sebuah harakah, ukhwah adalah perkara usul sedangkan strategi dakwah adalah perkara cabang. jangan pula kita berlebihan berkrisis hal-hal cabang sehingga merosakkan ukhwah yg betol-betol mesti kita jaga.Kekadang disiplin diri dalam harakah Islam telah kita lampaui tanpa kita sedari..… maka inilah masanya untuk kembali menghitung dan muhasabah diri serta kembali bekerja di atas sikap dan akhlak yang jernih…
Saya bersyukur bila ada hasrat dari tok guru utk mengadakan perjumpaan ukhwah dgn kepimpinan pas pusat bagi membincangkan hal ini.Saya yakin Allah bukan saja menurunkan ujian utk kita bahkan Dia akan sediakan jalan pada kita selagi kita tetap berpegang teguh pada agamaNya.
Saya ucapkan selamat berjuang utk semua saff kepimpinan pas. InsyaAllah masih ramai yg ada dibelakang anda semua yang cintakan perdamaian dan kesatuan. Kita akan tetap bekerja utk Allah dan rasulNya, serta menjadikan cemuhan dan hinaan manusia itu kecil belaka.Serulah doa rabitah dlm munajat kita....bila Allah satukan hati kita, tiada siapa yg mampu membentenginya.
Allahuakhbar...
buat khaliff13:
bukan taknak dengar cakap president...
tapi isu ini sebelum di war-warkan sepatutnya di bincangkan terlebih dahulu didalam parti... bukan bincang senyap-senyap dgn UMNO!!!
jgn kita lupa UMNOalah sebuah parti yang very opportunis... mereka akan gunakan apa shaja utk survive... dan kalau ikut gerak hati aku PRU13 pon PR takkan menang lagi... tambha-tambah bawah najib! apa shaja akan mereka gunakan...
bukan kita tak tau apa itu kerajaan perpaduan... bukan TGNA taktau apa itu unity government...
tapi kesilapan dalam mengacarakan isu ini akan dipergunakan oleh UMNO! nah! sekarang kita lihat apa dah jadi... betullah cakap TGNA org2 UMNO dah berpesta tgok kita sekarang nih!!!
sebab tuh aku heran disini... kenapa pemimpin2 yang bijaksana dan istikarah sebelum melakukan setiap tindakkan boleh tersasar kali nih? dimana penggunaan akal fikiran sebelum bertindak! tak nampakkah bahaya yang akan digunakan oleh musuh (dah digunakan pon sekarang dgn habis habisan...)
sebab tuh ahli-ahli yang macam kami nih marah dan kecewa... dgn pemimpin2 PAS... sekrang nih kita di perkotak katikkan... macam bola tgh padang kejap dikaki org tuh kejap lagi dikaki org lain... aper nih! nampak tak apa UMNO dah berjaya lakukan pada PAS! sebab tak berhati-hati dalam tindakkan...
ari nih keluar pulak kenyataan hishamuddin tak nak PAS berpecah... kepala hotak dia berjambul!!! ingat rakyat bodoh dgn kenyataaan tuh? kalau boleh UMNO nak PAS nih berkubur aje senang kerje mereka nak buat mungkar!!! sebab tuh aku kata kerajaan perpaduan nih takkan jadi sampai bila2 selagi UMNO wujud!!! mana mungkin mereka nak kasi parti pembangkan pegang jawatan menteri habis terbongkar la rahsia mereka!!!
pikir pakai otak... bukan pakai hati... Allah bagi kita akal fikiran supaya kita pandai jaga diri... bila dah tersilap langkah cepat cepat cari jalan perbetulkan kembali... jgn dibiarkan berlarutan... musuh sdg berpesta ingat tuh!!!
PAS Sudah Berdakwah Pada Firaun sejak 50 tahun yang lepas
http://www.malaysiawaves.com/2009/06/pas-sudah-berdakwah-kepada-firaun.html
Di dalam PAS berdakwah dalam gelap dengan UMNO, UMNO telah meluluskan 10 lesen "special draw"( Judi) baru.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/business/17546-government-places-discreet-bets-on-gaming
” KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs.
The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.”
Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah lagi dengan UMNO.
Kalau ada yang benar-benar telah berdakwah dengan UMNO, orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Malahan, dalam isu hudud di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz telah berdakwah kepada Dr. Mahathir sendiri.
Dan Tok Guru yang sama yang tidak mahu PAS berunding dengan UMNO.
Saya ni berjuang semasa PAS ini parti bangsat. Pulak tu, arwah bapa saya bawa saya berjuang di Negeri Sembilan di mana PAS biasanya akan hilang wang pertaruhan.
Bila saya baca kenyataan di atas, hati saya menderap-derap dalam kesedihan.
Jelas, kenyataan ini dibuat oleh seorang yang kurang berpengalaman dalam perjuangan PAS dan Islam di Malaysia.
Saya cuma nak kata, bukankah PAS telah berdakwah dengan UMNO semenjak PAS mula2 wujud lebih 50 tahun yang lepas?
Tn Haji Ahmad Fuad sanggup meninggalkan UMNO dan kemudian telah menjadi salah datu tenaga kea rah penubuhan PAS.
Kalau UMNO ini boleh didakwah, Tuan Haji Ahmad Fuad tidak akan keluar UMNO dan menubuhkan PAS?
Tujuan Sebenar Berjumpa UMNO bukan Untuk Berdakwah, Tapi Atas Dasar Perpaduan Melayu.
Itulah sebenarnya tujuan sebenar mahu berunding dan berjumpa UMNO.
Juga diambil dari Penarik Beca@Bakaq:
"Jawapan Anonymous (nombor 27) dalam posting bertajuk "Protes kerajaan perpaduan!":
Kepada ketua pemuda PAS ..boleh lah kalau nak berdakwah kepada umno macam nabi musa berdakwah dengan firaun ..TAPI apa yang nasa and cikgu pa buat bukannya nak berdakwah ke UMNO ...kalau pun nak berdakwah ya USTAZ ,orang tak main DALAM GELAP USTAZ OOOI ..biar logic lah sikit ...tak payah nak cover line lah ustaz..."
Sila baca juga:
a. Apa lagi ajaran Wan Abu Bakar?
b. Bila PAS Tertelan Racun Lipas UMNO
c. Mengapa Tok Guru Nik Aziz Marah
Tulang Besi
Apakah Dakwah itu Satu2 Jalan?
Setahu saya, Firaun menolak dakwah Nabi Musa AS sehingga firaun telah mati di dasar laut Merah akibat kebongkakan beliau menolak dakwah Nabi Musa.
Nabi Mohd SAW sendiri hanya berdakwah 10 tahun sahaja di Mekah. Selepas itu, Nabi tidak kembali semula ke Mekah dengan kumpulan pendakwah. Tapi Nabi kembali dengan tentera dan terus menakluk Mekah.
Ertinya ada had di dalam berdakwah dan tidak boleh berdakwah terus menerus. Dalam kes Malaysia, jelas dan terang bahawa selepas 50 tahun merdeka, UMNO MENOLAK DAKWAH ISLAMIYYAH PAS.
Nabi datang membuka kota Mekah tanpa pertumpahan darah. Sekalipun datang dgn tentera tetapi bukan niat utk menyerang penduduk Mekah.Malah penduduk Mekah beriman kepada Allah kerana keluhuran pribadi Rasulullah dan sifat pemaaf baginda yang mengampunkan dosa semua kafir quraisy di Mekah.Sifat maaf nabi sangat tinggi dan tiada sikitpun dendam kesumat nabi, kalau nak dinisbahkan kejahatan kafir quraisy terhadap muslimin.....hmmm tak tau nak ceritalah,sudah begitu ramai yg syahid dan disiksa kejam kerana keimanan pada Allah.
Begitu juga dakwah Nabi Musa kepada Firaun, Allah minta nabi berdakwah dgn kata-kata yang baik sekalipun Firaun begitu jahat sekali.Adapun Firaun binasa bukan dari tindakan nabi tapi Allah yang membalasnya dgn menenggelamkan Firaun Di laut Merah...
Kita doakan sesuatu yg baik dari perbincangan pihak pimpinan.Tok guru biarpun tegas dan agak keras dalam sesuatu perkara, tapi beliau juga lembut dan tinggi kasih sayangnya.
Suasana kecoh yg timbul kebelakangan ini kerana kasih dan sayangkan perjuangan parti kita.Saya yakin ada penyelesaiannya.
Salam ustaz,
Biarpun saya pada mulanya sinikal membaca SMS yang berkaitan pendapat Ustaz, penjelasan disini lebih melegakan.
Cumanya diharap selaku Ketua Pemuda, Uztaz boleh menggerakkan jentera Pemuda untuk "mempercepatkan" usaha perjumpaan/muktamar khas atau apa sahaja yang sepatutnya dilakukan oleh pimpinan PAS.
Takkan nak dibiarkan PAS hanyut diganyang oleh ahli/penyokong/pengundi/barua UMNO dalam blog. Dalam 2 bulan ni, lebih 20 blog sudah saya jejaki dan maki hamun terhadap pemimpin PAS cukup hebat...
Dah lebih setahun kisah ini berlarutan....tak mungkin PAS masih tak mampu nak selesaikan sekurang kurangnya di peringkat pimpinan sendiri...a'la kulli haal selama berjuang!
Salam...sma2 ke arah kematangan dalam berpolitik demi Islam.
Wah! cakap begitu takhbur..pemimpin utk dicontohi? kalau saudara boleh melabel secara detail saya amat teruja..Ingatlah sebagai yg berkecuali,sy merayu agar jangan merendahkan martabat islam sebaris dgn politk..Salam
Post a Comment