Perginya Seorang Mujahid Agong
Al Faatihah !
[ Jenazah al marhum disembahyangkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur Raml. ]
Semoga Allah merahmati ruh al marhum al ustaz Dr. Fathi Yakan , seorang ulama' al mujahid yang terbilang di zaman ini . Menghabiskan usia di medan perjuangan . Pidato dan karyanya sangat membina dan mendidik ummah . Al Marhum adalah ulama' bertaraf dunia yang mempunyai saham perjuangan yang cukup besar dan luas .
Kini al marhum telah kembali ke rahmatillah . Sedih dan pilu menyelubungi anak murid beliau di seluruh dunia . Kembalinya ke rahmatillah , satu kehilangan besar buat perjuangan ini .
Mungkin yahudi dan Israel sedang berpesta dengan kewafatan seorang ulama' yang gigih berjuang menentang Yahudi dan Israel alaihilaknatullah .
Saya mula mengenali hasil - hasil karya beliau sekitar tahun 1986 . Maqalah pertama yang saya baca dan membawa saya ke persada perjuangan ini ialah maqalah yang bertajuk الشباب و التغيير [ Pemuda dan Perubahan ] karangan al marhum Ustaz Fathi Yakan .
Bagi anggota gerakan Islam yang menekuni Amal Tarbawi bersama penglibatan mereka pasti tidak ketinggalan meneladani satu lagi kitab hasil tangan beliau yang cukup berkah iaitu [ Apa Ertinya Saya Menganut Islam ] ما ذا يعنى إنتمائي للإسلام
Alhamdulillah , saya sempat beberapa kali menemui al Marhum dan menadah [ talaqi ] beberapa buah maqalah kecil justeru pertemuan kami sering sahaja dibatasi waktu dan dikekang oleh jadual padat al marhum yang mengembara dan berdakwah ke serata dunia .
Sekali lagi saya mewakili seluruh warga Dewan pemuda PAS Pusat mengucapkan takziah ke atas ahli keluarga al marhum dan insyaallah kami juga akan mengutuskan warkah takziah kepada ahli keluarganya di Lubnan .
Lebih penting kepada kita semua , agar semangat perjuangan dan ruh tarbiyah yang ditinggalkan oleh al marhum akan terus di semarakkan insyaallah dan Dewan pemuda PAS pastinya akan menjadi medan subur untuk tujuan tersebut .
[ DPPP ] بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة الشباب الإسلامي بمليزيا
بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن
9 comments:
Semoga Allah melahirkan ramai lagi ustaz dan pejuang Islam sepertinya..patah tumbuh hilang berganti
allah mengangkat ilmu, dgn mematikan ulama'....suatu peringatan..!!
Alfatihah
Bulan Penuh 2012
Al-fatihah utk pejuang agama Allah.
Ustaz,
Izinkan saya keluar dari tajuk. Jika salah mohon maaf dan diperbetulkan.
Polemik yang melanda PAS skrg ini agak sukar dibendung. Di mana saja samada ahli atau rakyat memperkatakannya secara nyata dan semakin nyaring.
Walaupun pun faham tindakan DPPP berdiam diri kerana patuh kpd saranan Dato' Mustapha Ali namun nasihat dari YAB Tok Guru Menteri Besar Kelantan juga wajar diperhalusi atas kapasiti beliau yg lebih kanan sebagai Mursyidul Am PAS.
Sebagai Ketua DPPP yg setaraf Naib Presiden, rasanya ustaz mendapat first hand information tentang isu UG.
Saya amat yakin ustaz sudah pun mengetahui apa yg sebenarnya tersirat lebih dari apa yg tersurat di media dan blog.
Justeru saya mencadangkan agar ustaz menerangkan perkara ini secara objektif,telus dan ikhlas demi menjaga reputasi dan kredibiliti parti PAS dan DPPP.
Hari ini muncul satu dakwaan berat tentang apa yg sebenarnya cuba diselindungi oleh pimpinan disebalik isu UG.
Saya menggunakan ayat 'dakwaan berat' krn apa yg dinyatakan cukup berbahaya kpd kepercayaan ahli dan rakyat berikan kpd pimpinan kanan parti kita.
Bagaimana ustaz sebagai ketua DPPP boleh berdiam diri?
Dakwaan ini dibuat secara terbuka dan tanpa berselindung. Oleh itu satu penafian harus dibuat jika isu itu tidak benar.
Dakwaan bahawa Tok Guru Presiden akan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri-2, Selangor akan mendapat Menteri Besar PAS dan 4 jawatan Menteri Penuh dari PAS apabila idea UG berjaya adalah satu 'tuduhan' yg mesti ditentang.
Bahkan sudah ada perjanjian yg ditandatangani oleh PAS dan Umno berhubung isu UG.
Sepertimana kita selalu meminta Perdana Menteri membersihkan namanya atas tuduhan tertentu melalui saluran yg menyakinkan, saya kira DPPP juga perlu bertindak sesuatu secepat mungkin bagi membersihkan nama pimpinan kanan PAS yg terpalit dengan amat teruk dgn tuduhan itu.
Maaf saya nyatakan di sini, ada ahli yg percaya dgn dakwaan tersebut krn dalam isu UG ini ahli dan rakyat 'pernah ditipu'.
Kita tidak boleh lagi menafikan dgn cara lama. Syndrom of denial yg melanda Umno@BN jangan sampai dilihat rakyat berjangkit pd PAS pula.
Rakyat Malaysia sudah semakin cerdik politik, apa yg kita buat dan rancang mestilah dilihat bijak utk kebaikan rakyat.
Harap dapat ustaz ulas secepat mungkin krn berdiam diri bukan penyelsaian kepada masalah malah akan memberi persepsi bahawa pimpinan lemah tanpa hujah bila berdepan dgn konflik politik.
Saya juga masih brpendapat bahawa saranan Tok Guru Nik Aziz bahawa isu UG perlu penjelasan jelas dan segera adalah satu saranan yg terbaik demi menggelak fitnah besar yg melanda PAS.
Alhamdulillah,
Baru seorang pimpinan PAS mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan pemergian Dr Fathi Yakan.
Harakah takde, Web Rasmi PAS takde, blog-blog pimpinan Pas lain pun takde. Sibuk ngan bende lain kot.
Paling kecewa tiada wakil khas yang dihantar PAS ke majlis pengebumian beliau.
Wakil gerakan-gerakan Islam dunia lain hantar. Tapi PAS tiada.
Bagaimana pelapis TG Hj Hadi nanti? Beliau seorang ulama yang rapat dengn gerakan-gerakan Islam dunia lain. Harap pihak pemuda sedar dengan hal ini.
Wallahua'lam.
مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ
"Kata Hasan Basri: Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)
Al-Fatihah. Hilang lagi seorang alim Ulama yang berjuang menegakkan syariat Islam.
Pak karamu melawat blog anda
Salam.
Artikel ttg Fathi Yakan, usaha kecil dedikasi untuknya dari saya, semoga amal jariah Ustaz Fathi Yakan Rahimahullah dikembangkan
http://mohamadzulfadhli.blogspot.com/2009/06/di-sebalik-kejernihan-wajahmu-fathi.html
Post a Comment