UMNO Ajak PAS Lupa Sengketa ?
Bagaimana mungkin UMNO dan BN menyeru supaya PAS melupakan sengketa lama sedang punca segala sengketa dan perkara yang mencetuskan persengketaan masih dikekalkan oleh UMNO dan BN .
Persengketaan antara PAS dan UMNO bukan tercetus sehari dua tetapi bermula sejak awal penubuhannya. Ia bukan sahaja bertolak dari perbedaan ideologi perjuangan [ iaitu pertembungan atau persengketaan antara Islam dan sekular ] bahkan turut membabitkan beberapa perkara yang besar .
Contoh yang boleh saya sebut di sini seperti ISA . Suatu akta yang sangat zalim malah kejam dan sering memangsakan pemimpin parti lawan mereka termasuk pemimpin PAS tanpa sebarang asas kesalahan yang jelas dan melalui proses pembicaraan yang adil di mahkamah .
ISA menimbulkan rasa marah , benci dan sengketa yang berpanjangan dari rakyat amnya dan PAS khasnya , yang senantiasa terdedah kepada kemungkinan menjadi mangsa kezalimannya .
UMNO dan BN mengajak kita lupakan sengketa sedang mereka masih mempertahankan ISA . Jujurkah ajakan itu ?
Contoh lain yang mencetus persengketaan panjang antara PAS dan UMNO ialah ketidak telusan sistem pentadbiran dan pengurusan samaada melibatkan Suruhanjaya Pilihanraya [ SPR ] , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [ SPRM ] , Institusi Kehakiman dan terbaru ialah Tragedi Rampasan Kuasa di Negeri Perak .
Belum jelas usaha beramanah , jujur dan berkesan dari UMNO dan BN untuk memastikan integriti dalam kepimpinan dan pentadbiran mereka benar - benar meyakinkan .
Undi pos dalam pilihanraya sebagai contoh , sangat tidak relevan buat pilihanraya modern hari ini , tetapi UMNO dan BN masih gagal menghapuskan undi pos sebaliknya menjadikan undi pos sebagai mesin hayat mereka .
Termasuklah persempadanan baru yang tidak memberi keadilan dan menunjukkan ketelusan malah tidak memberi kelebihan pun kepada pertambahan kerusi melayu , sebagaimana kononnya diperjuangkan oleh UMNO dan BN .
Sehingga hari ini , UMNO dan BN tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Perak khasnya dan kepada PAKATAN Rakyat amnya di atas salah laku yang sangat biadab dan kurang ajar UMNO dan BN daam tragedi rampasan kuasa di Perak . Bukankah tragedi itu menajamkan lagi persengketaan ? tiba - tiba UMNO dan BN mahu mengajak PAS melupakan persengketaan lama , jujurkan ajakan itu ?
Sebagai sebuah Gerakan Islam semenangnya kita diajar dan dididik untuk berlapang dada dan bersikap terbuka malah bersedia memaafkan kesalahan lampau . Saya akui dan saya masih berprinsip demikian malah masih teguh berdiri di atasnya . Bahawa PAS adalah sebuah parti yang berlapang dada dan bersikap terbuka .... tetapi ,
UMNO dan BN mestilah terlebih dahulu menghapuskan semua punca sengketa dan bersedia dengan politik baru yang bersih dan suci dari kezaliman , penyelewengan dan penipuan . Barulah ajakan itu tidak jadi ajak - ajak ayam !
UMNO jangan fikir PAS boleh dipermainkan dengan helah politik desperado mereka .
21 comments:
Salam,
Saya pengundi Ustaz. saya mohon UG tidak dibincangkan. Saya tolak UG. Saya dibelakang TGNA. Salam.
Rasanya yang 'suruh lupa sengketa lama' ni muhyidin Yasin...dia bercakap pun masa kempen di kelantan. Jadi ini bolehlah dianggap 'propaganda pilihanraya'.
Katanya lagi....sanggup terima apa saja syarat yg dikemukakan oleh pas. Cubalah minta dia hapuskan Isa dan gantung jawatan MB perak sekarang ni...ada berani ??
PONTIAN: Parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak akan disisihkan dalam perbincangan kerajaan perpaduan antara Umno dan Pas, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, hari ini
nie aper ke haram jadah nih!!!?
macam sial la diorang nih!!! perpaduan umno dgn pas...
sajer jer nakmain isu...
nie lah yang aku maksudkan salah langkah...
atau mmg nak bepadu dgn umno???
Kalah perang’…..Nasharudin jadi medan lepas geram
nak baca sila klick sini...
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_fd379bea-7f000010-96478e00-8ea74813
nampak tak apa yang musuh sedang lakukan?
nie la yang aku heran macamana pemimpin PAS boleh terperangkap dgn mainan org-org umno nih...
yang mengecewakannya ianya dimulakan oleh pemimpin-pemimpin kita sendiri... akhirnya dah terjerat sendiri.kita masih lagi boleh kata kita masih kukuh dan tak terpecah... tapi agak2 korang la berapa ramai ahli-ahli kita terutama yang atas pagar tuh dah terpengaruh...
bertindak guna akal la beb...
artikel dah disiapkan dan dah diserahkan kepada editor...TQ
Umno kata buang buku lama buka buku baru
pas kata buka buku baru eh!!eh! sama macam buku lama aja
rakyat kata buang aje buku lama ngan baru jangan nak ngabih bogheh wan yo,moh lawan kito lawan.Dah terang lagi nak bersuloh,kan bulan dah indah mengambang,apo yo lai nak ditui tuikan.ayoh keakademi manek urai,pentas sah ado n..u..n..gg..uuu den datang.
at-Tantawi sudah ada perubahan.. tahniah. Tidak kira walau apa pun sebab, samada kerana mengikut kata Presiden atau mengikut kehendak 2,3 buah fikiran sahaja. saya harap jgn sekali-kali duduk bersama UMNO.
Sebab..
UMNO semakin lumpuh dan UMNO akan cuba merapati PAS yang satu-satunya parti Islam yang majoriti Melayu untuk menjadi talian hayat.
Khairi antara org yang sangat mahukan UG, org paling licik berpolitik pada zaman ini. Tak percaya la..
Dakwah kepada UMNO adalah sama juga dakwah kepada semua orang. Melalui parlimen, media, ceramah, blog mahupun akhlak pemimpin PAS sendiri. Bukan satu perbincangan khas PAS-UMNO.. ikutkan MP PAS sudah pun boleh bincang pasal perpaduan dengan MP lain temasuk UMNO, sambil makan nasi lemak kat cafe Parlimen kan?
Cuma, sampai sekarang ahli-ahli PAS yang kecil dan ramai ini, tak mengerti, apakah rasional UG ini.
Saya sarankan lebih baik At-Tanta duduk bersama kami, bertanya kepada pimpinan dan mengambil jalan tengah dulu (cara yg lebih selamat la). atau duduk di sebelah TGNA, kerana majoriti ahli PAS menyampah dengan UMNO dan menghormati tinggi keluhuran TGNA.
Kalau tidak, buat apa kami bekerja utk Islam dalam PAS...
Syeikh Nasr,
Perpaduan UMNO dan BN hanyalah "perpaduan Pilihan Raya" sahaja, habis pilihan raya perpecahan pula dianjurkan. (sesuatu yang dijanakan dan dijalankan di luar kehendak syarak dan kebenaran ilmu pengetahuan adalah punca pecah belah manusia).
Lihatlah asas rukunnya tamadun manusia itu kerana MENEGAKKAN PILAR MA'RUUF - KEBENARAN DARI ALLAH, MENENTANG HABIS-HABISAN PILAR MUNKAR - INGKAR KEBENARAN ILAHI DARI IBLIS DAN SEKUTUNYA. Pejuang wajib faham asas ini.
Paling tajam sasarannya adalah untuk memporak perandakan kubu Pakatan Rakyat dan Khususnya dalam PAS. Jika PAS termakan dengan pujukan manja ini, mereka akan gelak ketawa kerana berjaya memperbodohkan PAS untuk ke sekian kalinya. dan lagi..dan lagi...dan lagi.
Wahai saudara-saudara pejuang Islam yang arif dengan taktik pihak lawan, saya sangat setuju dengan ustaz Nasr bahawa biarkan UMNO BERTAUBAT AMALI DENGAN TINDAKAN SEGERA DAN KONSISTEN MENYETUJUI DAN MEMPROGRAMKAN HALA TUJU POLITIK PERJUANGAN ISLAM MEREKA, TINGGALKAN NASIONALISMA WARISAN NEGARA BANGSA BARAT.BUANG DAN BERTAUBAT DARIPADA BUDAYA SONGSANG DI DALAM DAN LUAR PARTI SPT RASUAH, TIDAK TELUS, MEMPERKAYAKAN GOL PEMODAL (KAPITALIS) DENGAN MENINDAS RAKYAT, UTAMAKAN KRONI TIDAK LAYAK, KONGKONG MAHKAMAH DAN SISTEM KEHAKIMAN, DWI-STANDARD SETARAAN, DLL BUDAYA NEGATIF LAGI.
Tukarlah perjuangan Bangsa Melayu ini agar ianya berteraskan ISLAM SEBAGAI AD-DIN pula. Lepaskanlah dari genggaman perjuangan Kebangsaan Melayu semata-mata kepada Melayu-Islam agar ianya lebih luas dan bertaraf antarabangsa dan SYUMUL DALAM PERJAUNGAN ke perbatansan USTAZIYATUL ALAM - the professorship for universe.
Saudara Ustaz Nasr, pertahankanlah MARWAH PERJAUNGAN ISLAM. JANGAN KALI INI DIGADAI LAGI BAGI MEMUDAHKAN MUSUH ALLAH; BARAT DAN ZIONIS MEMENANGI MEDAN-MEDAN UMAT ISLAM DI ARENA ANTARABANGSA. Wahai PEMUDA PAS, anda bukan PEMUDA UMNO, tegakkan prinsip-prinsip perjuangan Islam. Tokoh-tokoh datang dan pergi, yang kekal hanyalah dengan mematuhi Syariat Islamiah dan Prinsip Islam beteraskan al-Quran dan as-Sunnah serta sumber-sumber Ijtihad Syar'ie yang telah mendapat hidayah Allah swt.
Wassalaamu'alikum
Akhuukum fi al-Islam
DUNGUN
MALAYSIA
yang paling penting kita tulis dengan perasaan takut berdosa dengan Allah. Yang berselisih mendapat pahala atas sebab dosa mengkomentar kita.
pakat-pakat tolong baca kenyataan Dato' Harussani dalam Majalah @ blog Milenia Malaysia ( dia kata TGNA sokong Pas bergabung dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan Perak / tolong saman) siapakah pula yang Ustaz Ahmad Awang maksudkan dalam ucapannya dimukatamar baru ini , mungkinkah....TG..???
ustaz,
boleh tak masuk gym ?
turunkan berat badan.
ustaz ni kira slightly obese sama dengan Ketua Puteri UMNO tu (Rosnah Abdul Rashid Shirlin). Berapa body mass-index (BMI) ustaz ni ?
Tak best la.
Kita nak ketua pemuda yg handsome2 macam Mahfoz dan Salahuddin.
Terimakasih.
Alhamdulillah,
salam utk hanizar
Allah maha pemberi nikmat.
Pada diri sendiri dan pada batang tubuh kita ini terdapat berjuta-juta nikmat Allah utk disyukuri.
kita belajar bersyukur dengan nikmat kesihatan dan kesempurnaan tubuh badan yang Allah berikan kepada kita...
Merenung setiap kejadian dan ciptaan Allah dan merasa kagum dgn kekuasaan serta kebesaranNya..
ambil sedikit ruang dan masa utk bertafakur, kita sering lalai mensyukuri nikmat Allah, ....bimbang ditarik dari kita dlm sekelip mata saja.Bukankah Allah berkata " barangsiapa yg bersyukur nescaya akan Ku tambahkan nikmatKu, barangsiapa yg kufur, sesunggunya azabKu amat pedih"
semoga kita menjadi hamba Allah yang bersyukur dan 'buktikanlah' tanda2 kita bersyukur....
tazkirah untuk anda dan saya juga...
muslimat,
aik... bersyukur ? sejak bila pula teguran ikhlas tu jadi 'tak bersyukur'
kita nak pandangan yang konkrit dari para muslimat. bukan retorik semata-mata
paham ?
aduhh.. kalau ketua puteri UMNO bersatu-padu dengan Ketua Pemuda PAS, alamak pancit selalulah tayar kereta. Absorber pun takleh nak tahan.
Itu belum kira saiz talipinggang lagi tu.
Macamana nak bina masyarakat yg sihat ?
salam,
teguran yang mana ??
perkaitan yang mana ??
ada saya kata tulisan saya tu respon pada komen anda yg mana-mana ke ??
kan saya kata 'tazkirah'....utk anda dan saya...
tazkirah ni boleh apa-apa...dan bila-bila saja...
tak bolehkah tazkirah utk ajak tafakur dan bersyukur ??
tak boleh tak pa....
orang lain masih ada...
saya setuju tulisan saya semuanya rapuh,
sedang tulisan anda nampak 'konkrit' sungguh...
Ustaz Din bukan nak masuk gelanggang 'ratu kebaya'...dia nak bergelanggang utk perjuangkan agama... Al-Quran letak syarat mesti badan slim ke??
lagipun bukan semua yang saiz besar itu tak sihat....orang kecil dan kurus pun ramai yg taik penyakit....
tayar kereta pancit...naik lori, apa susah ??
Tahniah ust tanta, selama ini ana cukup sangsi dengan ust ttg pendirian thdp UG.
Ana berkhidmat juga di bawah lajnah JKS samasa YB salehudin jadi KP. Ana cukup kagum dengan cara dan tindakan dia membawa pas ke persada nasional. natara KP PR yg ada dialah yg paling menonjol.
Ana juga yakin dngn ust tanta coz membawa roh Islam kedalam Pemuda..namum dalam kontek tarbiah kita mesti membawa roh islam dengan jelas kepada ahli dan pemuda kita tetapi dlm konteks dakwah dan siasah kepada massa kita perlu bersikap rasional dan nasional kepada rakyat yg belum memahami islam.
Isu Ug, ust kena jelahkan pendirian peumda agar kita tidak mudah masuk ke jerangkap umno.
percayalah ust, kita akan lebih mulia jika kita dikhianati oleh PR dari kita mengkhianati PR.
Rakyat makin pandaoi menilai. jika tindakan ploitik kita salah maka kita akan di persalahakn
salam us..nak tanya pandangan us...
ana ckup kenal us n zaujah kita mungkin keluarga dan yang penting kita seakidah.
Pengalaman mengkuti sesi pengisian bersama us swktu ana bertugas di Sek teknik kuantan sungguh dirindukan..bgitu jg usrah bersama us syukri di PUTRA...
ana cukup kagum dgn ketabahn us mengahrungi bahtera hidup biarpun didatangi badai besar..
ana mrpkan knlan rapat kpd us wan daud..prnh berjuang bersma almarhum ayah ana..dan dgn pencerahan yg datang dr ALLAH, ana tdk mmlih ISLAH, bahkan PAS..Justeru,ana ingin mengabdikan diri utk PAS..
Cm yg membelenggu ana, dimana aulawiyyat ana, samada utk menyambung pngajian ke JORDAN @ ttp di Malaysia dgn menymbung pelajarn di dalam negeri...?harp us blh bg idea...
salam,
rasenyer pejuang kat Palestin lagi badan 'semangat'..xheran pon..yg penting jihad..mati syahid..masuk syurga..seme jd hensome n umur pon same 25 muda remaja..kan ust?
SeriKendi,
Hang toksah dok buat lece. Cuba hang tengok TV ka Astro ka. Depa semua kurus-kurus.
Secara amnya, disebabkan saya ada juga terlibat dalam bidang pengiklanan, perut buncit tidak menampakkan imej yang ada appeal. Perut buncit hanya sesuai untuk iklan ENO. Cuba teliti MP Lembah Pantai Nurul Izzah, kan slim tu. Atau Tok Guru Nik Aziz, lagi la slim.
Antara pemimpin PAS yang perlu pergi gym atau minum slimming tea ialah Haji Hadi al-Lontar-Idea dan juga Ustaz Nasruddin at-Tantawi (satu batch dulu dengan adik ana di Tanta).
Dalam parti lain, yang perlu juga pergi gym atau minum slimming tea ialah Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar iaitu seorang bekas pelajar Kolej Islam Klang (now Kolej Islam Sultan Alam Shah ), juga Ketua Puteri UMNO (Dato' Rosnah Abd Rashid Shirlin)
HasanHusaini,
Anta pergi ke University of London, School of Oriental Studies.
Lepas tu anta pi buat masters kat Egypt.
Lepas tu anta jadi agent takaful.
oh wat iklan ka?patutlaa..lecehla iklan ni..ssh jgk jd gemuk ek..rezeki xmasuk ker?mmm..
Post a Comment