H1N1 : Kerajaan Gagal Bertindak
1. Hari ini telah diberitakan jumlah atau angka kematian berpunca H1N1 telah mencecah 4 orang sementara ribuan yang lain sedang mengalami jangkitannya .
2. Hampir 40 buah sekolah dan pusat pengajian swasta dan kerajaan telah ditutup dan pelajar dikuarantin kerana jangkitan H1N1 dan ini memberi kesan kepada psikologi dan pelajaran pelajar .
3. Umum melihat kelembapan pihak kerajaan dan Kementerian bertindak mengawal wabak ini dari merebak . Aktiviti pelancungan dilihat masih bebas tanpa kawalan wajar .
4. Dewan Pemuda PAS menggesa supaya pihak Kerajaan segera mengambil langkah berkesan dan tidak meletakkan rakyat dalam situasi resah dan gelisah dengan keselamatan mereka yang semakin terancam .
5. Seluruh ummat Islam diharapkan dapat melakukan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan kepada Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa dari ancaman H1N1 ini .
1 comments:
Assalammualaikum ust..Ust,saya nak tanya sikit.saya keliru.soal H1N1 ni.pejabat saya nak buat qunut nazilah atas sebab H1N1 ni.tapi setahu saya ust,qunut nazilah ni utk doakan kejayaan muslimin apabila ditimpa peperangan,kesulitan,bencana dari org kafir.tak tahu pula jika ada qunut lain.saya lebih cendurung setakat ini supaya melakukan solat hajat.sepetimana yang ditullis didalam artikel ustaz.bagaimana ust?saya mohon jawapan dari ust,pandagan,pendapat ust.saya mohon ust.saya sertakan email saya disini
email saya - alsyarqawi@gmail.com
ws
Post a Comment