HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, July 19, 2009

ISA : Mansuh bukan Pinda

1. ISA tidak lagi relevan ! begitulah ungkapan Tun Abdullah Ahmad Badawi . Buat pertama kalinya saya bersetuju dengan Tun Abdullah dengan pengakuan ini .

2. ISA yang diwujudkan sejak 1 ogos 1960 [ 1 ogos 2009 kelak genap 49 tahun beroperasi ] adalah bertujuan untuk mencegah golongan subversif dan komunis yang mengancam keselamatan negara .

3. Menurut bekas Presiden Majlis Peguam Haji Sulaiman Abdullah , Majlis Peguam membantah akta ini [ ISA ] kerana berpagang kepada sebab - sebab yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Kedua [ Tun Abdul Razak ] ketika beliau membentang ISA di Parlimen satu ketika dulu atas ancaman subversif dan pengganas komunis . [ Mingguan Malaysia , 25 Jun 2000 ]

4. Rasionalnya , apabila pergerakan dan ancaman subversif atau komunis telah tidak lagi wujud dalam negara kita , maka akta ini mestilah dimansuhkan terus oleh parlimen .

5. Sungguh ! bahawa keselamatan negara mestilah dikawal dan dipelihara . Persoalannya ialah negara kita telah merdeka sejak sekian lama . Bukankah Negara memiliki PDRM , SPRM , institusi kehakiman , Jabatan pendakwaraya , peguam negara dan institusi mahkamah yang sangat terhormat dalam negara kita . Apakah segala institusi yang ada ini belum memadai untuk menjaga keselamatan negara dan menegakkan keadilan ? sehingga memaksa akta seperti ISA dikekalkan ? tidak masuk aqal !

6. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang memberi kuasa kepada menteri [ orang politik ] untuk menahan sesiapa sahaja yang disyaki mengancam keselamatan negara di mansuhkan kerana ia membuka ruang untuk menteri selaku orang politik bertindak zalim ke atas musuh politiknya .

7. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang menahan dan memenjara mangsa tanpa mendatangkan bukti serta di adili di mahkamah di mansuhkan kerana ia zalim dan menafikan hak individu membela diri atau mendapat hak pembelaan di mahkamah .

8. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang banyak digunakan untuk menangkap musuh politik tidak terus dijadikan mesin hayat pemerintah yang zalim berselindung pula disebalik undang - undang yang zalim dan primitif .

9. ISA tidak demokratik . Bahkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 5 Fasal 4 bahawa undang - undang perlembagaan tidak membenarkan seseorang warganegara ditahan tanpa arahan majistret melebihi tempoh 24 jam [ tidak termasuk perjalanan yang perlu ] dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya dengan tiada kuasa majistret itu .

10 . Kerana saya tidak setuju ! ISA mesti dimansuhkan ! Anda setuju ?


7 comments:

panod said...

Assalamualaikum..

ana setuju sangat dengan ustaz....
ISA dh x releven

muslimat said...

tak relevan ??pak lah kata ISA tak relevan ??...dia ni nyanyok ke ??

dah turun takhta baru kepoh kata ISA tak relevan...dulu masa isteri2 mangsa ISA nak jumpa serahkan memorandum, 'ambush' pak lah minta pertimbangan, demonstrasi kutuk kekejaman ISA, YB dari pas sebut kat parlimen...pak lah kat mana ??? kat mana pak lah ?? ooo pak lah tido...

sekarang dah pencen baru nampak ISA tak relevan...kelakau !!

pun saya harap ini titik tolak yang positif utk mansuhkan ISA...

Anonymous said...

Rupa nya Pak Lah ini ada idea juga, ingatkan dia hanya sering mengantuk

pria malaya said...

saya setuju undang2 rimba , ISA wajar dimansuhkan..

terdapat banyak lagi jalan lain untuk menghukum dan mencegah sesuatu perkara...islam ada caranya..

loyarberjurus said...

Salam ustaz,

ISA bukan sahaja tidak relevan malahan satu bentuk perundangan bersifat "pre-epmtive" yang menutup hak dan ruang untuk membela diri orang yang ditahan. Ia bukan sahaja bertentangan dengan Islam, malah juga prinsip kemanusiaan dan juga lojik akal. Setuju sangat2 say no to ISA.

Ahmad Khalilul said...

ISA kita kena hapuskan jangan pinda hapuskan kan sje. akta yang zalim jangan dibiarkan bertapak dibumi nie.

Anonymous said...

x stuju

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive