HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, July 31, 2009

Jahannam UMNO ! Kasar ?

1. Islam agama rahmah . Berkembang dan berdaulat dengan ketinggian akhlak dan nilai keperibadian tinggi para pejuangnya . Membawa kebenaran tanpa gentar , meredah ranjau tanpa gusar dan mendepani musuh tanpa risau .

2. Namun pejuang Islam sering menjadi mangsa musuh yang bukan sahaja tidak tahu masa dan waktu untuk menyerang bahkan tidak pernah mengenal mangsa untuk dibelasah .

3. Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sebagai contoh adalah antara pejuang Islam tanahair yang sering dibelasah oleh UMNO dan BN . Bermula beliau sebagai Pesuruhjaya biasa memimpin PAS Kelantan sehinggalah beliau kini 19 tahun menjadi Pesuruhjaya merangkap Menteri Besar .

4. Reputasinya tidak sudah - sudah diperlekeh dan dipersenda oleh musuh . Kepimpinannya dipersenda dan keperibadiannya dipertikai . Kerajaannya ditekan dan dianiaya . Lebih malang keluarganya juga dizalimi . Anak kesayangannya dipenjara selama 6 tahun untuk memberi tekanan psikologi kepadanya .

5. Usahlah saya lakarkan betapa derita dan sengsaranya Tuan Guru menempuh perjalanan sebagai seorang pejuang demi memartabatkan Islam di atas tanahair ini . Ia diuji dari awal hingga ke penghujung jalan .

6. Sepanjang tempoh itu , Tuan Guru Nik Abdul Aziz mampu bertahan dan menyerap segala tekanan yang dibebankan ke atasnya . Ia mampu menyimpan segala rekod kedukaan bersama garis wajah yang semakin menampakkan usia . Namun jiwanya kental , fikirannya beraqal dan hatinya cekal . Ini membuatkan musuh seperti kehilangan aqal , bagaimana lagi mahu menjatuhkan reputasi beliau sekurang - kurangnya mempalit lumpur diwajah bersihnya.

7. Sesekali Tuan Guru berpeluang membalas serangan yang dihalakan kepadanya bertubi arus . Sesekali dibalas dan dikilas , kelihatan UMNO dan BN mengelumpur kesakitan tidak terperi lantaran bisa serangan biarpun hanya sesekali . Terkini Tuan Guru melepaskan seni "flying kick"nya yang disebut sebagai "jahannam" dan tepat mengenai sasaran .

8. UMNO dan BN jelas merasai bisa yang mula menjalar akibat flying kick tersebut . Lalu mereka mengerahkan seluruh tenaga yang masih bersisa untuk menyerang balas tanpa berkira dan berlengah . saya senyum sendiri , rupanya masih berbisa tendangan Tuan Guru biarpun tenaga dan kudrat kian dimamah usia .

9. Mulanya umum menganggap Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak wajar memberi tendangan itu . Sebagai Tok Guru mestilah bersopan . Ulama' kerajaan seperti Harussani tentu tidak pernah merasai penderitaan teruk sebagaimana yang dialami oleh Tuan Guru . Justeru itu mereka tidak boleh menerima kenyataan Tuan Guru sanggup berkata demikian . Benar ! siapa yang tidak pernah dizalimi adalah tidak dibenarkan berkata kesat dan kasar . Kerana tiada sebab untuk berbuat demikian . Berbeza mereka yang dizalimi . Firman Allah swt :

لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا


Allah swt sememangnya tidak suka perkataan yang buruk dilafazkan secara jelas kecuali mereka yang dizalimi dan adalah Allah swt Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .


10. Tuan Guru seorang yang dizalimi . Seluruh media UMNO dan BN sejak dulu menyerang beliau , sementara beliau tidak mempunyai media secukupnya untuk menjawab . Kerajaan pusat tekan dan tindas kerajaan pimpinannya sedang beliau tidak mampu untuk menindas kerajaan pusat . UMNO penjarakan anaknya selama 6 tahun tanpa pernah dibuktikan sebarang kesalahan di mahkamah , sedang beliau tidak mampu untuk memenjarakan anak - anak pimpinan UMNO biarpun untuk 6 minit . Maka apa yang mampu Tuan Guru kata ialah Jahannam UMNO !

18 comments:

Aku said...

apabila yusuf qardawi ditanya mengenai ayat yang ustaz quote itu..ini jawabnya:


قط يعني حتى نكون أكثر دقة الجهر بالسوء هل معناه الجهر بالحق في وجه الظالم أم المقصود بالسوء هنا حتى لو يقول الإنسان كلاما سيئا لا أخلاق فيه لا أدب فيه..

يوسف القرضاوي: لا يعني ما يقولش ده (كلمة نابية).

عبد القادر عياض: مثلا..

يوسف القرضاوي: (كلمة نابية) إنما أقول هذا رجل ظالم، هذا رجل أكل حقي، هذا رجل كذا يعني بحيث يصفه بما هو فيه، إنما مثلا يلعن أبوه يلعن أمه يلعن كذا هذا خروج عن أدب التخاطب يعني حتى وإن كان الإنسان مظلوما إنما ليس له أن يتجاوز الحدود ويحمل من ظلمه يحمل أوزاره على آخرين لا


tapi guru ustaz tu sampai menghalalkan mencarut dan menyamakan 'content carutan buku 'shit' dengan content kitab Allah!! nauthubillah min Thalik!!

Bagi saya, semolek molek guru agama yang dicari ialah yang bebas dari peti undi demokrasi ala yahudi..mereka ini tampak ikhlas dalam memperjuangkan ummah untuk kembalikan kembali sinar ruh islam melalui jalan Rasulullah yang sebenar..bukan jadi ulama peti undi yg akhirnya mendapat gelaran ulama su2..

Anonymous said...

Salam.
Statement ustaz sebagai Ketua Dwn Pemuda betul, iaitu mempertahankan pimpinan parti agar reputasi islam tidak tercemar.

Apa pun ust, pada ana biarlah ungkapan yang baik diutamakan agar tidak terdedah kepada manipulasi pihak lawan. Namun sebagai manusia biasa kadang kala tewas.

Kepada diri saya, dan kepada tuan-tuan netters serta pimpinan parti, berhatilah dalam membuat ucapan dan kenyataan.

abu irfan.

Anonymous said...

Salam Saudara Tantawi,

Setelah saingan politik kepartian dijahannamkan di pentas undi adalah perlu bagi yang menjahannamkan itu menjelaskan dengan sejelas-jelasnya modus operandi bagi menjahannamkan musuh pungutan undinya. Biarlah kesemua ahli dan pengundi benar-benar jelas tentang cara untuk berhadapan dengan jahannam itu. Biarlah juga lain-lain orang dapat menilai kejahannaman seteru undi ini.

Semua ini perlu jelas kerana yang akhirnya akan menilai ialah Allah subhanahu wata'ala.

Saya secara peribadi belum dapat merasa dan mengukur kejelasan arah-tuju golongan yang menjahannam dan dijahannamkan. Perjelaskanlah !

TokPakir

muryadi said...

Memang tepat sekali!!

Pergi Jahanam sama itu umno!!!

Cikgu Din said...

Ustaz tahniah kejayaan MAMPAT,agar diselaras peringkat negeri dan kawasan.

Anonymous said...

ana pemuda pas cawangan.

ana mengaku memang byk tidak setuju dgn cara ustaz tapi artikel ini pada ana satu tulisan yg cukup matang,berkualiti dan mengikut arus.
syabas

Nasrudin said...

Salam :

bila - bila pun apabila kita membuat nilaian , kita mesti berlaku adil .

1. Jgn ukur sesuatu atas diri kita tetapi ukur ianya pada susuk yg patut diukur .

2. Saya sebut , memang jika kita atau siapa sahaja yg tidak pernah dizalimi mmg tidak layak dan wajar utk ia mengeluarkan kata - kata kesat .

3. Tetapi bagi Tok Guru Nik aziz , apa yg dia boleh buat setelah menderita lebih 40 tahun angkara perbuatan UMNO dan BN . Melainkan dijawab balas dgn satu dua perkataan seperti jahannam ?

4. Jgn lihat pada perkataan jahannam itu shj , tetapi lihat jua bentuk kezaliman dan tahap dahsyatnya untuk ditanggung oleh Tok Guru seperti UMNO memenjarakan anak kesayangannya selama 6 th !tanpa sebarang bukti bersalah .

5. Saya percaya kalau anak kitalah kena penjara sedemikian tanpa tahu puncanya , barangkali sejuta sumpah seranah kita hamburkan kepada mrk yang zalim itu , cumu ucapan kita tidak keluar TV jer :)

6. Tok Guru pernah cerita , dia pergi ceramah satu waktu dulu [ sebelum PAS menang di Kelantan ] dalam perjalanan pulang beliau direntang oleh sebatang pokok yg sengaja ditebang oleh musuh sehingga pagi esoknya Tok Guru baru dapat balik ke rumah . Tapi tok guru sabar , setelah sekian lama , baru keluar sepatah Jahanam UMNO . Kalau kita ? entah berapa juta kalimah ....

7. Panjang episode perjuangan Tok Guru menghadapi ranjau .

8. Saya tegaskan kembali , sememangnya pada kebanyakkan keadaan kita tidak boleh berkeras dan berkasar dlm dakwah , namun sesekali ketika kita mempertahankan diri dari serangan musuh . Kita wajar bertindak .

9. jangan lihat satu dua kalimah Tok Guru yang keras tetapi lihat entah berapa juta kata - kata hikmah yang menyentuh jiwa dlm mendidik hati manusia .

10. Ertinya , kenali tok guru dari awal sejarah perjuangan , jgn sekadar mengenali beliau di persimpangan - persimpangan tertentu .

Anonymous said...

Saya sokong 110% Tok guru kata.
Saya juga telah dizalimi oleh Umno kerana dipaksa hidup dibawah undang-undang manusia toghut!!!!!
'Pergi Jahannam Umno'!!!!!!!!!!!!!

muslimat said...

tak pa lah...tok guru bukan kata jahanam najib atau jahanam harussani...tok guru kata jahanam UMNO !..tak layak ke UMNO menerima perkataan jahanam ??dgn dasar-dasar UMNO yang tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangannya dan menerima sekular...apakah tak layak UMNO dikatakan Jahanam ??...pada saya selain jahanam, celaka UMNO juga adalah sesuai...

Ibnu Abas said...

Dalil yang ustaz bawakan tu ayat apa?

Abu Ammar said...

Asm ustaz,

Afwan, ana kurang bersetuju dgn pandangan ustaz. Mungkin pandangan ustaz lebih banyak dipengaruhi memandangkan TGNA merupakan murabbi idola ustaz.

Ana pernah berdiskusi dgn beberapa pimpinan pemuda PAS negeri baru2 ni. Semasa kehangatan UG. Yang amat terkejutnya, 'finally' ada yg telah mengungkit 'kesalahan' TGNA berkaitan isu Tuhan mencarut, membenarkan Ibrahim Ali bertanding etc..

Point ana yang jelas adalah, tidak perlu kita berselindung di sebalik tekanan yang pernah kita alami dgn mengeluarkan kata-kata kesat sebegitu.. Akhlakkan nilainya sepontan?

Ramai lagi mereka yg lagi dahsyat ditekan, diuji tetapi tetap senyum dan mengeluarkan mutiara kata yg memberi kesan pd jiwa manusia.

Afwan.

Anonymous said...

Saya sokong PAS selagi mana meletakakn quran dan sunnah di atas dan menjadikan Nabi SAW sebagai penduan...tapi saya tak TA'ASUB..

Dalam hal Tuan Guru Nik Azizi, saya kurang setuju dengan tindakan Tuan Guru..

"Keluarlah daripada kepompong keta'asuban"

Wallahu'Alam

Anonymous said...

Sambungan....Saidina Umar Al-Khattab r.a pun suruh tegur jika dia buat silap.Nasihat saya kepada ustaz,jangan la ta'asub sangat. Manusia ni kena saling tegur menegur. Ade kawan saya yg dulu suka Tuan Guru NIk Aziz, sekarang dia dah ubah sikap sebab 'jahannam' tu..ustaz, kita semua sama-sama jalankan dakwah ustaz..

Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah kefahaman salafussoleh...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sekiranya sesuatu perbuatan/perjuangan dibuat hanya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, maka kita tidak akan mengharapkan pujian dan sokongan manusia, apatah lagi menghiraukan tomahan dan carian manusia.

Tuan Guru Nik Aziz adalah seorang ulama' yang dihormati dan disegani, tetapi dia juga seorang manusia biasa yang tidak maksum. Kita terima bahawa dia juga boleh tersalah.

Tetapi kita sebagai seorang yang berpegang teguh pada Quran dan Sunnah, tidak patut mencari alasan untuk membenarkan perbuatannya jika perbuatan itu perbuatan yang berdosa disisi Allah.

Wallahu'alam.

Anonymous said...

salam..yg tok guru kta tu jahanam umno bukn jahanam orang2 tertentu..jd AKU kn beza kn antara org dgn parti..kalu tok guru sumpah seranah orang brulah kurg adabnya.. tpi kalu kita mngaji sastera arab kita brcakap msti ikut suasana jd kita kn faham suasana tok guru ketika melafazkan ayat jahanam umno tu..wallahua'lam

Anonymous said...

salam.tokguru bukannya selalu melafazkan kata2 begitu.jd kita knlah pham suasana tokguru brcakap.mgkin dgan kta2 sebegitu org umno akn trfikir kta2 tokguru . 'ala kulli hal berpolitik msti kna pndai bca suasana , msa lembut kita lmbut masa keras kn keras!!! tula keistimewaan tokguru...

Anonymous said...

Kalau kepada pemimpin PAS pun Tuan Guru boleh menghamburkan perkataan yang kurang enak didengar, inikan pula kepada pemimpin umno!

fajridil adha said...

salam ustaz..

sy sokong sepenuhnya apa yg ustaz katakan. ^_^
[my blog]

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive