HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, July 20, 2009

JAYAkan Himpunan Mansuh ISA

1. Tarikh 1 Ogos 2009 adalah tarikh yang mesti dipahat dalam sejarah . Tarikh yang memansuhkan akta drakonian negara dengan himpunan raksasa seluruh rakyat prihatin menentang kezaliman di ibu negara KL jam 2 pm [ Sogo , Masjid Jamek , KL Central ] .

2. Serentak tarikh ini juga , semangat solidariti ummah bangkit berhimpun untuk menentang semua bentuk kezaliman termasuk tragedi yang menimpa Teoh setelah dijumpai terbunuh di Plaza Masalam sejurus disiasat oleh SPRM.

3. Saya harap seluruh rakyat dapat sebarkan maklumat ini dan pastikan semua dapat turun bagi mendesak agar undang - undang lapuk [ ISA ] dimansuhkan dan pihak yang melakukan kezaliman serta mengakibatkan penderitaan dan kesengsaraan rakyat dikutuk dan dicemuh secara keras sehingga menghentikan segala peluang dan menutup segala pintu yang menghela mereka melakukan kezaliman .

4. Khasnya Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Negeri dapat memobilisasi seramai mungkin anggota mereka dan para pemuda yang anti kezaliman dan simpati kepada mangsa kezaliman untuk turut serta dengan yakin , semangat dan tabah .

5. Wahai Pemuda Insaf ! kalianlah sandaran rakyat dan negara untuk menyaksikan segala kesengsaraan akibat ISA yang zalim ini lenyap . Tenaga kalian yang gagah , semangat kalian yang waja dan cita - cita kalian yang tinggi menjadi harapan bernaung golongan mustadhafin [ orang yang lemah dan tertindas ] .


11 comments:

pria malaya said...

- Sahut seruan pemimpin atasan..Seluruh blogger/pengendali laman web diminta pamer banner demo ISA Ogos ini!

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/07/sahut-seruan-pemimpin-atasanseluruh.html

pria malaya said...

ustaz..harap ustaz dapat memasukkan blog saya dlm senarai blog (jaringan maklumat)ustaz..terima kasih...:)

AnakMerdeka said...

Sebagai individu, saya menghormati erti kebebasan bersuara dan membantah.

Saudara sedang membina satu jambatan untuk bermuzakarah dengan pemuda UMNO, jadi kenapa tidak digunakan kesempatan ini untuk menyuarakan pendapat dan ketidak puashatian?

Sebagai insan, saya simpati kepada sesiapa yang ditimpa musibah.

Saya membantah apa juga bentuk kekerasan ketika menuntut perubahan. Sebagai rakyat yang cintakan kedamaian, dan sebagai umat islam yang melarang kekerasan, kita sepatutnya tidak menggalakkan demostrasi jalanan. Itu semua adalah idea DSAI. Kita ada cara kita sendiri.

Kerana politik jangan kita lupa islam tidak mengajar umatnya melakukan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan negara.

Saya dulu penyokong kuat reformasi jalanan, tetapi saya bersyukur kerana saya cepat tersedar.

Saya cukup pasti, saudara mempunyai daya kekuatan sendiri untuk memacu kekuatan golongan muda tetapi bukan dengan cara berdemostrasi.

www.anak2merdeka.blogspot.com

Anonymous said...

Apasal takde langsung sentuh pasal MU lwn Malaysia tempoh hari..
koman2 pun ucapan tahniah la pd pemain Malaysia sebab berjaya kekang MU dr kenduri gol...
macam mana anak2 muda yg ramai datang dlm game tu tempoh hari nak respek pada KP PAS ni, macam tak ambik pot pasal perkembangan semasa je..
asyik nak berpolitik dan berpolimik je kerja, apa barang bro...

Unknown said...

Ayuh pemuda... Bangkit segera... Mari sama-sama kita jayakan himpunan mansuhkan isa ini...

Anonymous said...

wa hrp kna plan bebaik..
puak2 pewaris mgkin akn 'bikin kacau'..
jgn kasi can kat depa amik pluang.

muslimat said...

salam,

doakan saya diizinkan Allah utk turut serta dlm perhimpunan tersebut. InsyaAllah jika tiada aral kami dari utara akan turun 'satu rombongan'.... :D

kecut perut juga ni...dok mengigau water canon je kebelakangan ni...heheh

keciknya jiwa saya...belum kena spray dah 'tenyeh mata'.... :D :D

Amin Baek said...

salam akh,
afwan kerana post di tmpt yg kurang sesuai,
krn tiada di tempt yg sesuai,

act ana nk mitk nta,
tok myb xplain sdikit dlm blog nta tetang kes nizar dan anwar
yg sedang hebat cerita di blog2 lain.
isu lilin dan tunduk tu..
ana tpakse merequest krn tiada penjelasan diberikn oleh ulama2 dlm pas sendri
ana insan lemah,fakir ilmu..
jd apa salahnya nta bkongsi ilmu..
di paper,pendpt dikeluarkn rasanya hanya pada surface..

harapnya pandagn berkenaan isu tu,tidak la bias pada mana parti politik,tp harapnya btujuan utk memperjelaskn keadaan smula..

jzkllh

AnTi AljUbuRi said...

Kalau nak cakap pasal Islam janganlah sekerat sekerat- macam ketam tumpul. Mengapa tumpu pada ISA? ISA zalim? Undang Undang yang diguna pakai sekarang tidak zalim?? Penal Code, Criminal Procedur Code, Evident Act sekarang tidak zalim?? Sek 376 yang membenarkan zina kepada mereka yang melebihi 18 tahun tidak zalim?? Hukum mahkamah syariah yang hanya boleh menjatuhkan hukum tak lebih dari 3 tahun penjara, tak lebih RM5,000 denda dan 6 sebatan tak zalim?? Perlembagaan lord reid yang meletakkan Perundangan Allah dalam Al Quran, kerana bertentangan dengannya, sebagai batal tidak zalim???

Perjuangkan Islam itu secara syumul dan syamil.. bukan mengikut nafsu dan selera penyokong!!! Takutlah kepada Allah, bukan takut kepada kalah!!

Seribu satu macam kemungkaran yang ada di depan mata, mengapa ISA dijadikan sasaran??

Berapa ribu orang yang kena ISA?? Tahukah anda apa sebenarnya Internal Security Acts itu?? Sudahkah anda membaca dan memahami semangat ISA itu atau hanya terikut ikut dengan mereka yang takut menjadi mangsa ISA akibat dari salah laku mereka sendiri.

Sebagai rakyat Malaysia..tahukah anda bagaimana akta dan undang undang digubah??? Bukankah akta itu berpunca dari parlimen, diusul, dibahas dan diluluskan di parlimen.. tetapi bagaimana anda mahu memansuhkannya dengan cara menunjuk perasaan dan berarak serta berhimpun semata mata untuk menghantar satu memorandum. Apakah jadahnya wakil parlimen yang kamu pilih selama ini?? Mengapa mereka tidak mengunakan medan dan ruang yang ada untuk memansuhkannya?? Kamu mahu pihak majoriti akur dengan tuntutan 5,000,000 pengikut parti kamu tetapi kamu mahu menafikan hak 20,000,000 rakyat yang lain?

Saya cadangkan kamu bergiat dalam pertubuhan kongsi gelap. Selepas itu baru kamu tahu betapa susah dan sukarnya pihak penguat kuasa undang undang untuk memerangkap dan mendakwa kau di mahkamah..di situlah ISA memainkan peranannya.

Tanya diri sendiri..apa yang kamu takutkan dengan ISA?? Apakah anda bergiat dalam kegiatan haram seperti judi, pelacuran, dadah dan penyeludupan?? Atau terlibat dengan grombolan bersenjata untuk melakukan pemberontakan??

Alangkah mudahnya kalau anda mahu memansuhkan ISA iaitu dengan hanya tidak melibatkan diri dengan aktiviti aktiviti yang boleh menganggu gugat keselamatan awam atau negara!!!

Terdapat seribu satu macam hujjah tetapi semuanya tidak akan berguna kepada mereka yang tidak mengetahui!!!

dppkl said...

AYOH PEMUDA ISLAM...

JANGAN GENTAR!

1 OGOS 2009!

HANCUR UMNO

ISA UNTUK KESELEMATAN PEMIMPIN UMNO...BUKAN UTK KESELEMATAN NEGARA.

PERGI JAHANAM DGN UMNO!

Anonymous said...

Wahai sahabat sekalian..saya juga seorang Islam tetapi apalah salah kiranya kita bermesyuarat mencari jalan penyelesaian memansuhkan ISA tu dengan cara psikologi seperti menyebarkan segala bentuk bantahan dalam internet tentang ISA...reformasi hanya mengundang penganiayaan diri sendiri,mengundang fitnah dan merosakkan masa depan yang kite kecapi bersama.Wahai sahabat sekalian,sekalipun saya tidak berreformasi...saya tetap membenci kezaliman orang-orang munafik, orang fasik dan orang-orang kafir yang sedikit-sedikit membisikkan ke telinga sebahagian orang-orang Islam yang cetek ilmu.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive