Mansuhkan ISA : Pecutan Akhir
1. Esok sekali lagi sejarah akan tercipta buat tanahair kita apabila dijangka 100 ribu ummah akan berhimpun bagi mendesak kerajaan memansuhkan satu akta drakonian yang bukan sahaja zalim dan kejam tetapi juga sangat ketinggalan zaman [ primitif ]
2. Akta yang telah banyak memangsakan mereka yang tidak bersalah malah tidak pernah dibuktikan sebarang kesalahan mangsanya di mahkamah atau melalui proses pembicaraan yang adil dan telus .
3. Terlalu banyak artikel dan pendedahan yang boleh kita ikuti untuk mengetahui sejauh mana dan setinggi mana tahap kedurjanaan akta yang bernama ISA ini . Apa yang perlu kini ialah tindakan rakyat setelah kerajaan gagal bertindak .
4. Esok jam 2 petang , dikehendaki semua insan yang prihatin dan yakin akan kebejadan ISA ini agar keluar dan berhimpun dengan penuh yakin dan tabah . Kerana Allah swt , pastinya niat untuk mendesak kerajaan agar segera mansuhkan ISA , bebaskan tahanan ISA dan tutup Kem Kamunting .
5. Konsep perhimpunan Aman 100 ribu ummah ini adalah santai dan bersifat kekeluargaan . Hadhir seperti berpiknik sambil membawa mesej sebagaimana yang saya sebutkan tadi . Tidak pergi dengan hasrat membuat huru hara atau kacau bilau . Jangan bawa senjata dan api provokasi . Tenang , santai dan bermesej !
6. Tinggalkan dirumah hanya 3 golongan atau kategori sahaja iaitu :
1. Mereka yang uzur syarie seperti sakit jantung , dalam pantang , kencing manis tahap teruk dll
2. Mereka yang penakut
3. Mereka yang sokong ISA [ ini orang Khairy jamaludin ]
7. Individu yang tidak termasuk dalam 3 kategori ini wajib berada di Kuala Lumpur guna mendesak kerajaan menghapuskan segera ISA dan membebaskan semua tahanan yang sedang menderita dan sengsara diseksa . Jika mereka diyakini bersalah oleh kerajaan , sila bawa ke mahkamah dan sabitkan kesalahan melalui proses pembicaraan yang adil dan telus .
8. Pakaian rasmi himpunan ini ialah hitam dan merah . Lebih baik jika ada logo mansuhkan ISA . Jika tiada , gunakanlah mana - mana pakaian yang menutup aurat tetapi konsepnya hitam dan merah . jangan sekali - kali memakai pakaian putih justeru itu akan menimbulkan kekeliruan dengan satu lagi kumpulan yang bernama PEWARIS yang turut akan berhimpun untuk menyokong ISA .
9. Elakkan sebarang provokasi . Kita berhimpun dengan aman dan fikiran yang dewasa dan matang . Jua elakkan dari menimbulkan kekecohan awam , kerosakan kepada harta benda awam sebaliknya tumpukan kepada slogan mendesak mansuhkan ISA dan keluar secara berpasukan . jangan sekali - kali bertindak bersendirian .
10. 1000 anggota Jabatan Amal akan bertugas mengawal keadaan dan keselamatan . Sila patuhi arahan mereka dan komander yang dilantik pada hari himpunan iaitu dikalangan pimpinan parti .
Ayuh Pemuda di setiap kawasan ! segera bertindak dan hari ini adalah hari terakhir untuk mengerahkan semua hadhir . Capai sasaran kita 30 ribu anggota pemuda seluruh negara . Pemuda tentunya harapan Ummah !
Setiap anggota pemuda mesti menjalar rasa tanggungjawab ini di dalam jiwa mereka untuk bangkit bersuara . Apa lagi yang saudara boleh lakukan untuk membebaskan mereka yang sedang terinaya ?
8 comments:
salam,
Doa-doa lah ustaz semoga terselamat dari road block kami dari utara ni. Tak sabo nak pi picnic kat masjid negara.... :D
Tak sabar nak turun..
Sampai dah kat KL ni....
Ustat, ke mana perginya USTAT masa demonstrasi semalam?
Dua dua Nasa tak dak, Nasa Tantawi & Nasa Isa . . .
Kalau dulu ketua Pemuda yg pikul tanggungjawap bersama promosi demo, Mat Sabu dok biasa kena tangkap, Salahuddin Ayup, Yusuf Raya, itu kepimpinan.
Org2 tua (lelali perempuan), muslimat, anak2 kecil, OKU pun boleh turun.
Zaib Ibrahim dan anak2 pun Join, tapi kenapa org yg kononya PRO JIHAD macam USTAT saya tak nampak
JGN hanya berani di pentas2 ceramah jer ustat dan berani kuar TV pasal nak buat WACANA dgn BN.
Kalau macam nih saya rasa baik kite lantik Muslimat jadi Ketua PEmuda
Assalamualaikum
Kaedah mudah , jangan hanya kerana kita tidak nampak maka kita kata orang itu tiada .
Demo kita di bahagi kpd tiga kawasan besar . Masjid Jamek , Masjid Negara dan Sogo .
Masjid mesti tak nampak org di masjid negara dan begitulah sebaliknya .
Dalam 100 ribu yg berhimpun , mana boleh kita nampak 100 ribu kecuali beberapa ratus org yg bersekitar dgn kita . kekadang dalam kekalutan menghadapi serangan polis , org duduk sebelah kita pun kita tidak perasan siapa mereka .
Terima kasih tahniah krn saudara turun ke himpunan tersebut .
hanya orang melayu sahaja yang menentang ISA..hanya orang melayu yang membiarkan diri mereka diperalat oleh bukan melayu..kita mendapat kemerdekaan dulu dengan cara yang paling gentleman..tiada pertumpahan darah..tiada pergelutan..kenapa pas membenarkan parti yg dianggap Islamik kini dianggap setaraf dengan keadilan yang dilahirkan di jalanan?sedarlah,jangan terusan meletakkan martabat Pas sama dengan keadilan yang hanya memperjuangkan nasib seorang insan yg bernama Anwar Ibrahim!
salam,
Jahatnya Kerajaan Najib mempergunakan polis dan anggota keselamatan utk membantai rakyat dengan pukulan belantan, semburan gas pemedih mata, air asid dan tangkapan-tangkapan ke atas rakyat.
Kesian polis dibenci rakyat angkara kerajaan BN yang keras kepala dan salahguna kuasa.
saya turut berkongsi pengalaman manis demonstrasi ini di blog saya. Kalau Allah izin, suami tiada halangan saya nak turun lagi lepas ni :D
Puteri UMNO Bahagian Kelang.
UMNO berhadapan dengan masalah iman sebab itulah sukar untuk memahami perjuangan PAS. Firman Allah.
‘Hai orang–orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu – Al Baqarah: 208.
UMNO tak masuk Islam keseluruhannya. Inilah masalah iman.UMNO ambil yang serasi dengan nafsu sahaja.
Dalam hal inilah sekumpulan orang Arab Badwi bila bertemu Rasulullah saw mendakwa telah beriman, lantas ditegur oleh Raslullah saw sebagaimana Firman Allah swt:
‘Orang-orang Arab Badui itu berkata: “ Kami telah beriman”,Katakanlah (kepada mereka): “Kamu belum beriman, tetapi katakanlah ‘kami telah tunduk’, kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu’ - Al-Hujuraat:14
Tapi UMNO tak tunduk seperti orang Badwi kerana UMNO hanyak lebih bersedia tunduk kepada sistem Barat Yahudi.
Ambillah iktibar dari ayat berikut:
‘Di antara manusia ada yang mengatakan:”Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian”, pada hal sesungguhnya mereka itu bukan orang-orang beriman’ – Al Baqarah: 8.
Kalau iman baik, UMNO tidak mengarahkan polis untuk sama-sama mempertahankan kezaliman! Takutlah kepada kemurkaan Allah!
Post a Comment