Mati dalam Tahanan ......SPRM
Mati Dalam Tahanan :
Satu Lagi Episode Malang
Satu Lagi Episode Malang
1. Negara sekali lagi gempar dengan tragedi malang yang menimpa . Tragedi yang melenyapkan rasa rungsing akibat kemerosotan undi majoriti PAS di Manek Urai .
2. Semua tertumpu kepada peristiwa malang yang membawa kepada terbunuhnya mendiang Teo Beng Hock .
3. Bagaimana beliau yang juga merupakan setiausaha politik kepada Yb Ean Yong Hian Wah [ EXCO Selangor ] itu terbunuh adalah satu persoalan besar yang perlukan siasatan segera dan terperinci oleh pihak berwajib .
4. Lebih besar bencananya ialah bagaimana beliau boleh terbunuh dalam [ atau sewaktu masih dalam ] tahanan SPRM . Tentunya ini akan mengundang pelbagai spekulasi dan tentunya SPRM dilihat sebagai pihak yang paling hampir untuk bertanggungjawab .
5. Rakyat mengharapkan satu siasatan rapi , telus dan bertanggungjawab diambil oleh pihak kerajaan untuk menyiasat tragedi ini dan jika ada pihak yang bersalah , hukuman setimpal mestilah dijatuhkan .
6. Sehingga hari ini terlalu banyak tragedi malang seperti cedera dan terbunuh dalam tahanan . Samaada tahanan SPRM atau tahanan polis . Sedangkan menjadi tanggungjawab penuh pihak yang menahan , menjaga keselamatan dan kebajikan tahanan sebelum ia disabitkan bersalah . Individu yang ditahan untuk soal siasat tidak boleh di dera , dipaksa atau dicederakan , apalagi dibunuh mati kerana individu itu bukan pesalah sebelum ia disabitkan bersalah melainkan ia hanyalah individu yang membantu siasatan .
7. Sekalipun pihak yang menahan tidak melakukan pembunuhan tersebut , keselamatan tahanan tetap dibawah jagaan mereka selama ia masih dalam tahanan [ atau premis tahanan ] . Selayaknya tragedi seperti ini tidak berlaku apalagi dalam kawasan pihak yang menahan . Malangnya di negara kita hari ini , siapa jua yang ditahan tidak mempunyai jaminan keselamatan diri . Mereka seperti dihukum terlebih dahulu sebelum mereka disabitkan bersalah .
8. Jika satu atau dua kes , mungkin rakyat boleh terima ia sebagai suatu tragedi yang tidak disengajakan atau diluar tanggungjawab mereka . Tetapi jika kes mati dalam tahanan ini kian menjadi - jadi , Kerajaan wajib mengeluarkan satu kertas putih berkait perkara ini .
9. Apakah satu suruhanjaya lagi akan dibentuk untuk menyiasat suruhanjaya ini ? berapa banyak suruhanjaya daa ? Saya ingat Malaysia adalah sebuah negara yang paling banyak menubuhkan suruhanjaya . Entah berapa banyak suruhanjaya yang telah ditubuh . Samaada yang kekal atau bersifat sementara , tetapi hasilnya tetap satu [ one Malaysia ] iaitu tragedi tetap berlaku dan berlaku .
10. Saya mencabar supaya pengerusi SPRM segera meletakkan jawatan bagi membolehkan satu penyiasatan telus dan teliti dilakukan justeru beliau mestilah mengambil tanggungjawab atas tragedi yang berlaku . Soal siapa salah itu perkara kedua . Terserah kepada hasil siasatan . Tetapi perletakkan jawatannya adalah untuk memastikan siasatan berjalan lancar dan rakyat yakin terhadap siasatan itu . Jika tidak , terpaksalah rakyat menjalankan siasatan sendiri ! lebih malang kalau rakyat ambil hukum sendiri ! jika ini benar berlaku , siapa lagi boleh halang pada waktu ?
Melihat kepada peningkatan angka kematian dalam tahanan dan lokap , rasanya , Musa Hassan pun tidak perlu lagi disambung kontraknya yang bakal berakhir september ini , atau mungkin juga Perdana Menteri sendiri ambil tanggungjawab ? paling tidak , menteri terbabit . Tapi saya tahu , apa yang akan berlaku dalam negara saya , kerana ini bukan kali pertama .......Harap ada percaya tiada !
17 comments:
Malaysia adalah sebuah negara yang korup lagi bengap !
Entahlah..hanya Tuhan yg tahu apa yg jadi..mendiang ni bukan tahanan, tp saksi..takkan SPRM nk bunuh kat dlm kawasan sendiri..mcm tak logik..mcm ada yg ambil kesempatan je n mungkin tak senang dgn mendiang..lagipun mendiang baru selesai beri keterangan sebagai saksi..ataupun mendiang terjun sbb tertekan..ishhh..mcm2 speku bole buat, tapi apa-apa pun kena tunggu siasatan selesai lah..Wallahualam..
"Harap ada percaya tiada !"
ustaz, kalau dah tak percaya, kenapa masih gelenyar ngan umno?
macam mana rasa ustaz, kalau rakyat kata kat pas "Harap ada percaya tiada !"
sedikit hidangan politik untuk ustaz:
1. http://mt.m2day.org/2008/content/view/24436/84/
written by StevenO, July 17, 2009 04:56:08
Pakatan, you better be warned!! UMNO will do any thing to stay in power!! You better stop your in fighting!! If you don't stay united, these ruthless goon will take you down one by one.
This is only a prelude of worse things to come. Remember, they will stop at nothing to annihilate anybody that block their path! Act wisely and be careful. The Rakyat is on your side."
2. http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/manek-urai-satu-peringatan-dari-allah.html
"...saya suka melihat kepada punca timbulnya masalah, yang saya perhatikan cuba diketepikan, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku sebelumnya yang boleh dikaitkan dengan manek urai ini. jujurkah kita?
'kecacatan' akibat kemenangan tipis pas ada mulanya. ia tidak berlaku secara spontan. ini yang cuba dilupakan, kenapa?
...diikuti dengan kenyataan-kenyataan yang langsung tidak ada rasa tanggungjawab seperti "tok guru nik aziz bukan pas", "perbincangan dengan umno perlu diteruskan", "wacana intelektual" sesudah tg presiden sendiri tutup "unity government".
kita sendiri memilih untuk menikam sesama sendiri. kita jangan lupa ini semua berlaku pra prk manek urai. kita memilih untuk memberi peluru kepada musuh supaya menghancurkan kita.
kita berhadapan dengan 'penarikan' wala' kepada mursyidul am oleh bukan orang lain tetapi timbalan mursyidul am sendiri. kita berhadapan dengan orang yang tidak faham dengan "konsep" kepimpinan ulama oleh bukan orang lain tetapi timbalan mursyidul am sendiri. kita berhadapan dengan kempen "kepimpinan ulama tercabar" oleh bukan orang lain tetapi timbalan mursyidul am sendiri. bagaimana pas boleh bermuhasabah jika punca masalah kita buat make dono?
ruang2 untuk rakyat berkata, "Harap ada percaya tiada !"
3. http://mt.m2day.org/2008/content/view/24417/84/
"Politics is all about competition. A political party must constantly outdo its rivals in its quest for broader electoral support, and then put up a good show running the government... Any party unable to do this should just step aside."
jangan "Harap ada percaya tiada !" ditala balik kepada pas sudahlah!
pelik jgk tgk ust menulis ni kadang2 tu...
awat eja episod ada tambah e kat belakang tu (jadi episode)..
bahasa apa ust?..
Masih byk persoalan bakal muncul dan akan merubah pemikiran rakyat terhadap situasi politik zaman kini.
SPRM perlu bertanggungjawab kerana melibatkan kematian mangsa. Jangan tunding jari dan cuci tangan dah lar..
bagi aku badan seperti SPRM PERLU MEMPUNYAI PELBAGAI KAEDAH UNTUK MENCAPAI MATLAMAT SIASATAN... INI ANDAIAN AKU: KALAU TEO BERSALAH... MAKA SELAMATLAH EXCO DAN LAIN LAIN YB. TEO SEBENARNYA JADI KAMBING HITAMLAH...
APA YANG PATUT KITA BUAT ,, BERDOA MOGA ROH DIA TIDAK MENGGANGGU KITA SEMUA.. BIAR DIA PI DENGAN AMAN....
KEPADA PEMBANGKANG: AKU TERASA PELIK SANGAT.. BILA MENGGUNAKAN ISU INI SEBAGAI ALAT MENEKAN KOMUNITI, ADALAH KAEDAH SANGAT TIDAK WAJAR.. SALURAN RUNDINGAN MASIH ADA, X PYH DEMO.
salam perjuangan ustaz,
Punca kematian mendiang samada akibat bunuh diri, terjatuh atau "dijatuhkan" bukan satu2nya isu yang material. Yang juga utama adalah rentetan yang membawa kepada keadaan beliau yakni proses interogasi yang melampau, berbelas jam dan melangkau ke 3.45 pagi perlu dititikberatkan. Kezaliman proses siasatan in mesti dibanteras dan ditentang. Memang satu lagi episod sedih dalam negara.
aik dah boleh komen dah? ari tuh aku nak komen kemenangan tipis Pas tak boleh...
kecewa benar aku
pasal tragedi nih... aku tak tau nak cakap camna... serah pada polis jer lah... tapi bukannya kita tak tau polis pon 2x5 jer ngn SPRM tali barut kerajaan jer...
kepada yang duk melenting dgn pembangkang pasal isu nih... korang bolehla join agendadaily yang haram jadah tuh! akhbar yang lagi teruk dari utusan...
kita tuntut keadilan atas kematian mendiang teo dan kita nak tahu kenapa mendiang boleh jatuh sedangkan keselamatan beliau ketika itu di bawah SPRM kalau kata tertekan sekali pon beliau tak nampak tertekan atau runsing malah nak dapat anak ngn kahwin lagi... dan kalau nak kata konspirasi pihak pembangkang nak melindungi rahsia... dimana pulak perlindungan SPRM ketika siasatan?
kalau kerajaan yang nak bunuh dia aku percaya sebab arwah rumi dulupon kes nya camni la jugak...
dan aku boleh kata yang kes teo nie akan jadi cam kes rumi gak... diam jer...
Sesuatu yang menakutkan apabila pihak berkuasa pun sukar dipercayai lagi... adakah ini bermulanya sistem pemerintahan autokratik-diktator?
Ahad 19 Julai 2009 | 26 Rajab 1430 Hijrah
Kematian Teoh: Pemuda PAS akan serah memorandum pada Agong
Saudara Nasrudin yang di hormati. Saya baca dalam Harakah tajuk di atas. Isu ini terlalu besar untuk Pemuda PAS sahaja. Harap Pemuda PAS akan berkerjasama dengan Pemuda DAP dan Pemuda Keadilan.
Sebaik baiknya, memorandum ini haruslah di serahkan oleh Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (Datuk Seri Anwar, Lim Kit Siang dan
Ustaz Hadi) dan bukannya Pemuda PAS.
Kalau Pemuda PAS sahaja pergi mengadap DYMM Agung, gambarannya Pakatan Rakyat tak bersatu, dan Ketua Pemuda PAS nak jadi hero.
w'salam
Kenyataan itu adalah kenyataan awal semasa wartawan harakah minta pandangan saya . Saya terus spontan menjawab bahawa kita akan hantar memorandum kepada yg dipertuan agong .
Tidak timbul isu nak jadi hero sebab memang kita hero insyaallah untuk mempertahankan Islam dan memperjuangkan keadilan .
Kemudiannya saya bincang dengan Yb Anthony Loke dan Shamsul iskandar bahawa kita atas nama Pemuda PAKATAN rakyat akan serah memorandum kepada YAB Perdana Menteri pada hari selasa nanti jam 10 pagi .
Namun saya berhalangan untuk hadhir pada hari selasa tersebut sbb ada perkara penting yang tidak dapat saya elakkan . So ustaz Azman syafawi [ timbalan ketua Pemuda PAS ] akan hadhir bersama shamsul dan Anthony . Perkara ini telah saya maklumkan kepada mereka .
kemudian himpunan solidariti pemuda Pakatan Rakyat akan diadakan pada hari jumaat untuk serah memo ke SUHAKAM pula .
Tidak perlu siapa pun rasa prejudis terhadap langkah yang kita ambil . tiada siapa yg nak jadi hero mengatasi org lain melainkan atas semangat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yg berat .
Kita semua hero insyaallah .
salam ustaz,
"Kenyataan itu adalah kenyataan awal semasa wartawan harakah minta pandangan saya . Saya terus spontan menjawab bahawa kita akan hantar memorandum kepada yg dipertuan agong."
pemerhatian saya, menjawab soalan wartawan secara "spontan" inilah kelemahan kepimpinan pas. menjawab dengan spontan akan mendatangkan akibat buruk kepada organisasi.
dalam isu, atau mana-mana isu, jawapan spontan yang boleh menaikrtaraf kredibiliti sebagai pemimpin muda seiring dengan "memperkasakan pakatan rakyat", adalah "pemuda pakatan rakyat akan serahkan... ia mempunyai 'umph' politik yang tinggi berbanding dengan "Pemuda PAS akan serah memorandum pada Agong". lagi pun ustaz sebut "Kemudiannya saya bincang dengan Yb Anthony Loke dan Shamsul iskandar bahawa kita atas nama Pemuda PAKATAN rakyat akan serah memorandum kepada YAB Perdana Menteri".
ustaz ada 'niat' nak bincang dengan mereka, sungguh molek awal-awal lagi sebut "pemuda pakatan rakyat..." amacam ustaz? walau bagaimanapun, saya masih 'sangsi' dengan keterangan ustaz sebab semasa menjawab secara "spontan" Agong peginya, tetapi selepas berbincang, perdana menteri pulak? nampak dak ustaz? ustaz dan pemimpin-pemimpin pemuda perlu melaui proses khusus untuk menjawab soalan-soalan dari pemberita-pemberita yang sememangnya gemar untuk "memerangkap". janganlah dok seronok dengan kalimah-kalimah, media putar belit, bla, bla, bla...
perbezaan jawapan daripada "kepada agong" dengan "kepada perdana menteri" bukan disalahlapor atar diputarbelitkan. ia sememangnya apa yang ustaz tulis.
dengar khabar pgs terengganu hebat, mungkin mereka boleh aturkan program pgs untuk ahli-ahli dpp. penting ustaz.
nasihat saya selanjutnya kepada ustaz, tengok iklim politik secara menyeluruh, fahami hasrat dan citarasa rakyat, berkerja ke arah itu bagi membawa pas ke hadapan. bukan memilih untuk menyuburkan bunga yang sudah dibenci rakyat hanya dengan alasan ustaz suka dengan bunga tersebut kerana semata-mata menuruti citarasa beberapa kerat pemimpin atasan. mungkin ustaz tak dapat terima, tetapi itulah hakikat "citarasa dan hasrat" rakyat.
tanyalah diri ustaz, kemana pas nak dibawa. ustaz dan rakan-rakan adalah pemimpin masa hadapan. tidak pernah terlintaskah bagi ustaz dan rakan-rakan untuk pas mengambilalih tempat umno sebagai parti tunggak kerajaan? itulah yang saya tidak nampak buat masa ini...
"perkara penting" juga perlu diberi perhatian, ustaz. taraf "penting" sesuatu perkara itu boleh menurun kerana perkara yang kurang penting sudah bertukar menjadi "penting" mengatasi perkara awal yang "penting" tadi. roda politik tidak pernah statik, ia bukan sekadar MUDAH berubah tetapi CEPAT berubah. di sinilah memerlukan bukan sahaja untuk CEPAT bertindak tetapi KETEPATAN MASA bertindak.
aturkanlah sessi khusus dengan pgs terengganu. mereka pasti boleh membantu ustaz dalam banyak hal, insya' Allah.
W'salam
Pertama , saya ucap terima kasih atas pandangan .Panda ngan saudara akan saya beri perhatian .
cuma saya nak maklumkan , tidak semua keadaan kita bertindak atas nama pemuda pakatan rakyat .
Adakalanya kita bertindak atas nama parti kita sendiri . demikian juga AMK dan DAPsy . Dalam banyak keadaan mereka juga bertindak atas nama mereka sendiri .
Kemudiannya kita menyusul dengan sokongan yang kita berikan .
Adakalanya kita terus membuat kenyataan bersama .
Sebagai contoh mudah , jika ditanya apakah tindakan yg bakal dilakukan ? saya tidak boleh menjawab pemuda pakatan rakyat akan ..... sbb kita belum berbincang dan kita belum mendapat maklum balas dari rakan - rakan AMK dan DAPsy
tetapi saya boleh menjawab spontan bagi pihak DPPP kerana asasnya anggota harian telah berbincang mengenainya secara tidak langsung saya juga adalah ketua DPPPP .
Saya sangat hormati teguran saudara tetapi apa yang saya sebut ini adalah menjelaskan keadaan2 semasa yang kita hadapi secara realiti .
salam ustaz,
terima kasih kepada respon di atas. prejudis tidak timbul sekiranya kita bertindak dengan perancangan yang teratur. "memperkasakan pakatan rakyat" memerlukan ketiga-tiga sayap pemuda - pas, pkr dan dap - duduk semeja melakari untuk mengenalpasti serta memahami 'ideologi' parti masing-masing, mengenalpasti perbezaan-perbezaan bagi mencari 'minyak pelincir' yang terbaik untuk 'melicinkan' keadaan tanpa mana-mana 'menggadi prinsip parti masing-masing serta mencurigai sesama sendiri. kemudian dilakari dan dikenalpasti persamaan 'ideologi' tadi dan mewujudkan pelan tindakan bersama/selari menjurus ke arah "memperkasakan pakatan rakyat" sebagai menepati "perjuangan rakyat."
bermula dari sini elakkanlah daripada mengeluarkan ucapan-ucapan serta tindakan-tindakan yang boleh disalahertikan sebagai 'tikaman dari belakang'. utama dan pertama, 'keikhlasan' semua pihak perlu mendasari setiap tindakan. insya' Allah, apabila rakyat dapat melihat dan merasai 'keikhlasan' pas, kita telah berjaya 'memenangi' hati mereka. apabila 'minyak pelincir' tadi tidak berupaya melancarkan jentera pr, rakyat tidak akan persalahkan pas lagi, malah pas berkemungkinan besar pas memperolehi keyakinan mereka.
pru13 tidak jauh, ustaz. fikir-fikirkanlah. kemelut yang timbul dalam pas bukan dimulakan oleh orang lain. paslah yang mengejutkan "fitnah yang sedang tidur", paslah yang "memberi" peluru kepada musuhnya. senjata sudah di tangan, kenapa perlu diberikan kepada musuh untuk memicit picunya? pelajarilah teknik menggunakan senjata supaya tidak tertembak kaki sendiri. tidak tertembak sahabat sendiri. kejadian "tertembak" kawan sendiri banyak berlaku adalah kerana kecuaian sendiri. usahlah pas membuang masa mencari salah orang, menuding jari kepada pihak lawan. tak perlu, kerana menjadi strategi serta muslihat mereka untuk menghentam pas ke tahap maksima. kehancuran pas adalah kemengangan mereka. menghancurkan pas adalah matlamat utama mereka. jangan terpesona dengan 'bibir manis' pihak lawan kerana ia mengandungi racun yang teramat bisa...
entah2 kongsi gelap cina jugak yang bunuh si teoh.tu...kenapa xde org yg pikir lagu tu?
Post a Comment