HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, July 1, 2009

Menafikan Kerjasama dengan UMNO

1. Saya menafikan laporan yang dibuat secara salah dari kenyataan dan maksud Dewan Pemuda PAS Pusat sewaktu menyerahkan surat rasmi meminta Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan " Wacana Ilmiah secara Terbuka atas isu : Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam " . sebagai menubuhkan sekretariat untuk bekerjasama dengan UMNO .

2. Terdapat laporan dan salah faham berkait dengan tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana Ilmiah secara terbuka .

3. Wacana Ilmiah ini satu mekanisme untuk berhujjah seperti debat [ mujadalah ] dan muzakarah . Apa yang penting ialah Pemuda PAS Pusat mahu menyediakan medan dan ruang untuk berhujjah dan tentunya hujjah kita ialah untuk mencari kebenaran berpaksi kepada al Quran dan Sunnah .

4. Wacana Ilmiah lebih kepada satu mekanisme untuk mempertemukan dua pihak dan saling berhujjah secara terbuka untuk mencari kebenaran . Semua mesti tunduk kepada kebenaran dan tiada siapa yang boleh lari dan mengelak diri dari kebenaran dan tentunya yang benar itu ialah apabila ia selaras dengan al quran dan sunnah .

5. Apabila Pemuda UMNO membuat report polis terhadap kenyataan atau dakwaan Al Mursyidul Am yang mengatakan UMNO sesat ertinya UMNO tidak setuju mereka dilabelkan sebagai sesat . Maka Pemuda PAS Pusat menganjurkan wacana Ilmiah sebagai satu medan dan mekanisme untuk berhujjah bagi mencari kebenaran .

6. Laporan yang mengatakan Dewan Pemuda PAS Pusat akan mmenubuhkan seketeriat bagi mengadakan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda UMNO adalah laporan yang salah dan tidak benar .

Sekian

Nasrudin bin Hj. Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .

24 comments:

Unknown said...

baca saja lapuran tentang ini pagi tadi terus saya beristigfar.
apa punya kurang cerdik pemuda pas skg.dalam keadaan masih panas dan pihak arus perdana mencari cari idea untuk spining,dtg pemuda pas memberi bola tanggung.

dengan ikhlas saya katakan sesetengah pemimpin pas ini amat perlu di tarbiyahkan dgn ilmu politik.tolongla ustaz takkan itu pun tak bole fikir tentang bacaan politik ni...

adram kamu duduk sana buat apa,sejak akhir akhir ni kamu pun dah mula berfikiran satu hala ke?


please la..

muryadi said...

magn.. apa yg kamu mengarut tu...

Unknown said...

muryadi

mengarut ke tak.kamu tengokla berita dan suratkhabar esok dan hari hari yg mendatang.

pelik sungguh dengan kamu ni.

alhelmi said...

nampaknye magn mudah di pengaruhi... lihat, fikir & bertenang.

Unknown said...

alhelmi

saya cuma boleh tersenyum..

bukan saya yg mudah di pengaruhi sheikh.. org di luar sana tu, yg jadi pengundi kita.

saya ahli pas totok dan telah mengundi pas sejak tahun 1986 lagi ,6 kali dah dan inshallah akan dtg pun pangkah pas lagi.

MS said...

Salam. Sheikh, mu ingat tak dulu, time Salahuddin kita buat benda sama, tak ada masalah. barangkali mu tak brnasib baik krn 'pengikut'mu tak sama pengikut Salahuddin dulu. Besar senduk.

Unknown said...

setuju dgn magn...gunakan apa istilah sekalipun..tetapi penyokong PAS diluar sana akan nampak "UG"..saya sebagai penyokong PAS bersama pemuda amat kecewa dengan pekara yg dibawa oleh saudara nashrudin tantawi. Kita bakal menghadapi pilihanraya kecil Manik Urai..dan sepatutunya pemuda PAS menumpukan tenaga untuk memenangkan calon PAS..bukanya membawa pekara seperti ni ke media mainstream...
adakah saudara ketua pemuda PAS mendapat green light dari presiden..? ..amat mengewakan...!!

Ibnu Ali said...

Salam magn,

Mu ahli PAS cawangan mana? Dah sampai marhalah mana?

syed putra ahmad said...

Salam. Di bawah adalah tajuk yang dikemukakan oleh DPP kepada Pemuda Umno untuk dibahaskan:

"Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam?"

Tajuk sebegini hanya ada dua tujuan atau kemungkinan sahaja, dan bagi saya, kedua-dua kemungkinan itu tidak banyak membawa manfaat kepada pas sebagai sebuah parti politik, selain tidak banyak manfaatnya kepada rakyat apatah lagi negara.

(1) Kemungkinan pertama - dpp berjaya 'membuktikan' bahawa perjuangan umno adalah bertentangan dengan islam.

Apakah dpp akan meneruskan 'kejayaan' itu dengan menamakan orang umno kafir? Tentu tidak bukan? Jadi apa faedahnya perbahasan itu? Apa tujuannya?

(2) Kemungkinan kedua - pemuda umno berjaya 'membuktikan' bahawa umno tidaklah terlalu banyak bezanya dengan pas, terutama sebagai sebuah kerajaan. Atau 'membuktikan' bahawa pas tidaklah terlalu berbeza daripada umno dalam konteks itu.

Saya percaya, dari sudut ini, umno boleh berhujah dengan mudah, dan dpp akan berada pada kedudukan yang defensif.

Soalnya, apakah ini baik untuk pas? Apa pula manfaatnya kepada rakyat, umat atau negara?

Justeru, adalah lebih bermanfaat, jika diadakan juga, perbahasan itu tertumpu kepada isu-isu yang lebih real dan semasa. Isu ekonomi ke, politik ke, rasuah ke, pendidikan ke dsb dsb.

Sekurang-kurangnya kita dapat menaksir upaya dan kebolehan pemimpin pemuda dua parti 'orang melayu-islam' terbesar negara ini.

Lalu bolehlah rakyat mencongak di bahu siapakah nasib negara ini mahu digantungkan.

Wallahu a'lam.

nipmat said...

setuju ngdn magn & fugaz. Ust nas Twi ada idea baik, tujuan baik tapi ABSOLUTLY WRONG TIMING.

nipmat said...

Ponek(penat), Pas asek nak buek penjelasan demi penjelasan, nafi, etc. Tak dapat buat kerja lain yg lebih produktif.
Esok tengoklah media - meletupnya.
Tumpu kat Manik Urai lah.
Lagi DAP dah bual hal kat kedah lak. Penjelasan2 lagi. Macam mana nak ke depan ni. Been dragged back by our own leaders.

Unknown said...

magn,muhaimin sulam,fuqaz...pendapat anda semua betul...maaf, bukan nak 'angkat ekor' tapi bg saya yg mempunyai MA dlm Political Science ni, pe yg Tantawi buat ni boleh dikategori sebagai 'bola tangguk' dan idea tak berapa cerdik.
Buat apa nak muzakarah. debat atau wacana? memang Tantawi yakin akan menang tapi apa yg menang akan dapat ? MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU...
Hati segelintir orang (baca : penyokong PAS) yang masih terhiris dek UG akan berdarah kembali dengan apa yg DPPP buat ini...
Tantawi..anda hebat dalam agama tapi nampak dangkal sangat dalam politik..

Unknown said...

Asalamualaikum ustaz,Saya Setuju dengan Nip Mat tu Ustaz,idea Ustaz mmg bagus saya pun setuju,cuma masa x kena.kita sepatutnya tumpu pada pilihanraya dulu.Bimbang pengundi salah faham.

Nama: Khairul Azmi Ismail Al-Muqry said...

a kum. kpd sahabat2 yg mmberi komen. ana rasa x salah nak berdebat atau muzakrah dgn umno, kerana perdebatan mmg merupakan salah satu uslub dakwah nabi2 terdahulu. Al quran byk myuruh manusia mmbuktikan keyataannya betul dgn mengemukakan hujjah.. Dlm sejarah ISLAM X KALAH DARI SEGI HUJJAH WALAUPUN KALAH DARI SUDUT2 YG LAIN. golongan yg x mahu berhujjah menunjukkan mereka seolah2 dah tahu kebatilan mereka sendiri.

muryadi said...

inilah korang nak buat kerja mudah saje..kritik2 tu jelah kerja korang..
baru ngundi 6 kali dah rasa bangga sangat...

Ustaz Tantawi pun bukannya baru dlm politik ni..cubalah berfikiran kehadapan sikit..janganlah duk ikut rentak lama je.. kenalah aggresif..

cuba guna akal fikiran yg cerdik2 tu membantu bukannya mengkondem...

mengkritik perkara mudah.. budak yg tak pernah mengundi pun boleh buat..

nipmat said...

sdr mulyadi
Jgn berkata kasar. Tulisan sdr melambangkan pemikiran sdr. Kita kat blog ni bukan mengritik,mgkondem, tapi memberi pandangan.. bukan ke ni blog namanya. Saya rasa komen dan pandangan dari mereka yg sewaktu dengan magn,fugaz, syed putra, ahmad dan ana adalah utk Us Nas berfikir dan utk kebaikan beliau dan perjuangan beliau dan kita semua yg mahukan islam. Umur, pengalaman, lama, baru, laju ,agressive, pelahan tak jadi masalah, kita raikan semua- kita tukar pendapat. Jgnlah sdr sendiri yg kondem org yg ada pandangn lain. Episode ini akan mematangkan lagi Us Nas Tw.

Hasbullah Pit said...

Boss

Kalau guna istilah "debat" kan senang,
"Wacana Ilmiah" disalahtafsirkan oleh 90% penduduk Malaysia.

serupa macam UG juga.

han said...

Ibnu Ali,

tak payah la pertikaikan marhalah etc. kalau tindakan KP itu seperti memberi peluru free kepada UMNO, nyatakan sebegitu. Jujurlah dengan diri-sendiri.

Jangan angkuh & bongkak dengan 'marhalah' hingga merasakan diri kita maksum.

Malanglah kita. Dah la presiden dengan timbalan tak betul stereng, alignment lari. Ketua Pemuda pula senget lower arm.

Aduhhh...

Ustaz Tantawi,

Balik mengajar kat surau2 je lah.

han said...

On a second note, "how can yo intellectual discourse (wacana ilmiah) between two idiots ?"

Another note, ejaan yang betul ialah "sekretariat" atau secretariat. Bukan sektariat.

In many countries, a Secretariat is an office complex where officials and administrators, including bureaucrats, conduct a government's business. These offices are officially known as a Government Secretariat.

In some cases, the Secretariat is not a bureaucratic organ, but one which includes a certain organisation run by all its members who collectively help to organise the larger group, such as the Secretariat of The International of Anarchist Federations, the contemporary Anarchist International, the Secretariat is an office that rotates irregularly between all member Federations. The current Secretariat is the Anarchist Federation (Britain and Ireland).

Macamana nak memimpin perubahan cam ni ?

Mengeja pun tak betul... Itu yang tiap minggu bagi bullet free kat UMNO.

Unknown said...

Salam.

Niat yg baik mesti disusuli dgn tindakan yg bijak.

Allah Maha Mengetahui segala apa yg terbuku di hati.

Dan manusia pula menilai tiap apa yg kita lakukan.

Terbatas dgn kesibukan, saya copy & paste saja satu komen yg menarik perhatian saya berkenaan isu ini.
(diedit utk ayat yg agak menyinggung).
**********************************

This Nasarudin Hassan Tantawi is trying to be a f--l-sh hero. He is either s--p-d or he has a hidden agenda.

Firstly, knowing that the mainstream media will twist every fact in any media annoucement, he should be more cautious to explain what was the intention. He should also realise that he is just a young aspiring and inexperienced leader, facing the UMNO/BN machineries.

Secondly he should be farsighted in bringing back any form of talks with UMNO with the recent backlash that PAS has faced. The Manek Urai is still not within actual grasp of PAS, the sacking of the PKR councellor in Penang and the pig slaughter house problem in Kedah will just be bringing more unnecessary headaches to the PR leaders. All these will somehow deviate the public attention to the real problems facing UMNO/BN like the PKFZ, the puaka and whatnot.

Thirdly the real issue is not whether UMNO is Islamic or not, it is their scandals that have to be highlighted and debated openly in all forums and these issue be kept alive all the time. Highlighting some academic issues at this moment does not really have any impact in efforts to eradicate corruption and abuse of power.

Come on Nasaruddin, even the Malay majority is still supporting UMNO and everyone knows that UMNO
is not an Islamic party (it is a Malay nationalist party), what would your silly effort contribute in ensuring that more Malays support PAS? Unless of course you really have a hidden agenda, hoping to be a minister even without a portfolio.

ezzadi said...

Alhamdulillah. Syabas kpd Ust Din atas usaha yg dijalankan.
Kalau dulu org tertanya-tanya, layakkah Ust Din sbg KP PAS, lebih-lebih lagi utk berhadapan dgn Khairy Jamaludin. Mcm2 tanggapan dibuat utk menggambarkan yg Ust Din tidak setaraf dgn Khairy.
Tapi hari ni Ust telah membuktikan kesemua tanggapan mereka salah!
Ust lebih baik dan lebih kehadapan berbanding Khairy.
Teruskan usaha hebat Ust dan Pemuda..usah dilayan mereka-mereka yang sakit hati dan tak henti2 cemburu dengan langkah Pemuda PAS.

Tiada perjuangan tanpa halangan!

muryadi said...

Ada jugak yg tersinggung rupanya kalau saya berlainan pendapat dari komentar2..

Oleh itu gunakanlah kecerdikan dan kepandaian menulis dlm blog ini kpd teguran yg membina.

Berikan hujah2 tambahan kenapa umno itu benar2 tidak ada niat sedikit pun utk menjalankan Islam yg sebenar.

Ini tidak, tak habis2 memberi hujah2 yg bertentangan dan menkritik..seolah2 terikut2 dgn arus musuh dan pandangan media2 pro BN.

Sy lebih bersetuju langkah yg diambil oleh ust Tantawi..Kepada yg tak setuju terserahlah kpd kamu sekalian..

han said...

terserah la muryadi,

serah je la kat UMNO.

orang timba kolam nak cari ikan. dia pi bukak paip air masuk kolam.

ada-ada je idea nak kalah..

mnhisham said...

Aku pun tak tau le, UMNO dah nak mampus, Pemuda PAS pula bagi nyawa. Rileks dulu le, tunggu lepad PRK Manek Urai ke, Lepas PRU13 ke. Ni ndak, perkara pertama KPP PAS buat, gi Parlimen , jemput nak berwacana. Tengok, media dah main benda tu... teruk lg PAS

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive