HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, July 2, 2009

Pengalaman Pemuda dalam Debat

1. Debat , bahas , wacana dan diskusi adalah asas pendekatan Pemuda PAS untuk menyelesaikan apa jua masaalah dan isu yang berbangkit .

2. Dewan pemuda PAS bersedia untuk bertemu atau berhadapan dengan siapa sahaja dalam usaha mencari dan menegakkan kebenaran termasuk berhadapan dengan Pergerakan pemuda UMNO .

3. Sebelum ini Dewan Pemuda PAS sewaktu dibawah kepimpinan kekanda saya Yb. Salahudin Ayub pernah merintis jalan bertemu dan mengajak Pergerakan Pemuda UMNO untuk berbincang , berbahas dan berdebat mengenai isu seperti ISA dan PPMSI . Rujuk dan klik di sini : [ video klip - klik sini - cabaran debat Salahudin vs Khairy dalam satu kenyataan media bersama ]

4. Isunya ialah medan untuk berhujjah justeru Islam sangat menggalakkan kita berhujjah dalam mencari kebenaran demikian juga berhujjah dalam menumpaskan kebathilan . Medan untuk berhujjah terlalu luas . Letaklah apa nama sekalipun cuma Pemuda PAS kali ini memilih Wacana Ilmiah sebagai mewujudkan medan untuk berhujjah .

6. Sebelum ini saya sendiri telah berkali - kali mencabar Khairy Jamaludin berdebat tetapi malang beliau tidak pernah menyahutnya .

Pertama : Apakah Malaysia Sebuah Negara Islam ? [ klik ]
Kedua : Benarkah UMNO yang Memperjuangkan Kemerdekaan negara ?
Ketiga : Siapakah penderhaka Sultan ? [ klik ]

7. Kali ini saya tukar . Saya guna Wacana Ilmiah kelihatan lunak pada bahasa atau kalimah tetapi membawa maksud yang sama iaitu membuka medan berhujjah dan saya harap Khairy Jamaludin menerima pelawaan ini setelah ia berkali - kali menolak cabaran debat daripada saya .

5. Apa yang pasti ialah kita diajar menggunakan Quwwatul Mantiq [ kekuatan hujjah ] bukan Mantiqul Quwwah [ Hujjah kekuatan ] . Justeru itu saya sangat komited dengan usaha bertemu dan berhujjah walau atas nama apa sekalipun demi saya menegakkan kebenaran dan menumpaskan kebathilan . Ya Allah berikanlah daku kekuatan .

ها توا برهانكم إن كنتم صادقين

Sila kemukakan hujjah kamu jika sekiranya kamu benar !

19 comments:

Panas Hati said...

kah kah kah... strategi pun maklumkan dalam blog... kah kah kah....

muryadi said...

Ini lagi satu contoh pandangan kononnya dari pengunjung..

"Panas Hati" ni samada penyokong tegar umno ataupun yg masih kurang cerdik..

Strategi sudah tentulah ada yg sulit dan ada yg terbuka..

Baca dan kajilah apakah tujuan sebenar langkah2 yg diambil oleh Pemuda Pas...

Ini tidak, sekadar memberi pandangan yg kebanyakkan melemahkan...

alhelmi said...

panas hati ni bukan strategi... tapi misi dakwah. Dakwah untuk semua

abulwafi said...

Salam,

WOOOOOOI, HAMPA PEKAK KA, ATAU HAMPA NI JENIS NAK CARI PUBLISITI SAJA..........HARI TU TAK INGAT KA RIUH SELURUH MALAYSIA..PASAI UG, SAMPAI MURSYIDUL AM BANTAI TIM. PRES....PUNCANYA PASAI NAK BINCANG DGN UMNO.....

LEPAS TU BERDAMAI....BUAT KEPUTUSAN JGN HEBOH LAGI PASAL HUBUNGAN PAS DGN UMNO, PERBINCANGAN PAS DGN UMNO...DAN MACAM2 LAGI

TUT2 MURSYIDUL AM YANG SGT ANTI UNTUK BERBINCANG DGN UMNO, AJAK NAJIB BERDEBAT PULAK.........

PASTU ,MAMAT SORANG NI, TANTAWI PI AJAK KHAIRI DEBAT PULAK.....

SEBENARNYA SAPA YG MEMERLUKAN TALIAN HAYAT NI....UMNO KA PAS ?

MENGAPA KITA FOKUS UMNO JE....SEDANGKAN SEPATUTNYA KITA FOKUS HUBUNGAN DALAM PAKATAN RAKYAT..............

KALAU KITA ASYIK PROMOSIKAN UMNO........KITA SENDIRI YANG SILAP...KITA PULAK JADI AGEN MARKETING UMNO.....

abulwafi said...

salam,


ni laa....takdak pasai cari pasai...........

muryadi said...

abul,

kalau tak setuju pun tulislah dalam huruf kecil.. kurang beradab namanya tu..

Tak perlu beremosi...

Knp nak diketepikan umno? Memang umno lah sasaran kita/PAS..

umnolah yg perlu diserang bila2 masapun..

media2/blog2 kerja mereka ialah memperlekehkan usaha PAS dan ingin mengajak rakyat amnya bahawa Islam bukanlah alat/jalan yg terbaik utk menyelesaikan masalah..

Tak perlulah kita mengikut rentak musuh2 islam ini..

Hj Azwan Affendy Ahmad Zahidi said...

Ustaz. Ajak sekali Pemuda DAP dengan Angkatan Muda PKR utk debat sekali dengan Pemuda Umno tu. Tajuk kena kekal. Kita nak tengok depa reti tak untuk berhujjah.

manahchetok.blogspot.com said...
This comment has been removed by the author.
manahchetok.blogspot.com said...

kuburkan umno,tahun 2004 sudah berlalu,kalau ustaz nak cari publisiti murahan,tunggu pru 13 kut kut dapat calon...saya tidak bersetuju 100%.kita sudah lama berjuang nak hancurkan umno....skrg ni masanya tidak terlalu sesuai untuk adakan perbincangan dgn umno...sepatutnya kp ajak pemuda istiqamah dalam perjuangan untuk hancurkan umno......

muslimat said...

pelik,

nak berdebat terbuka pun ada yang marah ??
saya rasa ini peluang baik utk 'kenakan' UMNO. Saat UMNO tengah nazak, kalau ajak masuk medan tempur....berlawan hujah'....boleh berterabur UMNO...tapi ada juga yang tak setuju....

kalau 'perbincangan' tu memang ia agak sulit...org2 tertentu je terlibat. tapi debat ni umum....tambah kalo masuk TV, satu malaysia boleh tengok....

peluang 'juga' utk kita berkempen....tak gitu ??

muryadi said...

saya sokong muslimat..

kita sering cepat nak melatah, bersangka tidak baik dan kurang yakin kpd pemimpin..

Sebab itu sy rasa gejala dan budaya ini haruslah dibendung sebelum ia terus merebak...

Tapi sy juga berkeyakinan pandangan dan komen2 yg negatif ini bukannya datang dari penyokong PAS yg sebenar..

Ramai lagi yg menyokong tindakan pimpinan dan sentiasa bekerja kuat utk memenangkan PAS lebih suka berdiam diri daripada memberi pandangan mereka diblog2 seumpama disini..

pria malaya said...

ustaz, harap ust baca artikel sy ini..

Wacana ilmiah..Agree to disagree

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/07/wacana-ilmiahagree-to-disagree.html

han said...

Politics is about perception.

In this case, PAS is getting all the wrong perceptions.

1. Pas youth chief is only up to UMNO's Deputy Youth Chief's level.
Remember it's Pas youth who came to visit and fell for this classic power maneuvers.

2. Secretariat connotes 'permanence' rather than an ad-hoc set-up for the purpose of planning the discussion/intellectual discourse - giving rise to suspicions and opportunity for speculations and spins. The Pas Youth chief himself uttered the word 'secretariat' unless he doesn't understand the english nuance.

3. In the context of the UG debacle and the very recent statement from the top PR leaders, the timing of the invitation sucks, as it gives all the wrong signals, despite good intentions!

4. 'Serban' and 'neckties' don't normally make a good combination. Probably needs some makeover advice.

Unfortunately for PAS, this episode shows-up the Pas Youth leader as politically naive.

Threatening to sue newpapers tops it. Is the position too big for his shoes? I hope he learns fast.

abulwafi said...

salam,

saya menuls komen dengan perasaan sayang kpd KP kita, saya sokong hanizar.....kalau nak guna english "term" biarlah faham maksudnya.....

and again...serban and neck-tie mmg x ngam.....kalau serban jgn la pakai tie....huduh benar...

salam.

amni said...

dah dah la tu ustaz oii... dok wacana sana sini... tak nampak pon pemuda pusat turun tolong kat manik urai sana...

rasanya dalam waktu dekat PRK cam skarg ni, yg tu lebih aula kot? ntah la kan, kami ni tak hafal kitab fiqh aulawiyat macam ustaz.

agaknya aula lagi berwacana dengan UMNO (sah2 musuh kita) berbanding membantu dalam PRK (sah2 sama parti dgn kita)

pikir2 la ye... pimpinan tak semua betul, org bawah tak semua bodoh...

Elbaritii said...

Hanya sanya tindakan pemuda ini adalah bagi mendampingi idea Mursyidul Am. Saya setuju.

Kak Amni,
Bukanlah kerja wacana ini setiap hari. Dan bukanlah menyerahkan surat wacana itu setiap saat.

hanizar,
Oleh kerana politik ini hanya persepsi, sampai ke sudah kita tidak dapat ngam dengan persepsi semua orang. Nak naik kaldai ke nak tarik muncung kaldai?

Jangan sentiasa melihat PAS ini sebuah partipolitik sahaja.

Ustaz,
beribu lagi yang menyokong usaha dewan ini. Saya tidak nampak ini bercanggah dengan semangat kerja di Manik Urai, kerana kita bukannya berperang senjata di sana. Masih juga berperang hujah dan memujuk hati-hati pengundi dan ahli Umno agar mengundi kita. Tak tahulah kalau ada yang pergi ke Manik Urai untuk memaki hamun ahli-ahli Umno.

Kedua-duanya adalah medan hujah. Siiru 'ala barakatillah.

han said...

heheh.. elbariti of Parit,

hang ni aku nak kata pandai, tak boleh. aku nak kata bodoh, kesian.

cuba baca elok2. aku tak kata "only about perception", aku kata "is about perception".

baru pandai cakap arab slang, dah tak boleh dinasihati dah ya..

memang la bukan setiap saat, bukan setiap hari.. (anyway general election pun bukan setiap tahun), itu yg kena buat kerja yg berjadah tu. jangan tembak kaki sendiri.

Elbaritii said...

Bukan persoalan pada ayat enta hanizar,tetapi pada hujah enta tu.

Kalau betul is about perception, kenapa yang dipertikaikan hanya pada persepsi?

hujah enta itu menggambarkan apa ada dalam fikiran, bukan pada ayat itu.

arulz_adnan said...

baca artikel di sini bukan sekadar sekali baca dan komen. baca dan berfikir..sayang hujjah banyak sangat, tetapi tidak gunakan akal yang salim..artikel ini satu penjelasan. baca bagi faham..

teruskan ust, masih ramai yang menyokong perjuangan ini dari belakang..insyaAllah..

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive