HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, August 7, 2009

Bolasepak Persahabatan

Kenyataan Media
Jabatan Kebudayaan Kesenian
dan Sukan (DACS)
Dewan Pemuda PAS Pusat

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan perlawanan persahabatan bolasepak Pemuda PR pada hari Sabtu ini, 8 Ogos 2009 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada jam 5 petang.

Perlawanan persahabatan ini akan melibatkan pimpinan pemuda bagi ketiga- tiga parti komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan DAP Socialist Youth (DAPSY).

Diantara pimpinan pemuda PR yang dijangka hadir termasuklah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Pengerusi DAPSY, Loke Siew Fook.

DPPP menjemput seluruh rakyat Malaysia termasuk pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sama-sama hadir memeriahkan perlawanan persahabatan ini serta melihat aksi-aksi menarik pemimpin-pemimpin pemuda PR menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing dalam sukan bolasepak.

DPPP juga mengalu-alukan kehadiran petugas media untuk membuat liputan didalam perlawanan persahabatan ini yang dijangka sepak mulanya pada jam 5.15 petang.

Mohd Sany Hamzan
Pengarah
Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Sukan (DACS)
Dewan Pemuda PAS Pusat.

8 comments:

fajridil adha said...

salam ustaz..

dah lama sy x main bola ni. rasa nak pegi tp jarak mghalang pula.insyaAllah di lain kesempatan sy turut serta.
[my blog]

Anonymous said...

apakah yg sbenarnya kalian pjuangkan???...
blog2 yg dsponsor oleh DAPSY, Anwar, Pairin,lina joy,Karpal, Ronie, dll.. webadmin oleh Hakim(melayu murtad), idea asal oleh Nga...
Tujuan: Mgkristiankan org melayu/islam di Msia.
Lokasi aktif: Central Market dan skitar KL, kemaman, K.trenganu, Ipoh, Penang, kota kinabalu dll
Sasaran: pel. universiti, gol2 muda-mudi dsb. http://cahayanusantara.blogspot.com

muslimat said...

salam ustaz,

Bagus main bola ni, riadah yang boleh menyihatkan badan. Tapi saya tak setuju Loke Siew Fook join sekali. Pengerusi DAPSY tu telah berkelakuan biadap bila mengecam pendakwah bebas Ridhuan Tee berkaitan isu anak luar nikah Beng Hock.

Saya rasa drpd berseronok main bola dgn dia ni lebih baik ajak berbincang dan berlawan hujah ttg isu yang timbul....kasi basuh skit dia ni ustaz....KURANG ADAB !!

lepas tu kasi dia faham sama bahawa makan boleh sebarang makan tapi cakap tu tolong jangan sembarangan....apatah lagi percakapan/tulisan yg berbaur penghinaan terhadap ISLAM...

Anonymous said...

bestnyee,,main bula ngn pemimpin.hehe

suparjo@blogspot.com said...

Ustaz seorang pejuang Islam dan sangat sensitif dgn sesiapa yg menghina islam dan muslim, tahniah! Itu ketua DAPSY yg dijangka hadir bersama ustaz, dah menghina keislaman Dr Ridhuan Tee dan Islam sekali gus. Saya tak dapat gambarkan jika yang 'menyindir' (sindir saja) Islam ialah YAB Perdana Menteri, apa tokoh Pas nak sebut. Tetapi apabila orang kafir sendiri menghina Islam, pejuang Islam masih berkira-kira hendak susun buah bicara! Beranikah ustaz siarkan bicara ini. Belum tentu, kerana pas pun macam umno juga, sekat tulisan yang mengkritik orang Pas. Umno ada KDN, ustaz ada perkataan 'delete'! Selamat berjuang ustaz...

zacharias said...

Alhamdulillah

Ust, kami baru selesai program motivasi utk guru Pasti kawasan. Alhamdulillah. antara aktiviti dalamnya adalah jungle trekking.

DPP Teluk Kemang

zacharias said...

Baru-baru ini juga, kami buat pertandingan bola sepak jemputan DPPTK. Alhamdulillah, berjalan lancar.

Sukan memang satu cara mengeratkan silaturrahim

Unknown said...

Salam saya setuju dgn pandangan muslimat.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive