HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, August 4, 2009

Himpunan Pemuda Negara 2009

Himpunan Pemuda Negara 2009
di Stadium Bukit Jalil .


1. Insyaallah , Saya akan berbincang dalam masa terdekat dengan rakan - rakan pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat [ Sdr. Shamsul Iskandar dan Yb. Anthony Loke ] untuk mengadakan satu Himpunan Pemuda Negara 2009 di Stadium National Bukit Jalil .

2. Langkah awal saya telah mengarahkan setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat untuk menghantar surat memohon Stadium National Bukit Jalil kepada YAB Perdana Menteri dan Pihak Pengurusan Stadium National Bukit Jalil bagi tujuan pengajuran Himpunan Pemuda Negara 2009 kelak .

3. Insyaallah tarikh tepat akan dimaklumkan kemudian setelah Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat bermesyuarat pada akhir bulan ini . Namun tarikh cadangan untuk booking Stadium National Bukit Jalil tersebut akan dikemukan segera . Insyaallah selepas aidil fitri dan pilihanraya kecil Permatang Pasir .

4. Pihak kita juga perlu melihat kekosongan Stadium National Bukit Jalil dari sebarang aktiviti kerana kita mahu mengelakkan kemungkinan pembatalan di saat akhir . Saya harap Perdana Menteri dapat campur tangan untuk memberi kebenaran kita menggunakan Stadium Bukit Jalil tersebut .

5. Saya juga mengharapkan agar YAB Perdana Menteri dapat mengotakan janjinya untuk memberikan Stadium kepada mana - mana pihak yang ingin mengadakan himpunan agar tidak mengganggu lalulintas dan sebagainya .

12 comments:

angkasanuri said...

Salam..Syabas kepada DPPP kerana menyahut cabaran PM 1Malaysia.

zacharias said...

Salam,

Ustaz, harapan saya agar himpunan pemuda ini dapat dihidupkan dengan agenda tarbawi seperti Qiamullail
dan Forum mungkin berkaitan tajuk seperti Rijal Taghyir

Sekadar memberi cadangan/ idea. Berharap untuk menyumbang.

p/s: Time doa qunut tu, kasi panjang dan syahdu, moga2 hancur taghut

Anonymous said...

Salam Ust,
saya rasa ust ni ada masalah memahami kenyataan najib.....

Dia kata PR dah ada stadium di Shah Alam, gunalah stadium tu.
Yang ust nak pegi mintak stadium bukit jalil apa hal???

Pegi la buat kat stadium shah alam...mintak kat khalid ibrahim...selesai masalah.

Tak payah nak praktik politik provokasi.

Unknown said...

Diharap ustz mendapat keizinan untuk mengadakan Perhimpunan Pemuda 2009

WARIS PAHANG said...

Berhimpun ni sebab nak kutip duit bayar saman sbb demontrasi ISA baru-baru ni hinggapeniaga2 dan pemandu teksi mengalami kerugian?.

Atuk Banjar Masin said...

Sikap perkauman sangat penting demi mengekalkan kuasa politik melayu/Islam.

Sikap perkauman dikalangan kaum cina dan india sangat tebal dan kukuh, itu sebab mereka boleh hidup senang dan maju di mana2 sahaja di muka bumi ini.

Sikap perkauman cina boleh disama kan dengan bangsa yahudi.

Kaum cina sangat bijak 'menyamarkan' sikap perkauman mereka sehinggakan sukar bagi melayu yang bodoh mengesan nya.

Nasrudin said...

Insyaallah segala aktiviti tdk akn bercanggah dgn nilai dan syariat
Islam. Tentunya akn menyemarakkan lagi amal islami

Pemuda PAS Kijal said...

Assalamualaikum Ustaz,

Insya-Allah dengan adanya program-program seumpama ini maka dapatlah memperkasakan Pemuda-pemuda PAS dan Pakatan Rakyat.

Usah pedulikan kata-kata yang tidak senang hati dengan perancangan kita.

Musuh sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kita.

Biar apa pun cabaran dan halangan pihak musuh, kita lalukan ia sahaja.

Biarlah kita terus dengan agenda kita.

Wassalam.

muslimat said...

isk saya kena jadi 'pemuda' dulu ke baru boleh join ??...sukarnya !! :D

selamat berhimpun nanti...semoga dimudahkan Allah, dan perhimpunan itu dapat menatijahkan kebaikan utk perjuangan Islam...Allahuakhbar

jebat said...

salam perjuangan .......

teruskan lah perjuangan suci ini
berkatalah benar walaupun pahit
jgn mabuk dgn kemenangan prinsip perjuangan digadaikan .....

Anonymous said...

mungkin ust boleh beri input dalam himpunan itu pasal konsep One Israel yang telah diperkenalkan oleh Ehud Barak pada 1999.
boleh rujuk sini- http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel

harap boleh bagi komen

Anonymous said...

Bantahan Hina Islam oleh Utusan‏
Tuan,
Minta pihak Tuan ketengahkan masalah UTUsa Malaysia dan lain2 akhbar Melayu Islam yang sewenang-wenAngnya
bersongkokol dengan agensi perjudian (NOMBOR EKOR )
dengan menyiarkan keputusan/iklan2 perjudian serta horoskop yang terang2 HARAM disisi Islam.

Akhir2 ini bab Arak,Babi begitu di berikan tumpuan oleh media arus perdana melayu tetapi bab jJUDI buat senyap je.

Apakah pembaca UTusan majoritinya bukan ISlam? Bolehkah kita dikatakan BERSUBAHAT kerana membaca
akhbar2 ini?

Sekian, Terima Kaseh, moga Allah memberikan kita semua
hidayah Nya.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive