Pergi Tak Kembali Lagi
1. Al Faatihah . Semoga Ruh vokalis kumpulan nasyid kontemporari Rabbani yang telah disahkan kembali ke pangkuan Allah swt lebih kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di hospital Pantai Bangsar , dicucuri rahmat oleh Allah swt dan digolongkan dalam golongan hamba - hambaNya yang soleh .
2. Allahyarham al Fadhil Ustaz Asri Ibrahim adalah sahabat lama saya semasa kami sama - sama merantau ke bumi Syam Beliau seorang yang sangat istemewa dan memiliki suara emas .
3. Allahyarham pernah digelar jelmaan Bilal ibnu Rabah apabila beliau sering ditugaskan untuk mengumandangkan azan di markaz al Arqam Jordan dan juga dalam majlis - majlis rehlah kami apabila tiba waktu solat .
4. Allahyarham juga sangat konsisten membawa Islam melalui pendekatan Nasyid kontemporari bermula dengan kumpula Nada Murni dan kini Rabbani . Semoga usahanya diterima Allah swt sebagai amal yang soleh . Allahyarham meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberi ucapan dalam sidang media program syahadah di angkasapuri RTM kira - kira jam 10.30 pagi tadi.
5. Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh isi keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dan permergian beliau adalah satu ketentuan Allah swt yang menyayangi hambaNya Agar bersabar di atas ujian getir ini dan kami juga seluruh ummat Islam sangat merasai kehilangan beliau . Sekali lagi semoga Allah swt merestuinya dan menempatkannya di Jannatul Firdaus . Al Faatihah .
Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang Selangor .
6 comments:
Al-Fatihah[my blog]
Salam'alaik. Terkejut dan mengharukan.
Perginya tak kembali lagi. Semoga rohnya dicucuri Allah.
~sedih atas kehilangan~
Salam...Ada juga yang pergi kembali semula....PENGUNDI HANTU!!!!!
salam....
sedih atas kehilangan.
moga rohnya dicucuri Allah.
Al-Fatihah...
Arwah Ust Asri pernah mengajar kumpulan nasyid sekolah ana semasa era nasyid Islamik 90an dulu.
Moga Allah merahmati beliau.
salam,
inilah 'singkatnya' usia sebuah kehidupan di dunia.Kematian sentiasa memburu kita.Sedang akhirat adalah penginapan yang kekal selama-lamanya.Tiada batas dan penyudah kepada kenikmatan di negeri akhirat.
Ustaz Asri sudah selesai haknya didunia dan berpindah ke alam barzakh ... kita berdoa Allah menempatkan beliau dikalangan hambaNya yg soleh. Sedang kita yang masih di ' Medan beramal ini'...janganlah menyibukkan diri dgn 'sesuatu' yg hendak kita tinggalkan didunia...sibukkan diri dgn apa yang kita ingin bawa ke sana.
Post a Comment