Syafaakillah
1. Semoga Allah swt mengurniakan kesejahteraan buat Dr Lo Lo Ghazali AJK PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Titiwangsa yang baru selesai menjalani pembedahan paru-paru (labectomy) di IJN. [ maklumat saya terima dari seorang rakan ]
2. Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Pusat mendoakan agar Dr. Lo' Lo' segera sembuh dan akhirnya dapat menjalankan tugas - tugas perjuangan seperti biasa .
3. Semoga Dr. Lo' Lo' dan keluarganya juga sabar menghadapi ujian getir ini , justeru ia adalah antara tanda kasih sayang Allah swt kepada kita agar hati dan nurani kian bertaut dengan ketentuanNya yang Maha Adil .
4. Setiap ujian pastinya tersimpan sejuta hikmah untuk kita hayati . Paling tidak , kita akan terus dekat dengan Allah swt dan dapat merasai keagongan dan kehebatanNya.
5. Akhirnya , Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mendoakan agar Dr. Lo' Lo' sendiri tabah dan gigih menghadapi suasana sukar sebegini dan redha atas ketentuan Allah swt Mudah - mudahan , bukan sahaja cepat sembuh tetapi juga dilipat gandakan ganjaran dan pahala atas kesabaran dan penderitaan yang dihadapi .
4 comments:
Semoga ALLah menberi kesihatan dan rahmatnya kepada Dr. Lo' Lo' untuk meneruskan perjuangan.
ameen,semoga Allah sembuh pejuang Mu ya Allah!!!!
semoga Dr lo lo segera sambuh dan dapat meneruskan jihadnya.
Dr Lo' Lo' serikandi hebat mendepani cabaran sebagai ahli parlimen yang berani dan vokal membela suara warga kota.Moga Allah pelihara Dr.
Post a Comment