UMNO Pengkhianat Agama
1. Pertama saya mahu ucapkan syabas kepada Yb. Dato' Dr. Hassan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor di atas ketegasan beliau biarpun berdepan dengan kecaman hebat dari pelbagai pihak termasuk dari rakan PAKATAN namun tetap teguh dengan pendirian mempertahankan prinsip perjuangannya yang berasaskan nilai Islam khasnya dalam isu arak . Beliau kini dianggap hero ummat Islam di Selangor khasnya dan dinegara ini amnya oleh rata - rata pencinta Islam .
2. Tahniah juga saya ucapkan kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor yang sebentar tadi telah mengumumkan kawasan - kawasan [ majoriti muslim ] larangan menjual arak dan minuman beralkohol di Selangor . Saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada keduanya . Satu usaha awal untuk membawa negeri PAKATAN Rakyat menjadi lebih baik daripada UMNO dan BN . Semoga usaha diteruskan dan dikembangkan dalam banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dan jauhi sama sekali sebarang usaha yang hanya bersifat retorik .
3. UMNO dan BN pastinya kehabisan modal dan kini mereka terpaksa menggunakan peluru akhirnya untuk menyerang dengan mensasarkan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat bukan lagi dasar perjuangan dan aktivitinya. Setelah teruk mereka membelasah Tuan Guru Hj. Hadi Awang sejurus selesai muktamar tempoh lalu , kemudian Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz pula diasak oleh mereka menjelang pilihanraya Manek Urai dan kini mereka mensasarkan Dato' Seri Anwar Ibrahim pula yang dilabel sebagai pengkhianat bangsa melayu .
4. Pertamanya saya mahu tegaskan bahawa UMNO dan BN sewajarnya mencontohi Pakatan Rakyat bukan memusuhinya. Wujud perselisihan faham namun bijak mengatasinya . Tercetus masaalah dalaman tetapi cepat menanganinya . Ada kelemahan tetapi konsisten untuk memperbaikinya . Timbul kritikan dan cemuhan namun teguh dan tegas mempertahankan prinsip perjuangan .
5. Kedua : Saya menggesa supaya UMNO dan BN ambil langkah serupa di negeri - negeri yang diperintah dan ditadbir oleh mereka seperti apa yang dilakukan oleh Selangor malah ianya telah lama dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan sebelum ini dalam mengawal penjualan arak khususnya di kawasan - kawasan majoriti muslim . Islam tidak campur tangan berkait kes arak dalam lingkaran non muslim yang agamanya membenarkan mereka meminum minuman beralkohol itu . Tetapi tegas agar ia tidak melewati sempadan masyarakat muslim justeru agama Islam mengharamkan penganutnya membeli , menjual , mempamer , memproses dan meminum arak .
6. Ketiga : Saya mendesak agar UMNO dan BN jangan hanya bising isu Arak dan isu penghinaan terhadap Islam [ tanpa saya menafikan ia juga satu isu yang besar ] tetapi juga mesti memandang kepada isu - isu yang lain di mana ia turut mencabar kesucian Islam dan menghiris perasaan ummat Islam sementara mereka adalah kerajaan yang memerintah negara ini . Sebagai contoh mudah , Utusan Malaysia menyiarkan isu penghinaan terhadap Islam di muka hadapannya tetapi memuatkan keputusan sport TOTO , Magnum dan Horoskop dibahagian belakangnya . Ini satu persendaan . Akhirnya orang kata UMNO mempersendakan Islam.
7 . Keempat : Hentikan segala serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat . Apalagi serangan itu tidak berasas dan hanya bertolak dari sentimen perbedaan ideologi politik . Tindakan UMNO dan BN bukan hanya menampakkan mereka sangat terdesak tetapi juga jelas kehabisan idea dan tidak mempunyai kredebiliti yang hebat dalam menghadapi saingan politik . Serangan kepada peribadi hanya akan berkesan apabila ia benar - benar berdiri di atas bukti penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang kukuh .
8. Kelima : Sampai masanya UMNO dan BN merombak segala dasar perjuangannya yang jelas bertentangan dengan Islam dan akhirnya mengheret UMNO dan BN terus hanyut dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam . Apabila UMNO dan BN berada dalam satu frame yang salah bagaimana mereka mahu membetulkan orang lain sekalipun orang lain juga berkemungkinan melakukan kesalahan .
9. Saya mengharapkan kepada semua ummat Islam khasnya tokoh - tokoh agama menilai sokongan mereka terhadap UMNO dan BN dan melihat jauh ke hadapan bagaimana keupayaan UMNO dan BN mampu mempertahankan Islam dan ummatnya di masa depan atau hanya pandai buat bising bila isu timbul sekadar menangguk di air keruh seperti Khairy dan Ali Rustam dan kemudiannya lari menyembunyikan muka bila isu selesai untuk mengintai peluang menangguk buat kesekian kalinya.
10. Contoh mudah saya bawa : mereka pertikaikan PAS kononnya gadai prinsip , alat DAP dan 1001 tohmahan . Tetapi alhamdulillah , dalam tempoh 2 tahun kita menerajui negeri di bawah Pakatan Rakyat ternyata banyak isu kita boleh selesaikan dengan baik biarpun bermula dengan perselisihan faham dan sebagainya . Isu terkini ialah arak yang akhirnya menyaksikan UMNO dan BN terpaksa menjilat pasir setelah menyalak sekian lama apabila PAS tegas dengan prinsip dan kerajaan Pakatan Rakyat sedia mengambil langkah perubahan yang positif .
Persoalannya , 50 tahun UMNO dan BN memerintah sehingga tersergam utuh kilang arak di Selangor kenapa UMNO dan BN senyap diam membisu sejuta bahasa . Kelu lidah macam orang kena stroke . Bila Pakatan Rakyat memerintah baru 2 hari [ baca 2 tahun ] hampir terjelir lidah mereka melaung slogan kononnya mereka perihatin terhadap isu agama dan sensitif terhadap sentimen ummat Islam .
Saya percaya kalau PAS memerintah Selangor sejak awal merdeka dulu , insyaallah tidak akan terbangun kilang arak sebesar itu . Kalau mereka mahu minum arak , kilang itu boleh di bina di Australia , Taiwan , Singapore atau mana - mana negeri yang tidak majoriti muslim kemudian dibeli secara terhad oleh kelompok yang agamanya membenarkan mereka meminum arak . Tapi , itu semua hanya kalau .... kalau PAS memerintah Selangor dulu :)
Harapan saya satu masa nanti , negara ini akan dipimpin oleh Islam agar segala syariatnya dapat dilaksanakan dan kemudian ia akan memberi keadilan kepada semua kaum , bangsa dan agama . Islam adalah agama yang adil dan keadilan itu adalah untuk semua .

8 comments:
salam perjuangan,
kita katakan Arak Allah haramkan kerana merosakkan Aqal manusia
bagaimana kita analogikan Umno itu perlu diharamkan kerana merosakkan ,melalaikan dgn budaya hendonisme pada kehidupan masyarakat malaysia apatah lagi mengasing tuntutan beragama dalam pentadbiran?
bagaimana ya..???
updated blog:"Kesatuan Mengangkat Martabat UMMAH" Ucapan disampaikan oleh :Sheikhul Al-Azhar,Dr Muhammad Sayyid At-Tantawi
www.deriaislah.blogspot.com......
Salam...Ya akhi, esok 13 Ogos PR akan mengadakan seminar kepimpinan parti, mungkin akhi antara wakil 30peserta setiap, inilah peluang untuk menjelas dan menerang dasar Islam kita kepada anggota PR, khususnya DAP dan tak ketinggalan PKR. Mereka tidak faham Islam. Kalau faham Islam tentu tak ambil sosialis dan liberalisma...ambil Islam tulen "ori"...jelaskan kepada mereka sebagai mana YB Datu' Hasan Ali perjelas dan pertahankan prinsip Islam dalam soal arak. Sepatutnya "Mursyidul Am" PKR yang memulakan penjelasan kerana Selangor itu negeri PKR.
Teruskan perjuangan "ori"...Hidup dan mati dalam perjuangan Islam. Takbir !!!
alhamdulillah....moga usaha ini menjadi pencerahan buat semua. bukan sahaja Islam bahkan bukan Islam. Buktikan dengan Islam kita mampu bergerak seiring kemajuan dan menyatukan semua makhluk d bumi..insyaAllah...TAKBIR!!
Salam,
Saudara saya cuba mencari kenyataan dari Tan Sri Khalid berkaitan yang menyatakan larangan penjualan arak di majoriti kawasan muslim..namun tiada..
Tapi malaysiakini tulis anwar cakap - "Penasihat PKR itu menegaskan, Pakatan Rakyat tetapi mengambil pendirian tidak menggalakkan penjualan arak kepada orang Islam, tetapi penjualan kepada bukan Islam kekal seperti biasa..."
Tidak menggalakkan..apa maksud tu?boleh jualla..boleh kongsi darimana saudara dapat maklumat tu?
SALAM BUAT PENULIS. SAYA SANGAT TERTARIK DENGAN APA YANG DICORETKAN OLEH SAUDARA. BEGITU MENDALAM DAN MENGOREK SEHINGGA KE AKAR UMBI KEBURUKAN UMNO. TAPI SAYA MEMANG SANGAT PELIK SEBAGAI SEBUAH PARTI YANG PENULIS ANGGAP IA SANGAT BAIK TETAPI KENAPA BOLEH MENGUTUK PARTI LAIN. WALHAL IA ADALAH PERKARA YANG TIDAK BAIK DAN ANDA SENDIRI PUN TAHU PERKARA ITU. SEBAGAI MANA YANG SAYA TAHULAH WALAUPUN ILMU SAYA BARU SETAHUN JAGUNG NAMUN SESIAPA YANG MENGATAKAN KEBURUKAN ORANG, ORANG ITU ADALAH SALAH SATU DARI GOLONGAN ORANG YANG MENGATA KERANA KITA DARI KUMPULAN YANG SAMA "ISLAM". BAHKAN ORANG YANG MENGATA ITU ADALAH LAGI TERUK DARI PADA YANG DIKATAKANNYA. RENUNG2KANLAH APA PENDAPAT DARI ORANG MUDA INI. HANYA KERANA POLITIK ANDA SANGGUP MENUDUH SEBEGITU RUPA. SEDANGKAN KITA ORANG MELAYU SEKARANG SUDAH BERPECAH BELAH. INI SEMUA KERANA ORANG KAFIR YANG MEMANG SUKA KITA MACAM INI. BILA KITA SUDAH BERPECAH MEREKA AKAN BERTEPUK TANGAN DAN KAFIR NI AKAN BERBAIK ANTARA MEREKA.
MENGAPA SETIAP KOMEN YANG DITULIS PERLU MENDAPAT KELULUSAN DAHULU DARIPADA PEMBACA. MENGAPA TAKUT PADA KRITIKAN DAN KUTUKAN SEDANGKAN ANDA SEDIRI SEDANG MENGUTUK ORANG. ATAUPUN ANDA MEMANG TAKUT PADA BAYANG2 SENDIRI. DAN MUNGKIN ADA KELEMAHAN PADA ANDA MENYEBABKAN ANDA TAKUT DIKATA OLEH ORANG LAIN PULA.MEMANG ANDA INI ORANG ISLAM YANG DIAJAR UNTUK MENGUTUK ORANG ATAUPUN APA. SAYA SANGAT HERAN DENGAN APA YANG ADA KATAKAKAN. SEBAGAI SEBUAH PARTI YANG MEMANG BENAR MENGATAKAN PERJUANGKAN ISLAM TETAPI BOLEH MENGATAKAN SEDEMIKIAN RUPA PADA ORANG LAIN SEDANGKAN APA YANG ANDA TUJUKAN ADALAH PADA UMNO IAITU ORANG MELAYU. MENGAPA ANDA BERTINDAK SEDEMIKIAN. ADAKAH ANDA SUKA DENGAN APA YANG ANDA KATAKAN ATU MUNGKIN IA ADALAH DATANG DARI HATI NURANI ANDA YANG SUDI YANG MEMANG TELAH DIDIK SEJAK DULU LAGI. NAMPAKNYA ANDA MEMANG SUKA MELAYU ITU BERPECAH. MENGAPA MAHU CAMPUR ADUKKAN POLITIK DAN AGAMA. KALAU ANDA MAHU BERJUANG SILAKAN. TAPI TIDAK PERLU MENGUTUK. ANAK MUDA. SILA JAWAB KOMEN SAYA INI.DAN PAPARKAN PADA RUANGAN KOMEN ANDA.BARU BOLEH DIKATAKAN ANDA SEORANG PEJUANG YANG BERANI. JANGAN BALING BATU SOROK TANGAN.
saudara ana rasa bagai ada yang tak kena dalam masalah pengambilan hukum, arak diharamkan bukan atas alasan yang memabukkan, tapi sebagai orang yang benar beriman apa yang ada di fikirannya adalah sami'na wa'atha'na, bukan selainnya bahaya arak diharamkan kerana memabukkan, adalah nanti suatu ketika bila adanya sains dan teknologi mencipta arak namun yang tidak memabukkan, lantaran itu dengan dalil yang sama ia akan di halalkan, namun dalil dari Allah tetap sama dalam kondisi apa jua ianya tetap haram dan diharamkan segala jalurnya terhadap ummat islam. yang mengecewakan ana bukankah pas telah menang di beberapa negeri, namun mengapa antum masih gagal untuk merobohkan kilang2 arak, casino2 ditempat antum lantas tidakkah peristiwa ini serupa dan sama shaja dengan si "umno pengkhianat agama" seperti antum berbicara, kerana walaupun antum peroleh autoriti namun tetap tidak bisa membangun dengan islam. apakah hukumnya dari sudut syarak peristiwa ini ??? adakah ianya dibenarkan atau sama sekali serupa sama 2x5 dengan sekularisma yang ada. nampaknya ada kekeliruan berkenaan hukum Allah di sini wahai saudara. dan ingat ayat-ayat Allah banyak yang mengkritik perbuatan seperti ini, dan harus dipahami kritik dari Allah ertinya NERAKA.....
wallahualam
ana akan postkan comment ini di dalam friendster grup pas...
wassalam
Post a Comment