HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, September 29, 2009

OSA : Melindungi Penyelewengan

1. Akta Rahsia Rasmi [ OSA ] tidak sepatutnya digunakan ke atas mereka yang berani mendedahkan penyelewengan . Penyelewengan bukan rahsia Negara tetapi pengkhianatan kepada Negara . Penggunaan OSA hanya melahirkan rakyat yang bisu berdepan penyelewengan yang dilakukan oleh musang berbulu ayam atau syaithan berwajah insan .

2. Jika rakyat yang mengetahui atau menyedari malah mempunyai dokumen atau bukti penyelewengan dilakukan oleh pemimpin Negara tetapi takut untuk mendedahkannya justeru diancam OSA , maka ia akan mendedahkan Negara kepada bahaya kemusnahan dan kepincangan ketara .

3. Penyelewengan harta Negara , wang rakyat dan salah guna kuasa adalah elemen utama yang membawa kepada keruntuhan sesebuah tamaddun . Jika ini berlaku dalam Negara kita , tidak mustahil Negara kita juga akan hancur dan binasa segala peradabannya dan menjadikan Negara sebuah lembah yang berpuaka lantaran ia merosakkan keindahan bermasyarakat , keharmonian bernegara dan kedaulatan undang – undang .

4. Rakyat mesti peka betapa OSA sepatutnya tidak digunakan untuk melindungi penyelewengan dan penjenayah yang melakukannya . Mereka yang berani mendedahkannya seperti isu penyelewengan PKFZ yang kini berjumlah 12 billion ringgit sewajarnya diberikan pingat gagah berani bukan diancam dan diugut untuk diambil tindakan dengan akta rahsia rasmi OSA .

5. Pihak berkuasa atau kerajaan UMNO dan BN , jika mahu mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada mereka mestilah adil dan telus dalam bertindak dalam kes ini biarpun melibatkan pemimpin UMNO dan BN .

6. Kertas dokumen yang didedah mesti di siasat kandungannya , fakta dan butirannya . Jika benar segera ambil tindakan bukan siasat siapa yang mendedahkannya .

7. Entah Negara apa Malaysia hari ini ? Saya teringat sewaktu saya membuat report polis ke atas penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa Tun Mahathir serta menteri – menteri kabinetnya seperti Rafidah Aziz dan lainnya pada waktu itu , yang disiasat dan disoal bertubi arus sehingga memakan masa 8 jam ialah saya yang membuat report sedang saya sudah menyenaraikan secara bertulis aduan saya . Sementara Tun Mahathir [ Perdana Menteri pada masa itu ] bebas tanpa berani disoal siasat oleh polis .

8. Isu PKFZ ini sepatut telah lama diwujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara ini secara telus dan berkesan . Soalnya kenapa kerajaan UMNO dan BN tidak berani menubuhkan suruhanjaya ini atau mereka memang mahu menyembunyikan penyelewengan yang berlaku atau juga kerana mereka memang sedia maklum siapa yang melakukannya dan pelakunya mesti dilindungi ?

9. Jika ini situasinya , Kerajaan UMNO dan BN tidak akan dihormati sampai bila – bila malah darjah kebencian rakyat kepadanya kian memuncak . Slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan hanya menjadi gula – gula pahit yang dipaksa keatas rakyat sedang ia langsung tidak bermakna melainkan rakyat dahululah akan merana dan sengsara atas pencapaian indeks salah guna kuasa dan menyelewengan wang rakyat oleh kerajaan UMNO dan BN .

10. UMNO dan BN kini jelas dilihat sudah hilang upaya untuk memperbaiki nilai serta tahap intergriti mereka . Isu PKFZ 12 billion ringgit , wang MAS hilang 8 billion ringgit dan macam – macam lagi penyelwengan termasuklah salah guna wang peruntukan ADUN terus membelenggu dan memaku UMNO dan BN .

Kembalilah kepada Islam yang mengajar nilai taqwa dan qana’ah dalam skil kepimpinan pemimpinnya yang insyaallah akan menjadikan mereka pemimpin yang berwibawa , dihormati dan mampu membawa pulang keberkatan yang melimpah kepada rakyat dan Negara .

1 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya orang yang mendedah penyelewengan bersama bukti yang kukuh perlu diberikan pingat tanda berjasa kepada negara. Kalau shah rukh khan boleh dapat sesuatu..sekurang-kurangnya lepaskan orang mendedahkan penyelewengan tersebut. UMNO memang parti yang pro kemungkaran dengan memiijak undang-undang negara.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive