HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, October 6, 2009

Iktibar dari Al Quran



1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .

9 comments:

anaklangkawi said...

Salam..
Jika dilihat kepada fakta saudara.. alhamdulillah Malaysia masih terselamat dari bencana Allah.. Adakah ini bererti Negara Malaysia di jalan yg betul & diredhoi Allah.

Cuba pulak kita tgk Negeri Selangor & Kedah. Bila bencana menimpa tak kunjung sudah.. Juga jika kita lihat bilamana PAS kehilangan pemimpin demi pemimpin? aadakah ini juga petunjuk Allah kepada mereka yg mengutamakan rakan DAP (terang2 tolak Isla) berbanding UMNO yg menghulurkan salam demi perpaduan uMMah..

p/s; renung2kanlah.. Syurga Allah bukan milik PAS.. jadi adalah sedih melihat ulama PAS boleh tentukan sapa masuk syurga & neraka

Ahmad Tajuddin said...

ana rasa ulama yang nta maksudkan itu bukannya menentukan syurga neraka tapi beliau bercakap atas dasar kaedah ilmu....jika x ikut islam,x laksanakan hukum ALLAH bila berkuasa memang x masuk syurga...cuba lihat surah al-maidah ayat 44,45,dan 46...sudah jelas bukan??mungkin saudara anaklangkawi terlupa bagaimana rasulullah turut pernah mengatakan bahawa jika baginda sempat menyertai satu perjanjian politik antara kabilah untuk mempertahankan diri,maka baginda turut akan mentertai perjanjian itu walaupun dengan mereka bukan islam...sedangkan ketika itu nabi sudah menjhadi rasul...bukankah itu salah satu cara untuk merialisasikan pemerintahan islam di MALAYSIA...sudah setengah abad UMNO diberi peluang untk menjalankan islam tapi kita tengok di mana kedudukan islam hari ini??bagaimana islam mampu bekerjasama dengan UMNO yang dasarnya sekular tambah2 ahlinya mengaku islam??jahil xpe tapi kalu da tau n faham nta pun da tau kot ape jawapannya...dlm menilai kebenaran jgn fanatik...buka balik sirah RASULULLAH...betapa apa yang kita tengok hari ini seakan2 ketika ISLAM nk bertapak di MEKAH dulu...perjanjian PAS n DAP hanyalah dlm hal persamaan titik perjuangan x lebih dari itu...jika melanggar al-quran PAS boleh membantah contoh isu arak di selangor...ada PAS bersetuju dgn DAP...kerana setakat ini antara DAP dan UMNO ,ternyata DAP lebih terbuka menerima dasar PAS walaupun ada di kalangan mereka yang menentang...PAS x perlu wujud jika UMNO sedia menukar dasar kpd ISLAM....ITU JELAS...saudara anaklangkawi,ana nasihatkan nta supaya muhasabah balik pandangan nta di atas...ALLAH x turunkan bala bukan bererti MALAYSIA berada pada jln yang betul...tengok berapa jauh beza antara perlembagaan alquran dengan perlembagaan MALAYSIA yang ditulis oleh Lord Reid...jauh sekali nk kata negara ISLAM...bukan ke kesenangan itu ujian yang lebih berat berbanding kesakitan??berapa ramai kita tersesat dalam kesenangan??akhirnya syurga itu memang bukan milik PAS tapi milik pada mereka yang memperjuangkan ISLAM...

Anonymous said...

alhamdulillah....sy stuju ngn akhi tajuddin....

mustova said...

http://public.kompasiana.com/2009/10/05/gempa-padang-berkaitan-dengan-ayat-al-quran/

Anonymous said...

As-salam..

Pada pandangan saya, saya nampak dgn jelas sekali Pas adalah sebuah parti yg ingin menegakkan ketuanan Islam kat negara kita ni..

Sesungguhnya jgnlah kita melihat segala bencana di persekitaran kita dgn pandangan kasar kita.Allah telah mengurniakan kita sebuah pancaindera yg lain iaitu 'mata hati'.Gunakanlah ia utk melihat dan menafsir segala peristiwa yg berlaku di persekitaran kita.Pasti kita dapat melihatnya dan menafsirnya dr sudut yg berbeza yg berpandukan peringatan2 yg telah disediakan oleh Allah utk kita.

Kpd anaklangkawi nasihat saya yg masih jahil ini, cubalah belajar ilmu Islam dgn penuh keikhlasan.Pasti Allah akan memberi nur cahaya ilmuNya lantas membuka segala masalah keraguan yg berada di dlm dada serta meningkatkan kefahaman yg mendalam terhadap ilmu2Nya.

Anonymous said...

saya terfikir satu perkara utk ditanyakan pada ustaz....

kita lihat kejadian2 bencana ni kian byk berlaku. namun, tiap kali ada bencana berlaku, pasti akan ada sesorang yg pergi membuka Al-Quran, Hadith, sirah dsb utk mencari apakah hikmah ataupun bukti2 yg Allah dah berikan terlebih dahulu utk diambil iktibar.

saya tak nafikan kebanaran ayat Quran itu & saya tak pula menidakkan iktibar yg diambil drp ayat tersebut. namun, satu menjadi persoalan saya adalah, adakah ia memang benar petunjuk daripada Allah?

kita lihat pada kejadian di padang & ayat2 yg dijadikan dalil dalam artikel ini. adakah memang Allah nak tunjukkkan bahawa masa kejadian bencana tu adalah disebabkan dosa2 manusia yg disebutkan dalam ayat2 tersebut?atau adakah ini hanya rekaan kita sahaja?

Kita sedia maklum bahawa orang2 yahudi terlalu suka dengan nombor. semua perkara kalau boleh hendak dikaitkan dengan nombor. persoalannya, siapa orng pertama yg menemukan ayat tersebut apabila berlakunya bencana?adakah ini hanya propaganda yahudi agar umat islam membuang masa menyebarluaskan berita2 yang belum menjadi kepastian & tak membawa apa2 kebaikan pada umat.

pendapat saya, dengan menyebarkan berita2 seperti ini, belum tentu lagi iman akan tertingkat. tambahan pula kita mungkin terjerumus dalam menyebarkan perkara bidah kerana dakwaan2 tersebut tak disahihkan lagi. tak tahu la pula saya jika ada ulama dah mensahihkan bahawa masa kejadian tu memang berkaitan dgn ayat 2 tersebut.

setakat yg saya fahan la ustaz, Islam ni bukan agama magis (magic) atau misteri. segalanya dalam islam adalah logik pada fikiran manusia jika kita pandai mencari bukti2 di alam maya ini. dalam sirah pun ada menyebut islam tu bukanlah didirikan atas dasar suatu yg pelik & misteri.

kita lihat pada sirah perang badar. memang kita tahu bahawa Allah menghantar bantuan malaikat utk menbantu umat islam. tetapi, tak seorang pun kita lihat orang kafir itu mati dibunuh oleh malaikat. semuanya mati ditangan umat islam iaitu manusia sendiri sehingga islam mendapat kemenangan. sirah telah membuktikan segalanya sehingga telah disebutkan satu persatu nama orang kafir yg terbunuh serta siapa yang membunuhnya. tiada yang misteri pun.

ini telah membuktikan bahawa islam itu agama yg logik & tidak tertegak dgn cerita misteri. perkara2 magis & misteri dalam islam hanya diwar-war kan oleh yahudi laknatillah dgn kisah2 israeliat. terlalu banyak kisah2 sirah yg telah diselewengkan oleh mereka.(lihat penjelasan dalam ar-raheeq al-makhtum).

saya menulis ini sekadar perkongsian kefahaman bukannya menidakkan dakwaan sesiapa. maafkan & betulkan jika saya tersilap. harap dapat penjelasan ustaz. Wassalam

Mohd. Ikram said...

Assalamu'alaikum ustaz...

Elokk kiranya artikel tu ustaz tarik balik... wallahu'alam..

Saya minta tunjuk ajar daripada ustaz terhadapa kedhaifan diri sendiri...wallahu'alam..

Menjadi “Jurucakap Tuhan”

Sebagai seorang yang angkuh dan “Jurucakap Tuhan”, mereka mencipta pelbagai alasan untuk menjustifikasikan sesuatu azab yang berlaku ke atas sesuatu kaum. Sebagai contoh, sebelum ini apabila berlaku banjir besar di Bangladesh, penulis pernah mendengar di antara umat Islam ada yang berkata:

“Itulah azab Allah yang melanda. Orang Bangla tu banyak yang tak betul Islam mereka!”

Apabila berlaku gempa bumi di bandar Bam di Iran yang mengorbankan puluhan ribu nyawa, ada di antara umat Islam yang berkata:

“Azab Allah turun kerana mereka itu orang Syi‘ah yang sesat!”

Seandainya sesuatu musibah berlaku pada zaman para sahabat radhiallahu 'anhum, mereka akan menangguh diri daripada sebarang komentar sehinggalah berkesempatan untuk bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “Kenapakah ia berlaku?” Rasulullah sendiri tidak akan memberi apa-apa jawapan sehingga memperoleh wahyu daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Ini kerana sekalipun kita beriman bahawa setiap yang berlaku adalah dengan kehendak Allah, menjadi satu kesalahan yang besar apabila kita membuat andaian sendiri kenapa Allah melakukannya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala memberi amaran keras tentang hal ini:

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan:

1.Perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi;
2.Dan perbuatan dosa;
3.Dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar;
4.Dan kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya) ;
5.Dan kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. [al-A’raaf 7:33]

Diingatkan bahawa faktor “kenapa” Allah melakukan sesuatu perkara tidak sama dengan “kenapa” yang diandaikan oleh akal manusia. Malah adakalanya ketidaksamaan tersebut benar-benar bertolak belakang. Firman Allah:

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),

sedang kamu tidak mengetahuinya. [al-Baqarah 2:216][1]

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah-3/Tajuk%2010.htm

Mohd. Ikram said...

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan:

1.Perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi;

2.Dan perbuatan dosa;

3.Dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar;

4.Dan kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya) ;

5.Dan kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. [al-A’raaf 7:33]

Mohd. Ikram said...

http://abuumair1.wordpress.com/2009/10/14/gempa-di-padang-kaitan-waktu-dengan-ayat-al-quran/

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive